PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan...
Transcript of PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan...
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
2
RINGKASAN
EKSEKUTIF
Menyingkap tabir sejarah, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak beroperasi secara berasingan sebelum bergabung secara pentadbiran
pada 1 Januari 2011 dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia (JLM). JLM telah
menerima pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan di peringkat global,
serantau dan kebangsaan. Antara kemuncak pencapaian di peringkat global adalah
menjadi ahli majlis kepada International Maritime Organisation (IMO) dan
International Association of Lighthouse Authorities (IALA). Selaras dengan
pencapaian dan perkembangan industri maritim yang dinamik, JLM kemudiannya
telah disusun semula pada 7hb Julai 2018. Antara perundangan utama yang
dikuatkuasakan oleh JLM adalah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Ordinan
Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah) dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1960
(Sarawak). Cabaran dan perubahan persekitaran yang berlaku di peringkat global
dan domestik memerlukan satu anjakan paradigma supaya JLM kekal sebagai
peneraju industri maritim. Ini adalah selaras dengan ekspektasi dan harapan
stakeholder yang semakin meningkat. Justeru, JLM menyasarkan pertumbuhan
sistem pengangkutan maritim yang berdaya saing dengan menjalankan fungsi
sebagai Pengawalselia, Pemberi Perkhidmatan dan Pembangun Ekonomi Maritim.
Nilai-nilai teras yang diterapkan oleh JLM bagi mencapai visi dan misinya ialah
Integriti, Profesionalisme, Sinergi, Inovatif dan Stakeholder centric. Pelan Strategik
ini merangkumi empat hala tuju iaitu Penerapan Konvensyen-Konvensyen
Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara; Melaksanakan Aplikasi Teknologi
Dalam Sektor Maritim Selaras Dengan Revolusi Industri 4.0; Pembangunan Modal
Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang Berkemahiran Tinggi Dalam Industri dan
Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk Membentuk Persepsi
Positif Terhadap Jabatan Laut. Fasa pelaksanaan dan elemen kejayaaan
dibincangkan dalam pelan strategik ini.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
3
LATAR BELAKANG
JABATAN LAUT MALAYSIA
Jabatan Laut Malaysia adalah sebuah agensi Kerajaan yang terletak di bawah
Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir
urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim.
Sebelum Jabatan Laut Malaysia ditubuhkan, Jabatan Laut terdiri daripada
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut
Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan berasingan.
Pada 1 Januari 2011, ketiga-tiga Jabatan ini telah bergabung secara pentadbiran
dengan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia dan mempunyai Ketua Pengarah
Laut sebagai Ketua Perkhidmatan.
Sejarah penubuhan ketiga-tiga Jabatan Laut Malaysia adalah seperti berikut:
● Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
Sejarah penubuhan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bermula sejak
zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1450
Masihi. Pada ketika itu, Melaka dikenali sebagai pusat pertukaran barangan
antara Timur dan Barat. Hasil daripada kemajuan ini, Melaka menjadi terkenal
dan diiktiraf sebagai pelabuhan yang penting. Pada ketika itu, Sultan telah
melantik Syahbandar dan diberi tanggungjawab dalam hal ehwal pelabuhan
Melaka.
Seterusnya dengan penjajahan kuasa-kuasa barat dalam negeri-negeri
Tanah Melayu khususnya kuasa Inggeris, ia telah memberi impak yang
penting dalam aktiviti perdagangan dan perkapalan. Pada tahun 1800 Masihi
peranan Syahbandar yang ketika itu digelar sebagai Harbour Master semakin
berkembang.
Semasa tertubuhnya negeri-negeri Melayu Bersekutu, peranan Syahbandar
dikendalikan oleh Pejabat-pejabat Pelabuhan negeri masing masing. Setelah
menyedari peranan kelautan semakin bertambah pesat dan perlunya
mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih sistematik, Jabatan Laut
Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada 1 Mac 1953
selaras dengan L.N.74/1953 yang mewartakan The Merchant Shipping
Ordinance 1952 (Ordinan Perkapalan Saudagar). Pada tahun 1965, Ibu
Pejabat Laut telah dipindahkan dari Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh
Downing, Pulau Pinang ke Jalan Foreshore, Pelabuhan Klang dan pada tahun
2002 ianya telah berpindah ke bangunan baharu di Jalan Limbungan,
Pelabuhan Klang.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
4
Pada tahun 1995, melalui penstrukturan semula, Jabatan Laut
Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Jabatan Laut Wilayah iaitu Utara,
Tengah, Selatan dan Timur. Selepas itu Jabatan Laut Wilayah Persekutuan
Labuan dan Institut Latihan Pengangkutan Laut masing-masing telah
ditubuhkan pada Mac 2001 dan November 2007.
Senarai Pengarah Laut Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
i. Kapten Alistair Angus Martin
ii. Kapten L.A. Hatcher
iii. Kapten R.E. Gee
iv. Kapten J. Groves
v. Kapten Othman Bin Darus
vi. Tuan Haji Ghazali Bin Abu Hassan*
vi. YM Raja Datuk Malik Saripulazan Bin
Raja Kamaruzaman*
vii. Dato’ Kapten Ahmad Bin Othman*
viii. Dato’ Baharin bin Dato’ Abdul Hamid*
(* Ketua Pengarah Laut)
1953 – 1958
1958 – 1961
1961 – 1965
1965 – 1969
1969 – 1987
1987 – 1998
1998 – 2006
2006 – 2014
2014 – kini
● Jabatan Laut Sabah
Sejarah penubuhan Jabatan Laut Sabah telah bermula sejak zaman
pemerintahan Kolonial British di Kepulauan Borneo Utara. Fungsi
utamanya pada ketika itu ialah memberikan perkhidmatan bantuan
pelayaran seperti rumah api dan alat bantuan pelayaran lain di perairan
Borneo Utara. Rumah Api yang pertama adalah di Pulau Kuraman,
Labuan yang dibina pada tahun 1904. Pejabat pertama Jabatan Laut
Sabah berada di Liberty Wharf, Labuan yang merupakan sebuah
bangunan yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun dan
telah berpindah ke bangunan baharu pada April 1957. Jabatan Laut
Sabah pada ketika itu adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Sabah
dan mengguna pakai The Merchant Shipping Ordinance 1960 (Sabah).
Selepas Sabah menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September
1963, Jabatan ini telah diletakkan di bawah kuasa Kerajaan
Persekutuan. Pada Ogos 1995, di bawah penyusunan semula Jabatan
Laut Sabah telah mendapat kelulusan perjawatan bagi melaksanakan
tugas-tugas Persekutuan. Pada Januari 1996, Jabatan Laut Sabah
telah mengambil alih tugas-tugas Persekutuan sepenuhnya di semua
Pejabat-Pejabat Pelabuhan Cawangan.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
5
Pada Januari 2000, Ibu Pejabat Jabatan Laut Sabah berpindah dari
Wilayah Persekutan Labuan ke Kota Kinabalu dengan menyewa pejabat
di Bangunan Gaya Center dan kemudian berpindah ke Kompleks Ibu
Pejabat Jabatan Laut Sabah, Jalan Sepanggar pada Julai 2002.
