Pelancongan di Malaysia

12
PENGENALAN Pembangunan sektor pelancongan sebenarnya merupakan salah satu aspek penting dalam konteks pembangunan sesebuah negeri khususnya dari sudut ekonomi. Hal ini dianggap penting kerana kualiti hidup sosial masyarakat di negeri tersebut amnya dan masyarakat sekitar kawasan pembangunan khususnya dapat menentukan sejauh mana perubahan taraf sosioekonomi mereka. Pertumbuhan bandar dan kualiti hidup sosial berfungsi secara timbal balik (circulation causation), melibatkan elemen manusia (kemanusiaan) dan bukan manusia bagi menggerakkan pembangunan sosioekonomi yang lebih pesat di sektor pelancongan, perusahaan, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, perindustrian, pembukaan bandar baru dan lain-lain lagi (Rodger, 1998). Selain itu, pembangunan sektor pelancongan yang berlaku akan membentuk interaksi ruangan, pergerakan dan perhubungan pelbagai hala dalam satu sirkulasi ruang ekonomi secara menyeluruh di kawasan berkenaan. Namun begitu, pembangunan sektor ekonomi pelancongan ini juga akan memberi implikasi terhadap perubahan sosioekonomi penduduk. Oleh itu, perkaitan antara fungsi pembangunan sektor pelancongan dengan perubahan sosioekonomi penduduk perlu dikaji untuk mengetahui tahap pembangunan negeri tersebut. Afandi (2007) menjelaskan pelancongan sebagai “suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi terpilih, elemen ekonomi iaitu industry pelancongan dan elemen

Transcript of Pelancongan di Malaysia

Page 1: Pelancongan di Malaysia

PENGENALAN

Pembangunan sektor pelancongan sebenarnya merupakan salah satu aspek penting dalam

konteks pembangunan sesebuah negeri khususnya dari sudut ekonomi. Hal ini dianggap

penting kerana kualiti hidup sosial masyarakat di negeri tersebut amnya dan masyarakat

sekitar kawasan pembangunan khususnya dapat menentukan sejauh mana perubahan taraf

sosioekonomi mereka. Pertumbuhan bandar dan kualiti hidup sosial berfungsi secara timbal

balik (circulation causation), melibatkan elemen manusia (kemanusiaan) dan bukan manusia

bagi menggerakkan pembangunan sosioekonomi yang lebih pesat di sektor pelancongan,

perusahaan, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, perindustrian, pembukaan bandar baru

dan lain-lain lagi (Rodger, 1998). Selain itu, pembangunan sektor pelancongan yang berlaku

akan membentuk interaksi ruangan, pergerakan dan perhubungan pelbagai hala dalam satu

sirkulasi ruang ekonomi secara menyeluruh di kawasan berkenaan. Namun begitu,

pembangunan sektor ekonomi pelancongan ini juga akan memberi implikasi terhadap

perubahan sosioekonomi penduduk. Oleh itu, perkaitan antara fungsi pembangunan sektor

pelancongan dengan perubahan sosioekonomi penduduk perlu dikaji untuk mengetahui tahap

pembangunan negeri tersebut.

Afandi (2007) menjelaskan pelancongan sebagai “suatu sistem terbuka yang

mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong,

elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi terpilih,

elemen ekonomi iaitu industry pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada

individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih

kurang satu hari”. Walaupun definisi ini agak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberi

pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industri

pelancongan secara khususnya. Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan untuk

ditawarkan sebagai destinasi pelancongan yang mampu meningkatkan pendapatan negara

kasar. Hal ini kerana Malaysia mempunyai iklim yang nyaman dengan ciri-ciri tropika yang

unik, infrastruktur dan sektor perkhidmatan yang baik serta pelbagai tarikan pelancongan,

kemudahan membeli-belah, hiburan, hotel dan persidangan. Kuala Lumpur juga boleh maju

berasaskan masyarakatnya yang berbilang kaum, agama dan kebudayaan bagi mewujudkan

identiti dan imej tersendiri.

