Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
-
Upload
selvamani-selva -
Category
Documents
-
view
99 -
download
3
description
Transcript of Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
BAB 5
1
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
KONSEP MODENISASI
Satu proses transformasi atau
perubahan dalam segala hidup
masyarakat yahg harus ditempuh oleh
semua bangsa atau negara.
2
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
Perubahan yang dialami oleh suatu masyarakat berlangsung secara:
Berencana
Modenisasi
Suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua
bangsa atau negara.
Tidak Berencana
Pembaratan
Suatu proses peniruan gaya hidup barat yang
tidak disertai oleh suatu usaha
perubahan secara berencana
3
Modenisasi ekonomi dan politik Eropah
Barat menjadi model bagi modenisasi
ekonomi dan politik di negara membangun.
Modenisasi
• Suatu perubahan dalam semua aspek kehidupan secara berencana
Pembaratan
• Suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana
MODENISASI
4 kba/jks/ipgkti/2013
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
5
Acuan Ekonomi Malaysia:
Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti Ekonomi Malaysia - ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris.
Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah.
pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport.
Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut kumpulan etnik.
Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal kaum Cina dan sebagainya.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
6
Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi
Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus
bertahan hingga saat ini.
Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara
yang saling mempengaruhi dan tidak dapat
dipisahkan antara satu sama lain dalam
kehidupan di Malaysia.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
7 Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
Demografi, Politik dan Ekonomi
Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik
yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.
Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38
juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000 dan
kini 27,565,821 (2010)
Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000 menunjukkan :
Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus.
Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus.
Etnik India sebanyak 7.7 peratus
Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
8
Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya.
Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan.
Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.
Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
9
Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain.
Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.
Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
10
Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.
Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
Identifikasi Kaum Mengikut Penempatan dan Pekerjaan
• Penjajah British mementingkan jentera ekonomi bergerak cekap dan teratur.
• Oleh demikian struktur dan ekonomi sedia ada dikekalkan dan tidak diganggu.
• Dasar Pecah dan Perintah dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar
Ketidakseimbangan Ekonomi Antara Kaum
• Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan orang Melayu terpisah dari ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional
• Kegiatan ekonomi moden di pantai barat kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik – ekonomi tradisional terpinggir.
• Jurang Kemiskinan antara kaum semakin meluas - masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu
• Halangan Sektor Ekonomi Tradisional - tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah
11
• Mewujudkan sebuah masyarakat industri.
Matlamat & Kepentingan
• Pembangunan teknologi: tradisional Penerapan ilmu saintifik dan teknik-teknik canggih
• Pembangunan pertanian: Sara diri kpd pertanian komersial
• Industrialisasi: Penggunaan teknologi canggih dalam sektor pembuatan, pengeluaran secara besar-besaran
• Urbanisasi: Proses perpindahan penduduk ke bandar dan perubahan gaya hidup bandar
Cara:
• Kadar pertumbuhan: ukuran GNP (gross national product)/KDNK.
Ukuran pencapaian
12
MODENISASI EKONOMI
kba/jks/ipgkti/2013
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
13
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama
Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi perancangan moden, suatu institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia
First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Second Five – Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan.
Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial Inggeris, namun daripada segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN
Draf Rancangan Pembangunan (1950-
1955)
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
RMK 1
(1966-1970)
RMK 2
(1971-1975)
RMK 3
(1976-1980)
RMK 4
(1981-1985)
RMK 5
(1986-1990)
RMK 6
(1991-1996)
RMK 7
(1996-2000)
RMK 8
(2001-2005)
RMK 9
(2006-2010)
RMK 10
(2010-2015)
14
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
15
Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan pembangunan yang menekan usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2006) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-ekonomi.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan tidak hanya kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai ‘modal insan.’
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
16
Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan.
badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA.
Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.
Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi.
Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam Rancangan Malaysia.
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka
• Mempelbagaikan asas ekonomi serta penumpuan kepada eksport barang
• Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import
• Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.
• Menjelang 2000an, pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.
• Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi (KDNK) sekitar tahun 1980an dan 1990an.
• Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.
17
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka
• Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan etnisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.
• Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.
• Integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dll.
• Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.
