Pemakanan Bayi & Kanak-kanak

28
Pemakanan Bayi & Kanak-kanak Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Nov 2009

description

Pemakanan Bayi & Kanak-kanak. Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Nov 2009. Objektif. Menjelaskan keperluan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil. Menerangkan kepentingan makanan pelengkap. Menjelaskan perubahan tekstur dan kekerapan makanan mengikut perkembangan bayi. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Pemakanan Bayi & Kanak-kanak

Page 1: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Pemakanan Bayi & Kanak-kanak

Bahagian Pemakanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Nov 2009

Page 2: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Objektif

• Menjelaskan keperluan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil.

• Menerangkan kepentingan makanan pelengkap.

• Menjelaskan perubahan tekstur dan kekerapan makanan mengikut perkembangan bayi.

• Menjelaskan cara-cara pemberian makanan secara responsif.

Page 3: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Ringkasan• Kepentingan pemakanan bagi bayi & kanak-kanak

• Pemakanan bayi dari lahir hingga 6 bulan

• Pemakanan bayi & kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun

• Tekstur, sukatan, kekerapan makanan

• Cara pemberian makanan yang betul

Page 4: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Pada umur 1 – 6 tahun…….

• Tumbesaran fizikal– Tinggi– Gigi– Tulang

• Perkembangan – Motor– Fisiologikal– Bahasa– Sosial

• Sistem keimunan

Page 5: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

KEPENTINGAN PEMAKANAN

• Membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak.

• Membantu proses tumbesaran & perkembangan yang sihat dan normal.

• Mencegah penyakit dengan meningkatkan sistem imun tubuh.

Page 6: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Makanan untuk bayi dari lahir hingga 6 bulan

Page 7: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Sambung…• Berilah SUSU IBU SAHAJA dan tidak perlu

diberi air atau susu tambahan.

• Bayi seharus diberi susu ibu mengikut kehendak bayi.

• Sebelum hantar ke penjaga, Ibu perlu maklumkan sekiranya bayi telah diberi susu ibu atau susu formula untuk mengelakkan kes kematian akibat pemberian susu berlebihan.

• Elakkan mencampur bijirin dalam susu bagi bayi.

Pemakanan Bayi <6 bulan

Page 8: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Makanan untuk bayi & kanak-kanak berumur 6 bulan

hingga bawah 4 tahun

Page 9: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Makanan Pelengkap• Bermula apabila bayi berusia 6 bulan (180 hari).

• Selain daripada susu, bayi yang sedang membesar memerlukan makanan pelengkap.

• Penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun.

• Makanan pelengkap adalah makanan tambahan selain daripada susu.

Pemakanan Bayi & Kanak-kanak 6 bulan - < 4 tahun

Page 10: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6

bulan ke atas?• Jika makanan pelengkap diberikan terlalu

awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:– Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah

berasa kenyang.– Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan,

alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.

Page 11: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Apakah kesan pula jika terlalu lewat ?

• Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien. • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan

tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.

• Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar.– Spt.: cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-

satu makanan sahaja dan sebagainya.

Page 12: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Mesej Utama

• Berikan makanan pelengkap kepada bayi berusia 6 bulan sama ada yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi.

• Penyusuan susu ibu perlu diteruskan mengikut kehendak bayi sehingga berumur 2 tahun.

Page 13: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Perubahan Tesktur Makanan

• Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi, yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi.

Page 14: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Tekstur Makanan

Umur Bayi Tekstur Makanan

6 – 8 bulan Puri, dilecek atau makanan separuh pejal

9 – 11 bulan Makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food)seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberikan.

>12 bulan Makanan keluarga

Page 15: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

• Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk mengelakkannya daripada tercekik. • Pantau kanak-kanak semasa waktu makan

untuk mengelakkan tercekik. • Bayi tidak diberi makanan berkiub atau

makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm).

• Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.

• Makanan yang diberikan kepada kanak-kanak perlu bersesuaian dari segi kepekatannya.

Page 16: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Kekerapan Makanan Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.

