PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA -...

5
1 | Y B S T A R TAWARAN BIASISWA YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN DI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DI DALAM NEGARA & IJAZAH LANJUTAN DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA BAGI SESI PENGAJIAN 2015/2016 1) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) sedang mencari calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR). 2) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN a. Syarat-syarat Asas i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ; ii) Memperolehi kredit dalam subjek Bahasa Malaysia di peringkat SPM; iii) Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA dalam peringkat pengajian seperti berikut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf dalam dan luar negara : (1) Ijazah Pertama – untuk pengajian di dalam negara sahaja. (2) Ijazah Lanjutan – untuk pengajian di dalam dan di luar negara. b. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik) Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

Transcript of PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA -...

Page 1: PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA - …scholarships.curtin.edu.my/wp-content/uploads/sites/291/2016/02/... · (Kebudayaan, Sosiologi, Sejarah) Sains ( Kaunseling ) 3. Undang-Undang ...

1 | Y B S T A R

TAWARAN BIASISWA

YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN

DI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DI DALAM NEGARA &

IJAZAH LANJUTAN DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA

BAGI SESI PENGAJIAN 2015/2016

1) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) sedang mencari

calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).

2) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

a. Syarat-syarat Asas

i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang

bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;

ii) Memperolehi kredit dalam subjek Bahasa Malaysia di peringkat SPM;

iii) Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang

disenaraikan secara SEPENUH MASA dalam peringkat pengajian

seperti berikut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf

dalam dan luar negara :

(1) Ijazah Pertama – untuk pengajian di dalam negara sahaja.

(2) Ijazah Lanjutan – untuk pengajian di dalam dan di luar negara.

b. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah

diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu

kelayakan akademik seperti berikut:

Page 2: PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA - …scholarships.curtin.edu.my/wp-content/uploads/sites/291/2016/02/... · (Kebudayaan, Sosiologi, Sejarah) Sains ( Kaunseling ) 3. Undang-Undang ...

2 | Y B S T A R

BIL KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIK

A IJAZAH PERTAMA

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-

kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM,

atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil /

Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya.

B IJAZAH LANJUTAN

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-

kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas

semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.

C KRITERIA TAMBAHAN

Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-

kurikulum;

Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;

dan

Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih

bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti.

3) BIDANG & PROGRAM TAJAAN

a. Bidang kursus dan program yang ditaja mengikut keutamaan adalah

seperti berikut:-

BIL BIDANG PENGAJIAN PROGRAM

A PROFESSIONAL / IJAZAH

LANJUTAN

1. The Association Of Chartered

Certified Accountants ( ACCA )

2. Institute Chartered Accountant In

England And Wales ( ICAEW )

3. Company Secretaries

4. Perakaunan

B IJAZAH LANJUTAN

( SARJANA DAN PHD )

1. Fakulti Komunikasi

Kewartawanan

Komunikasi Massa

2. Fakulti Sains

Sains Marin

Sains Forensik

Sains Biologi ( Genetik /

Geonomics / Proteomics )

Learning Sciences

Sains Sosial & Antropologi :

Page 3: PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA - …scholarships.curtin.edu.my/wp-content/uploads/sites/291/2016/02/... · (Kebudayaan, Sosiologi, Sejarah) Sains ( Kaunseling ) 3. Undang-Undang ...

3 | Y B S T A R

(Kebudayaan, Sosiologi, Sejarah)

Sains ( Kaunseling )

3. Undang-Undang

4. Pendidikan Awal Kanak-Kanak

5. Pengurusan Alam Sekitar

6. Ekonomi Antarabangsa :

Finance / Islamic Banking

7. Bahasa Asing (Foreign Language)

8. Pelancongan & Hospitaliti

C IJAZAH PERTAMA

(INSTITUSI DALAM NEGARA

SAHAJA)

1. Fakulti Kejuruteraan

Mekanikal, Kimia, Elektrik &

Elektronik, Marin, Rekabentuk

Industri

2. Fakulti Seni Kreatif

Seni Muzik, Seni Koreografi, Seni

Kebudayaan

2. Pertanian ( Agrobase )

3. Perhutanan / Perkayuan

4. Akuakultur

5. Farmasi

6. Fisioterapi

7. Usuludin & Syariah

8. Sains Sukan

9. Sains Sosial & Psikologi

10. Teknologi Makanan ( Nutrisien )

4) KRITERIA PEMILIHAN

Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu

panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa

temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada

masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel.

5) CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

a. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan

khusus yang ditetapkan.

b. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi

Sains / Pra Universiti / Foundation.

c. Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh

masa.

Page 4: PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA - …scholarships.curtin.edu.my/wp-content/uploads/sites/291/2016/02/... · (Kebudayaan, Sosiologi, Sejarah) Sains ( Kaunseling ) 3. Undang-Undang ...

4 | Y B S T A R

6) KADAR BIASISWA

Pemohon yang berjaya mendapat Biasiswa YBSTAR akan diberikan bantuan

biasiswa bagi membiayai kos pengajian mereka yang merangkumi Yuran

Pengajian, Elaun Sara Hidup, Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi setahun

sekali, Elaun Tesis dan lain-lain, tertakluk kepada pengajian masing-masing

serta perubahan dari semasa ke semasa, jika ada.

7) TEMPOH KONTRAK / BONDING

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan YBSTAR dikehendaki

berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sarawak sekurang-kurangnya bagi

tempoh lima (5) tahun.

8) CARA MEMOHON

a. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui borang permohonan

YBSTAR yang boleh didapati di :

i) Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan

Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching;

ii) Muat turun borang melalui laman sesawang Yayasan Sarawak di

http://www.yayasansarawak.org.my

iii) Pemohon hendaklah memaklumkan alamat email semasa

memohon bagi tujuan komunikasi dan semua komunikasi akan

dibuat melalui email ; ATAU

iv) Permohonan secara On-line melalui laman sesawang di

http:/www.yayasansarawak.org.my

b. Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN

KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI ;

c. Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan

di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua

salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu ;

d. Pegawai atau Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah

mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-

masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran

untuk belajar secara sepenuh masa samada bergaji penuh atau separuh

gaji ;

Page 5: PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA - …scholarships.curtin.edu.my/wp-content/uploads/sites/291/2016/02/... · (Kebudayaan, Sosiologi, Sejarah) Sains ( Kaunseling ) 3. Undang-Undang ...

5 | Y B S T A R

e. Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenarai

pendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan yang berjaya melalui proses ini akan dipanggil untuk

menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan

ditetapkan dan dimaklumkan oleh Sekretariat YBSTAR ;

f. Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan YBSTAR semasa

sesi temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa sesi temuduga sahaja

yang akan diperakukan kepada Lembaga Amanah untuk proses

pertimbangan dan kelulusan ;

g. Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Lembaga Amanah

akan dimaklumkan secara rasmi oleh Sekretariat YBSTAR ; dan

h. Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada

iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan

melalui media massa atau email.

9) TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada Khamis, 3 September 2015 jam 4.00

petang.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan

dipertimbangkan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

SETIAUSAHA KERJA

YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN

d/a Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak,

Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

Telefon : (082) 441686

Faks : (082) 440023