Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

21
TAJUK: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur Apakah pembangunan mampan ? Pembangunan mampan ialah “ pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. “ Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan social dan alam sekitar. EKONOMI SOSIAL ALAM SEKITAR PEMBANGUNAN MAMPAN

Transcript of Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Page 1: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

TAJUK: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Apakah pembangunan mampan ?

Pembangunan mampan ialah “ pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa

hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi

kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. “

Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan

keperluan-keperluan social dan alam sekitar.

EKONOMIEKONOMI

SOSIALSOSIAL ALAM SEKITARALAM SEKITAR

PEMBANGUNAN

MAMPAN

PEMBANGUNAN

MAMPAN

MENGIMBANGI PEMBANGUNAN EKONOMI DENGAN KEPERLUAN SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Page 2: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

DEFINISI PEMBANGUNAN MAMPAN

Mengikut Brundtland Report 1987 :

Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang

tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan

harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan

bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White

& Whitney, 1992) Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial,

keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara

untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu,

aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan

aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David drakakis-

smith, 1995)

Definisi pembangunan mampan antarabangsa

Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987)

mendefinisikan pembangunan mampan sebagai.“pembangunan yang membolehkan generasi semasa

memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang bagi memenuhi

keperluan mereka”

Definisi Pembangunan Mampan

Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commissionon Environment

and Development (WCED), 1987, pembangunan mampan adalah : “ Pembangunan yang

memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan dating untuk

Page 3: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

memenuhi keperluan mereka “ Satu penekanan utama yang disarankan dalam dasar pembangunan

mampan ini ialah masyarakat dunia mestilah hidup dalam had daya tampung (carrying capacity) planet

bumi Walaupun terdapat beberapa definisi yang berbeza tetapi dalam kesemua definisi ini terdapat satu

tema yang dikongsi bersama iaitu alam sekitar (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan

(equity)

Aspek-aspek kemampanan untuk tujuan perancangan dan Kemampanan Ekologi dari segi Kemampanan

Ekonomi, Kemampanan Sosial, Kemampanan Budaya, Kemampanan Pertanian; Kemampanan Alam

Sekitar dan Kemampanan Bandar.

Akta-akta berkaitan(pembangunan lestari/mampan)

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

-pencemaran udara (seksyen 20)

-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)

-pencemaran tanah (seksyen 24)

-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)

-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan

simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang

mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

5. Akta Perikanan 1985

Indikator Pembangunan Lestari Mengikut Perspektif Malaysia

Page 4: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Berdasarkan Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan

Malaysia Ke-7 (GOM 1996). Antara langkah – langkah yang telah dimulakan semasa Rancangan

Malaysia ke-7 (1996 – 2000) ialah bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara

lestari.

Menurut Rancangan Malaysia Ke-7 terdapat suatu keperluan bagi mengukuhkan pangakalan data alam

sekitar (environmental database) dan sistem maklumat (information systems) dan ini menggambarkan

hubungan antara alam sekitar dan pembangunan lestari dan membangunkan indikator bagi mengukur

kelestarian pembangunan bertujuan bagi menyediakan pengukur untuk memantau dan menilai kemajuan

kearah pembangunan lestari di Malaysia.

Konsep Pembangunan Lestari juga berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma dan nilai yang

cenderung berkembang di dalam tradisi dan budaya, dan juga berhubung dengan perbezaan alam sekitar

geografi yang sudah tentu mempunyai lingkungan khusus.

Saranan dalam Agenda 21 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu, yang mana pembangunan

indikator boleh diharmonikan dengan koordinasi yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN).

Walaupun Malaysia telah menyertai inisiatif yang di taja oleh UN bagi membangunkan indikator –

indikator pembangunan lestari, namun ia telah memilih untuk meneruskan formulanya tersendiri dengan

mewujudkan metodologi sendiri dan indikator – indikator yang dipilih mempunyai refleksi yang amat

rapat dengan keupayaan dan keperluan sebenar negara.

Penggunaan indikator dalam perancangan agak biasa digunakan sebagai contoh, kadar literasi, akses

kepada penjagaan kesihatan, nisbah doktoratau populasi dan sasaranya, selalu digunakan sebagai indikator

dalam pembangunan 5 tahun Rancangan Malaysia.

Page 5: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Secara umumnya inidkator seperti keluaran dalam negara kasar dan pengukuran setiap sumber –

sumber dan aliran pencemaran tidak menyediakan indikator yang mencukupi bagi kelestarian.