Senarai Pengarah Laut Sabah adalah seperti berikut:
i. Lieut Cdr. W. Gibson R.N.R
ii. A.H. Masterton Smith
iii. Kapten H.M. Stanfield
iv. Kapten J. Walls
v. Kapten J.M. Anggang
vi. Kapten James Wang Hing Lee
vii. Kapten Ahmad Bin Othman
viii.Awang Ismail Bin Haji Mohd Tahir
ix. Rossid Bin Musa
x. Zulkurnain Bin Ayub
xi.Benjamin Bernard Bijion
xii.Abdul Aziz Bin Haji Mahmud
xiii. Rosnan bin Fathlal
xiv.Abdul Nasar Bin Abdul Hadi
v. Norjipin Bin Saidi
1950 – 1962
1962 – 1969
1969 – 1975
1975 – 1977
1977 – 1981
1981 – 1993
1993 – 1995
1995
1995 – 1997
1997 – 2001
2002 – 2008
2009 – 2012
2012 – 2015
2015 – 2016
2017 – kini
● Jabatan Laut Sarawak
Sejarah penubuhan Jabatan Laut Sarawak telah bermula sejak zaman
pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak iaitu sekitar tahun 1872. Pada
masa itu ia dikenali dengan nama The Shipping Office dan ditadbir oleh
seorang Shipping Master atau dikenali juga sebagai The Harbour Master.
Beliau bertanggungjawab dalam hal ehwal perkapalan Kerajaan dan
sedikit sebanyak dalam hal ehwal kapal perdagangan. Pada tahun 1874,
The Shipping Office ditempatkan bersama-sama dengan pejabat-pejabat
Kerajaan lain di bangunan The Public Office, berhadapan dengan
Pangkalan Batu sekarang. Pada masa tersebut bangunan ini telah menjadi
Bangunan Mahkamah Tinggi (Lama). Setelah penubuhan The Sarawak
Steamship Company pada 1 Julai 1875, bidang kuasa seorang Harbour
Master telah bertambah dan tugasnya meliputi hal ehwal keselamatan
kapal-kapal tempatan, bot-bot kecil, perahu penambang dan kebajikan
anak-anak kapal tempatan.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
6
Pada tahun 1920, satu peraturan dinamakan “Aturan 1920” telah diperkenalkan.
Menurut peraturan tersebut, satu sijil kebenaran perlu didapati daripada The
Shipping Office dan pihak Trade and Custom Department sebelum sesebuah
kapal itu dibenarkan keluar atau masuk ke pelabuhan negeri Sarawak. The
Shipping Office beroperasi di Godown No. 6 di Main Bazaar, Kuching. Pada
tahun 1961 The Marine Department of Sarawak ditubuhkan dan pada ketika itu
ia adalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Sarawak dan mengguna pakai The
Merchant Shipping Ordinance 1960 (Sarawak). Selepas Sarawak menyertai
pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Jabatan ini telah diletakkan
di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Pada 31 Januari 1995, Jabatan Laut
Sarawak berpindah ke Lot 683, Seksyen 66, Jalan Utama, Tanah Puteh,
Kuching, Sarawak.
Senarai Pengarah Laut Sarawak adalah seperti berikut:
i.Kapten Ian Nash
ii. Kapten Teo Choo Cheng
iii.Kapten Abdul Rahim Bin Akob
Iv. Muhammad Razif Bin Ahmad
v. Haji Zahidin Bin Haji Dor
vi.Haji Wan Endok Bin WanSalleh
vii.Haji Zahidin Bin Haji Dor
viii.Haji Dickson Bin Dollah
ix.Mohamad Marzuki Bin Brahim
1990 – 1996
1997 – 2002
2002 – 2004
2004 – 2011
2011 – 2014
2014 – 2017
2017 – kini
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
7
VISI, MISI, OBJEKTIF DAN MOTO
JABATAN LAUT MALAYSIA
Visi
Peneraju Sistem Pengangkutan Maritim.
Misi
Menetapkan Sistem Pengangkutan Maritim Berdasarkan Pembangunan dan
Pemantauan Standard Peringkat Nasional dan Antarabangsa.
Objektif
Memacu Pertumbuhan Maritim Kebangsaan Yang Berkualiti Melalui Pemerkasaan
Sistem Pengangkutan Maritim Yang Selamat, Sistematik dan Perlindungan
Persekitaran Marin.
Moto
Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
8
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
9
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
10
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
11
FUNGSI
JABATAN LAUT MALAYSIA
● Mengawal Selia Perkapalan, Pelabuhan, Pelaut Dan Keselamatan Pelayaran
Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan
berperanan untuk menggubal undang-undang, mendaftar kapal, memeriksa
kapal, menverifikasi pelabuhan, institut latihan, syarikat perkapalan dan
menjalankan siasatan kemalangan maritim, tumpahan minyak, pelanggaran
sekuriti dan salah laku hal ehwal kebajikan pelaut.
● Pemberi PerkhidmatanSektor Perkapalan, Pelabuhan Dan
Keselamatan Pelayaran
Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan
berperanan untuk mengukur kedalaman alur pelayaran, mengendali
pergerakan kapal-kapal dan mengurus terminal penumpang, terminal kargo,
alat bantuan pelayaran, wisma pelaut dan tabung-tabung amanah.
● Pembangunan Ekonomi Maritim
Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan
berperanan untuk membangunkan modal insan, pengembangan &
pertumbuhan industri maritim serta pemantapan infrastruktur.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
12
PUNCA KUASA
JABATAN LAUT MALAYSIA
● Ordinan PerkapalanSaudagar 1952
Ordinan ini memberi kuasa kepada Jabatan Laut Malaysia (JLM) mengawal selia
aktiviti maritim di dalam dan luar perairan Malaysia.
● Ordinan Perkapalan Saudagar1960 (Sabah dan Sarawak)
Ordinan ini memberi kuasa kepada Jabatan Laut Malaysia (JLM) mengawal selia
aktiviti maritim di perairan Sabah dan Sarawak.
● Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan
Perintah ini memberi kuasa kepada JLM untuk mengurus tadbir terminal feri,
menyelenggara alur pelayaran bagi memberi perkhidmatan kepada
penumpang, memastikan keselamatan pelayaran serta meningkatkan ekonomi
industri maritim di Malaysia.
● Pemakaian Konvensyen Antarabangsa
JLM mengawal selia konvensyen antarabangsa yang digunapakai oleh Malaysia.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
13
PELANGGAN DAN STAKEHOLDER
JABATAN LAUT MALAYSIA
Stakeholder
● Kementerian Pengangkutan
● Jemaah Menteri
● Ketua Setiausaha Negara ● Badan Bukan Kerajaan Pelanggan
● Orang Awam
● Sektor Swasta
● Negara Luar
● Pemilik Kapal dan Pelaut
● Agensi Kerajaan
● Pelabuhan
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
14
LAKARAN KECEMERLANGAN
JABATAN LAUT MALAYSIA
Peringkat Global
• International Maritime Organisation (IMO) Council Member, Ahli Majlis Kategori C bagi sesi 2006-2020.
• International Association of Lighthouse Authorities (IALA) Council Member, Ahli Majlis bagi sesi 2002-2022.
• IMO Technical Cooperation Committee Bertindak sebagai Pengerusi bagi tempoh 2014-kini.
• Global Maritime Energy Effeciency Partnership (GloMEEP)
Bertindak sebagai Peneraju (Lead Pilot Country) bagi tempoh 2015-2018.
• Board of Governor of the World Maritime University
Dilantik sebagai ahli dalam Board of Governor bagi sesi 2015-2018.
• IMO Maritime Ambassador
Dilantik sebagai duta IMO pada 2017-kini.
• STRAITREP and VTS in Malacca Strait
Ditubuhkan pada 1998 untuk keselamatan maritim sejagat.
Bahagian Pembangunan Perkapalan Dan Pelaut
• STCW White List IMO
Diiktiraf oleh IMO semenjak 1998-kini.
Bahagian Keselamatan, Sekuriti & Alam Sekitar
• Quality Shipping In 21st Century Programme US Coast Guard
Diberi pengiktirafan oleh USCG pada 2014.
Institut Latihan Pengangkutan Laut
• Pusat Kecemerlangan Latihan Maritim
Dikreditkan sebagai Organisasi Latihan oleh IALA pada tahun 2016-kini.
