pelancongan kesihatan

4
PENGAJIAN AM PELANCONGAN KESIHATAN

Transcript of pelancongan kesihatan

Page 1: pelancongan kesihatan

PENGAJIAN AM

PELANCONGAN KESIHATAN

Page 2: pelancongan kesihatan

PENGENALAN

Pelancongan Kesihatan atau Pelancongan Perubatan adalah salah satu daripada industri yang cepat membangun pada hari ini.Kebanyakan negara menawarkan kemudahan dan perkhidmatan perubatan yang baik kpd pengguna.Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Kesemua pusat perubatan di sini perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan.

Page 3: pelancongan kesihatan

INDURTRI ² KESIHATAN YG TERDAPAT DI MALAYSIA

SPAKomponen industri pelancongan yang turut mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi pulangan pendapatan kepada negara melalui nilai tukaran asing. Dapat mempromosi kepelbagaian budaya Malaysia yang unik terutama dalam rawatan kesihatan.

FARMASI

Industri Farmaseutikal Terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat

multinasional. Industri farmaseutikal merupakan salah satu industri yang paling

banyak menghadapi persaingan perniagaan. Kemampuan untuk bersaing banyak bergantung kepada

pembangunan produk² baru

Page 4: pelancongan kesihatan

AKTIVITI² PERLANCONGAN KESIHATAN

Perkhidmatan perubatan kritikal.Rawatan kosmetik dan pemulihan.

KELEBIHAN - KELEBIHANNYACaj perubatan dan kos penginapan hospital di Malaysia amat kompetitif berbanding negara maju yang lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia. Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh untuk sembuh.