Indikator bagi pembangunan lestari adalah amat diperlukan bagi membuat keputusan yang kukuh dan

berasas pada semua tahap kerajaan, maklumat kepada awam dan kemajuan pemantauan ke arah mencapai

objektif penyeliaan sendiri kelestarian.

Pembangunan dan pemilihaan indikator untuk digunakan harus dipertimbangkan dengan penjagaan

ekstrim supaya ia secara tepat memberikan refleksi kepada status pembangunan lestari.

Indikator bukanlah pengakhir bagi sesuatu perkara, tetapi hanya sebagai alat untuk membantu bagi

mengukur kemajuan atau memberi gambaran bagaimana sesuatu perkara berada dalam suatu tempoh

masa. Indikator – indikator pembangunan lestari adalah menyediakan kaedah untuk mencartakan

kemajuan kearah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam

bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan sesbuah negara.

Antara Usaha Global untuk membangunkan indikator pembangunan lestari Keperluan dalam usaha

untuk menumpukan dan mengharmonikan indikator – indikator pembangunan lestari telah meningkat

semasa sesi pertama Suruhanjaya Mengenai Pembangunan Lestari PBB (CSD).

INDIKATOR BARU UNTUK MEMBEZAKAN KEMAJUAN DESA DAN KEMAJUAN BANDAR

KOMPONEN KEMAJUAN DESA KEMAJUAN BANDAR

Humanware

Kebolehan manusia seperti pengetahuan bahasa inggeris, berpengetahuan komersial, berpendidikan universiti serta vokasional.

Kebolehan manusia seperti daya inovasi, kemahiran pengetahuan, berdikari, kreativiti, pengalaman, minat dan tumpuan berdaya saing.

Technoware Kemudahan seperti air, elektrik, telefon dan gas, memiliki komputer peribadi dan memiliki kenderaan pengangkutan

Kemudahan infrastruktur yang ada seperti kelengkapan teknologi maklumat, kelengkapan telekomunikasi

Page 6: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

seperti lori, kereta, jip dan mesin generator atau jentera. Serta kelengkapan pengawalan dan penyuburan pertanian dan penternakan para petani.

dan penyiaran. Antaranya seperti komputer, elektronik, telefon mudah alih, satelit dan sebagainya.

Inforware

Maklumat yang diperolehi adalah dari para cendekiawan, dokumentasi, latihan dan kursus termasuk maklumat dari teknologi maklumat serta menonton rancangan pertanian di televisyen serta mendengar rancangan pertanian di radio.

Maklumat atau fakta yang didokmentasikan seperti carta, blue print dan spesifikasinya. Ianya juga merupakan sumber maklumat, penggunaan maklumat, cara kepekaan terhadap kandungan maklumat tersebut.

Orgaware

Penglibatan pertanian sepenuh masa menyertai program 21 dan pertubuhan peladang kawasan serta keaktifan berpersatuan seperti JKKK,PKK, Jawatan Kuasa Pertanian dan Penternakan.

Rangka kerja organisasi seperti sistem pengurusan teknologi dan maklumat, penyelidikan dan pembangunan bidang tugas, fail kerjaya dan sebagainya. Ini termasuklah sistem organisasi sama ada close-close, open-close atau open-open.

Sumber: (M. Razali & Fashbir 2000) dan (M. Razali & Yahaya 2003)

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM MENGUKUR PEMBANGUNAN MAMPAN/LESTARI

Untuk Siapa Pembangunan diadakan.

Individu/ Masyarakat. Pendapat individu/ masyarakat diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan

program-program untuk meningkatkan kualiti hidup individu/masyarakat di Malaysia. Selain itu juga

Pihak berkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan - keperluan individu/masyarakat

setempat. Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi adalah menjadi pengukur di

dalam pembangunan lestari ini. Akhir sekali kita perlu meningkatkan rasa bangga, cinta dan

tanggungjawab kepada alam sekitar ayang ada pada di sekeliling masyarakat. Persatuan/Syarikat/Sektor

Swasta. Mendedahkan kepada masyarakat dan sektor swasta berkenaan dengan isu-isu berkaitan

pembangunan mampan/ lestari. Selain itu juga bagi menjelaskan bahawa pembangunan mampan/lestari

adalah tanggungjawab bersama.

Page 7: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Wakil Kerajaan. Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. Selain itu

juga bagi meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat

kepada semua. Akhir sekali ialah, mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan

tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan,

kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan

wawasan strategik.

