PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & KEMUDAHAN DALAM … filePELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & KEMUDAHAN...

41
PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & KEMUDAHAN DALAM PERKHIDMATAN “Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti” 1 16 MEI 2019 11 PAGI AUDITORIUM PERPUSTAKAAN LINGKUNGAN KEDUA

Transcript of PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & KEMUDAHAN DALAM … filePELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & KEMUDAHAN...

PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT &

KEMUDAHAN DALAM PERKHIDMATAN

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”1

16 MEI 2019 11 PAGI AUDITORIUM PERPUSTAKAAN LINGKUNGAN KEDUA

• Bermaksud pelantikan ke dalam perkhidmatan awam olehSuruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak,termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seorangpegawai yang sedang berkhidmat di dalam mana-mana skimperkhidmatan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

TAFSIRAN PELANTIKAN

• Pelantikan staf UKM merangkumi staf akademik, staf pengurusan & Profesional dan Staf Pelaksana. Lantikan ini melibatkan kategori:• Jawatan Tetap

• Jawatan Sementara

• Jawatan Kontrak

• Jawatan Sambilan

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PELANTIKAN DI UKM

• Tarikh pelantikan adalah tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas melainkan ditentukan selainnya.

• Setiap staf ditawarkan dengan gaji bulanan mengikut skim perkhidmatan sebagaimana dalam jadual Gaji Minimum-Maksimummengikut gred gaji jawatan berkenaan. Staf mendapat bayaran gaji pokok, imbuhan tetap dan elaun mengikut kelayakan.

• Pergerakan gaji tahunan adalah berasaskan pencapaian kerja tahunanatau apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh Pihak BerkuasaUniversiti dari semasa ke semasa.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

TARIKH PELANTIKAN

• Tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai adalah seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 tahun 1991

Tarikh Lantikan / Kenaikan Pangkat Tarikh Pergerakan Gaji

1 Januari - 31 Mac 1 Januari

1 April - 30 Jun 1 April

1 Julai - 30 September 1 Julai

1. Oktober - 31 Disember 1 Oktober

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

• Staf lantikan tetap dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Staf yang belum disahkan dalam tempoh ini boleh ditamatkan perkhidmatan atau dilanjutkan tempoh percubaan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

TEMPOH PERCUBAAN

• Jika staf belum memenuhi syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan selepas melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan, tempoh percubaan staf boleh dilanjutkan atas pertimbangan Jawatankuasa Pengesahan Dalam Perkhidmatan. Pelanjutan tempoh percubaan dengan denda (denda penangguhan kenaikan gaji) atau dengan tidak berdenda (tanpa penangguhan kenaikan gaji).

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

Seseorang staf yang dilanjutkan tempoh percubaannya dengan dendaakan mendapat kesan berikut:

• Hilang kekananan bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan itu.

• Tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan semasa dalam tempoh pelanjutan percubaan.

• Tertakluk kepada tarikh pengesahan, tarikh pergerakan gaji tahunansemasa diubah ke tahun berikutnya.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN DENGAN DENDA

• Syarat pengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti berikut:• Memenuhi tempoh percubaan (1 hingga 3 tahun);

• Hadir dengan jaya Pelan Tansformasi Minda (PTM);

• Lulus peperiksaan perkhidmatan mengikut skim perkhidmatan;

• Diperakukan oleh Ketua Jabatan; dan

• Memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi melebihi 85%.

• Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan dalam borang pengesahan seseorang pegawai, pegawai itu boleh memohon kepada Pendaftar untuk disahkan. Satu salinan permohonan hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Kaedah penetapan kekananan:• Mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap bagi pegawai yang dilantik

dalam gred lantikan. • Mengikut tarikh pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki bagi pegawai

dalam gred kenaikan pangkat.• Jika dua atau lebih pegawai dilantik secara tetap atau dinaikkan pangkat ke

gred yang sama dalam skim perkhidmatan yang sama pada tarikh yang sama, kekananan mereka adalah sama.

• Seseorang pegawai yang kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulu akanhilang kekananannya selama tempoh pegawai itu berada di luar skim perkhidmatan terdahulunya.

