PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran...

23
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI ASAS PENGATURCARAAN HTML DALAM MICROSOFT FRONTPAGE SWEE HOI PENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran...

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI ASAS PENGATURCARAAN HTML

DALAM MICROSOFT FRONTPAGE

SWEE HOI PENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

PSZ 19: 16 (pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.

JUOUL: PEMBANGlJNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI ASAS PENGATURCARAAN HTML OALAM MICROSOFT fRONTPAGE

SESI PENGAJIAN : 200812009

Saya SWEE HOI PENG (HLIRU f BESAR)

mengaku melllbenarkan tcsis (PSM i Sftfjana' Dol(tor FalsaleR) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Tcknologi Malaysia dcngan syarat-syarat kegunaan scperti bcrikut :

I. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ') Pcrpustakaan Univcrsiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tuiuan

pcngajian sahaja. J. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sehagai bahan pertukaran an tara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ~

D SULIT (I\ilengandungi maklulllat yang berdarjah keselalllatan atau kepentingan fvlalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TIDAK TERHAD

(TANOATANGAN PENULlS)

TERHAD

(TANOATANGAN\~ENYELlA)

(Mcngandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

D []]

.~ Alamat Tetap:

37 JALAN SETIA 3. TAMAN SETIA MENTAKAB. 28400 MENTAKAB. PAHANG OARLIL MAKMUR.

PN. NOOR AZEAN ATAN Nama Penyelia

Tarikh: 20 NOVEMBER 2008 Tarikh: 20 NOVEMBER 2008

CATATAN: * **

Potong yang mana tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan. atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan. atau Laporan Projek Sarjana !\1uda (PSM)

Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

··Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

Adalah memadai dari segi skop dan kllaliti untuk tujllan penganllgerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)"

Tandatangan

Nama Penyelia /

.1~J:'L)'!QQRAl~.J\Nj\IAJ'!

Tarikh 2QJ'!QY.f;JYtR..E;R}Q.Q.~.

Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI ASAS PENGATURCARAAN HTML

DALAM MICROSOFT FRONTPAGE

SWEE HOI PENG

Projek Sarjana ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008

Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

II

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah sayajelaskan sumbernya.'·

I\~ Tandatangan ,.. y~.\ .. :. Nama Pcnulis SWB.[:.UOLP.r:NO Tarikh ~~).NOY.f~M.I3.t;R.~.Q.o.~.

Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

iii

Kepada ibubapa dan keluarga yang tersayang

yang sentiasa sabar dan memahami

terima kasih atas segala kasih sayang dan sokongan

yang diberikan

dan sudi memaafkan kesilapan yang saya lakukan

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

iv

PENGHARGAAN

Saya berasa syukur kerana dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda dalam

tempoh yang ditetapkan walaupun terdapat pelbagai rintangan dan kesulitan sepanjang

masa saya membuat kajian ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek, Puan Noor

Azean binti Atan atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, dan dorongan yang

diberikan dalam proses perlaksanaan ini.

Salam penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

idea, bantuan dan galakan untuk menjayakan projek ini. Ucapan ribuan terima kasih

kepada keluarga saya yang selalu memberi sokongan dan kasih sayang yang tidak

terhingga. Sokongan dan Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua, jasa kalian

akan sentiasa dikenang.

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

v

ABSTRAK

Proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan

dengan impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Kini, terdapat

banyak laman web dibangunkan untuk penggunaan dalam pengajaran dan

pembelajaran namun kebanyakannya tidak mengimplementasikan pendekatan

pengajaran yang betul dan bersesuaian. Begitu juga dalam pembelajaran bagi

Bahasa Pengaturcaraan III iaitu pengaturcaraan HTML di Fakulti Pendidikan,

UTM. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan

sebuah laman web bertajuk Bahasa Pengaturcaraan III bagi topik Navigasi,

Bingkai, Komponen Web dan Kesan Khas Dinamik dengan mengaplikasikan

pendekatan pembelajaran autentik dimana ia menyediakan konteks sebenar

sepertimana pengguna belajar di dalam persekitaran aplikasi Microsoft Office

FrontPage 2003. Kumpulan sasaran utama laman web ini adalah pelajar-pelajar

dari Fakulti Pendidikan yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan III.

