Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan...

14
Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020 673 PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) SEPAK TAKRAW 1.0 PENDAHULUAN Ketika negara kita Malaysia sedang pesat membangun dan sedang memacu kecemerlangan ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Pihak pengurusan PLD bertangggung-jawab bagi menyediakan modal insan yang berkualiti tinggi dan bersedia sepenuhnya meneruskan kesinambungan kecemerlangan negara pada masa hadapan. Pembangunan Modal Insan bukan hanya meliputi aspek akademik atau kurikukulum semata-mata, malah haruslah meliputi aspek kokurikulum bagi mempastikan perkembangan modal insan yang seimbang dan menyeluruh. Oleh itu, Perancangan Strategik Bidang Pengurusan PLD Sepak Takraw ini diharapkan dapat menjadi garis panduan bagi menjayakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bidang PLD Sepak Takraw di sekolah ini pada masa akan datang. Rancangan strategik ini haruslah bersifat mudah lentur atau fleksibel bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan aktiviti mengikut keperluan, sumber yang sedia dan situasi semasa. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) menekankan bahawa setiap organisasi perlu menjuruskan strategi ke arah elemen-elemen yang terkandung di dalam PPPM itu sendiri. Realiti sesuatu perancangan jangka panjang perlu melalui satu proses yang dirangka dan dirancang dengan melihat keperluan, analisis dan strategi yang mantap. Sebelas anjakan yang terkandung di dalam PPPM adalah fokus dalam merangka strategi jangka panjang untuk merealisasikan aspirasi Negara. Anjakan ke tiga dalam sebelas anjakan PPPM adalah merupakan fokus bidang PLD Sepak Takraw. Bagi memastikan modal insan yang dihasilkan mencapai sasaran kualiti yang telah ditetapkan, usaha bersepadu diharap dapat menepati aspirasi ini. Para pelajar diberikan penekanan dalam aspek sahsiah ungggul dan cemerlang pencapaiannya serta mempunyai nilai jati diri acuan negara kita Malaysia. Hal ini selaras dengan enam aspirasi nurid yang akan akhirnya melahirkan modal insan berprestasi tinggi tetapi seimbang sahsiahnya.

Transcript of Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan...

Page 1: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

673

PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) SEPAK TAKRAW

1.0 PENDAHULUAN

Ketika negara kita Malaysia sedang pesat membangun dan sedang memacu kecemerlangan ke

arah negara maju menjelang tahun 2020. Pihak pengurusan PLD bertangggung-jawab bagi

menyediakan modal insan yang berkualiti tinggi dan bersedia sepenuhnya meneruskan

kesinambungan kecemerlangan negara pada masa hadapan. Pembangunan Modal Insan bukan

hanya meliputi aspek akademik atau kurikukulum semata-mata, malah haruslah meliputi aspek

kokurikulum bagi mempastikan perkembangan modal insan yang seimbang dan menyeluruh.

Oleh itu, Perancangan Strategik Bidang Pengurusan PLD Sepak Takraw ini diharapkan

dapat menjadi garis panduan bagi menjayakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bidang

PLD Sepak Takraw di sekolah ini pada masa akan datang. Rancangan strategik ini haruslah

bersifat mudah lentur atau fleksibel bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan aktiviti

mengikut keperluan, sumber yang sedia dan situasi semasa.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) menekankan bahawa setiap

organisasi perlu menjuruskan strategi ke arah elemen-elemen yang terkandung di dalam PPPM

itu sendiri. Realiti sesuatu perancangan jangka panjang perlu melalui satu proses yang dirangka

dan dirancang dengan melihat keperluan, analisis dan strategi yang mantap. Sebelas anjakan

yang terkandung di dalam PPPM adalah fokus dalam merangka strategi jangka panjang untuk

merealisasikan aspirasi Negara.

Anjakan ke tiga dalam sebelas anjakan PPPM adalah merupakan fokus bidang PLD

Sepak Takraw. Bagi memastikan modal insan yang dihasilkan mencapai sasaran kualiti yang

telah ditetapkan, usaha bersepadu diharap dapat menepati aspirasi ini. Para pelajar diberikan

penekanan dalam aspek sahsiah ungggul dan cemerlang pencapaiannya serta mempunyai nilai

jati diri acuan negara kita Malaysia. Hal ini selaras dengan enam aspirasi nurid yang akan

akhirnya melahirkan modal insan berprestasi tinggi tetapi seimbang sahsiahnya.

