Pemahaman teks

14
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Pemahaman Teks Praktis PT3 Pantun Dua Kerat (Nasihat) Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 5) (i) Berikan maksud rangkap kedua Pantun Dua Kerat (Nasihat). (ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam pantun tersebut. (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah hidup bekerjasama? KBAT

Transcript of Pemahaman teks

Page 1: Pemahaman teks

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Pemahaman Teks

Praktis PT3 Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa.

Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 5)

(i) Berikan maksud rangkap kedua Pantun Dua Kerat (Nasihat).

(ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam pantun tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah hidup bekerjasama? KBAT

Page 2: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Syair Pohon Buluh

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Menara tinggi banyak bertingkat,Di sana tiada bilik bersekat,Tiada bertangga naik melekat,Mata mata menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,Hingga sampai ke kemuncak menara,Banyak ada ia bersaudara,Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,Tinggi rendah dijerat pangkatnya,Besar kecil ikat binanya,Terlalu kuat pula asasnya.

Ikatnya licin di luar di dalam,Gelapnya di dalam seperti malam,Air tak tiris seperti kolam,Ikat tingkatnya tak nampak alam.

(Dipetik daripada antologiKuingin Berterima Kasih, halaman 6)

(i) Berdasarkan rangkap ketiga Syair Pohon Buluh, nyatakan cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam sesebuah masyarakat?

(ii) Nyatakan tiga ciri syair berdasarkan syair tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah akibat jika sesebuah masyarakat itu tidak mengamalkan nilai hidup bermasyarakat? KBAT

Page 3: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Kita Umpama Sehelai Daun

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

kita umpama sehelai daunbertunas segar dihujung rantinglalu melebar dan merimbuntempat bercanda unggas meriangdi bawah redup bebayang mentari

andai kikir jasa dan baktidi mana lagi tempat bernaungdari tusukan bahang memijarunggar kecil tidak berkudrat

kita umpama sehelai daunbakal kering sampai waktunyausahlah angkuh keupayaan dirisehingga lupa makhluk duafaingin bernaung mencari hidup

jadilah sehelai daunhijau menunas menyegar matakering gugur menjadi baja

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 11)

(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak Kita Umpama Sehelai Daun, nyatakan pendapat pengarang tentang manusia.

(ii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dituntut mengamalkan akhlak yang terpuji dalam kehidupan seharian? KBAT

Page 4: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

4© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Kuingin Berterima Kasih

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sesekali kuingin berterima kasihkepadamu hujan bagai tetamujiwa pun menjadi dinginapi amarah menjadi terpadam.

Sesekali kuingin menyemai budikepadamu tanah yang hidupkerana perutmu setia menghamilkanrezeki buat petani.

Sesekali kuingin berbisik kepadamuikan-ikan yang riangliar di belantara samuderakerana sudi membebaskan ceritanelayan tua di pondoknya.

Sesekali kuingin kalungkan kagumkepadamu pejuang negarakerana tanganmu pernah berdarahdarah kesetiaan seorang wargakepada watan tercintanya.

Sesekali kuingin pula menjadi bungamenebarkan keharumandi taman-taman keresahan hidupmenyerahkan keinsafankepada kangkuhan perang.

Alangkah indahnya duniaandai semua merenungkekosongan hidup ini.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 12)

(i) Berdasarkan sajak Kuingin Berterima Kasih, mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepada hujan, tanah dan ikan?

(ii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai jati diri? KBAT

Page 5: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Aku

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tidak ada manusia laindi pantai inikecuali diriku.

Kususur pasir panjangsambil kubayangkanaku ini Adam.

Hari inilah aku terciptadan pertama kali melihatlaut, langit, dan pohon.

Kelmarin aku belum adatidak terdengar olehkubunyi ombak itu.

Tidak terasa olehkusentuhan angin inibertiup di mana-mana.

Bahkan aku tidak tahukulit kerang dan rupernah wujud di sini.

Tuhanaku percaya Kau Penciptakerana aku baru ada.

(Dipetik daripada antologiKuingin Berterima Kasih, halaman 13)

(i) Berdasarkan sajak Aku, apakah yang dilihat oleh penyajak di pantai itu?

(ii) Nyatakan tema dan dua persoalan sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran laut? KBAT

Page 6: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

6© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Kunci Bahasa

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahasa bermaruahtidak berbilur bahasa di lidah.

Bahasa berbuahtidak kering bahasa diperah.

Bahasa bersejarahtidak luput bahasa bertingkah.

Bahasa berwasilahtidak putus jambatan ukhuwah.

Bahasa berbudi sudahtidak lokek pada ummah.

Bahasa begitu indahtidak habis berbahasa bermadah.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 15)

(i) Berdasarkan rangkap ketiga, keempat, dan kelima sajak Kunci Bahasa, apakah ciri-ciri bahasa yang dinyatakan oleh penyajak?

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa? KBAT

Page 7: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Asal Padi

Baca prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Berkata lagi tuannya, “Jikalau demikian, pergilah engkau bersama-sama dengan Si Tekuri. Jikalau nanti ternyata bahawa di bumi ada padi, maka Si Tekuri akan membunuhmu. Akan tetapi sebaliknya jikalau di bumi masih belum ada padi, maka engkaulah yang membunuh Si Tekuri.”

