PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik...

48
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR PELAN STRATEGIK 2015-2020

Transcript of PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik...

Page 1: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

Caption describing picture or graphic.

Lead Story Headline

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

PELAN

STRATEGIK

2015-2020

Page 2: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

2

Kandungan• Prakata1

• Sejarah Penubuhan5

• Punca Kuasa7

• Stakeholders8

• Pelanggan10

• Garis Masa11

• Misi, Visi dan Motto12

• Objektif13

• Nilai-Nilai Sejagat14

• Apa Kata Pelanggan15

• Peta Strategik16

• Teras Strategik17

• Strategi18

• Strategi dan Pelan Tindakan19

Page 3: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

3

Prakata KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

Assalamualaikum W.B.T.

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala

jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda

yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-

musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja

yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan

dianiaya.”

(Surah al-Anfaal : 60)

Usaha jabatan untuk mengadakan Pelan Strategik ini merupakan suatu usaha untuk melonjakkan

kecemerlangan perkhidmatan jabatan dengan membuat persediaan menghadapi cabaran-cabaran semasa yang

semakin kompleks dan jumlah pemfailan kes yang semakin meningkat pada setiap tahun.

Page 4: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

4

Dalam setiap organisasi, perancangan yang teliti dan strategik merupakan kunci kepada kejayaan terhadap apa

juga program yang dirancang dan dilaksanakan. Tanpa perancangan, kita seolah-olah bergerak tanpa

persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015

hingga 2020 ini disusun bagi sebagai usaha penambahbaikan dan bagi menggantikan Pelan Strategik Jabatan

Kehakiman Syariah Selangor 2010-2015 yang berfungsi sebagai panduan kepada kita semua dalam

memastikan peranan, fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kehakimam Syariah Selangor (JAKESS) berada di

landasan yang betul dan mencapai piawaian penyampaian perkhidmatan yang benar-benar melangkaui

ekspektasi semua stakeholder dan pelanggan. Pelan Strategik Jabatan ini telah disediakan dengan mengambil

kira Visi dan Misi JAKESS yang digubal selaras dengan keperluan dan menyahut kehendak stakeholders dan

pelanggan serta perkembangan semasa. Sehubungan dengan ini, Empat Teras Strategik utama telah ditetapkan

seperti yang berikut:

1. Memantapkan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah ke arah mendaulatkan syariat Islam;

2. Mempertingkatkan tadbir urus ke arah kecemerlangan organisasi sejajar dengan etika perkhidmatan

awam;

3. Memperkasakan keupayaan dan kapasiti warga jabatan bagi meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan organisasi; dan

4. Meningkatkan imej jabatan dan kefahaman masyarakat terhadap perundangan Syariah bagi mencapai

matlamat keunggulan organisasi.

Page 5: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

5

Justeru, penggubalan Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang baru bagi tempoh Tahun 2015

hingga 2020 adalah tepat pada waktunya kerana ianya bukan sahaja menjadi panduan semua warga JAKESS,

malah dapat memberi maklumat tepat kepada semua stakeholders JAKESS berhubung dengan peranan, fungsi

dan tanggungjawab Jabatan ini.

Untuk itu, bagi memastikan JAKESS masih terus relevan dalam memberikan perkhidmatan yang benar-benar

berkesan dan efektif kepada rakyat, dua ciri penting iaitu akauntabiliti dan responsibiliti perlu dibudayakan dalam

organisasi. Jika dua ciri ini dapat difahami dan diamalkan oleh setiap daripada kita, saya yakin JAKESS bukan

sahaja akan terus relevan, malah mampu membuat transformasi persepsi dan keyakinan masyarakat terhadap

Institusi Kehakiman Syariah.

Sekian, Wassalam

YAA DATO’ DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR

D.P.M.S., AMN., BSK., PPC.

Page 6: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

6

Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan kepada subseksyen 44(1) dan 44(2) Undang-

Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor 1952. Sejak ditubuhkan hingga September 1991, Mahkamah

Syariah Negeri Selangor ditadbirkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mulai 1 September 1991,

pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah telah diasingkan daripada pengurusan pentadbiran JAIS dan

dikenali sebagai Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pusat pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Selangor

beroperasi di Tingkat 5 & 6, Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai,

Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Mulai 2 Oktober 2003, pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Selangor telah ditukar namanya dan

dikenali sebagai Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bermula 18 Julai 2011, JAKESS telah

berpindah dan memulakan operasinya di bangunan baru di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah,

Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

JAKESS bertanggungjawab menguruskan perjalanan kes Mal, kes Jenayah, Kes Rayuan serta pembahagian

Faraid di semua peringkat mahkamah (Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah

Rayuan Syariah).

