Pelayaran penuh peristiwa

43
Tajuk PROSA TRADISIONAL PELAYARAN YANG PENUH ISTIMEWA. Disediakan Oleh : Aina Daliana Bt Arifin , Fatin Alisah Bt Kairi. Kelas : 4 PA 1 Nama Guru : En. Saharuddin Bin Abdullah.

description

Prosa Tradisional

Transcript of Pelayaran penuh peristiwa

Page 1: Pelayaran penuh peristiwa

TajukPROSA TRADISIONAL PELAYARAN

YANG PENUH ISTIMEWA.

Disediakan Oleh : Aina Daliana Bt Arifin ,

Fatin Alisah Bt Kairi.

Kelas : 4 PA 1

Nama Guru : En. Saharuddin Bin Abdullah.

Page 2: Pelayaran penuh peristiwa

 

 

Geliung panjang yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa (TPDSJ) dan isi kapal termasuk Si Kembang Cina (SKC), Awang Sulung Merah Muda (ASMM) meredah lautan dengan laju sehingga seluruh isi geliung mabuk dan pengsan. Semua yang lain mabuk melainkan TPDSJ, SKC dan ASMM.

ASMM mengemudikan kapal. Semua orang yang pengsan sedar dan jurumudi segera memberitahu Tuanku Nakhoda Tua (TNT) bahawa dialah yang menjaga geliung itu daripada bahaya sepanjang pelayaran. TNT pula menjanjikan kepada jurumudi, jika geliung selamat sampai ke Tanah Jawa, jurumudi akan dikahwinkan dengan puterinya, TPDSJ.

TNT memanggil anak geliung berkumpul kerana geliung akan meredah Laut Sekona Lingga. Laut ini bahaya kerana ada kumpulan bajak laut. Sesiapa yang berjaya menyelamatkan baginda dan TPDSJ, akan dikahwinkan dengan TPDSJ. Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun menyerang. Semua anak kapal dan jurumudi lari. ASMM berseru kepada ketua lanun. Lanun-lanun gementar mendengar suara ASMM kerana ASMM ialah penghulu mereka.

Apabila lanun meninggalkan geliung, jurumudi memberitahu TNT, dialah yang menyelamatkan geliung daripada dirampas oleh lanun. TNT percaya dengan dakwaan jurumudi dan menitahkan Mualim Cik Mas (MCM) menikahkan jurumudi dengan puterinya. TPDSJ membentak ayahandanya dan memberitahu ASSM yang telah menyelamatkan geliung.

Geliung belayar menuju ke Tanah Jawa. Geliung sampai di Negeri Pati Talak Terengganu. Semasa tiba di negeri Pati Talak Terengganu, semua alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama.

ASMM bersabung ayam dan ayamnya, Kinantan Suci menang. ASMM berangkat ke balairung seri dan disambut oleh orang besar dan seluruh rakyat.

 

 

Page 3: Pelayaran penuh peristiwa

TEMA

Cerita ini bertemakan kehebatan dan kesaktian raja-raja. ASMM digambarkan mempunyai kesaktian dan kehebatan seperti boleh menyamar diri tanpa dikenali dan boleh menjadikan air masin menjadi air manis bagai sarbat. ASMM juga hebat kerana berpengalaman dalam ilmu pelayaran dan hebat bersabung ayam.

Page 4: Pelayaran penuh peristiwa

Persoalan

Page 5: Pelayaran penuh peristiwa

 

 

1) Kebesaran raja-raja – ASMM ialah raja yang mempunyai kebesaran dan daulat yang tinggi. Hal ini jelas, ketika ASMM sampai di Negeri Pati Talak Terengganu. Semua alat kebesaran berbunyi sendiri, manakala seluruh isi alam seperti burung, denak, ketitir jantan, balam tembaga, menyambut sama.

Page 6: Pelayaran penuh peristiwa

2) Adat istiadat – Semasa ASMM singgah di Negeri Pati Talak Terengganu, ASMM bertanyakan adat bergelanggang tersendiri yang mesti dipatuhi.