Page 2: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

674

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kualiti Bidang Pengurusan PLD Sepak Takraw SMK Majakir.

2.2 Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di kalangan jurulatih supaya dapat

merancang dan melaksanakan aktiviti latihan dengan lebih berkesan.

2.3 Meningkatkan kecemerlangan pelajar ke peringkat negeri, kebangsaan dan

antarabangsa.

2.4 Meningkatkan kemudahan infrstruktur dan peralatan bagi memudahkan latihan fizikal

dijalankan tanpa halangan.

2.5 Memberikan fokus kepada Kebitaraan (Niche Area) PLD Sepak Takraw SMK Majakir.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA (AJK)

Pengerusi : Tuan Haji Abdul Aziz Bin Mohamed Zain (Pengetua Cemerlang)

Timb. Pengerusi : Encik Sapri Bin Marup (Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 : Encik Anuar Sidek (Penolong Kanan Penradbiran)

Naib Pengerusi 2 : Encik Durahman Ramlee (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 3 : Puan Dg.Nismah Ag.Abd Rahman (Penolong Kanan Pra-U)

Setiausaha : Encik S Atzrino Suharnoh

Timb. Setiausaha : Puan Emmylin Irene Mudin

Penyelaras : Encik Salleh Dullah

Jurulatih : Encik Salleh Dullah

Encik Ag.Nuhin Eshin

Encik Japri Hj Dait

Encik Abd Lamit Lakat

Encik Abd Rashid Talikun

Page 3: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

675

4.0 CARTA ORGANISASI

PENGERUSI

Tuan Haji Abdul Aziz Mohamed Zain

Tuan. Hj. Abd. Aziz Mohamed Zain

TIMBALAN PENGERUSI

Encik Sapri Marup

SETIAUSAHA

Encik S Atzrino Suharnoh

TIMBALAN SETIAUSAHA

Puan Emmylin Irene Mudin

PENYELARAS

PUSAT LATIHAN DAERAH SEPAK TAKRAW

Encik Salleh Dullah

JURULATIH

Encik Japri Hj Dait

KETUA JURULATIH

Encik Ag.Nuhin Eshin

JURULATIH

Encik Abd Rashid Talikun

JURULATIH

Encik Abd Lamit Lakat

Page 4: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

676

5.0 PENCAPAIAN (TOV)

PENYERTAAN MURID

UNIT PERINGKAT PENCAPAIAN PENYERTAAN MURID

2011 2012 2013 2014 2015

PLD Sepak Takraw

Negeri Naib Johan Johan Tiada pertandingan

Johan Johan

Kebangsaan Ketiga Ketiga Tiada pertandingan

Ketiga Tiada pertandingan

6.0 PELUNJURAN (ETR)

PENYERTAAN MURID

UNIT PERINGKAT PENCAPAIAN PENYERTAAN MURID

2016 2017 2018 2019 2020

PLD Sepak Takraw

Negeri

Johan Johan Johan Johan Johan

Kebangsaan Naib Johan Johan Johan Johan Johan

Page 5: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

677

7.0 ANALISIS SWOT

7.1 KEKUATAN

7.1.1 Jurulatih yang bertugas di PLD ini 100% terdiri dari guru yang terlatih.

7.1.2 Jurulatih di PLD ini 100% terdiri dari guru yang berpengalaman dan memiliki sijil

jurulatih.

7.1.3 Semua jurulatih di PLD ini berpotensi untuk cemerlang dalam melaksanakan

tugasan berdasarkan kemahiran dan kepakaran mereka secara individu.

7.1.4 Pelajar di PLD ini merupakan pelajar yang berbakat, berdisiplin, boleh

memberikan komitmen dalam program latihan dan mempunyai motivasi yang

tinggi.

7.1.5 Prasarana yang terdapat di PLD ini amat sesuai untuk menjana kecemerlangan

dalam bidang sukan sepak takraw.

7.1.6 Wujud kerjasama yang erat antara pihak PLD dengan sekolah, Ahli Parlimen,

Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua - ketua Jabatan Kerajaan, Pihak Swasta

serta seluruh ahli masyarakat di Daerah Papar.