Page 7: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

7

JAKESS mempunyai 3 peringkat Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Mahkamah

Tinggi Syariah Selangor yang beroperasi di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah Shah Alam,

manakala, Mahkamah Rendah Syariah Selangor teletak di 12 lokasi mahkamah di Negeri Selangor seperti yang

berikut:

1. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat;

2. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam;

3. Mahkamah Rendah Syariah Petaling;

4. Mahkamah Rendah Syariah Klang;

5. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat;

6. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur;

7. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor;

8. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor;

9. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat;

10. Mahkamah Rendah Syariah Sepang;

11. Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam; dan

12. Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

Page 8: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

8

Punca Kuasa

Page 9: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

9

Stakeholders Di Peringkat Persekutuan

Page 10: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

10

Stakeholders Di Peringkat Negeri

Page 11: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

11

Pelanggan

Page 12: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

12

Garis Masa

Page 13: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

13

Misi, Visi dan Motto

Page 14: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

14

Objektif

Page 15: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

15

Nilai-Nilai Sejagat

Page 16: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

16

Apa Kata Pelanggan

KEPUASAN

PELANGGA

N

Page 17: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

17

Peta Strategik

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Sasaran Kerja Tahunan Bajet Tahunan

Page 18: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

18

Teras Strategik

1

• Memantapkan Pentadbiran Kehakiman Dan Perundangan

Syariah Ke Arah Mendaulatkan Syariat Islam

2

• Mempertingkatkan Tadbir Urus Ke Arah Kecemerlangan

Organisasi Sejajar Dengan Etika Perkhidmatan Awam

3

• Memperkasakan Keupayaan Dan Kapasiti Warga Jabatan Bagi

Meningkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Organisasi

4

• Meningkatkan Imej Jabatan Dan Kefahaman Masyarakat

Terhadap Perundangan Syariah Bagi Mencapai Matlamat

Keunggulan Organisasi

Page 19: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

19

Strategi Pada tahun 2020, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan menjadi―

“Syariah Asas Keadilan”

Menjadikan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

sebagai Institusi Kehakiman Syariah yang terunggul di Malaysia

berteraskan keadilan Islam MISI

Melaksanakan Pengadilan Dan Pengurusan Mahkamah Syariah Secara Berkesan Dan Sistematik Berasaskan

Peruntukan Undang-Undang Islam

Memantapkan

Pentadbiran Kehakiman

dan Perundangan

Syariah Ke Arah

Mendaulatkan Syariat

Islam

Mempertingkatkan Tadbir Urus Ke Arah Kecemerlangan Organisasi Sejajar Dengan Etika Perkhidmatan Awam

Memperkasakan

Keupayaan Dan Kapasiti

Bagi Meningkatkan

Kecekapan Dan

Keberkesanan

Organisasi

Meningkatkan Imej Jabatan Dan Kefahaman Masyarakat Terhadap Perundangan Syariah Bagi Mencapai Matlamat Keunggulan Organisasi

PELANGGAN

PROSES DALAMAN

PEMBANGUNAN DAN PEMBELAJARAN

KEWANGAN

VISI

Page 20: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

20

Strategi dan Pelan Tindakan TERAS 1 : MEMANTAPKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH KE ARAH MENDAULATKAN

SYARIAT ISLAM

Objektif strategik pertama mengandungi sembilan (9) strategi iaitu “Penyelesaian Kes-Kes Tertangguh, Mempercepatkan

Penyelesaian Kes Mal, Memperkasakan Perkhidmatan Kaunter, Pemerkasaan Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Selangor

Melalui Kolaborasi Bersama Dengan Jabatan, Agensi Dan NGO Yang Melaksanakan Dan Menguatkuasakan Undang-Undang

Syariah, Pemerkasaan Penyelesaian Kes Secara Alternatif, Pemerkasaan Proses Penguatkuasaan Dan Pelaksanaan Perintah,

Pengemaskinian Undang-Undang, Pelaksanaan Dan Pembudayaan Teknologi ICT Secara Maksimum Dan Meningkatkan Jaringan

Kerjasama Dengan Pihak-Pihak Berkepentingan.”.

Sebagai sebuah institusi kehakiman Syariah yang wujud di sebuah Negeri maju yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang

ramai, status pelanggan yang memiliki tahap pendidikan dan latar belakang sosio ekonomi yang secara majoritinya bermula dari

kelas pertengahan dan atas dan pelanggan yang datang daripada berbagai-bagai latar belakang budaya, keturunan dan

kewarganegaraan, JAKESS berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan getir untuk memastikan keadilan dapat

ditegakkan selaras dengan undang-undang dan hukum Syarak tanpa timbulnya perasaan rasa tidak berpuas hati di kalangan

pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi JAKESS untuk benar-benar menjadi sebuah jabatan yang memiliki sistem

pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah yang benar-benar mantap, fokus, teratur, berdaya saing, terkini dan berinovasi.