Laman web ini dibina berlandaskan model pembangunan ADDIE dan strategi

tutorial serta penyelesaian masalah digunakan dalam penyampaian kandungan

pembelajaran ini. Di samping itu, laman web ini menggunakan elemen-elemen

multimedia bagi tujuan menjadikan laman web ini lebih interaktif dan menarik.

Pengguna diberi kuasa kawalan sepenuhnya dan bebas untuk belajar menerusi

laman web ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Diharapkan laman web

ini dapat memberi sumbangan sebagai bahan pembelajaran alternatif yang

mampu mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

vi

ABSTRACT

The impact of globalization and the evolving of the information technology are

leading to the changes of teaching and learning process. Nowadays, many education

websites have been developing to help in teaching and learning however most of them

did not implement the right and appropriate instructional approach. This situation

happens also in learning Programming Language III which is HTML, in Faculty of

Education, UTM. Therefore developer takes initiative to build a web site for

Programming Language III, cover subtopic of Navigation, Frames, Web Component and

Dynamic Effect with implementation of the authentic learning approach which prepare

real context as the users are learning in Microsoft Office FrontPage 2003 application.

This web site is designated for the students from Faculty of Education, taking the

Programming Language III subject. The web site built based on ADDIE development

model with tutorial and problem solving strategy. Besides that, this web site was

developed using the combination of the multimedia elements with the purpose to make

the web site more interactive and attractive. The users are given fully control to the web

site and have freedom to use it anytime anywhere. Hope that this web site will be an

alternative learning tools and help to upgrade students’ quality in teaching and learning.

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN PENYELIDIKAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Projek 5 1.5 Skop Projek 5 1.6 Kepentingan Projek 6 1.6.1 Pelajar 1.6.2 Pensyarah 7 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Web 1.7.2 Laman Web 8 1.7.3 Pendekatan 1.7.4 Pendekatan Autentik 1.7.5 Pengaturcaraan 9 1.7.6 HTML 1.8 Penutup 9

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 11 2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 12 (PBK) melalui web 2.2.1 Kelebihan PBK 2.2.2 Kelemahan PBK 14 2.3 Pembelajaran Berdasarkan Situasi 15 (Situated Learning)

2.3.1 Ciri-ciri Pembelajaran 16 Berdasarkan Situasi (PBS)

2.4 Garis Panduan Pembelajaran 20 Berdasarkan Situasi Diaplikasikan Dalam Interaktif Multimedia 2.5 Aktiviti autentik online 21 2.6 Elemen-elemen Multimedia 23 2.6.1 Teks 2.6.2 Grafik 2.6.3 Audio 24 2.6.4 Video 25 2.6.5 Animasi 2.6.6 Interaktivi 26

2.7 Model Reka Bentuk Laman Web 2.7.1 Model ADDIE 27 2.7.2 Model ASSURE 28 2.7.3 Model Hannafin dan Peck 30 2.7.4 Model Air Terjun (Waterfall) 31 2.8 Kesimpulan 33 BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB 3.1 Pengenalan 34 3.2 Fasa Analisis 35 3.2.1 Analisis Skop Isi Kandungan 3.2.2 Analisis Pengguna 3.2.3 Analisis Objektif 36 3.2.4 Analisis Perisian 37 3.2.4.1 Microsoft Frontpage 2003 3.2.4.2 Macromedia Flash 8.0 3.2.4.3 Adobe Photoshop CS2 3.2.4.4 Internet Explorer 38

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

ix

3.2.5 Analisis Spesifikasi Perkakasan 3.3 Fasa Reka Bentuk 3.3.1 Reka Bentuk Informasi 39 3.3.2 Reka Bentuk Interaksi 40 3.3.3 Reka Bentuk Antara Muka 3.4 Fasa Pembangunan 41 3.5 Fasa Pelaksanaan 3.6 Fasa Penilaian 42 3.7 Penutup BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN 4.1 Pengenalan 43 4.2 Ciri-ciri Laman Web 4.3 Paparan Laman Web 45 4.3.1 Paparan Montaj 4.3.2 Paparan Laman Utama 46 4.3.3 Paparan Tutorial 48 4.3.4 Paparan Penyelesaian Masalah 51 4.3.5 Paparan Blog 52 4.3.6 Paparan Hubungi Kami 53 (Contact Us) 4.3.7 Paparan Peta Laman 54 (Site map) 4.4 Penutup 55 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 56 5.2 Perbincangan 57 5.3 Kekangan yang Dihadapi Semasa 58 Pembangunan Web