7.2. KELEMAHAN

7.2.1 Jurulatih yang mempunyai kemahiran yang tinggi perlu ditambah di samping

menghantar jurulatih yang sedia ada bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran

kejurulatihan

7.2.2 Pelajar perlu dilatih mengikuti program yang lebih sistematik bagi memenuhi

perancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

7.2.3 Beberapa kemudahan latihan perlu diselenggara, tempahan peralatan latihan

yang baru serta kemudahan latihan perlu ditambah.

7.3. CABARAN

7.3.1 Keadaan kewangan yang terhad, perbelanjaan perlu berhemat dan kos peralatan

yang sentiasa meningkat.

7.3.2 Kemahiran Jurulatih perlu ditambah bagi melaksanakan Program Latihan dan

Program Pembangunan yang lebih mantap.

7.3.3 Beban tugas guru selaku jurulatih, guru mengajar dalam kelas dan urusan

keluarga akan menjadi cabaran besar kejayaan Program Pembangunan dan

Latihan di Pusat Latihan Daerah.

Page 6: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

678

7.3.4 Pengaruh luar yang kuat mendesak diri pelajar seperti kawan, masyarakat,

Cybercafé, kemiskinan serta kurang atau tiada sokongan ibu bapa untuk lebih

berjaya.

7.3.5 Pelajar yang telah berjaya akan ditawarkan ke Sekolah Sukan atau Pusat

Kecemerlangan Sukan akan menyebabkan kehilangan satu contoh nyata di

depan mata pelajar setiap hari yang boleh menyuntik semangat dan motivasi

pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

7.4. PELUANG

7.4.1 Ruang yang seluas-luasnya dibuka kepada semua pelajar tanpa mengira warna

kulit, aras IQ, agama dan keturunan. Kesungguhan mereka amat diharapkan

bagi menjayakan program yang terdapat di dalam PLD ini

7.4.2 Beberapa program akan dilaksanakan seperti Program Mencari Bakat, Program

Pembangunan dan Program Latihan akan diwujudkan bagi memenuhi keperluan

semua pelajar yang berminat dan sanggup memberikan komitmen masa, tenaga

dan fikiran.

7.4.3 Kerjasama Pintar antara pihak PLD dengan pihak jabatan kerajaan yang lain,

pihak swasta dan ibubapa terbuka luas kepada semua pelajar yang berminat

serta berbakat .

7.4.4 Semua pelajar yang terlibat berpeluang untuk maju ke peringkat yang lebih

tinggi hingga ke peringkat antarabangsa.

Page 7: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

679

8.0 ISU-ISU

BIL. ISU ULASAN

8.1 Kemudahan untuk menjalankan latihan agak terhad.

1. Kemudahan ruang untuk menjalankan latihan yang sedia ada di PLD memang agak terhad.

2. Kemudahan ruang latihan yang sedia ada, adalah terhad dan berkongsi dengan PLD Badminton.

3. Kemudahan ruang latihan juga sering digunakan untuk majlis rasmi peringkat sekolah, daerah, zon gabungan dan negeri.

8.2 Kehadiran pelajar untuk mengikuti latihan kurang memuaskan.

1. Pelajar yang tinggal dengan keluarga mempunyai pelbagai alas an untuk tidak hadir latihan yang telah disediakan.

2. Jarak rumah dengan PLD, kemiskinan keluarga dan sokongan keluarga menjadi faktor penting kemenjadian pelajar.

8.3 Kemudahan peralatan untuk menjalankan latihan agak terhad.

1. Kemudahan peralatan untuk menjalankan latihan yang sedia ada di PLD memang agak terhad.

1. Kemudahan peralatan yang sedia ada sudah uzur dan perlu peruntukan baru secara menyeluruh.

Page 8: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

680

9.0 PELAN STRATEGIK

ISU 1

STRATEGIK

OBJEKTIF

KPI

TOV (2015)

SASARAN (ETR)

2016 2017 2018 2019 2020

Kemudahan untuk menjalankan latihan agak terhad.

S1 Merancang dan melaksanakan aktiviti latihan secara fleksibal. S2 Membuat latihan berjadual dan menggunakan ruang lain agar latihan tidak terganggu.

