Pelan Tabungan Saya

3
Pelan Tabungan Saya. Nama saya Nur Syafiqah Binti Muhammad Hafiz. Saya berumur sepuluh tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kundang. Saya merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Sewaktu berusia tujuh tahun ayah saya sudah mengajar saya untuk menabung kerana dia berpesan, amalan menabung ini boleh membawa banyak faedah kepada kita. Antara faedahnya ialah ia membantu kita menyemai tabiat berjimat cermat. Selain itu, amalan menabung juga boleh membantu kita mengatasi masalah semasa kecemasan seperti kata pepatah “menyediakan payung sebelum hujan”. Sikap rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat juga akan menyenangkan kita pada hari tua. Dengan adanya simpanan wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira serta selesa dan keadaan ini boleh digambarkan seperti bersusah-susah dahulu, bersenang-senang dikemudian. Kita harus bersusah dahulu dan bersenang kemudian. Ayah telah membantu saya dalam membuat pelan tabungan bagi memastikan bahawa corak tabungan saya sentiasa teratur dan berterusan. Di rumah, ayah telah menyediakan sebuah tabung untuk

description

pelan tabungan saya

Transcript of Pelan Tabungan Saya

Page 1: Pelan Tabungan Saya

Pelan Tabungan Saya.

Nama saya Nur Syafiqah Binti Muhammad Hafiz. Saya berumur sepuluh tahun dan

bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kundang. Saya merupakan anak sulung

daripada tiga beradik. Sewaktu berusia tujuh tahun ayah saya sudah mengajar saya

untuk menabung kerana dia berpesan, amalan menabung ini boleh membawa banyak

faedah kepada kita. Antara faedahnya ialah ia membantu kita menyemai tabiat berjimat

cermat. Selain itu, amalan menabung juga boleh membantu kita mengatasi masalah

semasa kecemasan seperti kata pepatah “menyediakan payung sebelum hujan”.

Sikap rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat juga akan

menyenangkan kita pada hari tua. Dengan adanya simpanan wang, kita dapat

menikmati kehidupan yang lebih gembira serta selesa dan keadaan ini boleh

digambarkan seperti bersusah-susah dahulu, bersenang-senang dikemudian. Kita

harus bersusah dahulu dan bersenang kemudian.

Ayah telah membantu saya dalam membuat pelan tabungan bagi memastikan bahawa

corak tabungan saya sentiasa teratur dan berterusan. Di rumah, ayah telah

menyediakan sebuah tabung untuk saya menyimpan hasil tabungan. Setiap hari, saya

akan memperoleh duit saku sekolah sebanyak RM3.00 dari ayah. Saya hanya

menggunakan duit saku sebanyak RM1.50 sahaja setiap hari dan separuhnya lagi akan

disimpan ke dalam tabung.

Setiap dua bulan, ayah akan mengambil duit tabungan saya dan menyimpannya ke

dalam akaun bank yang dibuat atas nama saya. Kata ayah, duit itu akan digunakan

untuk keperluan saya ketika di Universiti nanti.

Page 2: Pelan Tabungan Saya

Selalunya ayah akan menambah sedikit duitnya bersama-sama duit tabungan saya

untuk dimasukkan ke dalam akaun saya. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri

bahawa saya perlu membantu ayah dengan sentiasa berjimat cermat kerana kami

bukanlah tergolong dalam keluarga yang mewah.

Pada pendapat saya setiap pelajar perlu mengambil langkah untuk menabung kerana

amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malah juga mengajar

kita erti berjimat cermat. Dengan menabung, saya sudah mempunyai simpanan sendiri

yang mana akan membantu saya untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih

tinggi. Saya sangat berterima kasih kepada ayah saya kerana mengajar saya

menabung dan sentiasa membantu dalam memastikan saya tidak berhenti menabung.