Pemahaman Modul PT3 SM 101 Nama...Tema Persoalan Bentuk Terikat Rima akhir Pantun : ab / abab Rima...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 101 Nama : _____________________________

Transcript of Pemahaman Modul PT3 SM 101 Nama...Tema Persoalan Bentuk Terikat Rima akhir Pantun : ab / abab Rima...

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

    Pemahaman

    Modul PT3

    SM 101

    Nama : _____________________________

  • Analisis Puisi

    Genre PuisiTradisional

    PantunSyair

    ModenSajak

    Tema

    Persoalan

    BentukTerikat

    Rima akhir Pantun : ab / abab

    Rima akhir Syair : aaaa

    BebasRima akhir Sajak : abcdef

    Unsur Bahasa

    Pengulangan

    Pengulangan baris Repitisi

    Pengulangan Kata

    Ulang kata depan Anafora

    Ulang kata belakang Responsi

    Ulang kata tengah Epifora

    SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

    Inversiterbalik : akan kuambil

    PerlambanganBunga : wanita

    Personifikasibersifat manusia

    HiperbolaMelebih-lebihkan

    Unsur bunyi Pengulangan abjad

    Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi

    Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

    Nada

    Romantiscinta, kasih sayang

    Melankoliksedih

    Protesmembantah

    Sinismenyindir / mengejek

    Nilai

    Pengajaran

    Analisis Puisi

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 1. Pemahaman Petikan Umum

    Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

    berikutnya.

    Amalan masyarakat Melayu lama yang menggunakan madu lebah dalam penjagaan

    kesihatan semakin dipercayai oleh masyarakat moden. Kini, madu asli yang dihasilkan

    oleh lebah menjadi rebutan orang ramai. Penggunaan madu lebah dalam perubatan

    tradisional telah diamalkan sejak dahulu. Tidak ada bahan lain yang dapat menandingi

    khasiat madu lebah dalam merawat penyakit. Kini, madu lebah mudah didapati kerana

    telah dikomersialkan. Walau bagaimanapun, madu lebah liar lebih berkhasiat dan

    mujarab untuk mengubat pelbagai penyakit menurut golongan yang pakar dalam

    bidang perubatan menggunakan madu lebah.

    Di negara ini, lebah liar lebih terkenal dengan nama lebah tualang. Hal ini

    demikian kerana lebah liar lebih gemar bersarang di pokok tualang di dalam hutan.

    Lebah liar akan membiak selama tiga hingga empat bulan di pokok tualang. Lebah

    tualang mengumpulkan madu untuk dijadikan makanan kepada anak lebah yang akan

    menetas. Anak lebah yang baru menetas akan membesar dengan cepat bergantnng

    pada makanan utama lebah, iaitu madu. Sebelum telur-telur itu menetas, lebah-lebah

    dewasa akan mengumpulkan madu yang diperoleh daripada bunga-bunga hutan.

    Setiap kali musim membiak tiba, iaitu pada bulan Disember , lebah tualang akan

    muncul satu persatu pada pokok tualang yang sama. Pokok tualang, menjadi pilihan

    lebah hutan untuk membiak kerana ketinggian pokok itu dapat mengelakkan sarang

    lebah daripada diceroboh oleh binatang liar seperti beruang, biawak dan tenggiling.

    Oleh sebab itu, pokok tualang yang tinggi merupakan tempat yang paling selamat

    untuk lebah hutan ini membiak. Mengikut kepercayaan orang dahulu, pokok tualang

    mempunyai penunggu dan takut didekati oleh sesiapa pun pada waktu malam.

    Tambahan pula, kulit pokok tualang akan menjadi licin dan sukar dipanjat, tidak

    mempunyai daun yang rimbun, serta tidak mudah tumbang sekiranya ditiup angin

    yang kencang. Pokok tualang yang tinggi di hutan memudahkan sarang lebah

    mendapat pancaran matahari dan tidak mudah diserang penyakit kulat.

    Menurut seorang pencari madu lebah jenis ini, madu lebah tualang memang

    sukar diperoleh. Jumlah madu yang didapati daripada sebatang pokok tualang yang

    mengandungi 150 hingga 160 sarang lebah hanyalah 200 liter. Kebanyakan madu

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • lebah yang dijual dengan harga yang murah dipercayai tidak tulen. Biasanya. tapak

    tangan yang disapu dengan kapur sirih akan berasa panas apabila dituangkan sedikit

    madu lebah yang asli.