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 5.3.2 Kekurangan Masa 59 5.3.3 Kekurangan Sumber Bahan

5.4 Kekuatan Laman Web 5.5 Kelemahan Laman Web 61 5.6 Cadangan 62

5.6.1 Peruntukan Tempoh Masa yang Lebih Panjang

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

x

5.6.2 Menambah Tajuk Lain bagi Subjek SPM 3122 5.6.3 Penyediaan Tutorial Video 63 5.6.4 Ruangan untuk Muat Naik Tugasan 5.6.5 Pengubahsuaian Laman Web Berdasarkan Komen Penilai

5.7 Kesimpulan RUJUKAN 65 LAMPIRAN 69

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Ciri-ciri pembelajaran berdasarkan 17 situasi dan garis panduan untuk implimentasi

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Elemen Konstitutif Bagi PBS Dalam Multimedia Interaktif 2.2 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 2.3 Model ASSURE 2.4 Model reka bentuk instruksi bersistem Hanaffin dan Peck 2.5 Aliran kerja berdasarkan Model Air Terjun 4.1 Paparan Montaj 4.2 Paparan Laman Utama 4.3 Paparan Laman Tutorial (Pengenalan) 4.4 Paparan Laman Tutorial (Bahagian atas) 4.5 Paparan Laman Tutorial (Bahagian bawah) 4.6 Paparan Penyelesaian Masalah 4.7 Paparan Blog 4.8 Paparan Contact Us

21

27

28

30

32

46

47

49

50

50

51

52

53

54 4.9 Paparan Site Map

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

xiii

SENARAI SINGKATAN MSC - Multimedia Super Corridor ICT - Information Communication and Technology UiTM - Universiti Institusi Teknologi Mara UTM - Universiti Teknologi Malaysia HTML - HyperText Markup Language WWW - Would Wide Web OHP - Overhead Projector LCD - Liquid Crystal Display P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer PBS - Pembelajaran Berdasarkan Situasi JPG - Joint Photographic Experts Group GIF - Graphics Interchange Format

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Carta Alir 69

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara

global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat.

Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat Koridor Raya Multimedia

(MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk mengintegrasikan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya.

Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari adalah salah satu aplikasi perdana di dalam

MSC memperlihatkan usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk satu generasi

baru yang mempunyai daya saing di dalam era ICT. Guru di Sekolah Bestari diberikan

latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru juga dilatih agar dapat mengintegrasikan pendekatan pembelajaran

menggunakan komputer di dalam bilik darjah yang akan dapat membantu meningkatkan

kemahiran berfikir dan kreativiti.

Di samping itu, kecanggihan teknologi dan perkembangan internet, media

elektronik serta program aplikasi telah mendatangkan kesan yang besar dalam

pencapaian bidang pendidikan. Akan tetapi, penggunaan teknologi bukanlah bertujuan

untuk mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah ia dijadikan sebagai media

utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru bertindak sebagi pemudah cara dalam

proses tersebut (Jaya Kumar C.Koran, 2001).

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

2

Teknologi internet semakin berkembang pesat dan turut memberi kesan kepada

sistem pendidikan dalam pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya laman

web (World Wide Web), mel elektronik (E-mail), Telesidang Video (Video Conferencing)

dan sebagainya semakin mendapat perhatian orang ramai dan telah diterima sebagai

medium perkongsian dan penyebaran maklumat serta saluran komunikasi yang utama.

Pembelajaran melalui web dapat memberikan kawalan pengguna yang tinggi

melalui penggunaan hiperteks dan hipermedia, sumber maklumat yang tidak terhingga

serta menghasilkan persekitaran yang bercirikan dunia sebenar. Internet juga dapat

memberikan kemudahan mengakses maklumat dengan cepat, pada bila-bila masa dan

mewujudkan proses penjelajahan melalui sistem hipermedia. Tambahan pula, ia juga

dapat menyumbangkan interaktiviti yang tinggi dan kawalan pengguna yang baik.