18
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)
• Matlamat utama memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk
• Tubuh RIDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur masyarakat desa.(1966 ditukar kepada MARA)
• LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan penempatan semula, menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk (1971 ditukar kepada FELDA)
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)
• Digubal oleh pemerintah Malaya sendiri
• Menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi
• Bermatlamat mengurangkan perbezaan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan perumahan
• Penubuhan sistem Bilik Gerakan bagi menyelaraskan kegiatan ekonomi di kampung dan daerah
19
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
RM-1(1966-1970)
• Pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomi
• Bermatlamat:
• Mempelbagai kegiatan ekonomi
• Mewujudkan peluang pekerjaan
• Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber
• Mempercepat integrasi
• Beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import dan perusahaan pembuatan.
• Penubuhan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDA.
RMK-2(1971-1975)
• Bermatlamat antaranya:
• mewujudkan peluang pekerjaan pelbagai sektor
• mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
• meningkatkan daya pengeluaran
• memperbaiki taraf hidup
• Ketika ini terdapat peralihan dari industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.
• Penubuhan DEB, KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA, LPP
20
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
RMK-3 (1976-80)
• Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan penumpuan kepada penanaman kelapa sawit dan getah
• Meneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian
• Penubuhan KETENGAH, KESEDAR
RMK-4 (1981-1985)
RMK-5 (1986-1990)
• Memperkemaskan program pembangunan ekonomi
• Penekanan kepada pertanian, perindustrian serta sektor industri berat
• Rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu
• 1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional (yang diperkenalkan 1981).
21
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
RMK-6 (1991-1995)
RMK- 7(1996-2000)
•Strategi bermatlamat:
•Meningkatkan kecekapan dan daya saing serta menggalakkan penglibatan swasta
•Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam
•Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan
•Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih
•Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal
• Pengenalan Dasar Pembangunan
• Nasional lanjutan kepada DEB
RMK-8 (2001-2005)
RMK-9 (2006-2010)
•Stategi utama:
•Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap
•Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi
•Meluaskan penggunaan ICT
•Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni
•Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan
•Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan
• Menekankan pembangunan ekonomi, sosial, modal insan dan projek-projek pertanian diberi keutamaan
•Pengenalan Dasar Wawasan Negara
22
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
RMK-10 ( 2010-2015)
Strategi Utama: 1. 1 Malaysia: Mencarta pembangunan ke arah negara
berpendapatan tinggi 2. Membangun berasaskan kekuatan negara 3. Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan
pertumbuhan ekonomi 4. Menuju ke arah pembangunan Sosioekonomi secara
Inklusif 5. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf
dunia 6. Mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan
kualiti hidup 7. Mentransformasikan kerajaan ke arah
mentransformasikan kerajaan
23
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
Isu ekonomi berkait rapat dengan isu sosial dan agihan kekayaan:
• Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang:
• Antara pantai barat & pantai timur
• Antara bandar dan desa
• Agihan kekayaan tidak seimbang antara kelas sosial dan kelompok etnik
Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat di lihat dari dua sudut:
• Antara kelas sosial yang berbeza iaitu antara kelas atas, menengah dan kelas bawah.
• Antara kelompok etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India.
24
DEB mensasaran ekuiti bumiputera, bukan bumiputera dan asing pada nisbah 30: 40: 30.
Pengukuhan aset bumiputera dibuat melalui melalui pelaburan institusi seperti MARA, Pelaburan Hartanah
Berhad (PHB), PNB dan lain agensi
Ia bagi memastikan pemilikan kekayaan hartanah dan aset perniagaan seperti ruang niaga, harta bertanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan
oleh bumiputera.
25
ISU EKONOMI
kba/jks/ipgkti/2013
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
26
Antara Pertumbuhan dan Agihan
Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut,
antara kelas sosial yang berbeza.
antara kelompok etnik yang berbeza.
Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
27
Antara Equality dan Equity
Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
28
Antara Equality dan Equity
Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia dengan meninjau semula Fasal (153) yang berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.
Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia menyatakan: “kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan”.
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
Latar Belakang
•Digubal selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969
Objektif
• Membasmi kemiskinan
• Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum
Strategi
•Memperbaiki kehidupan rakyat di luar bandar
•Menambah peluang pekerjaan
•Menambah daya pengeluaran
•Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian
•Menubuhkan agensi awam sebagai agensi pelaksana
29
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
30
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik.
Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman yang dialami semasa peristiwa 13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok etnik lain.
Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
31
Kaum Kadar Kemiskinan
(% ) Pendapatan Purata Keluarga
Sebulan (RM)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain
44.8 813.00
Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
32
Pemilikan Jumlah
Pemilikan
( RM Juta )
%
Bumiputera Perseorangan
dan Agensi Amanah 279.6 4.3
a. Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b. Agensi Amanah 110.9 1.7
Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
Warganegara Asing 4051.3 61.7
Jumlah 6564.1 100.0
Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
33
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan.
Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.
Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.
Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
34
Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
35
Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
36
Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan projek pembangunan :
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
Memodenkan kehidupan di luar bandar.
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
37 Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur
guna tenaga.
Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat
Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan
pertumbuhan ekonomi.
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan
Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%
ekonomi dalam tahun 1990
Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.
Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur
melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,
KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
38
Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.
Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham.
Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
39
Globalisasi , Ekonomi Malaysia
dan Hubungan Etnik
Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980an dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yang antara lain ditandai dengan banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan.
Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan pada tahun 1997-1998.
Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat kesannya ke atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu dan bukan Melayu.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
40 Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:
Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan
Bukan Melayu
Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi.
Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.
Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.
Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai kemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
41 Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:
Implikasi terhadap
Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal, tanpa mengambil kira faktor etnik.
Oleh yang demikian, pihak yang dapat memanfaatkan daripada proses globalisasi ialah pihak yang bermodal.
Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka merupakan golongan yang masih baru dalam dunia perniagaan dan tidak mempunyai modal yang cukup mapan.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
42
Dasar Penswastaan Dalam
Konteks Hubungan Etnik
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan hasrat untuk memulakan Dasar Penswastaan pada tahun 1983.
Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
43
Dasar Penswastaan Dalam Konteks
Hubungan Etnik
Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu:
Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
kerajaan.
Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan
dan menambah produktiviti.
Merangsang pelaburan dan keusahawanan
persendirian.
Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam.
Membantu pencapaian matlamat DEB.
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
Kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.
Mengikut Banci Perbelanjaan Isi Rumah [2004-2005) secara purata sesebuah isi rumah di bandar memerlukan RM2,503 sebulan manakala angka untuk Luar Bandar adalah RM1,209.
• Mewujudkan peluang pekerjaan untuk yang menganggur
• Menambah daya pengeluaran dan pendapatan
• Memberikan peluang peningkatan kerjaya bagi pekerja sektor rendah daya pengeluaran kepada sektor yang lebih lumayan
• Mengurangkan jurang pendapatan antara kelompok etnik, bandar dan luar bandar dan antara wilayah
• Memodenkan kehidupan di luar bandar
• Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain
Usaha membasmi kemiskinan:
44
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
45 Dasar Wawasan Negara
Adalah gabungan gabungan semua usaha pembangunan
Tujuan diperkenalkan,
mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu,
progresif dan makmur yang dapat hidup dalam
suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang
saksama bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh
Negara untuk menjadi sebuah negara maju
sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga
akan diberi kepada membina negara yang berdaya
tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang
bersatu padu dan saksama untuk memastikan
perpaduan dan kestabilan sosial.
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
46 Dasar Wawasan Negara
• Objektif utama mencapai PERPADUAN NASIONAL
• Strategi utamanya ialah:
I. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
II. Penyusunan semula masyarakat
III. Pembangunan yang seimbang
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
47
DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut :
1. membina bangsa yang berdaya tahan dengan
• memupuk perpaduan,
• menyemarakkan semangat patriotik,
• membentuk kematangan politik,
• membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang
yang tersemat dengan nilai positif serta
• meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi
Teras Utama DWN
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
48
menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama
melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan
ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan
etnik serta wilayah
mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan
memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi
kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro
mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran
globalisasi dan liberalisasi;
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai
ditambah bagi semua sektor ekonomi dan
mengoptimumkan daya pemikiran rakyat;
WAJ
3106 HUB ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
49 Dasar Wawasan Negara
mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk
menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan
berpengetahuan; dan
meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan
untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
Iskandar Malaysia Pembangunan Koridor
Utara (NCER) Pembangunan Koridor
Timur (ECER)
Pembangunan Koridor Sabah
Pembangunan Koridor Sarawak
50
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
MBE
Matlamat MBE: • Meningkatkan pendapatan
tahunan per kapita dalam tempoh 10 tahun.
• Membolehkan komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya
• Membentuk keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang
51
WAJ
3106 HUB
ETNIK
kba/jks/ipgkti/2013
52
SEKIAN TERIMA KASIH.