    1. Apakah khasiat madu lebah dalam bidang perubatan?

    A Dapat menandingi pelbagai ubat moden yang dijual di farmasi

    B Dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan memelihara kesihatan

    C Dapat dimakan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak

    D Dapat dibeli oleh sesiapa sahaja dengan mudah

    2. Mengapakah madu lebah semakin mendapat perhatian daripada orang ramai?

    A Kerana diternak secara komersial oleh syarikat besar

    B Kerana mudah diperoleh di mana-mana sahaja

    C Kerana khasiatnya diakui oleh banyak pihak yang pakar

    D Kerana banyak lebah membiak di kawasan hutan

    3. Pernyataan yang berikut benar tentang kehidupan lebah tualang, kecuali

    A lebah tualang akan membiak selepas bulan Disember.

    B lebah tualaug akan mengumpul madu untuk makanan anak lebah.

    C lebah dewasa akan mengumpulkan madu daripada bunga-bunga hutan.

    D anak-anak lebah bergantung pada madu untuk membesar.

    4. Pada pendapat anda, mengapakah lebah liar ingin berlindung daripada musuh-

    musuh lebah ? (KBAT)

    A Kerana musuh-musuh lebah akan menceroboh sarang lebah

    B Kerana musuh-musuh lebah ingin mendapatkan madu di sarang lebah

    C Kerana lebah liar sejenis serangga yang takut akan manusia

    D Kerana lebah liar tidak dapat membiak jika mendengar bunyi haiwan lain

    ( /8)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2. Pemahaman Puisi Moden

    Maksud Sajak – “Kuingin Berterima Kasih”

    Sesekali kuingin berterima kasih

    kepadamu hujan bagai tetamu

    jiwa pun menjadi dingin

    api amarah pun terpadam.

    Sesekali kuingin menyemai budi

    kepadamu tanah yang hidup

    kerana perutmu setia menghamilkan

    rezeki buat petani.

    Sesekali kuingin berbisik kepadamu

    ikan-ikan yang riang

    liar di belantara samudera

    kerana sudi membebaskan derita

    nelayan tua di pondoknya.

    Sesekali kuingin kalungkan kagum

    kepadamu pejuang negara

    kerana tanganmu pernah berdarah

    darah kesetiaan seorang warga

    kepada watan tercintanya.

    Sesekali kuingin pula menjadi bunga

    menebarkan keharuman

    di taman-taman keresahan hidup

    menyerahkan keinsafan

    kepada keangkuhan perang.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Alangkah indahnya dunia

    andai semua merenung

    kekosongan hidup ini.

    (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih,

    Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    Rangkap 1: Sesekali penyajak terasa ingin berterima kasih kepada hujan yang

    dianggapnya sebagai tetamu yang menenangkan jiwanya yang sedang marah.

    Rangkap 2: Sesekali penyajak teringin untuk berbudi kepada tanah kerana tanah telah

    banyak memberikan rezeki kepada para petani.

    Rangkap 3: Sesekali penyajak teringin untuk berbisik kepada ikan-ikan yang hidup di

    tengah lautan. Hal ini demikian kerana ikan-ikan itu telah menghilangkan derita

    nelayan tua yang tinggal di pondok.

    Rangkap 4: Sesekali penyajak ingin merakamkan kekagumannya kepada para

    pejuang negara yang setia berjuang demi negara tercinta.

    Rangkap 5: Sesekali penyajak terasa ingin menjadi kuntuman bunga untuk

    menyebarkan haruman di hati manusia yang resah dan menginsafkan manusia tentang

    kekejaman perang.

    Rangkap 6: Penyajak mengatakan bahawa dunia ini sungguh indah sekiranya semua

    manusia merenung setiap ruang kehidupan.

    Tema

    Berterima kasih dan mensyukuri kurniaan Tuhan. Sesekali penyajak terasa ingin

    mengucapkan ucapan terima kasih dan penghargaannya kepada hujan, tanah, ikan-

    ikan, serta para pejuang negara akan nikmat dan jasa yang diterima daripada semua

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • itu. Penyajak teringin juga menjadi kuntuman bunga yang dapat mengharumi hati dan

    jiwa manusia yang resah dan menyedarkan manusia akan kekejaman peperangan.

    Persoalan

    (a) Penghargaan kepada hujan yang menjadikan kehidupan lebih tenang.

    (b) Kepentingan tanah yang mempunyai pelbagai khazanah.

    (c) Ikan merupakan sumber makanan dan rezeki kaum nelayan.

    (d) Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pejuang bangsa yang setia

    berjuang dan berkorban demi negara tercinta.

    (e) Kesedaran untuk berbakti dengan menggembirakan orang yang gundah-gulana.

    (f) Daya usaha dalam menjalankan kempen untuk menyedarkan masyarakat

    bahawa peperangan mengundang pelbagai kemusnahan dan penderitaan.