Selain daripada itu, peranan web bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi

berperanan sebagai agen motivasi kepada pelajar. Ini adalah kerana rekabentuk kursus

yang ingin disampaikan melalui web boleh mempengaruhi motivasi pelajar. Rekabentuk

kursus yang disampaikan seharusnya mempunyai kepelbagaian, berkaitan dengan

maklumat, mencabar dan memberikan hasil yang positif kepada pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Internet menjadi sebahagian dari kelengkapan sekolah terutamanya di sekolah

bestari seawal Januari 1999 di Malaysia. Sepatutnya, semua sekolah menengah akan

mendapat akses ke internet tahun 2000. Sehingga kini, boleh dikatakan kebanyakan

sekolah bandar dilengkapi dengan kemudahan komputer tetapi bukan semuanya

memiliki sambungan kepada internet. Oleh itu, cabaran masa kini dan akan datang

dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk

kaedah pembelajaran dan pengajaran. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan

mengakses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran dan pengajaran

secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

3

dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran

pembelajaran.

Tidak ramai pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang

menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan

bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran

elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah.

Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap

penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah

UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan

memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan

kemahiran. Menurut Charp (1999) lagi, ramai guru tidak yakin dengan diri sendiri untuk

menggunakan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun

mereka telah mempelajarinya semasa berada di universiti ataupun maktab.

Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan pertumbuhan 10 peratus setiap hari,

halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya (Saharani et al.

2005). Walaupun begitu, didapati bahawa banyak halaman web pendidikan yang

dibangunkan oleh syarikat swasta yang cantik lagi canggih adalah kurang

mengaplikasikan pendekatan atau teori pembelajaran dan falsafah rekabentuknya banyak

berasaskan nilai komersil. Perisian seperti ini adalah kurang sesuai, tidak bermutu tinggi

dan tidak menepati kehendak atau objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ow, 2000).

Selain itu, laman web sebagai ciri internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkait

rapat dengan isu kos. Penyenggaraan laman web memerlukan pembiayaan dan dengan

itu penyedia laman web terpaksa menampung kos dengan membenarkan pengiklanan di

lamannya. Ini memberikan masalah dari segi carian. Search engine masa kini masih

tidak mampu untuk menyisihkan laman-laman web yang kurang relevan semasa carian.

Tumpuan pengguna, lebih-lebih lagi pelajar yang kurang serius akan terpesong ke

laman-laman web yang tidak bermanfaat semasa proses carian. Justeru, tanggungjawab

menhasilkan perisian tidak seharusnya dilepaskan kepada pakar komputer sahaja kerana

mereka tidak arif dalam pedagogi (Mohd. Jasmy et al. 2001).

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

4

Oleh yang demikian, penyelidik akan membangunkan satu laman web yang

mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia untuk memberangsangkan proses

pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk belajar subjek

ini. Merujuk kepada permasalahan di atas, pembelajaran menerusi web seharusnya perlu

mengaplikasikan reka bentuk pembelajaran dengan pendekatan instruksi yang

bersesuaian. Berdasarkan kepada kajian literatur, didapati salah satu pendekatan

pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar belajar dalam situasi seperti

keadaan sebenar adalah seperti yang dicadangkan oleh Herrington (2000) iaitu

penggunaan pendekatan pembelajaran autentik.

1.3 Pernyataan Masalah

Teknologi multimedia berkemampuan untuk mengembangkan daya imiginasi,

kreativiti, fantasi dan emosi pelajar ke arah yang lebih baik. Bahan pengajaran

pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai suatu alat

kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif,

penyelesaian masalah dan pembelajaran (Rio, 1999).

Walau bagaimanapun, pada masa kini pembelajaran dan pengajaran Bahasa

Pengaturcaraan (SPM 3122) dari Fakulti Pendidikan hanya melalui ceramah dalam bilik

kuliah serta latihan amali di bilik komputer. Tidak terdapat laman web yang

dibangunkan mengenai tajuk ini sehingga kini sebagai alternatif mempelajari subjek ini.