• Seorang pegawai yang diberi cuti tanpa gaji, selain cuti belajar tanpa gaji, hilang kekananannya selama tempoh pegawai itu bercuti tanpa gaji.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

KEKANANAN

• Staf dilantik sama ada secara tetap, sementara, kontrak atau sambilan (warganegara sahaja) diwajibkan mencarum KWSP seperti yang telah disyaratkan dalam Akta KWSP.

• Opsyen untuk memilih Skim KWSP atau Pencen akan diberikan kepada staf berjawatan tetap semasa proses pengesahan dalam perkhidmatan. Opsyen yang dibuat adalah muktamad.

• Caruman KWSP bagi staf yang memilih Skim Pencen akan diberhentikan berkuatkuasa pada tarikh kelulusan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

OPSYEN KWSP/PENCEN

• Pihak berkuasa pencen boleh memberi Taraf Pekerja Berpencenkepada seseorang staf yang telah memilih Skim Pencen jika

• pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan; dan• genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun

perkhidmatan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

KENAIKAN PANGKAT ?Bermaksud peningkatan secara hakiki dari satugred ke suatu gred yang lebih tinggi dalamskim perkhidmatan yang sama tertaklukkelulusan dan perakuan Jawatankuasa PemilihKenaikan Pangkat.

Kenaikan pangkat berlaku apabila kakitanganbertukar jawatan yang lebih tinggi, melibatkanpertambahan tanggungjawab dan perubahankedudukan dalam organisasi

• Mengiktiraf prestasi dan sumbangan pegawai kepada organisasi.

• Mengekalkan pegawai yang bermotivasi tinggi, komited dan cekap.

• Menggalakan persaingan positif.

• Memberi ganjaran kerana perkhidmatan cemerlang.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

TUJUAN KENAIKAN PANGKAT

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

Kenaikan secara HAKIKI

Syarat-syarat asas:

1. disahkan dalam perkhidmatan; 2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; 3. diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan; 4. bebas daripada hukuman tatatertib; 5. telah mengisytiharkan harta; 6. lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM); 7. bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam

pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan8. syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

Kenaikan Pangkat Pegawai SecaraTIME-BASED KALI PERTAMA (TBK1) DAN KEDUA (TBK2) Berasaskan KecemerlanganSyarat-syarat asas:

1. TBK1 adalah pegawai yang dilantik secara tetap oleh Pihak Berkuasa Melantik, masih berada di gred lantikandan telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih dalam skim perkhidmatan semasa pada 1 Julai 2013.

2. TBK2 pegawai hendaklah berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat untukdinaikkan pangkat ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

3. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

Markah Keseluruhan LNPT tiga (3) tahun terakhir sekurang-kurangnya 85% dan PenilaianKecemerlangan di tahap Baik/Cemerlang (Mesyuarat Lembaga Pengarah, UKM) Bil. 6/2013 bertarikh 2/12/2013)

4. Memenuhi syarat-syarat asas seperti :- Telah disahkan dalam perkhidmatan, mengisytiharkan hartaberdasarkan peraturan yang berkuat kuasa, bebas dari sebarang tindakan tatatertib, lulus TapisanKeutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bebas daripada senarai peminjampendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.

5. Perakuan Ketua Jabatan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT

a) pegawai tidak memenuhi syarat asas kenaikan pangkat;b) pegawai bukan lantikan tetap; c) pegawai yang memangku dan kemudiannya dibersarakan

demi kepentingan awam atau demi kepentinganperkhidmatan awam; dan

d) pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT

Bagi pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, tempoh tidak layak dipertimbangkankenaikan pangkat adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, DasarKenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan HukumanTatatertib seperti berikut:

Bil. Jenis Hukuman Tempoh Tidak Layak DipertimbangkanKenaikan Pangkat

i. Amaran 12 bulanii. Denda 18 bulaniii. Lucut Hak Emolumen 24 bulaniv. Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulanv. Turun Gaji 36 bulan vi. Turun Pangkat 48 bulan

PBM berhak menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang dalam perkhidmatan jika pegawai itu didapati:

• Menyembunyikan maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan kesihatan

• Membuat sumpah palsu di dalam Surat Akuan Sumpah.

• Gagal tapisan keselamatan.

