Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb
-
Upload
kom-mathi-bala -
Category
Documents
-
view
64 -
download
13
description
Transcript of Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb
PELAN PEMBANGUNAN PRIFESIONALISME BERTERUSAN ( PPPB )
Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014 boleh dimuat turun melalui http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB
APA ITU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN?
Secara ringkasnya PPPB ialah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.
( PPPB : memahami nilai profesionalisme dan kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh guru dan
pemimpin sekolah. Oleh itu semua guru diminta menghadiri kursus untuk peningkatan kualiti
peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan )
Tujuan Kursus:
-Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
-Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
-Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
-PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
-Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara formal dan tidak formal dalam aktiviti
keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran,
kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21
Matlamat dan Objektif:-
Membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan membangunkan kompetensi dan potensi ke
arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
Bagaimana mendaftar Kursus Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan ?
1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url
http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN ( sila rujuk tarikh tutup
permohonan dalam laman web di atas.
3. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus melalui aplikasi
yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
4. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan
perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
5. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas
(sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
6. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk
pelepasan mengikuti kursus.
7. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan,
Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran
yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri
kursus.
SEMUA GURU DIMINTA MEMBUAT PORTFOLIO MASING-MASING DALAM FAIL KERAS BERWARNA PUTIH
Kandungan Portfolio
BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU
Nama : Jawatan : Tempat Bertugas :
BAHAGIAN ISI FAIL
A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Vitae Kurikulum Falsafah Pendidikan Negara Skop Kerja Sasaran Kerja Tahunan
B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL Matlamat Pengajaran / Kepimpinan Masa Hadapan Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan Penyertaan Dalam Aktiviti PPB
C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI Senarai Tugas dan Tanggungjawab Sumbangan kepada KPM / JPN / PPD Penulisan / Penerbitan
D. BAHAN BUKTI DALAM PdP / KEPIMPINAN
Sukatan Mata Pelajaran / Rancangan Mengajar dan Penilaian / Perancangan Strategik
Contoh Hasil Kerja
E. ANUGERAH / PENCAPAIAN Anugerah Perkhidmatan Anugerah dalam PdP / Kepimpinan / Lain-lain Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan lain-lain
F. PENILAIAN PdP / KEPIMPINAN Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran / Kepimpinan Rakaman Video Pengajaran / Kepimpinan Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid / Ketua Jabatan
PROFIL PPB INDIVIDU
Nama :
Jawatan :
Tempat Bertugas :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 2 – 6, BLOK E 13, KOMPLEKS PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA603 8444 1000
AHMAD BIN ABU BAKAR
GURU PENOLONG PPP DG41SMK KOTA MASAI
VITAE KURIKULUM
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
SKOP KERJA
SASARAN KERJA TAHUNAN
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
VITAE KURIKULUM
MAKLUMAT PERIBADI1. NAMA :
2. KAD PENGENALAN :
3. ALAMAT :
4. JAWATAN DAN ALAMAT TEMPAT
BERTUGAS SEKARANG
:
5. GRED :
6. TPG :
7. GAJI :
8. KELULUSAN AKADEMIK
:
9. PENGKHUSUSAN :
10. KELULUSAN IKHTISAS :
11. OPSYEN :
12. TARIKH LANTIK PERTAMA
:
13. SAH JAWATAN PERTAMA
:
14. TARIKH LANTIK SEMASA
:
16. TARIKH SAH SEMASA :
PERKHIDMATAN1. 04/01/1988 - 31/12/1991 : SMK TAMAN PERLING
2. 01/01/1992 - 15/06/1998 : SMK JOHOR JAYA
3. 16/06/1998 - 15/06/2002 : SMK TAMAN DAYA
4. 16/06/2002 - 15/04/2009 : SMK MAJIDI BARU
5. 16/04/2009 – 31/08/2011 : SMK PERMAS JAYA 2
6. 01/09/2011 - SEKARANG : SMK KOTA MASAI
PENCAPAIAN1. 1994 :
2. 2002 :
3. 2004 :
4. 2006 :
5. 2009 :
KURSUS YANG DIHADIRI1. 22 - 25/05/1989 :
2. 17 - 19/06/1991 :
3. 13/01/1992 - 16/04/1992 :
4. 05 - 31/10 1992 :
5. 19 - 23/09/1995 :
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
BIDANG TUGAS GURU ( SKOP KERJA )
PERATURAN TETAP GURU
Kehadiran Bertugas :
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.
