PELUANG KERJAYA IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH...

3
PELUANG KERJAYA IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah. Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan. BIL SEKOLAH JENIS SUKAN 1 Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil 1.1 Gimnastik Artistik 1.2 Gimrama 1.3 Skuasy 1.4 Renang 2 Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail 2.1 Sepaktakraw 2.2 Ragbi 2.3 Hoki 2.4 Olahraga 2.5 Golf 2.6 Boling Padang 2.7 Renang 2.8 Bola Tampar 2.9 Judo 2.10 Memanah 2.11 Boling Tenpin 2.12 Gimnastik Artistik 3 Sekolah Sukan Malaysia Pahang 3.1 Bola Sepak 3.2 Memanah 3.3 Gimnastik Artistik 3.4 Olahraga 3.5 Bola Keranjang 4 Sekolah Sukan Malaysia Sabah 4.1 Hoki 4.2 Olahraga 4.3 Renang 4.4 Terjun

Transcript of PELUANG KERJAYA IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH...

Page 1: PELUANG KERJAYA IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH …kedah2u.com.my/jawatan-kosong-kerajaan-malaysia/kementerian... · 3.3 Gimnastik Artistik 3.4 Olahraga 3.5 Bola Keranjang 4 Sekolah Sukan

PELUANG KERJAYA

IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN

TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau

warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan

untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan

Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail

Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan Sekolah

Sukan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah.

Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan.

BIL

SEKOLAH

JENIS SUKAN

1

Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil

1.1 Gimnastik Artistik 1.2 Gimrama 1.3 Skuasy 1.4 Renang

2 Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail

2.1 Sepaktakraw 2.2 Ragbi 2.3 Hoki 2.4 Olahraga 2.5 Golf 2.6 Boling Padang 2.7 Renang 2.8 Bola Tampar 2.9 Judo 2.10 Memanah 2.11 Boling Tenpin 2.12 Gimnastik Artistik

3 Sekolah Sukan Malaysia Pahang 3.1 Bola Sepak 3.2 Memanah 3.3 Gimnastik Artistik 3.4 Olahraga 3.5 Bola Keranjang

4 Sekolah Sukan Malaysia Sabah 4.1 Hoki 4.2 Olahraga 4.3 Renang 4.4 Terjun

Page 2: PELUANG KERJAYA IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH …kedah2u.com.my/jawatan-kosong-kerajaan-malaysia/kementerian... · 3.3 Gimnastik Artistik 3.4 Olahraga 3.5 Bola Keranjang 4 Sekolah Sukan

Syarat dan kelayakan Pegawai Perkhidmatan Awam:

Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 hingga 44;

Warganegara Malaysia.

Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dan disahkan dalam jawatan

sekarang;

Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon

sekurang-kurangnya 3 tahun;

Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang di keluarkan oleh persatuan

sukan yang terbabit atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan

Berumur tidak melebihi daripada 52 tahun pada tarikh iklan ditutup;

Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan

kerajaan.

Syarat dan kelayakan Bukan Pegawai Perkhidmatan Awam:

Warganegara Malaysia.

Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan di bidang yang dipohon

sekurang-kurangnya 3 tahun;

Mempunyai persijilan kejurulatihan sukan yang di keluarkan oleh persatuan

sukan yang terbabit atau dan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan

Berumur tidak melebihi daripada 52 tahun pada tarikh iklan ditutup;

Mempunyai minat yang tinggi dan disahkan sihat oleh pegawai perubatan

kerajaan.

Faedah Kerja :

Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya dipilih ke jawatan Jurulatih Sukan

Gred 29 hingga 44 ( Jawatan Terbuka ) akan menerima:

Gaji Peminjaman = Emolumen di gred jawatan hakiki pegawai + Insentif

peminjaman mengikut gred jawatan hakiki pegawai. ( Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 :

Dasar Baru Pelantikan secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan

Pertukaran Tetap )

Jurulatih bukan Pegawai Perkhidmatan Awam yang berjaya akan menerima

gaji mengikut tahap pengalaman dan tahap sijil kejurulatihan.

Page 3: PELUANG KERJAYA IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH …kedah2u.com.my/jawatan-kosong-kerajaan-malaysia/kementerian... · 3.3 Gimnastik Artistik 3.4 Olahraga 3.5 Bola Keranjang 4 Sekolah Sukan

Cara Memohon

i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang

boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my atau

www.moe.gov.my/bsukan mulai 30 Mei 2013.

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1 & 7 , Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

iii. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul

surat permohonan.

iv. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos

2013 (Jumaat).

Catatan :Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk

temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari

tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak

berjaya.