Tambahan pula, tahap kebolehan pelajar yang berbeza dalam membentuk konsep

memerlukan pertolongan dan bimbingan pensyarah. Ini mengambil masa yang lama dan

memerlukan latihan berulang kali untuk mencapai objektif pengajaran. Akan tetapi

masa yang terhad tidak mengizinkan semua pelajar diberi perhatian yang sama dalam

kuliah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan berlaku secara

serentak di antara semua pelajar. Ini kerana pelajar yang lemah tidak mendapat rujukan

alternatif seperti menerusi laman web selepas kuliah. Untuk mengatasi masalah ini,

penyelidik membangunkan satu laman web berasaskan reka bentuk persekitaran

Page 22: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

5

pembelajaran autentik mengenai tajuk pembelajaran pengaturcaraan HTML: navigasi,

bingkai, komponen web dan kesan khas dinamik untuk memudahkan proses pengajaran

dan pembelajaran. Pembelajaran autentik ini memberi peluang kepada pelajar belajar

dalam situasi seperti keadaan sebenar iaitu dalam kajian pembangun akan menggunakan

antaramuka dalam perisian Microsoft Office FrontPage itu sendiri sebagai salah satu

penerapan pembelajaran keadaan sebenar. Dengan bantuan laman web ini, tugas

pendidik adalah sebagai fasilitator kepada pelajar dan pembelajaran kendiri pelajar dapat

dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

1.4 Objektif Projek

Kajian ini terbahagi kepada tiga objektif yang utama iaitu:

i. Membangunkan sebuah prototaip laman web bagi pelajar yang mengambil

subjek Bahasa Pengaturcaraan III (SPM 3122).

ii. Membangunkan sebuah prototaip laman web pendidikan berasaskan

pembelajaran autentik bagi pembelajaran pengaturcaraan HTML.

iii. Mengimplimentasikan elemen multimedia dalam prototaip laman web ini.

1.5 Skop Projek

Laman web pembelajaran ini dibangunkan bagi penggunaan pelajar-pelajar dari

Fakulti Pendidikan tahun tiga yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan III (SPM

3122) mengenai penggunaan navigasi, bingkai, komponen web dan kesan khas dinamik

untuk pembangunan web. Pelajar kumpulan ini telah didedahkan pengetahuan mengenai

Bahasa Pengaturcaraan I (SPM2102). Justeru itu, laman web ini juga sesuai untuk

sesiapa sahaja yang berminat dalam pengaturcaraan HTML. Pembangunan laman web

Page 23: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran pembelajaran autentik bagi asas pengaturcaraan html dalam microsoft frontpage .

6

ini hanya ditumpukan kepada empat ciri-ciri yang terkandung dalam pembelajaran

autentik kerana ia merupakan sebuah prototaip laman web bagi pembelajaran subjek ini.

Antara ciri-ciri yang digunakan adalah:

a. Membekalkan konteks autentik yang menggambarkan cara pengetahuan

diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

b. Membekalkan aktiviti autentik

c. Membekalkan peranan dan perspektif yang pelbagai.

d. Membekalkan bimbingan dan scaffolding daripada guru pada masa yang

kritikal.

1.6 Kepentingan Projek

Menurut Selwyn (1997), kajian yang menganalisis apa yang berlaku dalam

pembelajaran berbantukan teknologi dan apa yang cuba dibangunkan oleh pengguna,

adalah lebih baik dilakukan berbanding yang hanya melakukan kajian untuk meramal

hasil yang diperoleh dari pembelajaran tersebut. Selaras dengan kemajuan teknologi

yang pesat ini, golongan pendidik, guru dan pelajar perlu tahu cara mengendalikannya

dalam merekacipta, membina dan membangunkan sumber teknologi dalam membantu

proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan ini memberikan kepentingan

kepada golongan-golongan yang terlibat di dalam sistem pendidikan terutamanya pelajar

dan pensyarah dari institusi pengajian tinggi.

1.6.1 Pelajar

Melalui laman web ini, pelajar didedahkan pengetahuan dalam penggunaan

teknologi maklumat. Mereka mempunyai alternatif untuk belajar bila-bila masa sahaja