Peringkat Serantau
• Penganugerahan kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan
berperanan dalam memberikan bukti kukuh (pentadbiran rumah api) dalam
pertikaian kedaulatan bersama Indonesia di Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) di Hague pada 2002.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
15
Bahagian Kawalan Industri Maritim
Tokyo Mou Committee Chairman
Berperanan sebagai Pengerusi bagi sesi 2013-2015.
• White List Tokyo MOU Port State Control
Penganugerahan sebagai white list flag semenjak 2013-kini.
Institut Latihan Pengangkutan Laut
• ASEAN VTS Regional Expert Group Committee
Berperanan sebagai Pengerusi Tetap semenjak tahun 2015-kini.
Bahagian Keselamatan Pelayaran & Komunikasi Maritim
• AIDS to Navigation Fund (ANF) Committee
Berperanan sebagai Pengerusi bagi sesi 2018-2020.
Peringkat Kebangsaan
• Pensijilan MS ISO 9001:2008
Diiktiraf oleh Loyd’s Register bagi tempoh 2000-2015 (rujukan 16).
• Pensijilan MS ISO 9001:2015
Diiktiraf oleh PSV bagi tempoh Jun-kini 2018 (rujukan 17).
• Pensijilan ISO 9001:2015 (Jabatan Laut Wilayah Sarawak)
Diiktiraf oleh Loyd’s Register bagi tempoh 2017-2020.
• Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 Diktiraf
oleh SIRIM bagi tempoh 2015-2018.
• Pencapaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
berdasarkan Indeks Akauntabiliti 5 Bintang
Diiktiraf oleh Jabatan Audit Negara pada 2015.
• Pencapaian Cemerlang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS
Diiktiraf oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 2015.
• Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK)
Menjuarai pertandingan KIK Peringkat Kementerian Pengangkutan
Malaysia pada tahun 2017.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
16
CABARAN-CABARAN JABATAN
LAUT MALAYSIA
Perundangan maritim Negara lama dan berbeza Perundangan maritim negara lama dan berbeza antara Semenanjung Malaysia (MSO 1952), Sabah (MSO 1960 Sabah) dan Sarawak (MSO 1960 Sarawak) menyukarkan JLM untuk bergerak dalam satu entiti yang mengawal selia perkapalan, pelaut dan keselamatan pelayaran. Terdapat keperluan kelulusan aktiviti perkapalan dan keselamatan pelayaran yang berbeza antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Terdapat konvensyen maritim antarabangsa yang telah di ratifikasi oleh
Malaysia tetapi tidak digubal sebagai undang-undang Negara
Konvensyen maritim antarabangsa sentiasa dikemaskini, bagaimanapun masih
terdapat konvesyen yang belum digubal sebagai akta atau undang-undang Negara.
Mengawal selia keperluan konvesyen dilakukan secara pentadbiran, tidak terikat
dengan mana-mana undang-undang atau akta dalam Negara.
Penggunaan teknologi baharu dalam industri maritim
Ledakan teknologi dalam industri maritim yang pantas memerlukan JLM bertindak
balas selari dengan keperluan industri yang terkini dan seterusnya memastikan
industri maritim tempatan mampu berdaya saing dengan negara lebih maju.
Membangunkan pegawai dan kakitangan berkemahiran tinggi
JLM perlu memperkasakan pengetahuan pegawai dan kakitangan yang
berkemahiran tinggi, inovatif dan kreatif untuk memastikan fungsi JLM dapat
dilaksanakan dengan efisien selari dengan perkembangan dan kehendak industri.
Penglibatan agensi lain dan pemain industri / stakeholder dalam menggubal
dasar atau perundangan maritim
Perkhidmatan maritim melibatkan proses dan kelulusan di bawah pelbagai agensi
mengikut undang-undang dan peraturan tersendiri yang mungkin menyukarkan
JLM melaksanakan aktiviti dan perkhidmatan perkapalan kepada industri.
Persepsi awam
Persepsi negatif awam terhadap budaya kerja kakitangan yang kurang membantu
urusan pelanggan. Penjenamaan yang baik boleh meningkatkan tahap persepsi
yang positif terhadap JLM. Ini adalah penting bagi mengekalkan kemampanan dan
relevansi JLM sebagai peneraju sistem pengangkutan maritim di Malaysia.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
17
RANGKA STRATEGIK
JABATAN LAUT MALAYSIA
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
18
TERAS STRATEGIK
JABATAN LAUT MALAYSIA
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
19
TERAS STRATEGIK
JABATAN LAUT MALAYSIA
Empat (4) Teras Strategik Utama yang dikenal pasti bagi mendokong usaha
Jabatan Laut Malaysia untuk melaksanakan peranan yang dipertanggungjawabkan
serta menangani cabaran-cabaran yang mendatang ke arah merealisasikan visi,
misi dan objektif yang ditetapkan.
Teras 1: Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang
Berkemahiran Tinggi Dalam Industri
Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang Berkemahiran
Tinggi Dalam Industri
Memantapkan modal insan yang berkemahiran tinggi adalah penting bagi
JLM untuk mencapai fungsi-fungsi yang telah ditetapkan khususnya dalam
aspek pembangunan sektor pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran.
Teras hala tuju ini boleh dicapai dengan menjalankan penempatan silang
dengan industri maritim dan membangunkan program latihan.
Program Meningkatkan Modal Insan
Membangunkan program strategik dengan semua pihak yang
berkepentingan supaya kemahiran modal insan dapat dipertingkatkan.
Antara langkah yang dilaksanakan dalam strategi ini termasuklah
memeterai perjanjian persefahaman, pertukaran pegawai, pemindahan
teknologi dan perkongsian maklumat.
Program Pembangunan Modul Latihan
JLM perlu merangka dan menyediakan program pembangunan modal insan
dengan organisasi dan syarikat. Program pembangunan dan latihan yang
akan dijalankan dibuat secara berstruktur dan berkala selaras dengan
perkembangan industri maritim. Langkah strategi adalah tindak balas JLM
dengan perkembangan teknologi dan keperluan konvensyen maritim yang
dinamik.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
20
Teras 2: Penerapan Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara
Penerapan Konvensyen–Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara
Selaras dengan visi dan misi yang ditetapkan, Jabatan Laut Malaysia (JLM) selaku agensi peneraju yang akan melaksanakan kawal selia dan memberi perkhidmatan sektor perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran berdasarkan kepada punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan serta konvensyen-konvensyen Antarabangsa yang diratifikasi oleh Kerajaan. Usaha ini selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara untuk memperkukuhkan dan menyelaras rangka kerja perundangan bagi mengurangkan ketidakcekapan dan kos mengendalikan perniagaan.
Mengukuhkan JLM Sebagai Agensi Peneraju DiSamping Memperkasakan Industri Maritim Negara Agar Dapat Berdaya Saing Di Peringkat Global
Jabatan Laut Malaysia merupakan agensi tunggal dalam memacu bidang perundangan dan perkembangan industri maritim di Malaysia selaras dengan perundangan negara. Ini diterjemahkan melalui penglibatan Malaysia menjadi wakil di dalam Ahli Majlis di dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa daripada tahun 2006 hingga 2019 dan Ahli Majlis The International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA) dari tahun 2002 hingga 2019. Sasaran Jabatan adalah untuk menduduki 8 kedudukan teratas di dalam Kumpulan C di dalam Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa. Selain itu, Jabatan juga menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan 15 teratas keahlian di dalam Ahli Majlis IALA.