Umur Sukatan Makanan Setiap Hidangan

Kekerapan Makan Sehari

Kekerapan snek

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi

Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi

6—8 bulan ½ cawan bubur nasi

2 – 3 kali 1 – 2 kali

9 –11 bulan ½ cawan bubur nasi pekat

3 – 4 kali 1 – 2 kali

1 – 3 tahun ½ cawan nasi atau 1 keping roti

4 – 5 kali 1 – 2 kali

Page 17: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Kumpulanmakanan

Kumpulan umur

6-8 bulan 9-11 bulan 1-3 tahun

Bijirin, Sumberbijirin danubian

1½ cawan bubur pekat

2 cawan buburpekat

2 cawan nasi

Sayur-sayuran ¼ cawansayur masak

½ cawansayur masak

1 cawansayur masak

Buah-buahan ¼ betik atau ½ pisang bersaizkecil (1 pisangmas: 33 g)

1 betik atau2 pisang bersaizkecil (1 pisangmas: 33 g)

1 betik atau 2pisang bersaizkecil (1 pisangmas: 33 g)

Daging, haiwanternakan, ikandan kekacang

2 sudu tehsebarang jenisdaging atau isiIkan ( ¼ ikan saiz

sederhana)

2 sudu tehsebarang jenisdaging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ bijiTelur

½ ekor ikankembung saizsedang atau 1 bijitelur

Susu Susu ibu mengikutkehendak bayi

Susu ibu mengikutkehendak bayi

Susu ibu mengikutkehendak bayi / 3 gelas susu

Lemak, minyak 1 sudu teh minyak 1 ½ sudu tehminyak

1 sudu tehminyak

Sukatan Makanan Bayi & Kanak-kanak Kecil

Page 18: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Pertukaran sukatan:• Sukatan 1 cawan = 200ml

• Sukatan 1 sudu makan = 2 sudu teh = ½ sudu Cina = 10ml

• Sukatan ½ cawan nasi = 1 senduk sup sederhana = 1 senduk nasi penuh

• Sukatan 1 cawan bubur = 2 senduk sup sederhana = 2 senduk bubur nasi

Page 19: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

19

Contoh MenuWaktu Makan

Umur

6-8 bulan 9-11 bulan 1 - 3 bulan

Sarapan ½ cawan bubur nasi1 sudu makan tomato/ lobakmerah1 sudu makan sawi/ bayam

½ cawan bubur1½ sudu makan tomato/lobak merah1 sudu makan sawi/bayam

1 keping roti baker1 sudu teh marjerin1 gelas susu

Minum pagi 2 sudu makan pisang ½ potong betik 1 biji pisang bersaizkecil1 gelas susu

Makantengahari

½ cawan bubur nasi1 sudu teh daging (empuk)1 sudu makan tomato/ lobakmerah

¾ cawan bubur nasi likat1 sudu teh daging(empuk)1 ½ sudu makan tomato/lobak merah1 sudu makan sawi/bayam

½ cawan mi sup1 sudu teh daging½ cawan sayuran1 gelas air kosong½ potong betik

Minumpetang

1 sudu makan pisang ½ pisang saiz kecil 2 ketul cekodokpisang1 gelas jus buah tembikai

Makanmalam

½ cawan bubur nasi1 sudu teh daging (empuk)1 sudu makan tomato/ lobakmerah1 sudu makan pisang1 sudu teh minyak sayuran/marjerin

¾ cawan bubur nasi likat1 sudu teh ikan1 ½ sudu makan tomato/lobak merah1 ½ sudu makan sawi/ bayam1 ½ sudu teh minyaksayuran/ marjerin

½ cawan nasi putih½ ekor ikankembong masakpindang½ cawan bayam1 gelas air kosong

Minummalam

1 gelas susu

* Susu ibu harus diberikan mengikut kehendak bayi.

Page 20: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Perhatian:• Makanan yang telah dimasak tidak perlu

menambah sebarang gula, garam atau perisa.

• Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur.

• Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu. – Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah

diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan.

– Susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).

Page 21: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Makanan Yang Kanak-Kanak Tidak Berminat Untuk Makan

• Makanan yang melekit pada mulut atau tangan seperti kuih lapis, kuih koci dan sebagainya.

• Makanan yang sangat kering dan keras.

• Makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Kanak-kanak lebih suka makanan pada suhu biasa.

• Makanan yang berbau kuat seperti bau kayu manis atau rempah ratus.

• Bau makanan yang tidak diingini. – Deria rasa kanak-kanak adalah lebih sensitif daripada dewasa. – Apabila bau makanan yang tidak enak dibebaskan, kanak-kanak

mudah mengesan dan menolak makanan tersebut.

Page 22: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Amalkan pemberian makanan secara

responsif dengan menggunakan prinsip

penjagaan psikososial.

Page 23: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

1. Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri.

2. Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa.

3. Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.

4. Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan.

(kebolehan untuk mengendalikan sudu, kebolehan mengunyah, Menggunakan makanan jejari);

Page 24: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak

Common Error for Feeding Position

Page 25: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak
Page 26: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak
Page 27: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak
Page 28: Pemakanan Bayi &  Kanak-kanak