Kepatuhan Tugas:1. Semua guru dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan “punch card” sebaik
sahaja tiba di sekolah. 2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak
mendapat keizinan Pengetua terlebih dahulu.3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Pengetua dengan memberi
sebab kelewatan itu.4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit
atau kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Pengetua apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib untuk semua kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.
Tugas Akademik Guru:1. Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang bermutu
tinggi.2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang
diberikan oleh Pengetua atau Guru Kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua Jabatan atau Guru Kanan Mata Pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang / rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.
8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.
Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan tentang pengisian Buku Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran ( Buku Rekod Mengajar ). Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam buku rekod tersebut mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian, salinan sukatan pelajaran, dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah disiap untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Pengetua. Buku tersebut adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Pengetua memerlukan agar dia berbuat demikian.
Perhubungan Guru Dengan Pelajar:1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka
manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah
diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Pengetua atau Guru Disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin.
4. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.5. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk
dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.6. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah
melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.
Pakaian :1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa
bertugas di sekolah.2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar walaupun pada waktu petang semasa berada
di sekolah.3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.
Potongan Rambut:1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus
dan kelihatan kemas.
Pelawat :1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik
darjah atau makmal.2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat
kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
Kenyataan Akhbar:1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas
nama Pengetua atau pihak sekolah.
Surat Rasmi:1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau
dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Pengetua.
Lawatan:1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada Pengetua dan Jabatan Pendidikan Negeri.2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan
Pendidikan Negeri melalui Pengetua.
Kutipan Wang :1. Guru penasihat dan guru tingkatan yang dilantik untuk mengawas perjalanan
persatuan, kelab dan sesebuah kelas perlu mengawasi hal ini.2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELASBidang Tugas :
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, buku kemasukan sekolah dan seumpamanya.
2. Buku jadual kedatangan pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru tingkatan hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada ibu bapa / penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah. Sila rujuk syarat terma pemberian surat amaran ponteng sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
5. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua tingkatan, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
6. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
7. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran / bayaran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
8. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar.9. Membantu Pengetua dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan
kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.10. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.11. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanamkan
semangat rajin, tekun, dedikasi dan kesedaran sivik.12. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan kepada PK HEM seperti
ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
13. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap tentang kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
14. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan serta keceriaan kelasnya.
15. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
SASARAN KERJA TAHUNAN
Prestasi Akademik Kelas Yang Diajar ( Peperiksaan Ting 1- 5 )
Tahun
Subjek & Ting
BilCalo
n
ETR AR1 AR2 CapaianBil & % Cem
%Lulus
GPMP
Bil & % Cem
%Lulus
GPMP
Bil & % Cem
%Lulus
GPMP
Bil & % Cem
%Lulus
GPMP
MATLAMAT PENGAJARAN / KEPIMPINAN MASA HADAPAN
CADANGAN AKTIVITI UNTUK PENAMBAHBAIKAN
PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
1
MATLAMAT PENGAJARAN
Matlamat pengajaran adalah satu pernyataan umum yang memberi arahan kepada keperluan-keperluan yang lebih terperinci. Merupakan satu titik permulaan, sesuatu yang idea, satu cita-cita dan satu arah untuk dituju. Matlamat adalah kategori tingkah laku. Matlamat juga adalah peringkat am tingkah laku, sementara objektif ialah peringkat khusus tingkah laku.