Pemudah Cara Ke Atas Proses Penerapan Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara Agar Lebih Efisien Dan Bersistematik
Proses penggubalan undang-undang mengambil masa yang panjang dan tiada pegawai spesifik untuk melihat proses penggubalan ini berjaya ke peringkat yang lebih jauh. Ini boleh dilihat apabila beberapa konvensyen utama yang telah diratifikasi oleh Jabatan masih belum diserap di dalam perundangan negara dengan lebih jelas. Oleh yang demikian, JLM berharap untuk menjadikan sekurang-kurangnya 3 konvensyen utama. di dalam tempoh 5 tahun diserap ke dalam undang-undang negara bagi memastikan Jabatan terus relevan sebagai badan pengawal selia industri maritim, di samping menyumbang kepada kelestarian ekonomi berteraskan industri ini.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
21
Mengurangkan Rintangan Industri Maritim Supaya Tidak Memberi Impak
Mendadak Kepada Kos Keseluruhan Yang Ditanggung Oleh Stakeholder
Dan Pelanggan
Penglibatan (engagement) dengan industri perkapalan perlu dilakukan
untuk mengurangkan rintangan daripada industri maritim kerana setiap
konvensyen yang telah diratifikasi oleh Kerajaan akan memberi impak
kepada kos keseluruhan yang ditanggung oleh stakeholder dan pelanggan
serta tahap kesedaran industri negara yang masih rendah berbanding
dengan negara-negara maju. Bagi mengatasi rintangan ini, sesi konsultasi,
dialog, capacity building dan program kesedaran dengan stakeholder,
pelanggan dan badan bukan kerajaan perlu diadakan.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
22
Teras 3: Melaksanakan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor Maritim Selaras
Dengan Revolusi Industri 4.0
Aplikasi Teknologi Dalam Memperkasa Fungsi Jabatan Laut Malaysia
Aplikasi teknologi untuk mencapai fungsi Jabatan dalam mengawal selia
dan memberi perkhidmatan kepada sektor perkapalan, pelabuhan, pelaut
dan keselamatan pelayaran serta pembangunan ekonomi maritim. Ini
boleh dicapai melalui konsep revolusi industri 4.0.
Melaksanakan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor Maritim Selaras Dengan
Revolusi Industri 4.0
Jabatan bergerak selari dengan perkembangan RI4.0 dalam memberi
perkhidmatan mengawal selia, memberi perkhidmatan kepada sektor
perkapalan, pelabuhan, pelaut, keselamatan pelayaran dan
pembangunan ekonomi maritim Negara.
Dalam tempoh 5 tahun (2019 – 2023), JLM merealisasikan pelaksanaan
Malaysia Marine Department Information System (MMDIS), 2 projek
sistem di dalam konsep e-navigation dan pangkalan data pengembangan
bakat dalam mengawal selia perkapalan dan pelabuhan serta bagi
memacu pembangunan ekonomi maritim.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
23
Teras 4: Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk
Membentuk Persepsi Positif Terhadap Jabatan Laut Malaysia
Meningkatkan Persepsi Positif Masyarakat Terhadap JLM
Persepsi awam ke atas JLM tentang perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan berkepentingan dapat diperkasakan melalui penglibatan secara
efisien antara kedua pihak dan juga melalui komunikasi korporat yang
berkesan.
Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk Membentuk Persepsi
Positif Terhadap Jabatan Laut Malaysia
Usaha JLM menangani isu persepsi membolehkan JLM untuk mencapai
objektif penubuhannya. Beberapa inisiatif yang boleh ditangani dengan
persepsi ini ialah dengan mengadakan sesi libat urus (engagement) dengan
orang ramai dan stakeholder, kerjasama dengan pihak media dan membuat
kajian kepuasan pelanggan. Penggunaan saluran komunikasi yang
berkesan dalam aspek penyampaian maklumat untuk meningkatkan
kesedaran dan kefahaman masing-masing warga JLM dan pihak-pihak
berkepentingan (stakeholder) dalam bidang maritim.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
24
STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN
JABATAN LAUT MALAYSIA
Teras 1: Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang
Berkemahiran Tinggi Dalam Industri
Memantapkan modal insan yang berkemahiran tinggi adalah penting bagi
JLM untuk mencapai fungsi-fungsi yang telah ditetapkan khususnya dalam
aspek pembangunan sektor pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran.
Hala tuju ini boleh dicapai dengan menjalankan penempatan silang dengan
industri maritim dan membangunkan program latihan.
Strategi Pelan Tindakan
Program meningkatkan modal
insan Bekerjasama dengan syarikat-syarikat
industri/organisasi maritim bagi penempatan
silang pegawai Membangunkan kriteria calon
Program Pembangunan Latihan Membangunkan modul penempatan silang yang
berkaitan dengan perkapalan, pelaut, pelabuhan
untuk memberi latihan dan soft skills kepada
pegawai-pegawai JLM selaras dengan keperluan
industri
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
25
Teras 2: Penerapan Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam
Perundangan Negara
Selaras dengan visi dan misi yang ditetapkan, Jabatan Laut Malaysia (JLM) selaku
agensi peneraju yang akan melaksanakan kawal selia dan memberi perkhidmatan
sektor perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran berdasarkan
kepada punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar, Kaedahkaedah dan
Peraturan-peraturan serta Konvensyen-konvensyen Antarabangsa yang diratifikasi
oleh Kerajaan. Usaha ini selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara untuk
memperkukuhkan dan menyelaras rangka kerja perundangan bagi mengurangkan
ketidakcekapan dan kos mengendalikan perniagaan.
Strategi Pelan Tindakan
Mengukuhkan JLM sebagai agensi
peneraju di samping
memperkasakan industri maritim
negara agar dapat berdaya saing
di peringkat global
Memainkan peranan yang lebih berkesan di Peringkat Antarabangsa
Pemudah cara ke atas proses
penyerapan konvensyen
antarabangsa ke dalam
perundangan negara agar lebih
efisien dan bersistematik
Mengenal pasti, menyemak dan menyenarai akhir
konvensyen berdasarkan keutamaan yang perlu
diserap ke dalam perundangan negara dan
menyediakan draf akhir undang-undang bagi
konvensyen utama
Mengurangkan impak konvensyen
kepada industri maritim dari segi
kos operasi yang ditanggung oleh
mereka
Mengadakan sesi konsultasi dan dialog dengan
stakeholder, pelanggan dan badan bukan
kerajaan dan pengukuran
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
26
Teras 3: Melaksanakan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor Maritim Selaras
Dengan Revolusi Industri 4.0
Aplikasi teknologi untuk mencapai fungsi Jabatan dalam mengawal selia dan
memberi perkhidmatan kepada sektor perkapalan, pelabuhan, pelaut dan
keselamatan pelayaran serta pembangunan ekonomi maritim. Ini boleh dicapai
melalui revolusi industri, R & D dan teknologi perkapalan.
Strategi Pelan Tindakan
Melaksanakan aplikasi teknologi
dalam sektor maritim selaras
dengan Revolusi Industri 4.0
Membangunkan sistem Menaiktaraf sistem
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
27
Teras 4: Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk Membentuk
Persepsi Positif Terhadap Jabatan Laut Malaysia
Persepsi positif masyarakat terhadap aktiviti teras JLM dapat diperkasakan melalui
keterlibatan masyarakat dan komunikasi korporat.