Page 7: Pelayaran penuh peristiwa

3) Tanggungjawab – Menjadi tanggungjawab seseorang yang berhutang melangsaikan hutangnya. ASMM yang menyamar sebagai budak hitam telah berhutang kepada Datuk Batin Alam. TNT telah membayarkan hutangnya dan dia terpaksa menghambakan diri kepada TNT dan TPDSJ untuk melangsaikan hutangnya.

Page 8: Pelayaran penuh peristiwa

4) Kasih sayang – Kasih sayang tidak terbatas pada wajah dan kedudukan sahaja. Walaupun ASMM menyerupai budak hitam (anak sakai) yang comot dan busuk tetapi TPDSJ terpikat dan sayang kepadanya. Kasih sayang ini berterusan kerana TPDSJ melayan ASMM dengan layanan yang baik. Setelah ASMM bertukar wajah, kasih sayangnya bertambah dan apabila mereka berkahwin, mereka sentiasa berkasih-kasihan. 

Page 9: Pelayaran penuh peristiwa

Watak Dan Perwatakan

Page 10: Pelayaran penuh peristiwa

Watak Utama

Awang Sulung Merah Muda (ASMM) / budak hitam / anak sakai.

Anak Tuanku Si Helang Laut, cucu Tuanku Si Helang Mawai.

Anak raja Bandar Mengkalih dan juga penghulu kumpulan bajau laut.

Page 11: Pelayaran penuh peristiwa

Budak hitam / anak sakai - badan dan mukanya hitam, comot, badan berbau belacan dan digelar Pak Bongsu (keadaan ASMM semasa menyamar menjadi budak hitam).

Kacak, segak dan mempunyai kesaktian.

Page 12: Pelayaran penuh peristiwa

Perwatakan

Merendah diri – ASMM suka merendah diri dan mengatakan dirinya hanya layak menjadi penunggu reban dan penyapu rumah ketika disuruh oleh TPDSJ mengemudikan geliung dan melawan lanun. ASMM sanggup menyamar dalam keadaan yang sangat buruk untuk sesuatu tujuan dan kerana ingin merendah diri apatah lagi setelah ASMM berhutang.

Page 13: Pelayaran penuh peristiwa

Suka merajuk – Ketika menjadi budak hitam, ASMM suka merajuk apabila dipanggil oleh TPDSJ melakukan sesuatu sehinggakan SKC terpaksa memujuknya dengan bahasa yang lebih lembut.

Bijaksana – ASMM bijak dalam mengendalikan keadaan. ASMM menyamar untuk mencapai sesuatu matlamat. ASMM juga bijak untuk menduga hati dan perasaan TPDSJ sehingga berjaya memiliki TPDSJ. ASMM juga bijak kerana tahu semua nama pulau dan gunung yang dilintasi oleh geliung.

Bertanggungjawab – ASMM digambarkan amat bertanggungjawab kerana ASMM akan menghambakan dirinya sehingga hutangnya kepada TPDSJ langsai. Oleh itu, ASMM akan sentiasa menolong TPDSJ menghadapi kesusahan sepanjang perjalanannya balik ke Tanah Jawa

Page 14: Pelayaran penuh peristiwa

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa (TPDSJ)

Anak Tuanku Nakhoda Tua (TNT).Puteri negeri Semarang, Tanah

Jawa.

Page 15: Pelayaran penuh peristiwa

Perwatakan Serba boleh – TPDSJ selain menjadi anak raja, boleh juga

mengendalikan geliung. Hal ini jelas semasa semua orang pengsan, TPDSJ lah yang mengemudikan geliung panjang.

Tidak mementingkan darjat – TPDSJ tidak melayan ASMM yang semasa itu menyamar sebagai budak hitam dengan layanan buruk, malah TPDSJ amat marah kepada SKC yang menghidangkan sisa nasi dalam tempurung berbulu kepada ASMM. TPDSJ juga marah kepada jurumudi yang mengadu budak hitam itu tidak berguna kepadanya.

