PELUPUSAN SUMBER PERPUSTAKAAN - …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR_PELUPUSAN_SUMBER_PERP… ·...

download PELUPUSAN SUMBER PERPUSTAKAAN - …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR_PELUPUSAN_SUMBER_PERP… · 2.1.1 Untuk menyediakan bahan bacaan berkualiti bagi ... Sumber perpustakaan yang

If you can't read please download the document

Transcript of PELUPUSAN SUMBER PERPUSTAKAAN - …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR_PELUPUSAN_SUMBER_PERP… ·...

  • 1

    DASAR PELUPUSAN SUMBER PERPUSTAKAAN

    1. PENDAHULUAN

    Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mewujudkan satu koleksi yang

    mantap. Bagi mencapai objektif tersebut, bahan-bahan bacaan perlu

    dinilai sekuarang-kurangnya dua tahun sekali untuk proses pelupusan bagi

    bahan-bahan yang tidak releven, rosak dan sebagainya.

    Perpustakaan Tuanku Bainun telah mewarisi koleksi IPSI yang

    berjumlah kira-kira 30,000 naskah. Bahan-bahan ini perlu dipilihbuang

    sebelum diserapkan ke dalam koleksi yang sedia ada kerana sebahagian

    daripada koleksi tersebut tidak begitu sesuai dengan kurikulum dan

    program universiti. Malahan sebahagian bahan sudah ketinggalan zaman

    serta tidak sempurna keadaannya.

    2. TUJUAN PELUPUSAN BAHAN

    2.1 Pelupusan bahan perlu dijalankan di atas sebab-sebab berikut :-

    2.1.1 Untuk menyediakan bahan bacaan berkualiti bagi memenuhi

    kehendak kurikulum dan program pengajian.

    2.1.2 Untuk memastikan koleksi terkini.

    2.1.3 Untuk memastikan koleksi yang dibina memberi maklumat

    yang tepat kepada pengguna.

    2.1.4 Penggunaan ruang yang berkesan bagi menampung

    pertambahan koleksi terbaru.

    2.1.5 Untuk menyediakan koleksi yang menarik dan berada dalam

    keadaan sempurna untuk menggalakkan penggunaan.

    2.1.6 Untuk membolehkan bahan bacaan yang diperlukan mudah

    dilihat dan dikesan.

    2.1.7 Dapat mengukur kekuatan dan kelemahan koleksi.

  • 2

    2.2 Dasar

    Dasar pelupusan yang dijalankan di Perpustakaan Tuanku

    Bainun adalah untuk memastikan proses pelupusan dijalankan

    secara terancang dan sistematik supaya koleksi Perpustakaan

    Tuanku Bainun sentiasa terkini, mantap, sempurna dan releven

    untuk tujuan rujukan, pembelajaran dan penyelidikan.

    Dasar pelupusan sumber perpustakaan ini adalah bagi

    memenuhi salah satu fungsi Perpustakaan Tuanku Bainun untuk

    mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyelenggara

    dan menyebar sumber-sumber maklumat yang releven, berkualiti

    dan terkini di dalam pelbagai bidang utama yang berkaitan dengan

    program anjuran universiti supaya dapat membantu memperkaya

    dan menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan

    penyelidikan.

    3. SKOP Dasar ini digunapakai sebagai garis panduan untuk

    pengurusan pelupusan koleksi Perpustakaan Tuanku Bainun kecuali

    koleksi anak kandung, koleksi arkib Universiti, koleksi khas dan koleksi

    antiquarium dan naskah yang disimpan bagi maksud pemuliharaan

    dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :-

    3.1 Dasar-dasar lain jabatan yang berkaitan.

    3.2 Prosedur pelupusan bahan bercetak mengikut garis Panduan

    Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor Bab XIV

    Pelupusan Barang-Barang perenggan 230.