Strategi Pelan Tindakan
Keterlibatan masyarakat dan
penglibatan media untuk
membentuk persepsi positif
terhadap JLM
Melaksanakan penglibatan masyarakat
terhadap JLM melalui:
• Program turun padang. • Tanggungjawab sosial • Pelantikan duta keselamatan maritim
Penglibatan pihak media melalui:
• Kolaborasi • Memaklumkan pencapaian dan kejayaan
JLM wawasan pelanggan (customer insights) dengan pendekatan mesra pelanggan, diwujudkan kod etika berurusan dengan pelanggan. Memaklumkan pencapaian dan kejayaan JLM
SERTA pemberitahuan segera insiden maritim.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
28
TERAS 1:
PEMBANGUNAN MODAL INSAN BAGI MELAHIRKAN
PEGAWAI YANG BERKEMAHIRAN TINGGI DALAM
INDUSTRI
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
29
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
30
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
31
TERAS 2
PENERAPAN KONVENSYEN-KONVENSYEN
ANTARABANGSA KE DALAM PERUNDANGAN
MALAYSIA
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
32
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
33
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
34
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
35
TERAS 3:
MELAKSANAKAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM
SEKTOR MARITIM SELARAS DENGAN REVOLUSI
INDUSTRI 4.0
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
36
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
37
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
38
TERAS 4:
KETERLIBATAN MASYARAKAT DAN PENGLIBATAN
MEDIA UNTUK MEMBENTUK PERSEPSI POSITIF
TERHADAP JABATAN LAUT MALAYSIA
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
39
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
40
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
41
Teras Hala Tuju Satu: Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang Berkemahiran Tinggi Dalam Industri
Fasa 1: Mengadakan Libat Urus Bersama Dengan Pihak Berkepentingan Bagi Penempatan Silang Yang Berkaitan Dengan Perkapalan, Pelaut Dan Pelabuhan Usaha libat urus adalah untuk membangunkan kerangka modal insan bagi
menghasilkan pegawai yang berkemahiran tinggi. Kerangka modal insan yang
dibangunkan ini akan meliputi bidang latihan yang bertujuan untuk memberi
pengetahuan dan meningkatkan kemahiran serta menambah pengalaman dalam
sektor pelabuhan, perkapalan dan keselamatan pelayaran.Untuk melaksanakannya
tempoh latihan minimum ditetapkan di syarikat dari industri maritim yang terpilih bagi
memastikan pegawai memperoleh pendedahan dan pengalaman yang mencukupi.
Syarikat-syarikat tersebut dipilih kerana mereka adalah syarikat peneraju dalam
sektor pelabuhan, perkapalan pembinaan atau penyelenggaraan kapal, badan
klasifikasi kapal, industri gas dan minyak serta logistik maritim. Melalui kerangka ini,
jabatan akan dapat membangunkan pegawai-pegawai yang berkemahiran tinggi,
mempunyai sikap kerja yang baik, kurang membuat kesilapan dan mesra pelanggan.
Fasa 2: Membuat Pencalonan Pegawai Untuk Penempatan Silang Bagi Kesesuaian Padanan Penempatan Pegawai
Melalui pencalonan yang tersusun yang melepasi tahap kriteria yang ditetapkan boleh
memberikan impak yang boleh memastikan penempatan silang dapat dilaksanakan
dengan kesesuaian padanan penempatan pegawai. Pencalonan pegawai untuk
mengikuti penempatan silang ini hendaklah memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang
ditetapkan oleh jabatan. Kriteria-kriteria tersebut termasuklah markah Laporan
Prestasi Tahunan (LNPT), bebas daripada tindakan tatatertib, bebas sebagai
peminjam tegar, lulus penilaian sikap dan melepasi penilaian integriti. Penentuan
kriteria ini dibuat bagi memastikan hanya pegawai yang cemerlang, berintegriti dan
berfikiran positif sahaja yang terpilih.
Fasa 3: Membuat Penilaian Impak Sebelum, Semasa Dan Selepas Penempatan Silang
Bagi melaksanakan penilaian kesan impak sosial terhadap penempatan silang,
pegawai-pegawai akan dinilai dari segi prestasi kerja, kemahiran dan sikap kerja.
Penilaian tersebut merangkumi penilaian sebelum, semasa dan selepas penempatan
silang bagi memastikan pegawai memperoleh kemahiran yang diperlukan. Penilaian
sebelum penempatan silang akan dibuat secara pengisian borang mengikut skala
iaitu kemahiran yang dimiliki oleh pegawai sebelum mengikuti penempatan silang dan
jangkaan yang bakal diperolehinya. Semasa penempatan silang pula, pegawai dan
syarikat yang menerima pegawai tersebut dikehendaki mengisi borang penilaian
mengikut skala yang ditetapkan. Setelah tamat tempoh penempatan silang pegawai
akan menilai sendiri penempatan silang yang telah diikutinya. Akhir sekali penyelia di
jabatan asalnya akan menilai penempatan silang yang telah diikutinya. Selain dari itu
setiap peserta perlu menghantar laporan yang mempunyai output fizikal dalam bentuk
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
42
projek untuk tambah baik perkhidmatan jabatan silang yang telah diikutinya. Akhir
sekali penyelia di jabatan asalnya akan menilai penempatan silang yang telah
diikutinya. Selain dari itu setiap peserta perlu menghantar laporan yang mempunyai
output fizikal dalam bentuk projek untuk tambah baik perkhidmatan jabatan.
Teras Hala Tuju Dua: Penerapan Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara
Fasa 1 : Kehadiran Ke Persidangan Antarabangsa
Adalah sangat penting bagi JLM untuk hadir ke persidangan antarabangsa seperti
International Maritime Organization (IMO) dan International Association of Marine
Aids to Navigation dan Lighthouses (IALA), agar apa jua konvensyen yang diterima
pakai kelak dapat memberi manfaat kepada negara.
Untuk melaksana perkara ini, sebuah Pasukan Khas (Taskforce) yang dianggotai
oleh pegawai-pegawai jabatan perlu diwujudkan dan berhubung secara tetap
setiap suku tahun dengan Pegawai Attache Maritim Malaysia di London. Tugas
Pasukan Khas ini ialah untuk mengumpul, menyelaras dan menganalisis maklumat
awal berhubung konvensyen antarabangsa yang akan dibentang pada
persidangan akan datang.
Semua maklumat awal konvensyen akan diagih dan dikaji secara lebih dalam oleh
Kumpulan Pakar (Expert Group) sebelum ianya diterima pakai oleh negara dan
mengukur sejauh mana kesannya kepada industri maritim.
Sebagai sebuah negara kelautan yang ekonominya bergantung penuh kepada
perdagangan antarabangsa, kehadiran dan keanggotaan Malaysia di peringkat
antarabangsa sebegini bukan sahaja memberi kelebihan bersuara semata-mata,
bahkan menjadi forum untuk menjaga kepentingan ekonomi negara-negara di
rantau Asia Pasifik.
Kejayaan Malaysia untuk menjadi ahli majlis pertubuhan antarabangsa tidak akan
kekal jika negara-negara dirantau Asia Pasifik tidak memberi sokongan apabila
Malaysia tidak lagi menjuarai kepentingan bersama. Oleh sebab yang demikian,
negara perlu menyediakan pelan latihan modal insan berterusan, pembinaan
prasarana latihan teknikal dan memperuntukkan sumber kewangan.
Fasa 2: Konsultasi Dan Kajian Impak Konvensyen Terhadap Industri Maritim
Konsultasi dan kajian impak konvensyen antarabangsa maritim ini adalah amat
penting dilaksanakan bagi memastikan industri maritim negara adalah mematuhi
konvensyen maritim yang berkuat kuasa pada peringkat nasional dan antarabangsa.
Kapal-kapal Malaysia yang beroperasi di dalam dan luar negara akan menerima
kesan langsung seperti kehilangan peluang perdagangan, sekiranya negara terkeluar
dari senarai negara “IMO white list”. Sejumlah lebih kurang 4,600 buah kapal dagang
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
43
yang beroperasi di bawah pendaftaran Malaysia akan menerima kesan
perlaksanaan konvensyen antarabangsa.
Selain itu, pelaut-pelaut Malaysia juga akan menerima kesan langsung seperti sukar
mendapat pekerjaan dalam sektor maritim kerana tidak mematuhi keperluan persijilan
pelaut yang mematuhi konvensyen maritim antarabangsa. Sejumlah lebih kurang
50,000 orang pelaut Malaysia akan menerima kesan kesukaran mencari pekerjaan
hasil daripada implementasi konvensyen maritim antarabangsa.