Manja dan penyayang – TPDSJ amat manja dan sayang dengan ASMM. Kemanjaan dan kasih sayangnya itu jelas ketika mereka berdua-duaan saling berbalas pantun.

Tegas dan berani menyuarakan pendapat – TPDSJ amat tegas apabila berkata-kata. Hal ini jelas apabila dia memerintahkan SKC untuk memujuk ASMM. TPDSJ juga tegas ketika bercakap dengan ayahandanya yang ingin mengahwinkannya dengan jurumudi. Ketegasannya tidak mahu menerima saranan TNT menyebabkan TPDSJ menempelak ayahandanya dengan kata-kata tegas.

Page 16: Pelayaran penuh peristiwa

Watak Sampingan Tuanku Nakhoda Tua (TNT)Ayahanda TPDSJ.Pemerintah negeri Semarang,

Tanah Jawa.

Page 17: Pelayaran penuh peristiwa

PerwatakanCepat mempercayai orang – TNT tnpa usul periksa

terus mempercayai jurumudi yang cuba menipu untuk mengahwini TPDSJ.

Kurang bijaksana – TNT kurang bijak dalam menilai seseorang. Baginda tidak dapat menelah sikap pura-pura jurumudi yang mendakwa dialah yang menyelamatkan geliung daripada lanun.

Suka berjanji – TNT suka berjanji demi kepentingan dirinya dan demi keselamatannya. Baginda berjanji akan mengahwinkan anakandanya dengan sesiapa yang boleh melayarkan geliung dengan selamat ke Tanah Jawa tanpa mengambil kira perasaan anakandanya.

Page 18: Pelayaran penuh peristiwa

JurumudiAnak Pulau Laut.Menjadi pengemudi geliung panjang

sepanjang pelayaran.

Page 19: Pelayaran penuh peristiwa

Perwatakan

Licik untuk menipu – Jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya dan menunjukkan kerisnya yang berdarah kepada TNT dan mendakwa, dialah yang menyelamatkan geliung.

Suka menghina – Jurumudi menghina ASMM (budak hitam) yang tidak sepatutnya duduk di dalam geliung. Dia menyuruh SKC menghidangkan sisa nasi dalam tempurung berbulu untuk ASMM.

Page 20: Pelayaran penuh peristiwa

Suka menunjuk-nunjuk – Ketika TNT memberitahu yang geliung akan berhadapan dengan bajak laut, dialah yang terlebih dahulu memberitahu dengan sombongnya akan melawan bajak laut.

Dengki – Jurumudi dengki melihat TPDSJ melayan ASMM (budak hitam) dengan baik.

Page 21: Pelayaran penuh peristiwa

Plot

Page 22: Pelayaran penuh peristiwa

Binaan Plot

Page 23: Pelayaran penuh peristiwa

Permulaan Pelayaran TPDSJ merentas

lautan dengan laju sehingga semua isinya mabuk dan pengsan kecuali TPDSJ, SKC dan ASMM (budak hitam). Geliung dikendalikan oleh TPDSJ dan kemudian dikendalikan oleh ASMM (budak hitam) diuji oleh TPDSJ. Jurumudi mendakwa bahawa dialah yang menyelamatkan geliung.

Page 24: Pelayaran penuh peristiwa

Perkembangan dan Perumitan TNT percaya dan berjanji untuk mengahwinkan

jurumudi dengan TPDSJ jika geliung selamat sampai ke Tanah Jawa. Geliung berhadapan dengan bajak laut. TNT berjanji sesiapa berjaya menewaskan bajak laut, akan dikahwinkan dengan TPDSJ. Semasa berhadapan dengan bajak laut, semua isi kapal lari termasuklah jurumudi. Bajak laut gementar ketika mendengar suara ASMM kerana ASMM ternyata penghulu mereka. Bajak laut mengisi geliung dengan dinar emas untuk melangsaikan hutang ASMM kepada TNT dan TPDSJ dan ASMM mahu kembali ke Bandar Mengkalih. Jurumudi memberitahu TNT bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung daripada bajak laut.