• Disabitkan tindakan tatatertib seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

• Gagal disahkan selepas melalui tempoh percubaan dan pelanjutan yang dibenarkan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PENAMATAN PERKHIDMATAN

• Seorang pegawai yang berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis 30 hari dari tarikh kuatkuasa atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis tersebut.

• Peletakan jawatan yang telah dikuatkuasa tidak boleh ditarik balik.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

NOTIS PELETAKAN JAWATAN

• Elaun tidak kekal

• Boleh dihapuskan bila-bila masa

• Boleh dikurangkan atau dinaikkan

• Pemberian elaun kerana• Tugas tambahan

• Tugas merbahaya

• Kebolehan tambahan

• Bertugas luar

• Bayaran balik

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya di dalam negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seperti berikut:

• Elaun perjalanan

• Elaun makan

• Elaun harian

• Bayaran sewa hotel

• Elaun lojing

• Belanja pelbagai

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

ELAUN SEMASA MENJALANKAN TUGAS RASMI

Universiti memberi elaun, antaranya seperti berikut kepada staf yang layak mengikut terma dan syarat:

• Elaun Tanggung Kerja

Pegawai yang diberi kelulusan menjalankan tugas dan tanggungjawab sesuatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi atau lebih rendahtarafnya di samping menjalankan tugas hakiki.

• Elaun Pemangkuan

Pegawai yang diberi kelulusan menjalankan tugas yang berkaitan dengan sesuatu jawatan secara sepenuh masa yang lebih tinggi grednya dari gred hakikinya dalam skim perkhidmatan pegawai berkenaan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

• Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkanmeninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikirasebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

• Cuti bukan hak mutlak tetapi adalah keistimewaan yang diberikan kepada pegawai awam.

• Cuti perlu dimohon sama ada secara bertulis atau lisan dandiluluskan oleh Ketua Jabatan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

TAFSIRAN CUTI

Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempohmasa pada masa dan di tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadirbertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulumendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah.

Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertibselaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A)395/1993] dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga buang kerja.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI

Pegawai-pegawai awam yang tidak hadir bertugas bolehdikategorikan seperti berikut:

• Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan

• Tidak Hadir 7 Hari Bekerja Berturut-turut Dan Tidak DapatDikesan

• Tidak Hadir Bertugas: Meminda Sijil Cuti Sakit AtauMengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu

• Tidak Hadir Pada Masa dan Tempat Yang Ditetapkan (PontengKerja)

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

KATEGORI TIDAK HADIR BERTUGAS

• Diberi kerana perkhidmatan.

• Diberi atas sebab perubatan.

• Diberi dengan tujuan tertentu.

• Cuti tidak diberi secara automatik. Cuti perlu diluluskan olehKetua Jabatan atau Kuasa Tertentu (mengikut mana yang berkenaan).

• Ia juga boleh diberi apabila seseorang pegawai itu berkelayakandi bawah peraturan jenis-jenis cuti yang berkaitan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PEMBERIAN CUTI

• Cuti yang diberi kerana perkhidmatan• Cuti rehat

• Cuti separuh gaji

• Cuti tanpa gaji

• Cuti diberi bagi tujuan tertentu• Cuti haji

• Cuti kerana kursus

• Cuti tidak berekod

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

JENIS CUTI

• Cuti atas sebab perubatan• Cuti sakit• Cuti sakit lanjutan• Cuti kuarantin• Cuti bersalin• Cuti kecederaan• Cuti tibi, kusta dan barah

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

JENIS CUTI

• Cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari Januari hinggaDisember.

• Kuasa meluluskan cuti adalah Ketua Jabatan.

• Cuti yang layak dalam sesuatu tahun bagi seseorangpegawai adalah berkadaran mengikut tempohperkhidmatan dalam tahun tersebut.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

CUTI REHAT

Kumpulan/Gred Kurang 10 tahun Genap 10 tahun

Pengurusan tertinggi 25 hari 25 hari

31-54 25 hari 25 hari

21-30 25 hari 25 hari

1-20 20 hari 25 hari

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

CUTI REHAT

• Cuti bergaji penuh yang diberi kerana sakit sebab perubatandan dengan mengemukakan sijil sakit dari pegawai perubatanyang diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuksembuh.