Dalam konteks ini, konsultasi dan kajian impak konvensyen antarabangsa maritim
hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Tanpa sesi konsultasi dan kajian ini, tahap
kesediaan kapal-kapal dagang Malaysia dan peluang pekerjaan pelaut-pelaut Negara
sukar diramal dan mungkin menerima kesan yang buruk dan keadaan ini secara
langsung memberi impak yang negatif kepada ekonomi Negara.
Untuk menjayakan penerapan konvensyen utama ini ke dalam undang-undang
negara, pasukan khas task force bersama dengan kumpulan pakar expert group akan
mengadakan beberapa siri konsultasi dan kajian impak bersama pihak
berkepentingan untuk mengukur maklum balas dari pemain industri, kesan atau
impak ke atas modal dan kos operasi.
Oleh sebab yang demikian Negara perlu melaksanakan konsultasi dan kajian impak
konvensyen antarabangsa ini, menerapkan konvensyen maritim dalam perundangan
negara serta menyediakan keperluan kewangan yang mencukupi untuk
melaksanakan program ini dalam tempoh 5 tahun.
Fasa 3: Kerangka Kertas Kerja Dan Draf Undang-Undang
Konvensyen yang telah diterima pakai oleh Negara mestilah diserapkan ke dalam
undang-undang agar industri maritim Negara tidak ketinggalan dan berupaya untuk
terus berdaya saing di peringkat global. Bagi meneruskan proses berikutnya
konvensyen-konvensyen ini akan dipilih dan di senarai akhir dalam kerangka kertas
kerja penyediaan draf akhir undang-undang.
Sekiranya tanpa kerangka, penyenaraian konvensyen-konvensyen tidak akan
mengikut keutamaan dan sukar untuk mencapai tempoh akhir (deadline). Melalui
kerangka yang siap, penyenaraian akhir konvensyen utama dapat dipermudahkan
menjadi draf akhir undang-undang. Draf akhir undang-undang ini pula bermatlamat
untuk menjadikan Negara bersedia lebih awal dari segi perundangan dan jika tiada
perubahan, ianya selaras dengan dasar pengangkutan Negara serta memberi nilai
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
44
Teras Hala Tuju Tiga: Melaksanakan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor
Maritim Selaras Dengan Revolusi Industri 4.0
Fasa 1: Pembangunan Sistem
Asas Revolusi Industri 4.0 (RI4.0) merupakan satu konsep yang digunakan oleh JLM
dalam membangunkan satu sistem berteknologi digital untuk digunakan oleh pekerja
industri maritim. Selaras dengan RI4.0 ini, JLM telah merancang untuk
membangunkan beberapa sistem digital untuk menyokong semua fungsi JLM dari
aspek keselamatan pelayaran, pemantauan kapal dan alat bantuan pelayaran,
persijilan kapal, perakuan pelaut dan pangkalan data pegawai JLM.
Pembangunan MMDIS adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang efisien
kepada pelanggan JLM di mana semua urusan berkaitan perkapalan dan pelaut
dilakukan secara atas talian. Hal ini menyumbang secara langsung kepada
pengamalan harian secara digital sebagaimana disarankan dalam RI4.0.
Penggunaan sistem ini secara mandatori akan memberi kesan yang besar kepada
pemilik-pemilik kapal di mana kegagalan pematuhan dalam persijilan kapal, standard
keselamatan dan pelaut yang kompeten boleh menyebabkan kapal-kapal tidak
dibenarkan belayar ke mana-mana pelabuhan. Natijahnya, penghantaran kargo tidak
dapat dibekalkan dan seterusnya boleh mengganggu keadaan ekonomi.
Manakala, pembangunan Pusat VTS dan pemantauan AIS adalah sangat penting
dalam memastikan keselamatan pelayaran adalah terjamin dan di samping itu
mengurangkan risiko pelanggaran kapal yang akan mengakibatkan impak yang besar
terhadap persekitaran marin terutamanya industri perikanan dan pelancongan.
Pencemaran minyak yang serius ke atas persekitaran marin termasuk persisiran
pantai akibat pelanggaran kapal boleh menyebabkan kemusnahan kepada sistem
ekologi marin secara keseluruhan. Punca pendapatan nelayan akan terganggu dan
keadaan ini juga boleh mencacatkan industri pelancongan.
Pertumbuhan industri maritim yang sangat pesat untuk memenuhi permintaan global
dari segi kenderaan laut telah menyumbang kepada peningkatan dari segi jumlah
bilangan kapal. Pengaliran trafik maritim yang tinggi memerlukan satu sistem
pemantauan dan pengawalan pergerakan kapal yang lebih efektif dan bersistematik.
Kemalangan kapal akan memberi kesan katastrofik sekali gus akan menjejaskan
penghantaran kargo dan berkemungkinan tidak boleh dihantar langsung. Ini boleh
memberi impak yang tinggi dari segi ekonomi dan pendapatan negara.
Selain itu, penggunaan sistem ini juga boleh membantu dalam menentukan lokasi
sesuatu kapal yang memerlukan bantuan segera semasa kecemasan dan
memaklumkan agensi berkaitan untuk tindakan serta merta bagi meminimumkan
impak terhadap keselamatan nyawa dan harta benda serta persekitaran marin.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
45
Pengurusan latihan pegawai JLM yang efisien, kos efektif dan sistematik dapat
dilaksanakan melalui pembangunan Sistem Pangkalan Data Berpusat yang
komprehensif. Pangkalan data ini juga dapat membantu dalam menganalisis dan
merangka keperluan kursus dan latihan kepada semua pegawai JLM. Pangkalan
data ini juga boleh dikemaskini sepanjang masa. Ketiadaan pangkalan data
berpusat ini boleh menjejaskan pengurusan latihan pegawai serta merugikan dari
segi kos JLM.
Fasa 2 : Menaik Taraf Sistem
VTS merupakan satu sistem pemantauan trafik marin yang dibangunkan dan
dikendalikan oleh JLM untuk memantau pergerakan kapal-kapal dan memberikan
khidmat pemakluman keselamatan pelayaran bagi sesuatu alur navigasi.
Selaras dengan konsep RI4.0 di mana perkembangan teknologi digital yang pesat,
sistem VTS sedia ada perlu dinaiktaraf bagi mengimbangi kemajuan teknologi digital
yang mempunyai pelbagai aplikasi yang dapat menyediakan maklumat bermanfaat.
Kegagalan mengikuti perkembangan teknologi digital ini boleh menyebabkan sistem
sedia ada akan ketinggalan dan tidak bermanfaat kepada pengguna. Pemantauan
akan menjadi kurang efektif dan tidak dapat menepati kehendak kapal-kapal yang
menggunakan alur navigasi di bawah kawalan Pusat VTS.
Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan risiko pelanggaran kapal yang
menggunakan alur navigasi di bawah rangkaian VTS tersebut. Kemalangan
katastrofik akan berlaku dan memberikan impak negatif yang besar kepada ekonomi
negara.
Fasa 3 : Menjalankan Kajian Keberkesanan Sistem
Semua sistem yang hendak dibangunkan akan terlebih dahulu dibuat kajian
kebolehlaksanaan (Feasibility Study) dan kajian capaian sistem (Accessibility
Study) bagi memastikan semua sistem akan memberi impak yang positif kepada
sosioekonomi dan value for money.
Kajian yang komprehensif memerlukan penelitian faktor-faktor yang boleh
menjejaskan keputusan kajian seperti ekonomi, teknologi, perundangan dan
penjadualan.
Pembangunan sistem ini tanpa kajian yang baik boleh menyebabkan sistem yang
dibangunkan tidak memberikan faedah dan matlamat yang disasarkan. Kerugian
yang besar kepada kos kerajaan dan tidak dapat digunakan oleh komuniti
perkapalan akan menyebabkan impak sosioekonomi yang tidak dapat digambarkan.