Page 25: Pelayaran penuh peristiwa

Klimaks

TNT menyuruh Mualim Cik Mas mengahwinkan jurumudi dengan TPDSJ. TPDSJ marah dan memberitahu hal sebenar. TNT memujuk ASMM. TNT mengahwinkan ASMM dengan TPDSJ. Mereka hidup gembira dan berkasih-kasihan. 

Page 26: Pelayaran penuh peristiwa

PeleraianGeliung belayar ke Tanah Jawa dan melintasi

beberapa pulau dan gunung. Geliung berlabuh di Negeri Pati Talak Terengganu dan dijemput ke darat oleh rajanya. Semasa menjejakkan kaki ke negeri ini semua alat kebesaran berbunyi dan alam turut menyambut ASMM. ASMM menyabung ayam. Kinantan Suci menang apabila ASMM menyeru tuah ayamnya. ASMM akhirnya berangkat ke balairung seri disambut oleh orang besar dan rakyat jelata.

Page 27: Pelayaran penuh peristiwa

Teknik Plot

Page 28: Pelayaran penuh peristiwa

Dialog – Perbualan antara TPDSJ dengan SKC. TPDSJ menyuruh SKC memanggilkan ASMM (budak hitam) bagi menggantikannya mengemudi geliung dan memujuk ASMM.

Pemerian – Menceritakan suasana latar dan keadaan geliung panjang kenaikan TPDSJ.

Monolog dalaman – Raja Negeri Pati Talak Terengganu berkata dalam hatinya, mungkin ASMM anak saudaranya, tetapi hatinya masih ragu-ragu.

Saspens – Kita tertanya-tanya akan kesudahan yang berlaku kerana jurumudi asyik mendakwa, dialah yang menyelamatkan geliung dan TNT percaya akan dakwaan itu tanpa usul periksa. TNT menjanjikan TPDSJ sebagai isteri jika jurumudi berjaya. Keadaan ini menyebabkan pembaca terus tertanya-tanya apakah yang berlaku seterusnya. Begitu juga semasa Kinantan Suci berlawan, pada awalnya ASMM tidak mahu ayamnya membunuh ayam lawan. Hal ini, menyebabkan Kinantan Suci tidak berlawan dan menunjukkan kehandalannya. Pembaca tertanya-tanya apakah Kinantan Suci akan kalah kerana Kinantan Suci beberapa kali ditaji.

Page 29: Pelayaran penuh peristiwa

Latar

Page 30: Pelayaran penuh peristiwa

Latar tempat

Page 31: Pelayaran penuh peristiwa

Di dalam geliung panjang kenaikan TPDSJ

Isi kapal mabuk dan pengsan. Tinggal TPDSJ, SKC dan ASMM sahaja.

Jurumudi menikam seekor ayam dan mendakwa dialah yang menyelamatkan geliung.

ASMM (budak hitam) diberi makan sisa nasi dalam tempurung berbulu.

ASMM dan TPDSJ dikahwinkan oleh MCM dan duduk berkasih-kasihan sepanjang pelayaran.

Page 32: Pelayaran penuh peristiwa

Laut berdekatan Pulau TapaiGeliung panjang tidak boleh ke

tepi kerana gelombang besar. Dengan kesaktian ASMM, laut ditenangkan. Di sini juga (di tengah-tengah laut), ASMM mengambil air masin yang diletakkan di dalam buyung suasa.

Page 33: Pelayaran penuh peristiwa

Gelanggang SabungASMM mempertaruhkan rial

untuk bersabung. Ayamnya, Kinantan Suci bersabung dan akhirnya menang setelah ASMM menyeru tuah ayam.

Page 34: Pelayaran penuh peristiwa

Latar Masa3 hari 3 malam –. Geliung

panjang berlabuh di Pulau TapaiBeberapa hari belayar – Melintasi

beberapa pulau, gunung dan selat.

