Pelan Pengurusan Bilik Darjah Glasser

3
PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH GLASSER LANGKAH 1 Apabila berlaku tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah, guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenalpasti punca tingkah laku tersebut. Ada kemungkinan guru adalah punca masalah, bukannya murid. LANGKAH 2 Guru perlu pertimbangkan bagaimana tingkah laku yang sama pernah ditangani pada masa lampau. Sekiranya strategi yang digunakan kurang berkesan, hapuskan sahaja. LANGKAH 3 Guru berusaha mencegah salah laku melalui 2 cara. Pertama, berikan latihan dalam kelas yang menarik dan relevan. Kedua, bina hubungan yang positif dengan murid. Rapo yang terbentuk biasanya tidak akan mencetuskan situasi yang bermasalah. LANGKAH 4 Guru pertingkatkan cara penyoalan. Sekiranya diminta untuk menjelaskan apa yang sedang mereka lakukan, secara tidak langsung, mereka dikehendaki untuk berfikir tentang tindakan mereka. LANGKAH 5

description

ipg

Transcript of Pelan Pengurusan Bilik Darjah Glasser

PELAN PENGURUSAN BILIK DARJAH GLASSER

LANGKAH 1 Apabila berlaku tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah, guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenalpasti punca tingkah laku tersebut. Ada kemungkinan guru adalah punca masalah, bukannya murid.LANGKAH 2 Guru perlu pertimbangkan bagaimana tingkah laku yang sama pernah ditangani pada masa lampau. Sekiranya strategi yang digunakan kurang berkesan, hapuskan sahaja.LANGKAH 3 Guru berusaha mencegah salah laku melalui 2 cara. Pertama, berikan latihan dalam kelas yang menarik dan relevan. Kedua, bina hubungan yang positif dengan murid. Rapo yang terbentuk biasanya tidak akan mencetuskan situasi yang bermasalah.LANGKAH 4 Guru pertingkatkan cara penyoalan. Sekiranya diminta untuk menjelaskan apa yang sedang mereka lakukan, secara tidak langsung, mereka dikehendaki untuk berfikir tentang tindakan mereka.LANGKAH 5 Sekiranya masalah itu berlanjutan, guru harus mengadakan sesi perbincangan dengan murid tersebut. Amat penting bagi murid membuat penilaian yang berunsurkan nilai berhubung dengan apa yang telah mereka lakukan. Selagi mereka tidak menyedari kesalahan mereka, mereka tetap akan diberikan konsekuen yang berkaitan.

LANGKAH 6 Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Sebaik sahaja mereka membuat komitmen untuk berubah, guru tidak akan menerima sebarang alasan lagi.LANGAH 7 Sekiranya langkah 1-6 kurang berkesan, murid tersebut hendaklah diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti bilik darjah sehingga berupaya mengubah suai pelan sedia ada atau membentuk pelan baru.LANGKAH 8 Sekiranya tingkah laku bermasalah masih berlanjutan atau murid masih mengganggu perjalanan sesi pengajaran, hantar mereka ke satu lokasi khas yang selesa tetapi tidak mengancam, di bawah seliaan seorang yang ditugaskan khas untuk membantu mereka memperbaiki tingkah laku yang tidak wajar.LANGKAH 9 Bagi murid yang bersifat luar kawalan dan tidak boleh diambil tindakan seperti langkah 8, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah.LANGKAH 10 Bagi kes yang serius di mana langkah 1-9 gagal untuk menghasilkan sebarang kesan positif, murid perlu dirujuk kepada pihak berkuasa yang berupaya member bantuan profesional.