O1 Menyediakan ruang latihan yang terbaik, selaras hasrat dan pencapaian yang diharapkan.

Johan peringkat kebangsaan menjelang tahun 2018, 2019 dan 2020.

Johan - Negeri Tidak ada pertandingan - Kebangsaan

Johan

Naib Johan

Johan

Johan

Johan Johan

Johan

Johan

Johan

Johan

INTERVENSI

1. Penyelaras dan Ketua Jurulatih PLD membuat perancangan untuk melaksanakan latihan secara flesibal untuk meningkatkan tahap ketahanan semangat (psikologi), tahap kecergasan dan tahap daya juang di kalangan pelajar yang terlibat.

2. Ketua Jurulatih dan jurulatih menjalankan latihan yang telah dirancang menggunakan ruang lain yang sesuai bagi mempastikan jadual latihan tidak terganggu.

PPPM 2013 -

2025

Aspirasi murid : Setiap murid akan mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.

Page 9: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

681

ISU 2

STRATEGIK

OBJEKTIF

KPI

TOV (2015)

SASARAN (ETR)

2016 2017 2018 2019 2020

Kehadiran pelajar untuk mengikuti latihan kurang memuaskan.

S1 Mengenalpasti pelajar dan sebab berlakunya masalah ini. S2 Memanggil ibubapa dan pelajar terbabit bagi perbincangan Untuk menyelesaikan masalah tersebut.

O1 Memberikan kesedaran tentang kepentingan menghadiri latihan yang telah dirancang.

Semua pelajar yang terlibat hadir 100% dalam program latihan menjelang 2017 hingga 2020.

Jumlah pelajar yang hadir latihan adalah 90%.

95%

100%

100%

100%

100%

INTERVENSI

1. Penyelaras dan Ketua Jurulatih membuat pemantauan kehadiran pelajar dan mengenalpasti faktor ketidakhadiran.

2. Penyelaras dan Ketua Jurulatih memanggil ibubapa dan pelajar terbabit bagi perbincangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3. Penyelaras dan Ketua Jurulatih melaksanakan tindakan terhadap pelajar yang tidak menghadiri latihan yang telah disediakan.

PPPM 2013 -

2025

Aspirasi murid : Setiap murid akan mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.

Page 10: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

682

ISU 3

STRATEGIK

OBJEKTIF

KPI

TOV (2015)

SASARAN (ETR)

2016 2017 2018 2019 2020

Kemudahan peralatan untuk menjalankan latihan agak terhad.

S1 Merancang dan memohon untuk untuk mendapatkan peralatan tambahan. S2 Mengenalpasti pihak swasta yang yang boleh memberikan kerjasama untuk membiayai peralatan yang diperlukan.

O1 Memberikan kemudahan peralatan latihan yang diperlukan bagi meningkatkan tahap kecergasan pelajar.

Kemudahan peralatan latihan pada tahap memuaskan atau 100% pada tahun 2020.

Kemudahan peralatan latihan pada tahap 50% Sahaja

60%

70%

80%

90%

100%

INTERVENSI

1. Penyelaras membuat perancangan dan permohonan untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan kepada pihak sekolah, PPD dan JPN.

2. Penyelaras membuat perancangan dan permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak swasta yang boleh memberikan kerjasama.

PPPM 2013 -

2025

Aspirasi murid : Setiap murid akan mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.

Page 11: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

683

10.0 PELAN TINDAKAN MODEL PDCA 2016 - 2020

ISU 1 Kemudahan untuk menjalankan latihan agak terhad.

OBJEKTIF Menyediakan ruang latihan yang terbaik, selaras hasrat dan pencapaian yang diharapkan.

INTERVENSI 1 Penyelaras dan Ketua Jurulatih PLD membuat perancangan untuk melaksanakan latihan secara flesibal untuk meningkatkan tahap ketahanan semangat (psikologi), tahap kecergasan dan tahap daya juang di kalangan pelajar yang terlibat.

INTERVENSI 2 Ketua Jurulatih dan jurulatih menjalankan latihan yang telah dirancang menggunakan ruang lain yang sesuai bagi mempastikan jadual latihan tidak terganggu.