  • 3

    4. DEFINISI

    Koleksi

    Koleksi adalah sebagai :-

    .sumber-sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan

    diselenggarakan di dalam perpustakaan.1

    Sumber-sumber perpustakaan adalah bermaksud:-

    Apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau grafik yang di atas

    atau di dalamnya maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer

    atau dikeluar ulang, termasuk menuskrip, naskhah taip, buku,

    akhbar, majalah berkala, risalah, peta, mikrofom, kertas muzik,

    fotograf, filem sinemotografi, piring hitam, rakaman video dan

    audio dan lain-lain rakaman pada kertas, filem dan audio dan lain-

    lain rakaman pada kertas, filem atau lain-lain bahan dan

    pengeluaran ulangnya;2

    Koleksi sirkulasi

    Koleksi perpustakaan yang tertakluk di dalam pinjaman. Bahan-

    bahan yang termasuk di dalam koleksi ini ialah koleksi rak terbuka,

    koleksi bahan sumber media yang terpilih dan koleksi tinta merah

    (red spot).3

    1 Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667).Bahagian 1 Seksyen 2 (2) 2 Prytherch, Raymond John, Harrod's librarians' glossary and reference book : a directory of over 10,200 terms, organizations, projects and acronyms in the areas of information management, library science, publishing and archive management, compiled by Ray Prytherch, Gower Pulshing:England,2005, 550. 3 Ibid., 137.

  • 4

    Koleksi bukan sirkulasi

    Koleksi ini merupakan koleksi yang boleh diakses tetapi

    penggunaannya terhad di dalam perpustakaan sahaja. Ini

    termasuk koleksi rujukan, koleksi tesis, koleksi-koleksi khas, koleksi

    keratan akhbar, koleksi bahan-bahan bersiri dan majalah berjilid.4

    Pelupusan

    Aktiviti mengeluarkan dari koleksi perpustakaan sesuatu sumber

    yang tidak lagi diperlukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

    Aktiviti pelupusan termasuk proses pilihbuang dan hapus kira

    bahan.5

    Pilihbuang

    Proses memilih dan mengeluarkan dari penggunaan awam sesuatu

    sumber perpustakaan yang jarang digunakan untuk disimpan di

    dalam stek untuk beberapa tahun sebelum dihapuskira bila perlu

    bergantung kepada keadaan.6

    Hapuskira

    Menghapuskan sesuatu yang dianggap tidak diperlukan lagi. Ianya

    melibatkan proses memilih dan mengeluarkan dari penggunaan

    awam sesuatu sumber perpustakaan yang didapati rosak untuk

    dihapuskira secara lelong, sumbangan kepada institusi yang

    memerlukan atau dimusnahkan mengikut Panduan Perbendaharaan

    Tatacara Pengurusan Stor Bab XIV Pelupusan Barang-barang

    perenggan 230.7

    4 Ibid., 137. 5 Kamus lengkap emas Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre, 1995, 968. 6 Kamus Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, 1207. 7 Ibid., 513.

  • 5

    5. OBJEKTIF

    Mewujudkan satu bentuk sistem pengurusan pelupusan koleksi perpustakaan

    bagi memastikan perpustakaan mempunyai koleksi yang terkini, lengkap, mantap

    dan sempurna yang dijalankan secara berterusan.

    Mengenal pasti kekukuhan koleksi perpustakaan dalam bidang-bidang subjek

    yang relevan untuk menyokong keperluan rujukan, penyelidikan dan

    pembelajaran.

    Menjamin koleksi perpustakaan berada di dalam keadaan yang baik dan

    berfungsi.

    Memastikan perolehan semula judul yang mempunyai nilai penyelidikan dan

    sejarah yang didapati rosak, hilang atau tidak dapat dikesan di dalam koleksi.

    6. STRATEGI

    Mengemaskini koleksi perpustakaan melalui aktiviti pengambilan stok dan

    pilihbuang secara berjadual.

    Melaksanakan aktiviti pelupusan berdasarkan garis panduan dan kriteria yang

    telah ditetapkan.

    Menjamin penggunaan optimum ruang di semua bahagian perkhidmatan di

    perpustakaan.

    7. KRITERIA UMUM

  • 6

    Kriteria umum pelupusan tertakluk kepada dasar universiti berkaitan

    dengan sumber perpustakaan dan berdasarkan kepada perkara-perkara

    berikut:-

    Keadaan fizikal

    7.1.1 Bahan rosak yang masih boleh digunakan tetapi kos

    pembaikan adalah lebih tinggi dari kos gantian.

    7.1.2 Kebanyakan muka surat bahan yang telah hilang atau rosak

    yang tidak boleh diperbaiki lagi dan kesinambungan

    kandungan bahan tidak boleh dijadikan bahan rujukan.

    7.1.3 Kriteria rosak seperti basah.

    7.2 Kekerapan penggunaan

    Sumber perpustakaan yang jarang sekali dipinjam atau dirujuk.

