Pema Saran
-
Upload
intan-nurhazwani -
Category
Documents
-
view
225 -
download
0
description
Transcript of Pema Saran
PEMASARAN
Proses Keputusan Pembelian Produk Industri
Mengenal pasti masalah
• Pengurusan organisasi akan mengenal pasti
produk industri yang hendak dibeli untuk
menyelesaikan masalah dan memenuhi
keperluan organisasi.
• Contohnya :– Syarikat Bakery Peladang mendapati bahawa pelanggan
masa ini semakin prihatin tentang kandungan lemak
dalam roti. Oleh itu, pengurus mengenal pasti bahawa
mereka harus mengeluarkan produk yang mempunyai
lemak yang rendah tetapi masih mengekalkan kelazatan
produk rotinya
Mengenal pasti keperluan organisasi
• Pengurus harus memastikan jenis
bahan mentah dan barang modal
yang diperlukan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan
Menentukan spesifikasi produk
• Pengurus akan menyenaraikan spesifikasi
produk yang telah dikenal pasti seperti harga,
kuantiti, kualiti, ciri, jenama dan sebagainya.
• Spesifikasi produk yang dibuat harus mengambil
kira kelebihan dan kemampuan organisasi dari segi
kewangan, tenaga kerja, kapasiti pengeluaran,
kepakaran dan teknologi.
Mencari pembekal
• Pihak syarikat perniagaan akan mencari
pembekal-pembekal yang menawarkan
item atau bahan yang dikehendaki.
• Contohnya,
– Syarikat Bakery Peladang akan mencari
pembekal yang terbaik untuk mendapatkan
bahan yang paling berkualiti.
Membuka tender
• Selepas mengenal pasti senarai pembekal yang berkelayakan, pengurusan organisasi akan mengadakan rundingan pembelian dengan pembekal yang dapat memenuhi spesifikasi produk yang diperlukan.
• Rundingan pembelian melibatkan perbincangan tentang syarat perniagaan seperti harga, kualiti, syarat pembayaran, masa penghantaran, perkhidmatan selepas jualan dan sebagainya.
Memilih pembekal
• Pengurusan akan memilih pembekal yang dapat
menawarkan syarat perniagaan yang paling menarik
dan membeli atau memesan produk industri daripada
pembekal tersebut.
• Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan
pembekal ialah kualiti produk, harga produk,
perkhidmatan, jaminan pulangan, penghantaran yang
tepat pada masanya, reputasi, dan kejujuran
pembekal
Memesan produk
• Pemesanan dibuat berdasarkan senarai
spesifikasi bahan, dasar pemulangan bahan
dan waranti yang diberi
Menilai prestasi pembekal
• Penilaian terhadap prestasi produk itu
selepas digunakan dalam proses
pengeluaran perlu dibuat agar dapat
menentukan sama ada ingin
meneruskan pembelian daripada
pembekal tersebut atau tidak pada
masa hadapan.
SEKIAN, TERIMA KASIH