Page 21: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

21

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

1. Penyelesaian kes-kes tertangguh

1.1. Menyenaraikan dan menyelesaikan kes-kes yang telah difailkan melebihi 2 tahun

Peratus kes selesai

90% kes yang belum selesai bagi kes yang difailkan melebihi 2 tahun berjaya diselesaikan

2018

2. Mempercepatkan penyelesaian kes Mal

2.1. Memendekkan proses kerja dan mengurangkan karenah birokrasi melalui proses perekayasaan dalam program Key Focus Activity (KFA)

Bilangan program perekayasaan proses kerja

1 program perekayasaan proses kerja setiap tahun

2016-2020

Peratusan penyelesaian kes

90% Penyelesaian kes cerai secara persetujuan bersama dalam tempoh 6 jam dari masa difailkan

2015-2020

3. Pemerkasaan perkhidmatan kaunter

3.1. Mewujudkan kaunter dan perkhidmatan runding cara, pentadbiran afidavit dan wakalah secara berasingan dengan kaunter pendaftaran

Bilangan lokasi Mahkamah Rendah Syariah

12 lokasi Mahkamah Rendah Syariah

Urusan kaunter yang cepat dan pantas`

2016-2020

3.2. Mewujudkan jawatan yang lebih kanan dan jawatan khusus bagi frontliner yang bertugas di kaunter

Bilangan lokasi Mahkamah Syariah

12 lokasi Mahkamah Rendah Syariah dan 1 lokasi Mahkamah Tinggi Syariah

Urusan kaunter yang cepat dan pantas

2016-2020

Page 22: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

22

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

3.3. Mewujudkan carta aliran kerja untuk kemudahan pelanggan berurusan di kaunter

Bilangan Carta Aliran Kerja

10 carta aliran 2016-2017

3.4. Mewujudkan manual untuk kemudahan pelanggan mengisi borang Mahkamah

Bilangan manual

10 manual 2016-2017

3.5. Meluaskan pemakaian “Queue Management System” (QMS) di semua lokasi Mahkamah Rendah Syariah

Bilangan lokasi yang masih belum diberi kemudahan QMS

2 lokasi yang akan diberi kemudahan QMS

2016

4. Pemerkasaan pentadbiran undang-undang Islam di Selangor melalui kolaborasi bersama dengan jabatan, agensi dan NGO yang melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang Syariah

4.1. Menganjurkan mesyuarat penyelarasan antara JAKESS dengan Jabatan dan agensi lain (Bahagian Penguatkuasa Agama dan Bahagian Pendakwa Syarie JAIS, Polis, Penjara, Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Jabatan Imigresen dan lain-lain)

Bilangan Mesyuarat

3 Mesyuarat setahun Bermula 2015

Page 23: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

23

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

5. Pemerkasaan proses penyelesaian kes secara alternatif

5.1. Melantik anggota Panel Hakam bagi memperkasakan proses Hakam

Jumlah pelantikan anggota panel hakam

60 orang anggota Panel Hakam dilantik

Bermula 2015

Jumlah penyelesaian kes dalam tempoh 6 bulan

90% Kes-kes cerai tanpa persetujuan bersama dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan

Bermula 2015

5.2. Membuat kajian pelaksanaan timbangtara dalam kes nafkah

Bilangan Laporan kajian

1 Laporan disediakan dan dibentangkan

2017-2020

5.3. Membuat kajian penambahbaikan proses sulh di mahkamah Syariah agar lebih berkesan dalam menyelesaikan kes secara persetujuan bersama

Bilangan Laporan kajian

1 Laporan disediakan dan dibentangkan

2017-2020

6. Pemerkasaan proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah

6.1. Mewujudkan kuasa pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah bagi Bahagian Sokongan Keluarga di dalam undang-undang