TINDAKAN Plan

TEMPOH PELAKSANAAN Do

KOS & SUMBER LOKASI PEMANTAUAN & PENAMBAHBAIKAN Check and Action

KPI

Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih

Intervensi itu dilaksanakan dalam tempoh 2016 hingga 2020, satu kali setahun untuk intervensi 1. Bagi intervensi 2 boleh dilaksanakan sepanjang setahun.

- Sekolah - Pelajar. - PIBG - Jabatan Kerajaan - Swasta - Masyarakat

Dalam atau luar sekolah

Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih

Johan peringkat kebangsaan menjelang tahun 2018, 2019 dan 2020.

Page 12: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

684

ISU 2 Kehadiran pelajar untuk mengikuti latihan kurang memuaskan.

OBJEKTIF Memberikan kesedaran tentang kepentingan menghadiri latihan yang telah dirancang.

INTERVENSI 1 Penyelaras dan Ketua Jurulatih membuat pemantauan kehadiran pelajar dan mengenalpasti faktor ketidakhadiran.

INTERVENSI 2 Penyelaras dan Ketua Jurulatih memanggil ibubapa dan pelajar terbabit bagi perbincangan untuk menyelesaikan masalah tersebut

INTERVENSI 3 Penyelaras dan Ketua Jurulatih melaksanakan tindakan terhadap pelajar yang tidak menghadiri latihan yang telah disediakan.

TINDAKAN Plan

TEMPOH PELAKSANAAN Do

KOS & SUMBER LOKASI PEMANTAUAN & PENAMBAHBAIKAN Check and Action

KPI

Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih

Intervensi itu dilaksanakan dalam tempoh 2016 hingga 2020, sepanjang tahun untuk intervensi 1, 2 dan 3.

- Sekolah - Pelajar. - PIBG - Jabatan Kerajaan - Swasta - Masyarakat

Dalam atau luar sekolah

Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih

Semua pelajar yang terlibat hadir 100% dalam program latihan menjelang 2017 hingga 2020.

Page 13: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

685

ISU 3 Kemudahan peralatan untuk menjalankan latihan agak terhad.

OBJEKTIF Memberikan kemudahan peralatan latihan yang diperlukan bagi meningkatkan tahap kecergasan pelajar.

INTERVENSI 1 Penyelaras membuat perancangan dan permohonan untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan kepada pihak sekolah, PPD dan JPN.

INTERVENSI 2 Penyelaras membuat perancangan dan permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak swasta yang boleh memberikan kerjasama.

TINDAKAN Plan

TEMPOH PELAKSANAAN Do

KOS & SUMBER LOKASI PEMANTAUAN & PENAMBAHBAIKAN Check and Action

KPI

Penyelaras PLD Ketua Jurulatih

Intervensi itu dilaksanakan dalam tempoh 2016 hingga 2020, dua kali setahun untuk intervensi 1 dan 2.

- PLD - Pelajar. - PIBG - Jabatan Kerajaan - Swasta - Masyarakat

Dalam atau luar sekolah

Penyelaras PLD Ketua Jurulatih Jurulatih

Kemudahan peralatan latihan pada tahap memuaskan atau 100% pada tahun 2020.

Page 14: Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulummajakir.net/wp-content/uploads/2016/02/Unit Sukan Prestasi Tinggi... · Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

686

11.0 PENUTUP

Dengan adanya Pelan Perancangan Strategik Bidang Pengurusan PLD Sepak takraw SMK

Majakir 2016 – 2020, diharapkan dapat memberikan halatuju yang lebih jelas kepada Penyelaras

PLD ini dalam tempoh lima tahun mendatang. Perancangan yang rapi serta komitmen yang tinggi

amat diperlukan bagi merealisasikan Pelan Perancangan Strategik ini. Pelaksanaan Program

Latihan dan Program Pembangunan yang dirancang memerlukan penelitian, pemantauan serta

penilaian yang lebih terperinci agar keberkesanannya dapat dikecapi dan dirasai. Pelan

perancangan yang menyeluruh ini hanya tinggal berbekas di kertas putih jika tidak dilaksanakan

dengan sesungguh hati. Keberkesanan dan kejayaan yang cemerlang amat diharapkan dengan

berakhirnya tahun 2020 kelak. Sekian dan Selamat memacu ke arah Negara Malaysia yang maju

menjelang tahun 2020. Terima kasih.