Pemasangan PC

14
KURSPEN BAIK PULIH PC Jadual Aktiviti Jam Masa Aktiviti Catatan ( 1 j ) 9.15am – 10.15am Pengenalan PC Nama komponen & fungsi ( ½ j ) 10.15am – 10.45am REHAT ( 1½ j ) 10.45am – 12.15pm Buka & Pasang PC Kenal komponen Tahu cara pasang Kenalpasti masalah pemasangan ( 1 j ) 12.15pm – 1.15pm Install OS (Windows XP) Fungsi OS Jenis OS Tahu Install ( ¾ j ) 1.15pm – 2.30pm REHAT ( ½ j ) 2.30pm – 3.00pm Sambungan Install OS ( ¾ j ) 3.00pm – 3.45pm Install Driver Fungsi driver Tahu sumber & cara dapatkan Tahu install (¾ j ) 3.45pm – 4.30pm Install Software Jenis & fungsi software Tahu sumber & cara dapatkan Tahu install © 2006-2008 [email protected] > 1

description

Pemasangan komputer PC

Transcript of Pemasangan PC

Page 1: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Jadual Aktiviti

Jam Masa Aktiviti Catatan

( 1 j ) 9.15am – 10.15am

Pengenalan PC• Nama komponen & fungsi

( ½ j ) 10.15am – 10.45am

REHAT

( 1½ j ) 10.45am – 12.15pm

Buka & Pasang PC• Kenal komponen• Tahu cara pasang• Kenalpasti masalah pemasangan

( 1 j ) 12.15pm – 1.15pm

Install OS (Windows XP)• Fungsi OS• Jenis OS• Tahu Install

( ¾ j ) 1.15pm – 2.30pm

REHAT

( ½ j ) 2.30pm – 3.00pm

Sambungan Install OS

( ¾ j ) 3.00pm – 3.45pm

Install Driver• Fungsi driver• Tahu sumber & cara dapatkan• Tahu install

(¾ j ) 3.45pm – 4.30pm

Install Software• Jenis & fungsi software• Tahu sumber & cara dapatkan• Tahu install

© 2006-2008 [email protected] > 1

Page 2: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Ringkasan Topik

Pengenalan PC

• PC = personal computer / computer peribadi.• Adalah hasil perkembangan komputer konsep yang diperkenalkan IBM.• Sesuai untuk kegunaan orang awam bagi memudahkan tugas seharian.

2 komponennya PC:• Hardware

o perkakasan• Software

o program / perisiano 2 jenis utama:

OS – Operating System / Sistem Pengoperasian Application / aplikasi

Hardware

PC perlu hardware / perkakasan ini untuk berfungsi:

No. Nama Perkakasan Fungsi

1. CPU (central processing unit / processor)

Pemproses teras yang mengubah input pengguna kepada output

2. Motherboard (papan litar utama)

Menjadi perumah yang menghubungkan semua perkakasan

3. RAM (random access memory / memori)

Tempat simpanan sementara data yang diproses

4. Graphic Card / kad grafik Menghasilkan output untuk paparan di monitor5. Sound card / kad bunyi Menghasilkan output bunyi untuk speaker &

headphone. Juga boleh memproses input bunyi dari microphone.

6. Harddisk Tempat simpanan kekal data7. Pemacu Cd Membolehkan cakera CD dibaca8. Pemacu Disket Membolehkan baca / tulis disket 9. Keyboard (papan kekunci) Membolehkan pengguna memasukkan input / arahan10. Mouse (tetikus) Simulasi pergerakan telunjuk11. Kabel data Penghubung antara perkakas storan (harddisk /

pemacu cd, pemacu disket) kepada motherboard12. Power supply (bekalan kuasa) Mengubah kuasa dari soket rumah (240V – arus ulang

alik) kepada kuasa yang diperlukan oleh PC (3.3V , 5V, 12V – arus terus)

13. Monitor Memaparkan output dalam bentuk imej di skrin14. Kabel kuasa Menghubungkan bekalan kuasa ke soket rumah15. Casing (perumah) Menjadi perumah utama bagi perkakasan No.1 – 12.

Juga boleh dijadikan penghias PC.

© 2006-2008 [email protected] > 2

Page 3: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Gambar-gambar Hardware PC

CPU

Motherboard

Graphic card Sound card

RAM

Harddisk

Pemacu CD

Pemacu Disket

© 2006-2008 [email protected] > 3

Page 4: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Keyboard Mouse

Kabel data

Power Supply

Kabel Kuasa

Casing

© 2006-2008 [email protected] > 4

Page 5: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Pemasangan PC: langkah demi langkah

Pastikan tangan anda kering & bersih sebelum memulakan kerja. Sebaiknya gunakan ‘wrist strap’ (gelang anti elektrostatik/ pembumian) bagi mengelakkan kerosakan CPU akibat cas elektrostatik pada badan.