Page 2: Pelancongan di Malaysia

PERANAN AKTIVITI PELANCONGAN DALAM MENAIKKAN IMEJ NEGARA

1. PELANCONGAN PENDIDIKAN

Kuala Lumpur mendapat banyak kelebihan dengan penumpuan institusi-institusi

pendidikan di sekitarnya yang menawarkan pelbagai kursus. Institusi-institusi yang

menawarkan pelbagai kursus ini berjaya menarik minat pelajar dari seluruh Malaysia dan

juga dari negara-negara lain untuk meneruskan pengajian di sini. Afandi (2007) mengatakan

bahawa, pembelajaran pelancongan adalah merupakan satu bentuk pelancongan yang dapat

memberi pengalaman yang menghiburkan dan berbentuk pendidikan samada kepada pelawat

atau pelajar.

Rodger (1998) turut mengatakan bahawa pelancongan pendidikan adalah merujuk

kepada program di mana sekumpulan peserta terutamanya membuat perjalanan di sesuatu

lokasi yang bertujuan untuk menimba pengalaman secara terus. Ianya mengandungi eko

pelancongan, pelancongan warisan, pelancongan desa dan kebun pertanian. Tambahan lagi,

salah satu bentuk dalam pelancongan pendidikan adalah pertukaran pelajar antara sekolah

ataupun institusi. Melalui program ini, seseorang pelajar akan pergi ke tempat lain dari

tempat asalnya bagi tujuan mempelajari bahasa, budaya dan adab resam penduduk. Keadaan

ini sudah tentu dapat menaikkan imej negara di mata dunia apabila mereka mencari peluang

untuk belajar di sini. Fernandez (2003) dalam Nurlinda (2004) berkata, pelancongan

pendidikan adalah lawatan atau perjalanan yang bertujuan bagi mendapatkan pengetahuan,

pengalaman, pendidikan dan latihan melalui persepaduan antara bahasa, budaya, aktiviti,

masa lapang, minat yang beroreintasikan kepada pendidikan.

2. PELANCONGAN MICE

Pelancongan MICE (Meetings, Incentives, Conventions, and Exhibitions) merupakan

delegasi para pelancong yang menghadiri persidangan, insentif, konvensyen dan pameran

yang diadakan Malaysia. Aktiviti pelancongan ini perlu terus dipromosikan secara agresif

memandangkan bandar metropolitan di Malaysia seperti Kuala Lumpur dapat menawarkan

tempat yang menarik dan sesuai untuk menganjurkannya. Selaras dengan usaha untuk

memasar dan mempromosikan warisan budaya dan alam semula jadi negara ini, kerajaan kini

telah mempertimbangkan penubuhan sebuah perbadanan pengurusan warisan. Manakala bagi

memudahkan pameran dan penjualan barangan kraf tangan tempatan, kerajaan juga akan

Page 3: Pelancongan di Malaysia

mempromosikan penubuhan satu kampung pelancong yang terdapat gerai-gerai kraf tangan di

lokasi strategik berhampiran dengan KLIA ( Yahaya Ibrahim (2008) .

Pelancongan juga membantu dalam memberi dorongan dan justifikasi kewangan terhadap

langkah-langkah yang memberi faedah kepada penduduk di ibu negara seperti projek-projek

pemuliharaan, pengindahan kawasan, menjadi tuan rumah kepada acara-acara khas dan

perayaan-perayaan yang bertujuan untuk menarik pelancong luar (Sulaiman Zakaria dan

Rosnah Din, 2010).Sejumlah 2379 acara telah diadakan di negara ini yang dihadiri seramai

907 440 peserta . Anggaran pendapatan daripada peserta meningkat daripada RM826.4 juta

pada tahun 1995 kepada RM1081.1 juta pada tahun 1998 ( Lihat Jadual 1).