• Membenarkan pegawai yang tidak sihat untuk bertugas, berehat di rumah atau hospital.

• Tidak melebihi 15 hari dalam setahun bagi sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik panel/swasta bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar.

• Jika seseorang Pegawai jatuh sakit semasa bercuti rehat di Malaysia beliau layak diberikan cuti sakit oleh pegawaiperubatan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

CUTI SAKIT

• Tidak melebihi 180 hari bagi pegawai yang menerima rawatansebagai pesakit dalam.

• Cuti sakit 90 hari pertama diluluskan oleh ketua jabatan, 90 hariseterusnya oleh Ketua Setiausaha.

• Sekiranya masih berlanjutan Ketua Jabatan boleh membenarkanPegawai menggunakan cuti rehat yang masih ada.

• Pegawai yang mendapat cuti sakit yang melebihi 45 hari selama3 tahun berturut akan dirujuk kepada Lembaga Perubatan.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

CUTI SAKIT

• Pegawai yang telah diperaku oleh Lembaga Perubatan tidaksihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semulabagi perkhidmatan selanjutnya.

• Menggunakan cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dancuti rehat yang berkelayakan ketika itu.

• Jika masih belum sihat boleh menggunakan cuti separuh gaji90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan.

• Cuti sakit Lanjutan boleh diberi dalam satu tahun kalendar danboleh diulang pada tahun kedua. Jika masih belum bolehkembali bertugas maka Lembaga Perubatan boleh perakuuntuk bersara atas sebab kesihatan

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

CUTI SAKIT LANJUTAN

35

Kesilapan mengurus pentadbiran cuti boleh memberikesan kepada pengurusan sumber manusia

Cuti rehatterlebihdiberi

Terlebih bayaremolumenselepas habiscuti rehatbiasanya

Tersilappemberianpergerakangaji tahun(PGT) / tidakdiberi PGT

PengumpulanGCR tidakteratur

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

• Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelahmereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan.

• Memberi saraan hidup kepada orang-orang tanggungan anggota-anggota yang telah meninggal dunia sama ada semasa dalamperkhidmatan Kerajaan atau selepas bersara.

• Mewujudkan suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepadaanggota-anggota yang dikehendaki bersara atau meninggal duniaakibat mengalami kecederaan atau menghidap penyakit keranaterdedah kepada bahaya-bahaya tertentu ketika menjalankan tugas-tugas rasmi mereka.

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

OBJEKTIF SKIM PENCEN

• Pencen, ganjaran atau faedah persaraan lain yang diperuntukkan di bawah undang-undang pencenbukanlah merupakan hak mutlak seseorang anggota.

• Seseorang anggota hendaklah memenuhi syarat-syaratyang ditetapkan dalam undang-undang pencen untukmelayakkannya menerima faedah persaraan

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

PENCEN BUKAN HAK MUTLAK

•Persaraan paksa/wajib

•Persaraan pilihan sendiri

•Persaraan atas sebab kesihatan

•Persaraan (Penamatan) demi kepentingan awam

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

JENIS PERSARAAN

Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dariperkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:

• Pencen perkhidmatan

• Ganjaran perkhidmatan

• Gantian cuti rehat

• Faedah Perubatan

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

FAEDAH PERSARAAN

• Kad pesara ini sebagai pengenalan diri pesara UKM/PPUKM untuk mendapatkankemudahan rawatan perubatan dan pembekalan ubat di HCTM termasukKlinik/Wad Warga atau di Farmasi HCTM secara percuma. Walau bagaimanapunjika terdapat keperluan pembekalan alat dan ubatan melibatkan kos yang tinggi, perlu melalui Jabatan Pendaftar UKM/Jabatan Pentadbiran Am HCTM bagimendapatkan kelulusan Kemente-rian Kesihatan dan pengeluaran PesananRasmi jika perlu.

• Keistimewaan lain bagi pemegang kad pesara UKMKemudahan di Perpustakaan UKM Kemudahan sewaan ruangKemudahan pelekat parker kereta

• Permohonan kad pesara secara atas talian

http://www.ukm.my/pendaftar/e-kad-pesara/

“Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”

FAEDAH PERSARAAN LAIN – KAD PESARA UKM