Pemahaman Sejarah Pula Dalam Konteks Pengajaran Dan Pembelajaran Bermaksud Pemahaman Secara Kritis...

2
Pemahaman Sejarah pula dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia masa silam dan kini. Pemahaman ini boleh diperoleh jika kesemua aspek dikaji dan menganalisis pelbagai faktor serta dilihat secara keseluruhannya. Pemikiran sejarah pula adalah merupakan satu bentuk proses kognitif yang dapat membolehkan murid- murid untuk meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Justeru, murid-murid dapat memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia silam sehingga ke hari ini. Kemahiran pemikiran sejarah adalah lebih spesifik kepada disiplin ilmu sejarah itu sendiri. Kemahiran ini membolehkan murid- murid memahami bagaimana sejaraw an merekonstruksi peristiw a lalu dengan menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan signifikannya sesuatu tarikh, tokoh, peristiw a, lokasi dan aktiviti manusia masa lalu. Murid-murid diajar memahami ciri-ciri sejarah supaya mereka dapat meningkatkan pemikiran mereka dengan lebih kritis dan analitis. Kemahiran ini dipupuk dan diperkembangkan di kalangan murid-murid dengan kemahiran-kemahiran seperti memahami kronologi, Pemikiran sejarah merupakan satu bentuk proses kognitif yang dapat membolehkan pelajar meneroka idea yang kompleks dan abstak melalui bimbingan guru. Pelajar dapat memahami secara kritis dan imaginative tentang segala aspek kehidupan manusia silam sehingga ke hari ii. Kemahiran pemikiran sejarah pula adalah lebih spesifik kepada disiplin ilmu sejarah itu snediri. Kemahiran pemikiran sejarah membolehkan pelajar memahami bagaimana sejarawan merekonstuksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan tarikh, tokoh, peristiwa, lokasi dan aktiviti manusia masa lalu. MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran

description

sejarah

Transcript of Pemahaman Sejarah Pula Dalam Konteks Pengajaran Dan Pembelajaran Bermaksud Pemahaman Secara Kritis...

Pemahaman Sejarah pula dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia masa silam dan kini. Pemahaman ini boleh diperoleh jika kesemua aspek dikaji dan menganalisis pelbagai faktor serta dilihat secara keseluruhannya. Pemikiran sejarah pula adalah merupakan satu bentuk proses kognitif yang dapat membolehkan murid-murid untuk meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Justeru, murid-murid dapat memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia silam sehingga ke hari ini. Kemahiran pemikiran sejarah adalah lebih spesifik kepada disiplin ilmu sejarah itu sendiri. Kemahiran ini membolehkan murid-murid memahami bagaimana sejaraw an merekonstruksi peristiw a lalu dengan menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan signifikannya sesuatu tarikh, tokoh, peristiw a, lokasi dan aktiviti manusia masa lalu. Murid-murid diajar memahami ciri-ciri sejarah supaya mereka dapat meningkatkan pemikiran mereka dengan lebih kritis dan analitis. Kemahiran ini dipupuk dan diperkembangkan di kalangan murid-murid dengan kemahiran-kemahiran seperti memahami kronologi,Pemikiran sejarah merupakan satu bentuk proses kognitif yang dapat membolehkan pelajar meneroka idea yang kompleks dan abstak melalui bimbingan guru. Pelajar dapat memahami secara kritis dan imaginative tentang segala aspek kehidupan manusia silam sehingga ke hari ii. Kemahiran pemikiran sejarah pula adalah lebih spesifik kepada disiplin ilmu sejarah itu snediri. Kemahiran pemikiran sejarah membolehkan pelajar memahami bagaimana sejarawan merekonstuksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber yang menjadi bukti untuk menentukan tarikh, tokoh, peristiwa, lokasi dan aktiviti manusia masa lalu.

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.