Matlamat pengajaran tidak boleh begitu terperinci supaya mudah dapat dilaksanakan. Matlamat adalah kabur supaya dapat memuatkan idea-idea, cita-cita dan arah yang lebih luas. Walau bagaimanapun matlamat pengajaran perlu dinyatakan kerana penilaian pembelajaran murid bukan sahaja dilakukan secara terperinci, namun perlu juga dilakukan secara meluas dan umum bagi meliputi kesemua objektif. Perkaitan antara matlamat dan objektif ialah, matlamat boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa objektif yang lebih spesifik.
HASIL PENGAJARAN.
Hasil pengajaran adalah istilah terbitan daripada istilah objektif pengajaran. Objektif adalah untuk mengukur dengan jelas sesuatu tingkahlaku yang dapat ditunjukkan oleh murid selepas memperlajari sesuatu perkara. Oleh sebab pembelajaran murid diukur daripada perubahan tingkah laku, maka dalam proses pengajaran, guru perlulah menetapkan objektif terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara diajar kepada murid.
Objektif adalah perkara yang akan dipraktikkan semasa pengajaran atau dilaksanakan bagi mencapai cita-cita atau arah supaya ianya menjadi kenyataan.Hasil pembelajaran adalah memfokuskan kepada jangkaan apa yang murid dapat lakukan atau capai.
Takrif hasil pembelajaran adalah mencadangkan bahawa pembelajaran adalah disengajakan dan bukannya kebetulan atau tidak sengaja. Perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran adalah hasil pembelajaran berfokuskan kepada apa yang murid peroleh daripada aktiviti pengajaran guru.
KEPIMPINAN MASA DEPAN
Kepemimpinan adalah suatu proses di mana seseorang berupaya mempengaruhi sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya untuk mencapai sesuatu tujuan Ia juga merupakan suatu proses di mana seseorang berupaya mempengaruhi sekelompok orang untuk mencapai tujuan bersama. Dalam rangka menjalankan proses kepemimpinannya ini, mereka menggunakan sejumlah “pengetahuan” dan “keterampilan” yang dimilikinya. Pengetahuan adalah maklumat bagi seseorang sebagai landasan untuk melakukan suatu tindakan dalam situasi perubahan, sehingga individu atau organisasi mampu bertindak dengan cara yang berbeza dan lebih efektif. Melalui pengetahuan dan informasi, seseorang diharapkan menghasilkan tindakan yang tepat iaitu dengan memilih dan menilai pelbagai alternatif tindakan serta bagaimana tindakan tersebut harus diimplementasikan agar sesuai dengan hasil yang diinginkan.
Terdapat beberapa sikap yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin masa depan, yang sering diungkapkan oleh para pakar terkemuka dalam bidang kepemimpinan, iaitu:
1. Jujur - Menampilkan ketulusan dan integriti dalam semua tindakannya.
2. Kompeten - Merupakan tindakan para pemimpin yang berasas pada akal-fikiran, sikap dan prinsip-prinsip moral. Tidak membuat keputusan berdasarkan keinginan, perasaan, atau faktor emosional lainnya yang bersifat terlalu subjektif;
3. Berpandangan ke depan - Memiliki tujuan dan visi masa depan. Pemimpin yang efektif membayangkan apa yang mereka inginkan dan bagaimana mendapatkannya. Mereka biasanya memilih keutamaan yang berasal dari nilai-nilai dasar mereka.
4. Menginspirasi – mampu menunjukkan kredibiliti dalam segala hal yang ia lakukan. Menunjukkan keteladanan dan ketahanan dalam mental, fizikal, dan spiritual yang dengannya seseorang pemimpin akan mudah menginspirasi orang lain untuk meraih puncak kejayaan;
5. Cerdas – Gemar dan seuka membaca, belajar, dan senantiasa mencari tugas yang mencabar;
6. Adil - mampu menunjukkan perlakuan yang adil kepada semua orang. Menyedari bahwa prasangka adalah musuh keadilan. Bersikap empati dan peka terhadap perasaan, nilai-nilai, kepentingan, dan kesejahteraan orang lain;
7. Berwawasan luas – Menyukai kepelbagaian, kaya perspektif dan memiliki pandangan jauh ke depan;
8. Berani - Memiliki ketekunan untuk mencapai tujuan, meski menghadapi risiko atau rintangan yang berat. Selalu menampilkan ketenangan dan kepercayaan diri meski pun dalam keadaan stres;
9. Tepat membuat keputusan – Memiliki penilaian yang baik tentang pelbagai persoalan, dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang terbaik pada waktu yang tepat; dan
10.Imaginatif – Mampu melakukan perubahan pada waktu yang sesuai , dengan menggunakan pemikiran, rancangan, dan metod yang tepat pula. Juga mampu menampilkan kreativiti dengan menciptakan hala tuju baru yang lebih baik, sekaligus mencari idea yang inovatif untuk memecahkan masalah.