    Bentuk

    (a) Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

    (b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,

    • rangkap 1: empat baris

    • rangkap 2: empat baris

    • rangkap 3: lima baris

    • rangkap 4: lima baris

    • rangkap 5: lima baris

    • rangkap 6: tiga baris

    (c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua hingga lima patah kata.

    Contohnya,

    menyerahkan keinsafan (2 patah kata)

    Sesekali kuingin pula menjadi bunga (5 patah kata)

    (d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lapan hingga empat belas suku kata.

    Contohnya,

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 5

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • ikan-ikan yang riang (7 patah kata)

    Sesekali kuingin pula menjadi bunga (14 patah kata)

    (e) Sajak ini berbentuk bebas.

    Unsur Bunyi

    (a) Asonansi. Contohnya,

    • liar di belantara samudera (perulangan vokal a)

    • Sesekali kuingin menyemai budi (perulangan vokal i)

    • kepadamu pejuang negara (perulangan vokal u)

    • kerana sudi membebaskan derita (perulangan vokal e)

    (b) Aliterasi. Contohnya,

    • Sesekali kuingin kalungkan kagum (perulangan konsonan k).

    (e) Rima akhirnya bebas. Contohnya,

    • rangkap 1: abcd

    • rangkap 2: abca

    • rangkap 3: abccc

    • rangkap 4: abcbb

    • rangkap 5: abcbd

    • rangkap 6: abc

    Gaya Bahasa

    (a) Hiperbola. Contohnya,

    • api amarah pun terpadam

    • di taman-taman keresahan hidup

    • kepada keangkuhan perang

    (b) Inversi. Contohnya,

    • Sesekali kuingin berterima kasih

    • Kekosongan hidup ini

    (c) Metafora. Contohnya, darah kesetiaan

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 6

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (d) Penggunaan bahasa Arab. Contohnya, watan

    (e) Penggunaan bahasa Sanskrit. Contohnya, amarah; belantara; samudera

    (f) Personifikasi. Contohnya,

    • jiwa pun menjadi dingin

    • ikan-ikan yang riang

    • kerana perutmu setia menghamilkan

    (g) Repetisi. Contohnya,

    • Sesekali kuingin (baris 1, rangkap 1,2,3,4, dan 5)

    • kepadamu (baris 2, rangkap 1,2, dan 4)

    • kerana (baris 3, rangkap 2; baris 4, rangkap 3; baris 3, rangkap 4)

    (h) Simile. Contohnya, kepadamu hujan bagai tetamu

    Nada

    Melankolik.

    Nilai

    (a) Berterima kasih. Contohnya, sikap berterima kasih amat penting sebagai

    penghargaan terhadap sesuatu kebaikan yang diterima.

    (b) Kerajinan. Contohnya, aktiviti rajin bertanam akan membuahkan hasil dan

    memberikan rezeki kepada seseorang.

    (c) Menghargai. Contohnya, budi baik yang diterima daripada seseorang haruslah

    dikenang dan dihargai.

    (d) Patriotisme. Contohnya, semangat patriotisme akan membawa kepada

    kesanggupan berjuang sehingga terkorban nyawa demi tanah air tercinta.

    (e) Kemuliaan budi. Contohnya, sikap suka membantu mereka yang berada dalam

    kesusahan menerusi sumbangan dan jasa bakti merupakan sifat yang mulia.

    (f) Keinsafan. Contohnya, peperangan yang banyak membawa kepada kemusnahan

    dan penderitaan seharusnya diinsafi.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 7

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pengajaran

    (a) Kita haruslah menghargai hujan sebagai suatu rahmat yang besar kepada

    kehidupan manusia.

    (b) Kita hendaklah rajin mengusahakan tanah supaya kita dapat memanfaatkan

    tanah sebagai punca rezeki.

    (e) Kita hendaklah bersimpati kepada golongan susah supaya nasib mereka terbela

    dan memperoleh bantuan yang sewajarnya.

    (d) Perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air hendaklah kita hargai

    supaya nasib pejuang tanah air dapat dibela.

    (e) Kita perlu mempunyai sikap suka membantu orang yang susah untuk

    meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

    (f) Kita diseru agar merenung dan mengisi kekosongan hidup dengan pelbagai

    aktiviti yang bermanfaat.

    Latihan

    Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    (i) Berdasarkan sajak di atas, mengapakah penyajak ingin mengucapkan terima

    kasih kepada hujan, tanah, dan ikan? [3 markah]

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    (ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Kuingin Berterima

    Kasih". [3 markah]

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 8

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    (iii) Pada pendapat anda, apakah inisiatif-inisiatif yang perlu dilakukan untuk

    menggalakkan generasi muda agar berminat mengusahakan tanah? [4 markah]

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    ( /10)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM101 - Pemahaman Petikan & Antologi 9

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my