PEMBANDARAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

3
Nama : Prathip Kumar A/L Ravee Tingkatan : 2 Rancangan Khas KES/LAPORAN KESAN PEMBANDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI KAWASAN PEKAN PARIT, PERAK. Pembandaran ialah satu proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya. Parit ialah sebuah pekan yang terletak dalam pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang beribu pejabat di Seri Iskandar, Bota Kanan,Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan oleh saya ialah kaedah pemerhatian.Melalui kaedah ini saya dapat memerhati kesan pembandaran terhadap alam sekitar yang berubah dari masa ke semasa. Objektif bagi kajian saya ialah mengenalpasti kesan-kesan pembandaran terhadap alam sekitar dan langkah-langkah

description

GEOGRAFI TINGKATAN 2

Transcript of PEMBANDARAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

Page 1: PEMBANDARAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

Nama : Prathip Kumar A/L Ravee

Tingkatan : 2 Rancangan Khas

KES/LAPORAN KESAN PEMBANDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI

KAWASAN PEKAN PARIT, PERAK.

Pembandaran ialah satu proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar

kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi

bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana

dan akhirnya menjadi bandar raya.

Parit ialah sebuah pekan yang terletak dalam pentadbiran Majlis Daerah Perak

Tengah yang beribu pejabat di Seri Iskandar, Bota Kanan,Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Kaedah kajian yang digunakan oleh saya ialah kaedah pemerhatian.Melalui kaedah ini saya

dapat memerhati kesan pembandaran terhadap alam sekitar yang berubah dari masa ke

semasa.

Objektif bagi kajian saya ialah mengenalpasti kesan-kesan pembandaran terhadap

alam sekitar dan langkah-langkah mengatasi kesan pembandaran di kawasan kajian saya

iaitu, pekan Parit.

Terdapat pelbagai kesan yang positif dan negatif pembandaran terhadap alam

sekitar.Kesan positif apabila pekan parit berkembang menjadi bandar ialah wujud

pertempatan baru.Perkara ini membawa kepada perkembangan sektor perindustrian dan

peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk tempatan.Selain itu, kemudahan asas dan taraf

hidup penduduk juga akan bertambah baik seperti di bandar.

Kesan negatif pula, apabila pembandaran semakin berluas ia membawa kepada

pembinaan-pembinaan baru seperti bangunan dan jalan raya.Perkara ini membawa kepada

Page 2: PEMBANDARAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

penghapusan kawasan tanah dan hutan yang mengelilingi kawasan pekan parit untuk tujuan

pembinaan bangunan.

Langkah-langkah yang berkesan perlulah diambil untuk mengatasi kesan

pembandaran di parit.Antaranya ialah pembinaan bangunan bertingkat dan rumah pangsa

perlulah diwujudkan.Ia dapat mengurangkan penghapusan tanah dan hutan.Selain itu, Majlis

Pembandaran Parit juga perlu mewujudkan program seperti menanam pokok dan

mewujudkan lanskap di halaman seluruh kawasan Parit.Langkah ini membantu

mengurangkan masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan dan mendapat

udara yang segar.

Kesimpulannya, Unsur-unsur patriotisme seperti semangat cinta akan alam sekitar dan

sayangi alam sekitar perlulah disemai dalam jiwa setiap individu agar dapat mewujudkan satu

pertempatan pembandaran yang baik tanpa ancaman di pecan Parit.