Tujuan Pembangunan

Ketelusan dan Kerjasama. Masyarakat telah diberi peluang sepenuhnya dan digalakkan untuk

melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan mengenai pembangunan pada pelbagai

peringkat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan. Selain itu juga proses membuat keputusan yang

berkaitan perlu dilakukan secara tulus dan telus dan matlamat akhir ialah untuk mengukuhkan

penglibatan, tanggungjawab dan peranan pelbagai kelompok dari pelbagai peraingkat masyarakat

berasaskan kepada proses perancangan, pelaksanaan, pengurusan dan keputusan.

Perkongsian Pintar. Perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan

semua pihak masyarakat dalam seluruh aspek dan asas untuk mengeratkan integrasi pelbagai pihak yang

mempunyai kepentingan dalam menjurus kepada pola pembangunan mampan.

Tanggungjawab Bersama. Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak

masyarakat berperanan dan berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan memantau

pembangunan mampan dan berdasarkan pada matlamat, objektif dan aspirasi yang jelas untuk manfaat

dan kesejahteraan bersama.

Pendekatan Menyeluruh. Perkara ini perlu dilihat dan dikekati sebagai suatu kerangka yang

berdasarkan proses masalah tersebut dan bukan pada kesan masalah. Kesatuan Ekosistem. Alam sekitar

Page 8: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

dilihat sebagai suatu ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dan

sumber asli dan jika digunakan dengan bijaksana akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan dan

keselamatan sosial.

Keharmonian Masyarakat. Sentiasa mengutamakan keharmonian dan toleransi antara kaum, prihatin

terhadap golongan warga tua, remaja, kanak-kanak dan masyarakat kurang upaya dan tanpa membezakan

jantina, taraf sosio-ikonomi dan penduduk antara bandar dan luar bandar.

Mengambil Berat Terhadap Masa Depan. Merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurus

sumber-sumber semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan pilihan-pilihan pengurusannya oleh

generasi akan datang di masa hadapan dan pembangunan yang menekankan penggunaan sumber asli

secara mampan dan menitikberatkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar.

Bentuk dan Isi Pembangunan

Bangunkan indeks dan prestasi alam sekitar. Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (IPASM)

diwujudkan bagi mengetahui sejauh mana pencapaian alam sekitar negara dalam konteks pembangunan

lestari. Indeks boleh difahami sebagai pendekatan sistematik yang memberi nilai bagi mewakili sesuatu

tahap perbandingan dan pencapaian. Secara umumnya untuk mengukur pencapaian sesuatu bidang dengan

menggunakan pendekatan indeks, bukanlah suatu yang baru bagi negara. Ia telah digunakan secara meluas

contohnya dalam mengukur indeks inflasi, indeks keluaran dalam negara kasar, indeks pengangguran dan

indeks kualiti hidup. Terdapat beberapa indeks yang berkaitan dengan alam sekitar diwujudkan

dikebanyakan negara antaranya ialah Indeks Pencemaran Udara, Indeks Kualiti Air Sungai, Indeks

Pembangunan Lestari (Environmental Sustainability Index), Indeks Kebolehterancaman Alam Sekitar

(Environmental Vulnerability Index) dan Greendex.

Page 9: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Terdapat tiga potensi dan kelebihan yang perlu di manfaatkan oleh Malaysia untuk membangunkan

indeks prestasi alam sekitarnya sendiri. Pertama ialah, kewujudan institusi pengajian yang mengadakan

program penyelidikan mengenai alam sekitar. Terdapat lebih kurang 13 IPTA yang menawarkan program

yang berkaitan dengan alam sekitar. Kumpulan penyelidik dan pensyarah yang terdapat di Universiti

berkenaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan program ini. Kebanyakan saintis di dalam negara

telah diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kajian dan pembangunan boleh dilaksanakan diantara universiti

dan juga agensi kerajaan serta pertubuhan alam sekitar untuk membangunkan IPASM. Kedua ialah,

kekuatan dari sumber data yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara data - data yang boleh digunakan

adalah seperti laporan kualiti alam sekeliling yang mengandungi fakta dan statistik mengenai kualiti air

sungai dan laut, status kualiti udara, serta penjanaan bahan buangan toksik dan berbahaya. Selain itu juga

terdapat laporan - laporan yang dikeluarkan setiap tahun oleh agensi kerajaan yang boleh digunakan

sebagai asas membangunkan IPASM. Ketiga ialah, keseriusan kerajaan dalam melaksanakan program

pemantauan alam sekitar secara berterusan. Ini memberi kelebihan bagi negara untuk menilai indeks

prestasi alam sekitar setiap tahun. Sehingga kini terdapat beberapa agensi kerajaan yang mengadakan

program berterusan bagi memantau segmen alam sekitar utama seperti udara, air, ekosistem hutan dan

tanah tinggi. Pemantauan berterusan memberi maklumat dan data yang penting bagi mengesan sebarang

perubahan yang berlaku terhadap petunjuk - petunjuk alam sekitar yang utama. Ini boleh memberi

gambaran yang jelas mengenai status prestasi alam sekitar semasa.