Bilangan undang-undang dipinda

1 undang-undang selesai dipinda

Peningkatan penguatkuasaan perintah nafkah dan pembayaran lain

2018

Page 24: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

24

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

6.2. Mengkaji pewujudan rakan Bahagian Sokongan Keluarga dan pelaksanaan perkhidmatan BSK secara Mobile

Bilangan laporan hasil kajian

2 laporan kajian berkualiti dihasilkan

2016-2018

7. Pengemaskinian undang-undang

7.1. Mewartakan draf Kaedah-Kaedah Sulh Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)

Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Selangor

1 draf kaedah diluluskan

Pencapaian penyelesaian kes melalui sulh meningkat

2015-2016

Bilangan draf kaedah dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

1 draf kaedah diluluskan

2016

Page 25: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

25

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS

1 draf kaedah diluluskan

2016

Bilangan kaedah yang diwartakan

1 kaedah diwartakan 2016

7.2. Menggubal dan mewartakan Kaedah-Kaedah Tatacara Jenayah (Borang-Borang Jenayah)

Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Selangor

1 draf kaedah diluluskan

Penyeragaman tindakan dan pengurusan kes jenayah

2015-2016

Bilangan draf kaedah dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS

1 draf kaedah diluluskan

2016

Page 26: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

26

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS

1 draf kaedah diluluskan

2016

Bilangan kaedah yang diwartakan

1 kaedah diwartakan 2016

7.3. Meneliti dan mencadangkan pindaan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penggubalan

8 Mesyuarat diadakan

Semua proses kerja baru yang ditambahbaik melalui perekayasaan, KFA, Inovasi dan lain-lain dapat dilaksanakan secara sah menurut undang-undang

2015-2016

Page 27: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

27

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

Bilangan draf pindaan undang-undang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Selangor

1 draf pindaan diluluskan

2017

Bilangan draf pindaan undang-undang dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS

1 draf pindaan diluluskan

2017

Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS

1 draf pindaan diluluskan

2017

Page 28: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

28

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

Bilangan kaedah yang diwartakan

1 pindaan undang-undang diwartakan

2017

8. Pelaksanaan dan pembudayaan teknologi ICT secara maksimum

8.1. Melaksanakan modul Penghantar Notis

Tempoh masa penyerahan saman dan notis dari front office ke penghantar notis ke seluruh Selangor

Masa penyerahan saman dan notis permohonan kepada penghantar notis dalam tempoh sejam

2016

8.2. Mewujudkan dan melaksanakan Sistem e-Tray dalam modul Penghantar Notis

Tempoh masa penyampaian afidavit dan penyata tuntutan dalam daerah dan luar daerah

Penyerahan saman dan notis dilaksanakan pada hari yang sama

Tiada lagi rungutan terhadap kelewatan penyerahan notis dan saman

2016

8.3. Melaksanakan Sistem My SMS

Tempoh penyampaian maklumat tarikh bicara kepada pelanggan

Tempoh masa pemakluman tarikh bicara kepada pelanggan pada hari yang sama selepas kes disebut/dibicara/ ditangguh

Tempoh pemakluman serta merta

2016

Page 29: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

29

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

8.4. Melaksanakan Sistem i-Post Tempoh penyediaan dan penyampaian laporan dan perintah kes penceraian kepada pendaftar nikah

1 jam bagi penyerahan setiap laporan dan perintah dari masa perintah bersih dikeluarkan

2016

8.5. Melaksanakan Sistem e-Faraid

Peratusan siasatan kes faraid tepat dan cepat

100% siasatan waris dibuat secara tepat

Tiada kesilapan siasatan waris

2016

8.6. Mengoptimumkan Modul e-Bicara

Peratus penurunan pembelian kertas

25% penurunan kuantiti

2017

8.7. Melaksanakan perkhidmatan bayaran secara e-payment

Jumlah transaksi

50% transaksi bayaran Anugerah ICT Ketua Pengarah JKSM

2017

8.8. Mengoptimumkan penggunaan Sistem e-nafkah

Peratus pelaksanaan proses kerja BSK secara paperless

100% 2016

Page 30: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

30

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

8.9. Mengoptimumkan penggunaan Sistem Pengurusan Peguam Syarie (SPPS)

Peratus pelaksanaan proses permohonan dan peguam Syarie secara paperless

100% 2016

8.10. Menguatkuasakan penggunaan portal e-Syariah untuk fungsi pra-pendaftaran kes mal dan kes jenayah

Peratus pendaftaran

30% 2016

8.11. Membuat program penggantian perkakasan ICT

Peratus penggantian

25% 2015

Peratus penggantian

25% 2016

Peratus penggantian

25% 2017

9. Meningkatkan jaringan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan

9.1. Menjalinkan hubungan kerjasama dan perkongsian pintar dengan institusi kehakiman Syariah negeri/negara lain

Bilangan perkongsian pintar yang digunapakai

2 perkongsian pintar 2018-2020

Page 31: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

31

TERAS 2 : MEMPERTINGKATKAN TADBIR URUS KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI SEJAJAR DENGAN ETIKA

PERKHIDMATAN AWAM

Objektif strategik kedua mengandungi tiga (3) strategi iaitu “Memperkasa Dan Meningkatkan Keberkesanan Tadbir Urus Di

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Mempertingkatkan Keberkesanan Pelaksanaan Dasar Di Jabatan Kehakiman Syariah