Kriteria-kriteria seperti bilangan dan kekerapan pengguna yang menggunakan
sistem perlu diambil kira bagi memastikan hasil kajian yang lebih tepat dan
memberikan impak yang positif kepada JLM dan stakeholder keseluruhannya.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
46
Teras Hala Tuju Empat: Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk Membentuk Persepsi Positif Terhadap Jabatan Laut Malaysia
Fasa 1: Menubuhkan Pasukan Prime Mover Menangani Persepsi Masyarakat
Pasukan Prime Mover ditubuhkan di setiap wilayah dan ia bertanggungjawab mempromosi fungsi dan peranan JLM. Pasukan ini ditugaskan untuk menyediakan pelan operasi, jadual pelaksanaan dan memantau pencapaian program-program bagi strategi keterlibatan masyarakat dan penglibatan media untuk membentuk persepsi positif terhadap JLM seperti berikut:
1. Program Turun Padang
2. Program Tanggungjawab Sosial Korporat
3. Program Kolaborasi Dengan Pihak Media
4. Indeks Kepuasan Pelanggan
5. Indeks Kepuasan Pekerja
Peranan yang dimainkan oleh pasukan ini amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan semua program ini supaya dapat membentuk persepsi positif terhadap jabatan. Selain itu, pasukan Prime Mover sentiasa bertindak sebagai penggerak dan pengukur mutu pelaksaan program-program dalam jabatan supaya program tersebut sentiasa bermutu tinggi dan bukan sekadar menjalankan program semata-mata.
Fasa 2: Melaksana Program Turun Padang
Program Turun Padang berupaya menghasilkan impak positif kepada JLM kerana
isu atau permasalahan pelaksanaan yang wujud diperingkat akar umbi sama ada
di peringkat masyarakat atau jabatan dapat difahami.
Bagi mendekati pelanggan dan masyarakat, program yang dijalankan adalah seperti kempen keselamatan, hari bertemu pelanggan dan sesi town hall. Manakala program seperti hari keluarga dan perhimpunan bulanan pula dijalankan bagi mendekati warga jabatan.
Menerusi program ini, jabatan berpeluang untuk mendekati masyarakat dan warga jabatan dengan lebih dekat supaya perkhidmatan yang ditawarkan menepati keperluan mereka dan mengenalpasti kekangan yang dihadapi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada mereka. Pendekatan ini membolehkan sebarang ruang yang berpotensi untuk ditambah baik dikenal pasti lebih awal dan ditangani serta merta dengan melibatkan mereka dalam penyelesaian bersama berkaitan penyampaian perkhidmatan Jabatan. Isu-isu yang dibangkitkan semasa aktiviti-aktiviti ini akan diberikan maklum balas dengan segera dan diikuti dengan tindakan susulan.
Perkhidmatan talian helpdesk juga diwujudkan untuk membolehkan pelanggan dan
masyarakat membuat pertanyaan atau mendapatkan maklumat perkhidmatan
Jabatan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan. Urusan pelanggan yang tidak
dapat diselesaikan oleh helpdesk dengan serta merta akan dirujuk kepada pegawai
yang bertanggungjawab atau mereka yang pakar dalam bidang berkenaan untuk
diselesaikan.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
47
Fasa 3: Melaksana Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Penjenamaan semula jabatan akan membentuk persepsi positif masyarakat terhadap
jabatan. Ini boleh dilakukan dengan melaksanakan program-program CSR yang
disasarkan kepada pelanggan dan masyarakat.
Program myDolphin memberikan peluang kepada masyarakat setempat mendapat
manfaat daripada fasiliti dan kemahiran yang dimiliki oleh warga jabatan dari segi
kemahiran asas berenang dan asas keselamatan diri supaya mereka boleh
menggunakan kemahiran tersebut.
Program Elite Eye akan melibatkan penyertaan daripada sepasukan pelajar universiti
tempatan yang dilatih untuk bersama-sama warga jabatan bagi menjalankan
pemantauan di jeti-jeti yang menjadi tumpuan pengunjung terutama ketika Cuti
Umum dan Persekolahan. Program ini membantu pihak pengunjung mengelak risiko
bahaya akibat kesesakan di terminal penumpang dan sekaligus meningkatkan mutu
perkhidmatan Jabatan.
Fasa 4: Melaksana Program Libat Urus (Engagement) Dengan Pihak Media
mengenai Pencapaian Dan Kejayaan JLM
Kerjasama yang baik dengan pihak media ini bertujuan bagi mengukuhkan imej dan
reputasi jabatan pada pandangan masyarakat. Penglibatan dengan pihak media
dalam mempromosikan pencapaian dan kejayaan Jabatan Laut dilaksanakan melalui
newsletter, press release dan sidang media. Selain itu, aktiviti libat urus bersama
dengan pihak media dalam operasi teknikal di atas kapal jabatan di setiap pejabat
wilayah dapat memberi pendedahan mengenai perkhidmatan yang diberikan. Hari
bersama media akan dijalankan supaya membawa media mengikut aktiviti harian
pegawai laut supaya mereka dapat memahami tanggungjawab dan cabaran pegawai
laut dengan lebih mendalam.
Dengan ini, ianya dapat memberi kefahaman kepada pihak media tentang tugas-
tugas warga jabatan dan peranan yang dilaksanakan oleh jabatan. Ini dapat
membantu semua pencapaian dan kejayaan jabatan disampaikan kepada
masyarakat dan pemain industri. Jabatan akan menggunakan perkhidmatan social
media analytic untuk memperolehi analisa maklumbalas bekenaan dengan promosi
pencapaian dan kejayaan yang dimaksudkan. Dengan pengukuran yang berterusan,
libat urus dengan media dalam memberikan persepsi positif kepada masyarakat.
Konsep butterfly effect yang dijalankan secara word of mouth dapat meyakinkan
kebolehlaksanaan dan kejayaan fasa ini.
Fasa 5: Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI)
Indeks kepuasan pelanggan (CSI) digunakan oleh JLM sebagai ukuran tahap
kepuasan pelanggan. Hasil pengukuran CSI akan digunakan untuk menetapkan
strategi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan JLM untuk tujuan meningkatkan
kepuasan pelanggan di masa depan. Ini secara tidak langsung boleh memberikan
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
48
satu indikator positif berkaitan persepsi awam terhadap JLM. Indeks ini juga boleh
digunakan sebagai rujukan kepada pembangunan modal insan di masa hadapan.
Dalam mencapai CSI yang memuaskan, JLM komited dalam meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan melalui pengedaran Star Rating dan juga peratusan
pematuhan kepada piagam pelanggan. Kajian soal selidik dan analisa secara
menyeluruh mengenai tahap kepuasan pelanggan. Selain itu program mystery
shopping juga akan dilakukan oleh pihak JLM untuk mengukur tahap kepuasan
pekerja JLM. Dengan ini pekerja akan memberikan mutu perkhidmatan dengan lebih
cemerlang. Selain itu, pengalaman-pengalaman semasa menjalankan mystery
shopping akan diterapkan sebagai best practice pada masa hadapan.
Objektif CSI adalah untuk membantu mewujudkan dan mengekalkan hubungan
jangka panjang dengan pelanggan. CSI membolehkan JLM memahami lebih baik
keinginan, keperluan dan tingkah laku pelanggan JLM.
Fasa 6: Indeks Kepuasan Pekerja (EEI)
Penglibatan pekerja di JLM akan meningkatkan produktiviti JLM dengan lebih baik.
Ini secara langsung akan meningkatkan prestasi JLM secara keseluruhan dalam
memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dalaman dan luaran.
