Pelan Makmal Matematik

download Pelan Makmal Matematik

of 3

Transcript of Pelan Makmal Matematik

PELAN MAKMAL MATEMATIK

Petunjuk PelanBil.InventoriCatatan/Kegunaan

1.

Meja guru berserta komputer dan sinki

Lokasi meja guru terletak di bahagian hadapan untuk memudahkan guru mengawal/memantau pelajar. Komputer yang boleh disimpan ke dalam meja telah dilengkapi dengan perisian matematik seperti GSP, Geogebra dan lain-lain. Memudahkan guru menyediakan bahan/ABM sebelum PdP bermula Sinki digunakan untuk kemudahan pengguna membasuh tangan selepas menjalankan aktiviti.

2.

Meja murid berserta komputer dan kerusi Meja pelajar dapat menampung seramai 6 orang pelajar. Komputer yang boleh disimpan ke dalam meja jika ia tidak digunakan dan boleh berkongsi 2 orang untuk 1 komputer. Komputer yang telah dilengkapi dengan perisian matematik seperti GSP, Geogebra dan lain-lain. Susunan seperti ini untuk memudahkan kerja berkumpulan, perbincangan dan sebagainya.

3.

Sudut ICT Sudut ini bertujuan untuk untuk menyimpan alatan seperti LCD projektor, CD, DVD (matematik), pembesar suara dan pemain DVD. Printer juga diletakkan di sini untuk memudahkan guru memantau sekiranya pelajar hendak mencetak bahan. Sudut ini diletakkan di bahagian hadapan untuk memudahkan guru mengambil, menggunakan dan mengembalikan peralatan ke tempat asal setelah selesai menggunakannya.

4.

Troli

Troli ini digunakan guru untuk meletakkan LCD projektor dan apa sahaja bahan ABM yang diperlukan semasa PdP. Kedudukan troli ini tidak mengganggu trafik di dalam kelas.

5.

Papan putih

Papan putih digunakan oleh guru untuk mengajar. Ia juga digunakan sebagai skrin untuk penggunaan LCD projektor.

6.

Almari bercermin kaca Almari yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan manipulatif, alat bantu mengajar seperti kiub, kkuboid, bahan maujud. Sebagai tempat pameran hasil kerja pelajar.

7.

Almari buku teks, buku rujukan, fail

Almari yang digunakan untuk menyimpan buku teks, buku rujukan, jurnal, artikel dan tutor utusan yang disusun mengikut kategori. Fail-fail seperti fail panitia, fail penggunaan makmal, fail inventori dan fail petunjuk prestasi markah pelajar juga disimpan di sini.

8.

Almari untuk menyimpan alatan generik, alat hitung dan alat ukur Almari yang digunakan untuk menyimpan alatan genarik seperti tiub dan sebagainya. Alat hitung seperti abakus, kalkulator, lidi, guli dan sebagainya. Alat ukur seperti pembaris, set jangka lukis, timbang dan sebagainya.

9.papan kenyataan, peraturan, rutin dan jadual Papan kenyataan yang digunakan untuk meletakkan peraturan makmal, jadual bertugas membersihkan makmal dan juga rutin pelajar.

10.Papan kenyataan, buletin harian, sejarah matematik, info matematik Papan kenyataan yang digunakan sebagai sudut info berkaitan dengan matematik seperti sejarah perkembangan matematik, rumus matematik, info berkaitan dengan peperiksaan dan juga buletin pendidikan.

11.Televisyen

Televisyen yang digunakan untuk menonton tv pendidikan atau video yang berkaitan dengan pembelajaran matematik.

12.

Tong sampah

Tong sampah diletakkan berdekatan dengan meja guru untuk memudahkan guru membuang sampah. Satu lagi terletak berhampiran dengan sinki dan pintu masuk untuk memudahkan pelajar membuang sampah tanpa mengganggu trafik dan membasuh tangan.

13.

Alat pemadam api

Alat pemadam api diletakkan di bahagian belakang dan berdekatan dengan pintu kerana ia tidak mengganggu trafik sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.