Selangor dan Memantapkan Sistem Dan Prosedur Kerja.”. Salah satu daripada cabaran utama JAKESS ialah memastikan

keadilan ditegakkan dengan mematuhi segala proses kerja dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam tempoh masa yang

ditetapkan oleh piagam pelanggan agar pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Oleh yang demikian, tadbir

urus yang terbaik adalah sangat penting bagi menghadapi cabaran ini dengan berkesan. Ketiga-tiga strategi ini diatur agar teras

kedua ini dapat direalisasikan dan akan dilaksanakan sejajar dengan pekeliling dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh

MAMPU dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

1. Memperkasa dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

1.1. Meningkatkan kecekapan proses dan kawalan dalaman melalui pengukuhan pengurusan dan pelaksanaan sistem kualiti.

Peratus pencapaian analisa Prestasi Perkhidmatan melalui objektif kualiti jabatan/ bahagian dan unit

85% pencapaian prestasi keseluruhan jabatan/ bahagian dan unit

Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008

Setiap tahun

Page 32: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

32

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

Kekerapan laporan

Laporan mesyuarat MKSP sekali setahun

Setiap tahun

Jumlah mesyuarat tindakan pembetulan NCR dan pencegahan (OFI)

Sekali setahun bagi ibu pejabat JAKESS dan lokasi Mahkamah Rendah Syariah

Setiap tahun

Peratus tindakan terhadap ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan daripada auditan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008

80% Peratus tindakan diambil

Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008

Setiap tahun

Peratus bilangan NCR dan OFI

Menurun sebanyak 30% setiap tahun

Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008

Setiap tahun

Page 33: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

33

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

1.2. Melaksanakan semua tindakan yang perlu bagi memenuhi kriteria auditan Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC)

Status pencapaian auditan Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC)

Tersenarai dalam 15 jabatan terbaik

Pengiktirafan APPC

2015

Tersenarai dalam 10 jabatan terbaik

2017

Tersenarai dalam 5 jabatan terbaik

2019

1.3. Melaksanakan program Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK)

Jumlah aktiviti

Mewujudkan 3 kumpulan dan projek KIK

2015

Menganjurkan 1 Mini Konvensyen KIK peringkat Jabatan

2015

1 Penyertaan dalam Konvensyen KIK peringkat Negeri Selangor

Tempat 1-5 Konvensyen KIK peringkat Negeri Selangor

2016-2020

1 Penyertaan dalam Konvensyen KIK peringkat kebangsaan

Tempat 1-5 Konvensyen KIK peringkat kebangsaan

2017

Page 34: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

34

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

1.4. Melaksanakan budaya dan persekitaran kerja yang kondusif melalui amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Pensijilan

Pensijilian EKSA di lokasi ibu pejabat JAKESS

Pensijilan EKSA tahap cemerlang

2015 hingga 2020

Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah kecuali Mahkamah Rendah Syariah Gombak dan Hulu Langat

Pensijilan EKSA

2015-2020

Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat

Pensijilan EKSA tahap cemerlang

2016-2020

Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah Gombak

Pensijilan EKSA tahap cemerlang

2016-2020

1.5. Memperkasakan kumpulan rakan pembimbing perkhidmatan awam (AKRAB) melalui sesi perjumpaan seluruh kakitangan jabatan secara berkelompok

Bilangan aktiviti

Sekurang kurangnya 2 lokasi mahkamah setiap tahun

Warga kerja sentiasa sihat dan bermotivasi

2015-2020

Page 35: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

35

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

1.6. Membuat Kajian semula piagam pelanggan untuk mencapai ciri-ciri SMART (Specific, measurable, achievable, realistic, timebound)

Peratus tahap kepuasan pelanggan

Tahap kepuasan pelanggan sekurang-kurangnya 80%

2015

Tahap kepuasan pelanggan sekurang-kurangnya 85%

2016 sehingga

2020

2. Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

2.1. Melaksanakan aktiviti penerapan dan penghayatan integriti serta nilai-nilai murni

Bilangan aktiviti

Menerbitkan 1 Pelan Integriti

2015

Membuat semakan keberkesanan dan pencapaian pelan integriti organisasI 1 kali setahun

2015

Pemantauan 6 bulan sekali

2015

2.2. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan tatatertib secara bersepadu