Fasa ini bermula dengan membangunkan kerangka keterlibatan pekerja khasnya
untuk JLM. Kajian soal selidik dan analisis secara menyeluruh mengenai tahap
penglibatan pekerja juga merupakan inisiatif JLM bagi tujuan meningkatkan tahap
penglibatan pekerja.
Bagi mencapai EEI yang memuaskan, pihak pengurusan JLM komited dalam
menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Ini secara tidak langsung akan
meningkatkan produktiviti pekerja dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang
cemerlang kepada pelanggan. Pengiktirafan kepada pekerja cemerlang juga akan
memberikan kesan baik kepada organisasi di mana pekerja lebih bermotivasi untuk
menyumbang kepada kejayaan organisasi.
Pengukuran tahap EEI ini amat penting dan akan dijadikan indikator kepada JLM bagi
meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan
JLM. Indeks EEI akan dijadikan sebagai pedoman untuk meningkatkan mutu
keterlibatan pekerja. EEI juga akan dijalankan setiap tahun di Jabatan.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
49
ELEMEN
PENENTU KEJAYAAN JABATAN LAUT MALAYSIA
Kapasiti Organisasi
Kapasiti organisasi merupakan elemen penting yang menentukan kejayaan dan imej
sesebuah organisasi. Oleh itu, strategi sumber manusia yang seimbang adalah perlu
untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan perancangan strategik ini.
Strategi perancangan sumber manusia yang jitu meliputi pengambilan dan pemilihan,
latihan, pembangunan kerjaya, pengurusan prestasi dan pengiktirafan. Setiap warga
kerja juga hendaklah mempunyai ‘minda kelas pertama’ iaitu mempunyai tahap
penguasaan ilmu yang tinggi, bersikap proaktif, akauntabiliti, memiliki kekayaan
moraliti, dan mengamalkan budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan
pembangunan yang bersifat holistik. Sikap inilah yang menjadi penentu bagi
mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi yang akan menjadi aspirasi untuk
menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.
Pengetahuan Dan Kepakaran
Secara amnya, elemen pengetahuan dan kemahiran merupakan faktor penting dalam
memastikan fungsi dan peranan JLM dicapai dengan jayanya. Selari dengan itu,
pembentukan kapasiti organisasi yang berkemahiran tinggi, kompeten, profesional
dan cekap amatlah penting. Penyediaan rangka latihan yang komprehensif
mencakupi nilai-nilai teras JLM dijangkakan akan melahirkan pegawai-pegawai
Jabatan Laut yang mengutamakan ketelusan dan konsistensi sesuatu tugasan yang
telah diamanahkan di samping memastikan semua tindakan diambil adalah betul.
Pegawai-pegawai Jabatan Laut yang berkemahiran dan berpengetahuan ini
semestinya akan menyumbang bakti dan jasa khususnya kepada pemain industri di
peringkat nasional dan antarabangsa amnya. Kepakaran dalam sesuatu bidang yang
dimiliki oleh pegawai Jabatan Laut akan diguna pakai dalam memberikan khidmat
nasihat dan meningkatkan lagi kemajuan pembangunan industri maritim.
Pengiktirafan ini sesungguhnya akan menjadikan negara Malaysia dihormati di dalam
dan di luar negara.
Komitmen Pihak Berkepentingan
Komitmen pihak berkepentingan adalah penting untuk diberi perhatian khusus
supaya hala tuju jabatan mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu menuju negara
maju. Dengan yang demikian, Kerajaan dan pemain industri perlu mempunyai objektif
yang jelas straight forward dan kosistent. Tindak balas (respond) Kerajaan berkaitan
keperluan industri maritim yang sentiasa dinamik dan patuh kepada standard
antarabangsa adalah perlu bagi memastikan industri maritim negara sentiasa berada
di hadapan. Sebagai contoh, pematuhan konvensyen buruh antarabangsa boleh
membuka peluang industri maritim negara menjadi pemain di peringkat global. Bagi
menjalin kerjasama tersebut, kedua-dua pihak hendaklah berusaha untuk
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
50
membentuk peraturan yang memudahkan proses, seragam dan diterima oleh
semua pihak. Komitmen pihak yang berkepentingan ini hendaklah memberi
keputusan yang memihak kepada kepentingan negara dan akhirnya memberi
kejayaan kepada industri maritim di Malaysia secara keseluruhan.
Sokongan Pengurusan Atasan
Pengurusan organisasi yang mantap memainkan peranan penting merangka
dasar, merancang, membuat keputusan, dan penggerak program JLM. Komitmen
dan sokongan yang berterusan daripada pihak pengurusan atasan akan memberi
impak terhadap pengurusan perubahan yang efektif.
Kerjasama pengurusan atasan dan kumpulan pelaksana adalah penting untuk
mencapai objektif, hala tuju jabatan dan mendapat pengiktirafan.
Di samping itu sokongan pengurusan memberi keyakinan, membentuk imej positif
dan meningkatkan motivasi kepada kakitangan seterusnya mewujudkan suasana
kerja yang kondusif.
Peruntukan Kewangan
Sumber kewangan yang mencukupi akan memastikan objektif yang telah
ditetapkan dapat dicapai dan membolehkan JLM berfungsi dengan cekap dan
berkesan. Anggaran kos pelaksanaan program perlu disediakan dengan teliti agar
perbelanjaan kerajaan dibuat dengan secara berhemah dan di optimumkan.
Kekangan sumber kewangan akan menjejaskan pelaksanaan program-program
yang telah disusun akan boleh menyebabkan pencapaian yang disasarkan tidak
boleh dicapai dengan jayanya.
Jadual Pelaksanaan
Jadual Pelaksanaan dibangunkan bagi memastikan Pelan Strategik JLM dapat
dilaksanakan dengan cekap dan sistematik. Bagi tujuan pemantauan terhadap
jadual pelaksanaan yang lebih lancar maka kolaborasi di semua peringkat iaitu
stakeholder, pelanggan termasuk juga kapasiti organisasi JLM dilibat urus secara
berterusan. Jadual pelaksanaan yang menyeluruh berupaya menghasilkan
perkhidmatan yang cekap dan berkesan dan seterusnya mengubah dan
menangani persepsi negatif awam. Akhir sekali JLM dapat merealisasikan
pencapaian untuk memberi sumbangan kepada sebuah negara yang berdaya maju
dan dihormati di peringkat global. Di samping itu pemain industri mendapat manfaat
dengan penambahbaikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JLM.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
51
Polisi dan Dasar Pengangkutan Negara
Kejayaan Pelan Strategik JLM ini bukan sahaja bergantung kepada visi dan misi
sahaja, tetapi didorong juga oleh berapa faktor lain seperti fokus, konsisten, hala
tuju dan panduan yang jelas agar ianya selari dengan Dasar Pengangkutan
Negara.
Perlaksanaan Pelan Strategik ini akan mencakupi industri maritim secara menyeluruh
bagi membolehkan negara menjadi maju serta berdaya saing di peringkat
antarabangsa. Di samping itu, ianya telah dirangka secara professional, transparent,
seragam dan menepati prosedur.
Berpandukan perkara-perkara di atas, boleh dirumuskan bahawa Pelan Strategik ini
berintegriti dan boleh dipercayai.
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA
52
PENUTUP
PELAN STRATEGIK JABATAN LAUTMALAYSIA
Pelan strategik Jabatan Laut Malaysia 2019 – 2023 menggariskan tumpuan, teras
dan sasaran strategik melalui fungsi strategik jabatan iaitu mengawal selia
perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran, pemberi perkhidmatan
sektor perkapalan, pelabuhan dan keselamatan pelayaran dan pembangunan
ekonomi maritim. Strategi Jabatan Laut Malaysia juga menyediakan rangka kerja
kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju strategik organisasi serta
meningkatkan keupayaan dalaman bagi merealisasikan visi, misi dan fungsi jabatan.