Jadual 1: Persidangan, insentif, konvensyen, dan pameran tahun 1995-1998

Tahun 1995 1996 1997 1996

Bilangan acara

Antarabangsa 310 296 316 380

Kebangsaan 353 426 447 514

Jumlah 663 722 763 894

Bilangan peserta

Luar Negara

Tempatan

Jumlah

Pendapatan ( RM

juta)

Luar Negara

Tempatan

Jumlah

121 780

136 474

258 254

389.7

436.7

826.4

108 410

170 593

279 003

346.9

545.9

892.8

115 768

179 122

294 890

382.0

573.2

955.2

138 826

194 720

333 546

458.0

623.1

1081.1

( Sumber: Dipetik dan diolah daripada Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK7,

(1999)

Page 4: Pelancongan di Malaysia

3. PELANCONGAN WARISAN

Kuala Lumpur terkenal di negara-negara luar kerana memiliki mercu tandanya

tersendiri iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC). KLCC pernah menjadi menara tertinngi

di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Menara Berkembar Petronas ini memegang gelaran

bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 sehingga 2004. Di Kuala Lumpur, terdapat

beberapa tempat-tempat menarik yang menjadi mercu tanda dan tarikan daripada pelancong

dalam dan luar negara (Yahaya Ibrahim, 2008). Tugu Negara merupakan tempat menarik

yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran

bangunan Parlimen. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera yang mengibarkan

bendera negara iaitu Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan,

getir, persatuan, siap sedia, kekuatan dan pengorbanan. Mulai 2010, lokasi sambutan Hari

Pahlawan dipindahkan dari Tugu Negara ke Putrajaya yang disambut pada 1 Julai setiap

tahun.

Warisan kebudayaan yang terdapat di Kuala Lumpur ini amat menarik perhatian

pelancong dari negara luar. Pelancong luar mengagumi nilai sejarah yang masih kukuh

sehingga kini. Mohd Razali (2003) ada mengatakan bahawa nilai sejarah ini tidak mudah

untuk didapati kerana ia adalah sesuatu yang begitu penting dan tidak mungkin ditukar ganti.

Imej negara dipandang tinggi oleh masyarakat luar kerana negara kita mementingkan sejarah

lampau untuk memperingati jasa-jasa perwira negara dan juga untuk pengetahuan generasi

akan datang.

4. PELANCONGAN KESIHATAN

Pelancongan kesihatan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu pelancongan

perubatan dan program kesihatan. Seseorang pesakit boleh memilih untuk mendapatkan

rawatan di mana-mana hospital yang dikenali di peringkat antarabangsa dan tinggal di

Malaysia sehingga sembuh atau mereka boleh melancong ke Malaysia untuk mengunjungi

hospital-hospital untuk melihat infrastruktur yang disediakan dan yang sesuai bagi mereka

sebelum menjalani rawatan. Mereka berhak untuk memilih sesuai dengan penyakit dan

keselesaan mereka. Malaysia mempunyai banyak pilihan hospital perubatan tidak kira

hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Menurut ‘Association of Private Hospitals

Malaysia’, pada tahun 2006 , pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan

adalah sebanyak RM203.66 juta (USD 59 million). Kadar pelancong ke Malaysia untuk

Page 5: Pelancongan di Malaysia

mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat dari tahun 1998 hingga tahun 2008

sebanyak 25.3% (Sulaiman Zakaria dan Rosnah Din, 2010).

Kepakaran perubatan di Malaysia adalah yang terbaik dan kebanyakan hospital

persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Antara

contoh hospital persendirian ataupun swasta adalah Columbia Asia Hospitals, Subang Jaya

Medical Centre, Pantai Group of Hospital dan banyak lagi. Manakala hospital kerajaan pula

adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, Institut Perubatan Respiratori dan sebagainya

(Nurlinda Abdullah, 2004). Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi

pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan , semakin ramai pelawat yang

datang dari serata dunia untuk mendapatkan rawatan di Malaysia. Hal ini menunjukkan

bahawa imej negara kita terserlah dan tinggi dimata dunia. Mereka mempunyai pandangan

yang tinggi terhadap perkhidmatan perubatan di sini.

5. PELANCONGAN SUKAN DAN REKREASI

Malaysia mempunyai banyak jenis sukan dan rekreasi yang dijadikan sebagai produk

pelancongan. Pelancongan sukan dan rekreasi yang dijalankan seperti perlumbaan kereta

Formula 1 yang diadakan di Litar Formula 1 Sepang. Litar Formula 1 Sepang mempunyai

dua lapis anjung penonton yang boleh menampung 30,000 orang hadirin serta anjung utama

yang boleh memuatkan 100,000 orang hadirin (Yahaya Ibrahim, 2008). Sejak Malaysia

menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 buat kali pertama pada tahun 1999, Litar Formula

1 Sepang telah menjadi salah sebuah litar yang paling terkenal di kalangan pemandu-

pemandu Formula 1. Hal ini dapat membantu memperkenalkan Malaysia sebagai salah

sebuah negara sukan permotoran di dunia kepada para peminat sukan.