Bilangan kes tatatertib

Tidak lebih 2% kes tatatertib yang berlaku

Pengurangan kes tatatertib

Bermula 2015

2.3. Melaksanakan program penerapan nilai-nilai murni

Bilangan program

Tazkirah Jumaat sekurang-kurang 2 kali sebulan

Setiap tahun

3 program ceramah Setiap tahun

Page 36: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

36

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

2.4. Meningkatkan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti yang di keluarkan oleh Jabatan Audit Negara

Jumlah teguran audit

Jumlah teguran menurun pada setiap auditan

Pencapaian 4 bintang

2015

2.5. Menganjurkan program-program penerangan dasar-dasar jabatan kepada seluruh warga JAKESS

Jumlah program

2 kali setahun Bermula 2015

3. Memantapkan sistem dan prosedur kerja

3.1. Menambahbaik Dokumen Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2008 dengan pelaksanaan Versi Syariah

Jumlah Bengkel Penambahbaikan Dokumen

2 Bengkel Penambahbaikan Dokumen

2015

Bilangan dokumen disediakan

1 dokumen disediakan 2015

Pensijilan MS ISO 9001:2008 Versi Syariah

Berjaya di berik pensijilan MS ISO 9001:2008 Versi Syariah

2016

Page 37: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

37

TERAS 3 : MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN DAN KAPASITI WARGA JABATAN BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN

DAN KEBERKESANAN ORGANISASI

Objektif strategik ketiga mengandungi enam (6) strategi iaitu “Pengukuhan Organisasi, Pemantapan Pengurusan Sumber Manusia,

Peningkatan Kompetensi Warga Jabatan, Meningkatkan Tahap Motivasi Warga Kerja Agar Sentiasa Cemerlang dan Produktif,

Meningkatkan Aspek Penjagaan Kebajikan Warga Jabatan dan Jalinan Kerjasama Yang Erat Antara Seluruh Warga Jabatan dan

Penyediaan Kemudahan, Prasarana Dan Ruang Kerja Yang Kondusif Dan Selamat”.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan memperkukuhkan organisasinya dengan menyediakan Kertas Cadangan Pengukuhan

Organisasi kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Pekhidmatan Awam Malaysia bagi memastikan jumlah tenaga kerja

yang mencukupi dan peluang perkembangan kerjaya yang lebih luas bagi meningkatkan motivasi warga kerja. Strategi

memperkukuhkan pengurusan sumber manusianya dilaksanakan dengan membangunkan Pelan Strategik Pengurusan Sumber

Manusia yang dipantau dan disemak semula pada setiap tahun bagi memastikan ia sentiasa realistik dan boleh dicapai. Strategi ini

juga akan menggariskan usaha bagi meningkatkan kompetensi warga kerja melalui program pembelajaran berterusan yang

terancang melalui penyediaan peruntukan kewangan yang mencukupi, penganjuran program latihan yang teratur dan mengadakan

kolaborasi dengan IPTA yang kompeten untuk melaksanakan program latihan yang telah dikenalpasti.

Aspek motivasi juga diberi penekanan utama bagi memastikan kecemerlangan warga jabatan dapat dikekalkan dan seterusnya

akan meningkatkan produktiviti sepanjang masa. Ia juga akan turut menekankan pembudayaan kerja yang berprestasi tinggi di

samping menekankan pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran. Strategi seterusnya menekankan aspek penjagaan

kebajikan warga jabatan agar penumpuan sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab tidak terjejas dengan masalah-masalah

yang tidak sepatutnya atau disebabkan oleh suasana kerja yang serba kekurangan. Selain itu, jalinan kerjasama yang mantap

antara semua warga jabatan akan terus diperkasakan agar setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, mudah dan

Page 38: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

38

sempurna. Seterusnya, penyediaan kemudahan, prasarana dan ruang kerja yang kondusif dan selamat juga akan diberi penekanan

kerana ia bukan saja akan dapat melahirkan suasana kerja yang lebih aman dan selesa, malah ia juga akan memberikan imej dan

gambaran yang positif kepada semua pelanggan yang datang berurusan di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

1. Pengukuhan organisasi

1.1. Menyediakan kertas cadangan pengukuhan organisasi yang melibatkan pertambahan jawatan baru nak menaik taraf jawatan sedia ada

Bilangan kertas cadangan

1 Kertas Cadangan disediakan

2015

Pembentangan cadangan kepada PSM SUK

1 Kertas Cadangan diluluskan

Kelulusan cadangan oleh pihak PSM SUK

2015

Pembentangan cadangan dengan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Organisasi JPA bagi gred 54 ke bawah

1 Kertas Cadangan diluluskan

Kelulusan waran perjawatan baru dengan pertambahan jawatan, bahagian dan peluang kenaikan pangkat

2015

Page 39: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

39

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

2. Pemantapan pengurusan sumber manusia

Menyemak dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Sumber Manusia agar memberi impak yang sebenar