Setelah orang kayangan itu berkata demikian, maka berangkatlah Si Tekuri bersama-sama dengan burung pipit itu untuk melihat apakah ada padi yang tumbuh di bumi? Mereka pun sampailah di bumi dan ternyata bahawa laporan Si Burung Pipit itu tidak benar. Ternyata bahawa di bumi banyak padi yang tumbuh, bahkan sedang berbuah. Mereka bertengkar, lalu berlagalah burung tekuri dan burung pipit itu. Burung pipit itu kalah, kerana memang ia ada di pihak yang salah. Kerongkongnya disepit keras-keras, hanya temboloknya yang berputar ke arah tengkuknya. Itulah mula sebabnya tembolok burung pipit itu ada di bahagian tengkuknya. Demikianlah cerita asal mulanya padi ada dan tumbuh di bumi kita ini.

(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 27 – 28)

(i) Mengapakah Si Tekuri turun ke bumi?

(ii) Nyatakan dua latar tempat dan contoh peristiwa yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah membaca cerita asal usul? KBAT

Page 8: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

8© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Oren

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepada dirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren seperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang mengakibatkan Oren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah.

Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain.

Pada mulanya, dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih.

(Dipetik daripada cerpen Oren, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 37)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah ayah sekeluarga menyayangi Kelabu lebih daripada Oren?

(ii) Nyatakan dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas.

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah memelihara binatang kesayangan? KBAT

Page 9: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Hadiah (... atas kejayaan para guru menghasilkan Aku)

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja,” “Tak apa, akan saya belikan juga hadiah yang menarik.” Namun, sampai kini Azizah tidak tahu hadiah apa yang boleh dibelinya. Fikirannya buntu. Perasaannya menjadi hiba apabila memikirkan rakan-rakannya yang telah siap dengan hadiah masing-masing. Mahal-mahal belaka. Yang menambahkan kerisauannya lagi ialah Sambutan Hari Guru semakin hampir. Azizah membuka tabung arnabnya yang dihadiahkan oleh Abang Azman sebelum pergi ke Universiti Teknologi Mara setahun yang lalu. Azizah mengira wang yang terkumpul di dalam tabungnya. Wang yang ada belum cukup dua ringgit. Azizah selalu menggunakan wang tabungnya untuk pelbagai belanja. Ini menyebabkan wang tabungnya tidak bertambah. Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa? Sapu tangan? Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen. Azizah melihat sapu tangan yang berbunga orkid kecil itu di pekan sewaktu dia keluar ke pasar malam minggu lalu. Untuk beli yang paling murah, Azizah berasa malu, takut diejek oleh Hamidah nanti. “Nak beli apa? Kalau majalah, cikgu selalu baca di pusat sumber, lagipun majalah juga mahal. Harganya tiga ringgit lima puluh sen senaskhah. Nak beli apa ya?” fikir Azizah.

(Dipetik daripada cerpen Hadiah…(atas kejayaan para guru menghasilkan Aku), antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 46)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Azizah sangat risau?

(ii) Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang murid itu dapat mengambil hati guru? KBAT

Page 10: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

10© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Kuih Bakul Limau Mandarin

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Dia anak kita,” Sim Pau membalas. “Dia bukan anak aku,” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-sama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya. Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi. Sedikit pun air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering. Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah. “Anak aku dah meninggal dunia.” Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada sebu menyerbu hatinya. Sim Pau dapat merasainya. “Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian yang berlaku. Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia.” Walau apa-apa pun, Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng.

(Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 55 – 56)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Lim Pooi tidak mengaku Lim Meng itu anaknya?

(ii) Nyatakan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif mempercayai tilikan? KBAT

Page 11: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Hadiah

Baca drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HAYATI: (Bersalaman dengan ibu dan datuknya) Apa khabar, mak? Apa khabar, tuk? Ada mak terima surat Yati?

FAUZIAH: Ada, Yati. Sudahkah kamu memberitahu guru asrama bahawa kamu hendak balik hari ini?

HAYATI: Sudah, mak. Yati sudah memberitahunya dan Yati telah menceritakan segala-galanya.PAK MAIL: Eloklah begitu, Yati. Kamu mesti memberitahu guru asrama, kalau tidak, susah pula

orang di sana. Tentang hal persekolahan, janganlah kamu bimbang. Datuk akan ikhtiarkan.HAYATI: Adakah peluang Yati untuk meneruskan pelajaran di sekolah itu, tuk?PAK MAIL: Tuk akan ikhtiarkan, Yati. Pada pagi tadi tuk sudah berjumpa dengan Datuk Penghulu.

Tuk terangkan masalah kita.HAYATI: Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk

menolong Yati.PAK MAIL: Bagulah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita.FAUZIAH: Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur.HAYATI: Mak dan datuk sudah makan?FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan

makan kemudian.

(Dipetik daripada drama Hadiah, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 70 – 71)

(i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk meneruskan persekolahan Hayati?

(ii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan tinggal di asrama? KBAT

Page 12: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

12© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Novel

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman(iv) Sejambak Bakti karya Rejab F.I

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tema dan contoh-contoh peristiwa yang menunjukkan tema novel tersebut.

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, nyatakan tiga persoalan dan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap persoalan tersebut.

Page 13: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

3. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga contoh peristiwa yang menggambarkan sifat yang terdapat dalam diri watak utama.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, pilih satu watak sampingan dalam novel tersebut dan huraikan tiga perwatakannya.

Page 14: Pemahaman teks

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Pemahaman Teks

14© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

5. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Berikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar masyarakat tersebut.

6. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar tempat berserta peristiwa yang berlaku di situ.