    7.3 Naskah lebihan

    Bahan yang telah mencukupi bilangannya dalam koleksi

    perpustakaan yang mana naskhah lebihan boleh disumbangkan

    kepada institusi lain yang memerlukan.

    7.4 Kandungan / Teks Bahan

    7.4.1 Bahan yang kandungannya tidak sesuai dengan objektif

    serta dasar perolehan perpustakaan.

    7.4.2 Maklumat dan fakta yang tidak tepat, tidak terkini atau tiada

    nilai karya.

    7.5 Edisi

  • 7

    Edisi lama yang telah digantikan dengan edisi baru dalam format

    cetak atau bukan cetak kecuali bahan yang disimpan bagi maksud

    pemuliharaan.

    7.6 Bahasa

    Sumber perpustakaan dalam bahasa asing selain bahasa rumpun

    Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang diperolehi melalui

    program sumbangan rasmi tertakluk kepada persefahaman.

    7.7 Tahun Penerbitan

    Sumber perpustakaan yang melebihi 20 tahun dari tarikh

    penerbitan kecuali bahan-bahan berikut:-

    7.7.1 Sumber perpustakaan yang berunsur klasik atau karya

    agung best sellers dan novel tersohor.

    7.7.2 Karya yang memenangi anugerah kesusasteraan dunia

    seperti Pullitzer Prize dan hadiah kesusasteraan lain.

    7.7.3 Koleksi pinjaman yang sirkulasinya yang masih aktif.

    7.7.4 Sumber rujukan yang kandungannya masih diperlukan.

    7.7.5 Terbitan bersiri luar negara yang tidak dapat dalam bentuk

    atau format yang lain.

    7.8 Bahan Hilang

    Sumber perpustakaan yang dipastikan telah hilang dan tidak

    relevan lagi dan tiada koleksi dalam bentuk asal- salinan.

    8. KRITERIA TAMBAHAN

  • 8

    Tambahan kepada kriteria umum berasaskan jenis koleksi seperti berikut

    perlu diambilkira dalam pengurusan sumber perpustakaan:-

    8.1 Koleksi Surat khabar

    Surat khabar akan disimpan dalam bentuk asal selama 2 tahun

    sebelum dilupuskan.

    8.2 Koleksi Sumber Media

    Bahan yang telah berkulat dan tidak boleh dirawat.

    8.3 Koleksi Khas

    Sekiranya perlu dilupuskan, kriteria umum akan digunapakai.

    9. PROSEDUR PELUPUSAN BAHAN

    Berikut adalah prosedur untuk pelupusan bahan bercetak berdasarkan

    kepada garis panduan pelupusan bahan oleh Kementerian Kewangan:-

    Pustakawan akan menyemak bahan bacaan yang terdapat di rak terbuka

    setiap 2 tahun.

    Bahan yang dikenalpasti akan dikeluarkan dari rak terbuka.

    Senarai bahan tersebut akan dikemukakan kepada fakulti untuk mendapatkan

    persetujuan dan cadangan.

    Fakulti perlu memberi maklum balas/ cadangan dalam tempoh 3 minggu

    kepada perpustakaan.

    Melengkapkan borang Kew.300-V untuk hapuskira dan dilengkapkan

    bersama-sama dengan cadangan cara-cara pelupusan.

    Melantik Lembaga Pemeriksa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 3

    orang. Lantikan akan dibuat oleh Pegawai Pengawal (Naib Canselor).

  • 9

    Lembaga Pemeriksa memperakui pelupusan bahan.

    Sijil pelupusan barang-barang (Kew.300-X) hendaklah dilengkapkan dalam 3

    salinan:-

    Salinan asal dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia.

    Salinan kedua dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara.

    Salinan ketiga untuk simpanan jabatan.

    Senarai bahan yang dihapuskira dihantar ke bahagian katalog dan bahagian

    perkhidmatan pelanggan untuk kemaskini rekod.

    10. PENGEMASKINIAN REKOD

    Entri katalog bagi sumber perpustakaan yang dipilihbuang untuk

    simpanan stek dan/ atau dilupuskan akan dikemaskini untuk memudahkan

    pengesanan.

    10. TARIKH KUATKUASA

    Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan ini diluluskan dan berkuatkuasa

    pada 01 hb. Januari 2001.

    Diluluskan oleh:

    ..

    (ZAHARIAH MOHAMED SHAHAROON)

    Ketua Pustakawan

    Unit Pendidikan Sultan Idris

  • 10