Langkah 1: Pemasangan CPU

CPU mempunyai 2 permukaan utama; atas dan bawah. Permukaan atas biasanya rata manakala permukaan bawah pula dipenuhi dengan pin-pin. Sebelum memasang CPU ke Motherboard, semak dulu pin-pin. Pastikan CPU dipasang pada permukaan yang betul kepada soketnya di motherboard. Biasanya ada ruang kosong antara hujung pin. Oh, Ya! Pastikan anda menggunakan prosessor yang betul bagi motherboard tersebut! Pemproses jenis AMD pastinya tidak masuk dengan soket Intel… Baca manual bagi CPU yang disokong oleh motherboard tersebut.

Buka pengunci soket pemproses sebelum memasukkan CPU. Biasanya ini dilakukan dengan menolak kekuncinya keluar sedikit dan mengangkatnya 90 darjah ke atas.

Pastikan pin CPU berada pada kedudukan sepatutnya di soket dan masukkan CPU perlahan-lahan. Jangan Paksa! Jika tidak masuk, pin mungkin bengkok atau anda pasang pada kedudukan yang salah. Jika pin bengkok, gunakan pemutar skru atau playar kecil untuk kembalikan pin ke bentuk asalnya.

Selepas berjaya dipasang, letakkan kembali pengunci pada kedudukan asal.

© 2006-2008 [email protected] > 5

Page 6: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Langkah 2: Pasang penyejuk CPU

PERHATIAN! Jangan ‘on’ komputer sebelum penyejuk cpu dipasang! Suhu CPU sangat panas & boleh terbakar tanpa penyejuk. Penyejuk biasanya terdiri daripada heatsink dan kipas.

Sebelum kita klipkan heatsink (sirip penyejuk), letakkan sedikit pelekat / cecair termal pada permukaan atas CPU (abaikan jika ia sudah ada pada heatsink).

Cecair termal ini juga kadang kala digelar ‘silicon gel’ dan berfungsi untuk memindahkan kepanasan CPU kepada heatsink dengan berkesan / baik. Selepas itu, letakkan penyejuk pada kedudukan sesuai (mengikut bentuk CPU dan soket) dan klipkan penyejuk pada motherboard. Caranya, masukkan satu daripada klip pada ruangnya di soket motherboard, dan gunakan pemutar skru untuk menekan klip yang satu lagi untuk mengunci penyejuk pada soket CPU motherboard.

Pasang juga soket kuasa kipas penyejuk kepada palam kuasa CPU di motherboard.

© 2006-2008 [email protected] > 6

Page 7: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Langkah 3: Pasang RAM (memori)

Sebelum memasang motherboard ke casing (perumah), sebaiknya pasang RAM dahulu. Buka kedua-dua klip pada slot memori motherboard. Slot RAM ini mempunyai bonggol pada kedudukan tertentu. Masukkan RAM pada kedudukan betul berpandukan bentuk kaki RAM dan bonggol pada slot RAM. Tekan pada satu hujung RAM dan kemudian hujung yang satu lagi untuk memastikan RAM betul-betul ketat (klip slot RAM akan mengunci RAM secara otomatik). Ulangi langkah jika lebih daripada satu RAM dipasang.

Langkah 4: Pasang motherboard

Buka casing (perumah) PC.

Kenalpasti port-port pada motherboard. Masukkan motherboard ke casing dengan memastikan port-port i/o motherboard masuk ke lubang yang disediakan pada casing (ruang belakang). Kenalpasti lubang skru pada casing yang selari dengan lubang skru motherboard (anda boleh tandakannya dengan pen).

© 2006-2008 [email protected] > 7

Page 8: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Alihkan motherboard. Pasang tapak skru (disediakan oleh pembekal motherboard) pada tapak casing yang hendak digunakan (ditanda) tadi. Kemudian tempatkan kembali motherboard pada kedudukan tadi, selari dengan lubang tapak skru yang baru dipasang. Pasang skru untuk melekatkan motherboard kepada tapak skru tadi

Biasanya bekalan kuasa disertakan sekali dengan casing yang dibeli. Jika tidak disertakan, pasang bekalan kuasa kepada casing terlebih dahulu. Pastikan bekalan yang digunakan adalah dari jenis yang sama dengan motherboard (bekalan kuasa ATX untuk motherboard ATX).

Pasang soket kuasa untuk motherboard (dari bekalan kuasa) kepada palam kuasa motherboard. Jenis ATX mempunyai 20 pin. Masukkan pada kedudukan yang betul berpandukan bentuk dan pengunci palam tersebut.

Permukaan depan casing biasanya disertakan dengan lampu kuasa, lampu aktiviti harddisk, butang ON dan butang RESET. Pasang wayar-wayar yang disediakan oleh casing untuk fungsi-fungsi ini kepada motherboard pada soket-soket yang disediakan (gunakan panduan buku manual motherboard @ label pada soket tersebut). Pasang juga wayar untuk speaker casing pada soket yang disediakan.

© 2006-2008 [email protected] > 8

Page 9: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Langkah 5: Pasang pemacu storan (harddisk, pemacu cd, pemacu disket)

Setiap motherboard biasanya menyokong sehingga 6 pemacu storan (4 untuk harddisk atau pemacu cd – slot IDE; 2 untuk pemacu disket – slot FDD).