Siang – Sampai di Negeri Pati Talak Terengganu. Dijemput naik ke istana. ASMM bersabung ayam.

Page 35: Pelayaran penuh peristiwa

Latar MasyarakatMasyarakat yang pengecut –

Hampir semua isi kapal dan jurumudi, pengecut dan apabila berhadapan dengan lanun, lari menyembunyikan diri.

Masyarakat yang iri hati dan dengki – Jurumudi amat dengki dengan ASMM (budak hitam) hingga sanggup mengadu kepada TPDSJ dengan harapan TPDSJ menghalau ASMM.

Page 36: Pelayaran penuh peristiwa

Masyarakat lanun atau bajak laut – Kumpulan lanun menguasai perairan Laut Sekona Lingga dan perairan Pulau Salah Nama. Mereka amat ditakuti dan selalu merampas kapal yang melalui kawasan mereka.

Page 37: Pelayaran penuh peristiwa

Gaya Bahasa

Page 38: Pelayaran penuh peristiwa

Simile – Pengarang membandingkan geliung di lautan yang meluncur laju bagai pucuk dilancarkan dan bagai kumbang putus tali.

Pengulangan – Pengulangan kata tua digunakan sebanyak enam kali dalam dialog oleh TPDSJ berkenaan sikap ayahandanya, TNT.

Peribahasa – Peribahasa sigai, enau mencari lesung mendapatkan antan yang bermaksud perempuan mencari lelaki.

Pantun – Penggunaan pantun Gunung Daik…., …. buang sekali.

Page 39: Pelayaran penuh peristiwa

Nilai

Page 40: Pelayaran penuh peristiwa

Kasih sayang – Kasih sayang wujud antara TPDSJ dengan budak hitam walaupun ketika itu TPDSJ tidak tahu ASMM ialah anak raja besar. Kasih sayang telah mula berputik semasa itu dan apabila ASMM menjelma menjadi putera tampan, TPDSJ terus jatuh cinta. ASMM memujuk TPDSJ yang merajuk setelah ASMM memberitahu yang dia akan balik ke Bandar Mengkalih.

Keberanian – TPDSJ berani menegur sikap terburu-buru ayahandanya yang ingin mengahwinkannya dengan jurumudi. Nilai ini juga jelas pada watak ASMM yang berani berhadapan dengan apa-apa sahaja cabaran demi melindungi TPDSJ.

Bertanggungjawab – ASMM bertanggungjawab untuk melangsaikan hutangnya kerana baginya, jika telah berhutang, mesti dilangsaikan. Jika tidak, selama itulah dia akan menghambakan diri kepada TPDSJ dan TNT.

Page 41: Pelayaran penuh peristiwa

Pengajaran

Page 42: Pelayaran penuh peristiwa

Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki kepada orang lain.

Contoh : Jurumudi iri dan dengki melihat ASMM (budak hitam) yang dilayan dengan baik oleh TPDSJ.

Janganlah suka menghina orang yang buruk dan hodoh kerana kita tidak tahu di sebaliknya mungkin ada kelebihan.

Contoh : ASMM (budak hitam) amat comot dan berbau busuk. Jurumudi sering menghinanya malah disuruhnya SKC memberikan makan dalam tempurung berbulu.

Usahlah menipu untuk memperoleh sesuatu.

Contoh : Jurumudi sanggup menikam seekor ayam dengan keris dan mendakwa, dialah yang menyelamatkan geliung daripada bahaya. Tujuannya untuk meraih kepercayaan TNT dan mengahwini TPDSJ.

Janganlah mempertaruhkan untung nasib anak sendiri demi kepentingan dan keselamatan sendiri.

Contoh : TNT mempertaruhkan anaknya sebagai calon isteri orang yang berjaya menyelamatkan geliung dan selamat sampai ke Tanah Jawa.

Page 43: Pelayaran penuh peristiwa

SEKIAN, TERIMA KASIH ;)