Pelepasan Jawatan Guru Kelas Tahun 4 F 2010.doc

2
D/A No. 3 QRTS Guru, SRA Integrasi, Seksyen 19, 43000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Guru Besar, SRA Integrasi Seksyen 7, Jalan Plumbum, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 9 JUN 2010 Tuan, Pelepasan Guru Kelas 4 Firdaus 2010 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, saya telah dilantik memegang jawatan guru kelas 4 Firdaus pada 3 Mei 2010. Sehubungan dengan itu, saya memohon pelepasan sebagai guru kelas bagi Tahun 4 Firdaus kerana bebanan tugas dan jawatan yang terlalu banyak di sekolah ini berbanding dengan guru-guru lain. 3. Bagi Tahun 2010, saya memegang jawatan sebagai Ketua Panitia PSV, Unit Dokumentasi Sekolah, Kelab Senifoto, Ketua Bilik Guru, Ketua Inventori, Guru ICT (Penyelaras Makmal ICT), AJK PIBG, guru pembimbing Karnival Sukan Negeri (sepak Takraw, Kelab Bolasepak, guru pembimbing Amal Islami (Aplikasi ICT), disamping banyak membantu pihak pentadbir sekolah (membina jadual buku kawalan kelas, membina borang keceriaan dan pertandingan kelas, membina borang keperluan kelas, mencipta logo sekolah, mencipta bendera sekolah, menyiapkan profil sekolah dalam bentuk slide, membina kad keluar masuk kelas, kad pelawat (dalam proses), membina banting sempena penjualan borang UKM 2011, menyiapkan sejarah sekolah, membantu keceriaan sekolah) dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, diharapkan pembahagian guru dapat dibuat dan dilaksanakan secara sistematik.

Transcript of Pelepasan Jawatan Guru Kelas Tahun 4 F 2010.doc

Sekolah Kebangsaan Sri Kurnia,

D/A No. 3 QRTS Guru,

SRA Integrasi,Seksyen 19,43000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Guru Besar,SRA Integrasi Seksyen 7,Jalan Plumbum,

40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

9 JUN 2010Tuan,

Pelepasan Guru Kelas 4 Firdaus 2010Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya telah dilantik memegang jawatan guru kelas 4 Firdaus pada 3 Mei 2010. Sehubungan dengan itu, saya memohon pelepasan sebagai guru kelas bagi Tahun 4 Firdaus kerana bebanan tugas dan jawatan yang terlalu banyak di sekolah ini berbanding dengan guru-guru lain. 3. Bagi Tahun 2010, saya memegang jawatan sebagai Ketua Panitia PSV, Unit Dokumentasi Sekolah, Kelab Senifoto, Ketua Bilik Guru, Ketua Inventori, Guru ICT (Penyelaras Makmal ICT), AJK PIBG, guru pembimbing Karnival Sukan Negeri (sepak Takraw, Kelab Bolasepak, guru pembimbing Amal Islami (Aplikasi ICT), disamping banyak membantu pihak pentadbir sekolah (membina jadual buku kawalan kelas, membina borang keceriaan dan pertandingan kelas, membina borang keperluan kelas, mencipta logo sekolah, mencipta bendera sekolah, menyiapkan profil sekolah dalam bentuk slide, membina kad keluar masuk kelas, kad pelawat (dalam proses), membina banting sempena penjualan borang UKM 2011, menyiapkan sejarah sekolah, membantu keceriaan sekolah) dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, diharapkan pembahagian guru dapat dibuat dan dilaksanakan secara sistematik. 4. Untuk pengetahuan tuan, sempena lawatan DYMM Sultan Selangor pada 5 Ogos 2010 ke sekolah ini, saya sedang giat melaksanakan keceriaan, persiapan dan ruangan pameran di dalam makmal komputer dan pameran hasil-hasil karya seni (PSV) murid-murid. Begitu juga keceriaan dan persiapan bilik guru lelaki, tandas guru lelaki dan persiapan ruang unit pendokumentasian. Di antara persiapan lain yang saya lakukan ialah fail panitia PSV, ruang Kelab Senifoto dan membantu pihak sekolah berhubung dengan keceriaan sekolah.5. Saya berharap agar permohonan ini diluluskan oleh pihak tuan. Di atas kerjasama dan perhatian pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

(ANUAR BIN RAMLI)