Bilangan semakan Pelan Strategik Sumber Manusia

1 kali setahun 2015

3. Peningkatan kompetensi warga jabatan

3.1. Menyediakan bajet khas bagi program latihan

Jumlah bajet Sekurang-kurangnya 1% daripada peruntukan emolumen jabatan

Setiap tahun

3.2. Mengadakan kursus bagi setiap gred dan kumpulan jawatan warga jabatan yang mempunyai jumlah yang ramai

Bilangan kursus dianjurkan

20 kursus setahun Setiap tahun

3.3. Mengenal pasti dan mencalonkan kehadiran bagi kursus luar

Bilangan kursus yang disertai

20 kursus Setiap tahun

3.4. Memastikan semua warga jabatan menghadiri kursus yang relevan dengan bidang tugas dan keperluan

Bilangan kursus dihadiri setiap warga jabatan

Tidak kurang 7 hari setahun bagi setiap warga jabatan

Setiap tahun

Page 40: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

40

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

3.5. Melaksanakan program in-house training di peringkat sarjana yang dikendalikan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Jumlah program in-house training

1 program LLM AOIL Semua Pegawai Syariah LS41 ke atas sekurang-kurangnya berkelulusan sarjana

2016-2018

3.6. Melaksanakan program in-house training di peringkat diploma yang dikendalikan oleh IPTA yang sesuai

Jumlah program in-house training

1 program Diploma Syariah

50% Pembantu Syariah gred LS17-LS26 sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma

2016-2018

3.7. Menghantar Pegawai Sulh menghadiri Kursus Mediasi di bawah Accord Group Australia

Peratus pegawai yang dipersijilkan sebagai Mediator Bertauliah oleh Accord Group

100% pegawai yang dipersijilkan sebagai Mediator Bertauliah oleh Accord Group

Semua Pegawai Sulh menjadi mediator bertauliah yang layak beramal sebagai mediator di peringkat antarabangsa

2016-2020

Page 41: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

41

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

4. Meningkatkan tahap motivasi warga kerja agar sentiasa cemerlang dan produktif

4.1. Memberi penghargaan dengan mewujudkan anugerah tambahan bagi warga jabatan cemerlang yang tidak terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Bilangan Anugerah tambahan diwujudkan

6 Anugerah tambahan diwujudkan

2015-2020

4.2. Memberi penghargaan dengan mencalonkan warga jabatan yang layak untuk menerima pingat dan darjah kebesaran

Bilangan warga jabatan yang dicalonkan

5 orang warga jabatan yang dicalonkan diperingkat negeri dari kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II

Setiap tahun

5 orang warga jabatan yang dicalonkan di peringkat negara atau negeri lain dari kumpulan Pengururusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II

Setiap tahun

Page 42: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

42

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

4.3. Menganjurkan program-program yang menyemarakkan motivasi dan semangat kerja berpasukan

Bilangan program 3 program setahun 2015-2020

5. Meningkatkan aspek penjagaan kebajikan warga jabatan dan jalinan kerjasama yang erat antara seluruh warga jabatan

5.1. Menyelesaikan isu relevan yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan

Peratusan isu-isu yang diselesaikan

70% Meningkatkan keseronokan bekerja dan melahirkan warga kerja bermotivasi tinggi

Setiap tahun

Menganjurkan program Hari Keluarga 2 tahun sekali

Setiap tahun

Menganjurkan Sukan Jabatan 2 tahun sekali

Setiap tahun

Menganjurkan aktiviti perhimpunan bulanan, Ihya’ Ramadhan, Hari Raya sebanyak1 setahun dan program keagamaan bulan-bulan Islam 3 kali setahun

Setiap tahun

Page 43: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

43

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

5.2. Memantapkan kesihatan pekerja dengan menganjurkan program kesedaran kesihatan di peringkat dalaman

Jumlah program

Menganjurkan Program Kesedaran dan Saringan Kesihatan 1 kali setahun

Mengeluarkan notis peringatan kepada semua pegawai yang telah mencapai umur 40 tahun untuk menjalani pemeriksaan kesihatan

Melahirkan warga kerja yang lebih produktif

Pengurangan 1% pengambilan cuti sakit

Setiap tahun

6. Penyediaan kemudahan, prasarana dan ruang kerja yang kondusif dan selamat

6.1. Mencari jalan penyelesaian bagi memperbaiki keselurusan kerosakan bangunan baru

Peratus pembaikan kerosakan yang diadu

30% kerosakan yang diadu diperbaiki

2015

60% kerosakan yang diadu diperbaiki

2016

80% kerosakan yang diadu diperbaiki

2017

100% kerosakan yang diadu diperbaiki

2018

Page 44: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

44

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

6.2. Mendapatkan peruntukkan yang mencukupi bagi penyelenggaraan

Peratus peningkatan peruntukan belanja mengurus bagi kos penyelenggaraan

50% peningkatan peruntukan belanja mengurus bagi kos penyelenggaraan

2016-2018

6.3. Membuat penyelenggaraan berkala bagi keseluruhan peralatan dan kemudahan yang terdapat dalam bangunan

% pencapaian penyelenggaraan daripada yang perlu dilaksanakan

Sekurang-kurangnya jabatan telah melaksanakan sebanyak 50% kerja-kerja penyelenggaraan bagi setiap peralatan dan kemudahan yang perlu diselenggara