Selain perlumbaan kereta Formula 1, satu lagi produk sukan yang dijalankan adalah

kejohanan Dunia Grand Prix Motorsikal yang merupakan sukan permotoran motosikal yang

paling utama dimana setaraf dengan Formula 1. Dalam sukan ini telah mendapat penyertaan

daripada perlumba-pelumba motosikal terkenal dunia seperti pelumba motosikal dunia iaitu

Valentino Rossi di mana Perlumbaan Grand Prix Motorsikal turut diadakan di Litar Sepang.

Di Putrajaya, sukan air turut dijalankan yang dikenali sebagai Powerboat yang diadakan di

Tasik Putrajaya. Dengan adanya perlancongan sukan dan rekreasi ini, kita dapat menaikkan

imej negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menjadi tuan rumah bagi acara

berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana terutamanya ketika

menganjurkan sesuatu acara.

Page 6: Pelancongan di Malaysia

PENUTUP

Tidak dinafikan kepentingan industri pelancongan terhadap peningkatan imej negara dan

industri pelancongan ini juga merupakan penjanaan kepada ekonomi negara. Malaysia

merupakan lokasi pelancongan tropika yang indah dan berpotensi menarik minat para

pelancong tidak kira dari luar ataupun dalam negara (Mohd Razali, 2003). Pelancongan

menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memberi jalan kepada pertumbuhan

industri-industri yang berkaitan sebagai wahana dalam pembangunan yang maju di Malaysia.

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat

direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi

penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan ekonomi, alam sekitar, visa,

kemudahan lapangan kapal terbang, kebersihan persekitaran semuanya menyumbang secara

positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan

promosi galakan yang diiklankan sahaja tetapi ianya juga bergantung kepada cerita-cerita

pengalaman para pelancong yang sudah melawat Malaysia (Nurlinda Abdullah , 2004).

Daripada cerita-cerita mereka inilah yang membawa kepada pertambahan bilangan

pelancong. Jika terdapat insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoron

pusat-pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi serta banyak lagi insiden

yang lain akan memberi pengalaman yang buruk kepada pelancong dan secara tidak lansung

imej negara juga terjejas. Oleh itu , industri pelancongan di Malaysia harus sentiasa menjaga

kualiti tempat-tempat pelancongan yang ada, memberi perkhidmatan yang baik, selesa dan

berkualiti. Selain menarik hati para pelancong, imej negara Malaysia juga akan meningkat.

Page 7: Pelancongan di Malaysia

RUJUKAN

Afandi bin Fikri (2007). Pembangunan Kandis Resource Centre, Pemangkin Pelancongan

Pendidikan. UTM. Tesis

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2005)

Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK7, (1999)

Mohd Razali Agus & Yahaya Ibrahim, (2003). Penilaian Dampak Sosial. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd

Nurlinda Abdullah (2004). Keberkesanan Pakej Pelancongan Pelajar Yang Ditawarkan Oleh

Agensi Pelancongan Perintis. UTM. Tesis

Rodger, D. (1998). Leisure, Learning and Travel. Journal of Physical Education. Recreation

and Dance . 69 (4), 28-31. Daily Times September 1999.

Sulaiman Zakaria dan Rosnah Din (2010), Rancangan Malaysia Ke Sembilan: Siri Ke Arah

Negara Maju, Impiana Pubications And Distributors: Kuala Lumpur

Yahaya Ibrahim (2008). Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti. Dewan

Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Page 8: Pelancongan di Malaysia

PENULISAN ARTIKEL

TAJUK: ELEMEN MANUSIA (PELANCONGAN)

NAMA : AWATIF BINTI HAMID

NO MATRIK : D20101037790

NO KAD PENGENALAN : 900104-06-5874

SEMESTER : SEMESTER 4 SESI 2012