Slot yang menyokong harddisk atau pemacu cd digelar slot IDE. Motherboard biasanya didatangkan dengan 2 slot ini. Setiapnya boleh menyokong dua pemacu storan (master & slave) yang disambung dengan kabel IDE.

Jika anda ingin menggunakan satu kabel IDE sahaja untuk menghubungkan motherboard kepada harddisk dan pemacu cd, set jumper pada kedua-dua pemacu storan tersebut; satu master & satu slave (panduan biasanya disediakan pada label yang dilekatkan di atas pemacu storan tersebut).

Selepas itu, masukkan pemacu cd dan pemacu disket ke dalam ruang yang disediakan pada bahagian depan casing. Untuk harddisk pula, masukkannya pada ruang dalam kerangka (digelar bay) casing. Masukkannya pada kedudukan yang sesuai dan selari dengan lubang skru. Skrukan pemacu kepada kerangka casing.

Palamkan kabel IDE ke palam IDE dan dan kabel FDD ke palam FDD pada motherboard.

Sambungkan kabel IDE dan kabel kuasa (4 pin besar dari power supply) kepada harddisk dan pemacu cd. Sambungkan juga kabel FDD dan bekalan kuasa (4 pin kecil) kepada pemacu disket.

© 2006-2008 [email protected] > 9

Page 10: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Langkah 6: Pasang graphic card (kad grafik)

Kad grafik biasanya menggunakan palam AGP (berwarna coklat). Pastikan kad grafik anda menggunakan palam yang sama dengan yang disediakan oleh motherboard. Kad generasi kini menggunakan palam PCI Express.

Masukkan kad grafik anda dengan baik ke dalam palamnya dan skrukan ia kepada casing.

Langkah 7: Masukkan kad PCI lain.

Slot PCI pada motherboard biasanya berwarna putih dan panjang sedikit daripada slot AGP. Ia adalah slot yang universal dan menyokong pelbagai jenis kad seperti kad bunyi, kad modem, kad rangkaian dan sebagainya. (Cuba elakkan penggunaan slot 1 PCI kerana ia berkongsi IRQ dengan AGP – boleh mengurangkan prestasi kad)

Masukkan kad (sebagai contoh kad bunyi) ke dalam slot PCI dengan kemas dan skru ia pada casing.

© 2006-2008 [email protected] > 1

Page 11: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Langkah 8: Pemasangan perkakasan I/O dan kabel kuasa

Pasang perkakasan I/O (input / output) seperti mouse dan keyboard pada port PS/2 (keyboard pada palam ungu; mouse pada palam hijau), palam vga monitor kepada palam vga kad grafik (berwarna biru), dan wayar kuasa kepada power supply dan monitor.

PC kini sudah boleh diuji. Sambungkan palam wayar kuasa ke soket dan hidupkan suis.

Langkah 9: BIOS Setup

Ini adalah langkah akhir bagi pemasangan ini. Tekan butang ON pada casing PC! (Jika semua pemasangan berjalan dengan lancar, PC seharusnya boleh dihidupkan)

PC anda hidup? Maknanya anda sudah berjaya memasang PC sendiri! Tekan kekunci “Delete” pada keyboard berulang kali sehingga paparan CMOS setup muncul. Sila semak arahan pada manual motherboard anda untuk membuat olahan pada CMOS. CMOS adalah memori yang mampu menyimpan konfigurasi / ketetapan bagi cara motherboard berfungsi. Ini betul selagi mana baterinya tidak habis.

Terdapat pelbagai jenis BIOS untuk motherboard yang pelbagai. Secara umum, antara olahan yang perlu anda buat ialah:

Betulkan masa dan tarikh & Pemacu storan mana yang perlu disemak dahulu apabila PC dihidupkan (first boot

device) Save (simpan) olahan tadi sebelum keluar!

© 2006-2008 [email protected] > 1

Page 12: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan paparan BIOS setup ini untuk melihat sama ada perkakasan anda berfungsi atau sebaliknya. Jika perkakasan anda (harddisk, pemacu cd, memori, CPU) dapat dikesan (dipaparkan maklumatnya), ini bermakna perkakasan ini berfungsi dengan baik!

Jika anda bercadang untuk membuat instalasi OS buat kali pertama, pastikan ‘first boot device’ ditetapkan kepada pemacu cd! Dengan ini, apabila komputer dihidupkan, ia akan membuka aturcara pada cd dan memulakan proses instalasi.

© 2006-2008 [email protected] > 1

Page 13: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

© 2006-2008 [email protected] > 1

Palam I/O

memori

Palam kuasa

Bateri

FDDCHIP

Page 14: Pemasangan PC

KURSPEN BAIK PULIH PC

© 2006-2008 [email protected] > 1

Soket CPU

Palam Kuasa

Slot Memori

Slot IDE

Bateri

Slot FDD

Slot PCI

Slot AGP