Pembangunan IPASM di Malaysia sebenarnya dapat membantu memandu arah pembangunan negara

ke arah kelestarian. Terdapat enam manfaat yang boleh diambil oleh pembuat keputusan dan perancang

pembangunan dengan adanya pembangunan IPASM. Pertama ialah, ia mampu mengenalpasti masalah

semasa dan memberikan prioriti kepada isu alam sekitar yang perlu diberikan keutamaan. Kedua ialah,

kewujudan IPASM dapat merekodkan tren kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli. Tren

Page 10: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli mampu dikenalpasti melalui nilai indeks yang telah

dibentuk. Ketiga; ialah, IPASM memberi maklumat tentang keberkesanan langkah yang telah diambil dan

memberikan input bagi melaksanakan penambahbaikan. Keempat ialah, menyediakan perbandingan data

garis dasar dan indeks pencapaian merentasi pelbagai sektor. Kelima ialah, IPASM dapat menyediakan

petunjuk aras kelestarian pembangunan, ini membolehkan negara menetapkan sasaran pencapaian IPASM

ke arah mencapai matlamat pembangunan lestari dan menyelesaikan masalah alam sekitar berasaskan

sektor indikator yang terlibat. Yang terakhir ialah, dengan wujudnya IPASM negara dapat membentuk

satu model polisi pembangunan alam sekitar yang baik dan dapat dicontohi dikalangan negara - negara

membangun.

Cara/Strategi Pembangunan Mampan/ Lestari

Penyertaan Dan Ketelusan. Ia akan melibatkan masyarakat tempatan termasuk swasta, pihakberkuasa

tempatan dan jabatan kerajaan lain dalam semua program Local Agenda 21. Maklumat tentang program

Local Agenda 21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.

Melalui Usahasama. Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak

berkepentingan di semua peringkat program Local Agenda 21. Kebertanggungjawaban. Memastikan

bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil.

Pendekatan Menyeluruh. Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan

cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.

Peka Kepada Keupayaan. Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam

dan selaras dengan keupayaan alam sekitar. Kesaksamaan. Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat

tempatan, tanpa membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang,

diwakili dalam program Local Agenda 21.

Page 11: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Mementingkan Masa Hadapan. Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-

lebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program Local Agenda 21.Hasil Yang Nyata.

Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan

berterusan.

Matlamat Pembangunan Mampan

1) Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui

penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan

kepelbagaian sumber semulajadi. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara

penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.

2. Pembangunan Fizikal

Pembangunan

mampan

Pembangunan

mampan

Penyertaan

politik

Penyertaan

politik

Pemuliharan

sumber

Pemuliharan

sumber

Kualiti alam

sekitar

Kualiti alam

sekitar

Kesaksamaan

sosial

Kesaksamaan

sosial

Pembangunan

fizikal

Pembangunan

fizikal

Page 12: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan

mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. membantu menyedarkan komuniti tentang peluang

yang terdapat di kawasan tersebut.  meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa

kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang

melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai

dan kehilangan pekerjaan.

3. Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan

yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.  mengurangkan atau

mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara

pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.

4.  Kesaksamaan Sosial

Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin

serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial.  mengurangkan

pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu

kawasan.

5. Penyertaan Politik

Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini termasuklah di

dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia mengamalkan system demokrasi

berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan

Page 13: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-perti politik

yang bertanding.

Objektif-objektif Pembangunan Mampan

Terdapat beberapa objektif yang telah ditentukan di dalam pembangunan mampan yang telah di

rancang oleh pihak kerajaan. Objektif ini melibatkan ekonomi, sosial dan juga ekologi yang mana matlmat

ini merupakan garis panduan yang perlu dicapai dan diperolehi di dalam melaksanakan pembangunan

mampan atau lestari.

Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa keteria yang diambil penekanan di dalam

pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan

pertambahan peluang pekerjaan, penggunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar pengganguran

dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat

diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga

adalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini

termasuklah pengagihan sumber yang cekap, dan mangawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.

Objektif yang seterusnnya adalah sosial dimana aktiviti sosial perlulah selaras dengan pembagunan

mampan yang dirancang. Objektif ini melibatkan kuasa yang dipegang oleh pemerintah di dalam

membuat serta menggubal undang-undang, penyertaan daripada semua pihak di dalam aktiviti yang

dilaksanakan di dalam pembangunan mampan, identiti kebudayaan yang harus dikekalkan serta

pembangunan intitusi.

Objekti yang terakhir adalah dari segi ekologi di mana objektif ini menekankan pemuliharaan serta

pemeliharaan alam sekitar agar tidak terjejas. Objektif ini merangkumi keupayaan menampung

Page 14: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

mambangunan yang dirancang serta kepelbagaian di dalam segala bentuk pembangunan agar ekologi yang

telah sedia ada tidak terjejas dan terancam.

Kesimpulan

Secara kesimpulan nya, pembangunan lestari atupun mampan merupakan pembangunan yang

memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dari pelbagai aspek seperti perancangan bandar,

mendapatkan makanan, dan pelbagai lagi tanpa menjejaskan alam sekitar. Pembangunan ini melibatkan

pelbagai pihak antarnya kerajaan yang mengubah serta mengubal dasar bagi menjadikan pembangunan ini

reality yang selama ini digambarkan. Masyarakat juga tidak dapat lari dari menjadikan pembangunan ini

berjaya kerana masyarakat merupakan kelompok mejoriti yang menyokong pelbagai dasar kerajaan bagi

manjadikan alam sekitar yang yang sihat, pihak swasta juga perlulah memandang pembangunan lestari ini

merupakan pembangunan yang mendatangkan kebaikan kepada semua pihak, tanggung jawap koprat

social yang berkaitan dengan pembagunan lestari diharapkan dapat menyedarkan masyarakat tentang

kepentinggan pembangunan lestari ataupun mampan ini.

Pihak kerajaan juga kini mula merancang kempen ini di peringkat kerajaan negeri sebagai contoh

negeri Selangor yang kini giat mempunyai matlamat pembanguna mampan yang tersendiri. ltizam

Pembangunan Mampan Selangor yang dideklarasikan pada 4hb. Jun 1999 merupakan kesungguhan

sebuah kerajaan negeri di Malaysia yang berpandangan jauh dan bertanggungjawab untuk memastikan

pembangunan di Selangor dilaksanakan secara mampan. Negeri Selangor mendokong secara rasminya

konsep pembangunan mampan melalui pelaksanaan Projek Strategi Pembangunan Mampan Selangor dan

Agenda 21 Selangor. Dokumen dasar yang telah dihasilkan ialah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Sekitar

(1999) Stategi Pembangunan Mampan Selangor (2000) Agenda 21 Selangor (2001) Panduan Pelaksanaan

Agenda 21 Selangor (2002)

Page 15: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan seperti contoh kempen kitar semula, cintailah sungai

kita dan banyak lagi. Jika dilihat sejauh manakah keberkesanan serta perjalanan kempen ini yang

dijalankan ini dapat membantu alam sekitar yang kian terceramar. Masyarakat hanya memandang rendah

serta tidak melibatkan diri di dalam pelbagai kempen yang dijalankan, jester pihak kerajaan dan swasta

perlu merancang stategi lagi yang difikirkan sesuai bagi menarik anggota masyarakat untuk menyertai

kempen-kempen yang dijalankan.

SUMBER RUJUKAN

http://www.un.org/esa/sustdev/documents/agenda21/index.htm

Laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commission on Environment and

Development (WCED), 1987,

Laman Web Berita Bernama 6 September 2009

Laman Blog Posted by Aman

INDIKATOR BARU UNTUK MEMBEZAKAN KEMAJUAN DESA DAN KEMAJUAN BANDAR: Sumber: (M. Razali & Fashbir 2000) dan (M. Razali & Yahaya 2003)

http://www.Majlis Pembandaran Pulau pinang.com (matlamat, pengukuran pembangunan mampan negeri pulau pinang)

http:// www.online.pengajian Am 2008/2009

Journal pengguna Malaysia 2008/2009 jilid 4 (pembangunan lestari)

http://www.Unit Pembangunan Mampan Negeri Selangor