2016

% bilangan kekerapan penyelenggaraan daripada yang ditetapkan

Sekurang-kurangnya jabatan telah melaksanakan sebanyak 75% kerja-kerja penyelenggaraan bagi setiap peralatan dan kemudahan yang perlu diselenggara

2017

Page 45: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

45

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

6.4. Mendapatkan peruntukan bagi pembinaan Pusat Latihan Kehakiman Syariah JAKESS di bawah RMK11

Jumlah peruntukan

RM15 juta Mahkamah Syariah Negeri Pertama memiliki pusat latihan sendiri

2017

Page 46: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

46

TERAS KEEMPAT: MENINGKATKAN IMEJ JABATAN DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP PERUNDANGAN

SYARIAH BAGI MENCAPAI MATLAMAT KEUNGGULAN ORGANISASI

Objektif strategik keempat mengandungi dua (2) strategi iaitu “Melaksanakan Program/Usaha Promosi Jabatan dan Memperkukuh

Jaringan Penyampaian Maklumat.”.

Imej sesuatu organisasi amat penting dalam meyakinkan pelanggan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan.

Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan giat melaksanakan usaha bagi mempertingkatkan imej korporatnya melalui

peningkatan kecekapan barisan hadapan. Program turun padang akan diadakan dengan lebih kerap agar masyarakat lebih

memahami fungsi dan peranan yang dimainkan oleh jabatan dalam melaksanakan fungsinya. Maklumat-maklumat di dalam laman

web akan sentiasa dipantau dan dikemas kini agar ia dapat memberi maklumat dan info yang berguna kepada masyarakat. Media-

media akan dimanfaatkan secara strategik supaya ia akan dapat menjadi medium yang berkesan untuk menyalurkan maklumat

kepada masyarakat serta dijadikan sebagai saluran dakwah yang menarik. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor juga akan

mempelbagaikan penerbitan dan bahan-bahan ilmiah untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber maklumat. Dengan cara

itu, imej jabatan akan dapat dipertingkatkan ke arah yang lebih positif.

Bagi melahirkan masyarakat yang lebih celik undang-undang dan memahami hak masing-masing, program-program yang bersifat

untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam undang-undang Syariah juga penting kerana masyarakat yang memahami

undang-undang bukan saja akan memelihara hak masing-masing, malah ia lebih memudahkan mereka dalam berurusan dengan

jabatan tanpa perlu bergantung kepada mahkamah atau peguam dalam membantu mereka untuk mendapatkan hak masing-

masing di mahkamah.

Page 47: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

47

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

1. Melaksanakan program/usaha promosi Jabatan

1.1 Mengadakan program turun padang

Bilangan program

9 kali setahun Penurunan peratus aduan terhadap jabatan

Bermula 2015

1.2 Menyediakan barangan cenderahati korporat jabatan yang mempunyai logo jabatan

Bilangan jenis cenderahati korporat disediakan

1 jenis cenderahati korporat disediakan

Bermula 2015

1.3 Menjalinkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan pihak media

Jumlah penglibatan media bersama jabatan

4 kali setahun Bermula 2015

2. Memperkukuh jaringan penyampaian maklumat

2.1 Memaksimumkan sebaran maklumat menerusi laman web dan media sosial

Bilangan pengunjung

(histats)

Peningkatan jumlah pengunjung sebanyak 10% setiap tahun

2015-2020

Page 48: PELAN STRATEGIK - jakess.gov.my strategik...persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015 hingga 2020 ini disusun bagi sebagai

48

KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

TAHUN SASARAN

2.2 Menerbitkan bahan-bahan rujukan

Bilangan penerbitan yang dicetak dan dipaparkan dalam laman web

2 penerbitan 2015-2020

3. Mendidik dan menyebarkan pengetahuan tentang perundangan Syariah kepada masyarakat

3.1 Menganjurkan, bekerjasama menganjurkan atau terlibat dengan program atau slot literasi undang-undang dengan jabatan kerajaan/NGO.

Bilangan penganjuran, kerjasama atau penglibatan program-program literasi undang-undang.

12 kali setahun

Bermula

2015