CADANGAN AKTIVITI UNTUK PENAMBAHBAIKAN
BIL AKTIVITI YANG DICADANGKAN TARIKH DILAKSANAKAN
CATATAN
PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB
BIL AKTIVITI YANG DISERTAI TARIKH TEMPAT / PENGANJUR
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
SUMBANGAN KEPADA KPM / JPN / PPD
PENULISAN / PENERBITAN
SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI / PROFESION
2
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
KURIKULUM
BIL TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN
1 Guru Kelas 2R 2015 DG42
HAL EHWAL MURID
BIL TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN
1 RMT 2015 DG42
KOKURIKULUM
BIL TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN
1 Guru Penasihat Pandu Puteri Tunas 3&4 2015 DG42
2 Penolong Guru Penasihat Hoki 5&6 2015 DG42
Penolong Guru Penasihat Persatuan BI 5&6
2015 DG42
TUGAS KHAS
BIL TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN
SUMBANGAN KEPADA KPM / JPN / PPD
BIL NYATAKAN SUMBANGAN YANG DILAKUKAN
KPM/
JPN/
PPD
TARIKH TEMPAT
PENULISAN / PENERBITAN
BIL TAJUK PENULISAN / PENERBITAN TAHUN DITERBITKAN
CATATAN
SUKATAN MATA PELAJARAN / RANCANGAN MENGAJAR DAN PENILAIAN / PERANCANGAN STRATEGIK
CONTOH HASIL KERJA
BAHAN BUKTI DALAM PdP / KEPIMPINAN
3
SUKATAN MATA PELAJARAN /
RANCANGAN MENGAJAR /
PERANCANGAN STRATEGIK
CONTOH HASIL KERJA
ANUGERAH PERKHIDMATAN
ANUGERAH DALAM PDP / KEPIMPINAN / LAIN-LAIN
JEMPUTAN UNTUK KONSULTASI, BENGKEL, PENULISAN DAN LAIN-LAIN
ANUGERAH / PENCAPAIAN
4
ANUGERAH PERKHIDMATAN
BIL NAMA ANUGERAH TAHUN
KPM / JPN/
PPD / DLL
1 SIJIL PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008 2008 KPM
ANUGERAH DALAM PdP / KEPIMPINAN / LAIN-LAIN
BIL NAMA ANUGERAH TAHUN NAMA SEKOLAH
JEMPUTAN UNTUK KONSULTASI, BENGKEL PENULISAN & LAIN-LAIN
BIL AKTIVITI YANG DISERTAI
PIHAK YG MENJEMPUT
TARIKH & TEMPAT
BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN / KEPIMPINAN
BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN / KEPIMPINAN
RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN / KEPIMPINAN
MAKLUM BALAS DAN PENILAIAN DARIPADA MURID / KETUA JABATAN
PENILAIAN PdP / KEPIMPINAN
5
( SILA LAMPIRKAN BAHAN BUKTI JIKA ADA )
RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN / KEPIMPINAN
( SILA LAMPIRKAN RAKAMAN VIDEO DALAM BENTUK CD JIKA ADA )
MAKLUM BALAS DAN PENILAIAN OLEH MURID / KETUA JABATAN
( SILA LAMPIRKAN BORANG PENILAIAN OLEH MURID / ULASAN DARIPADA KETUA JABATAN )