Pembangunan modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran

4
______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Ermizam Edni 1 , Muhammad Nazri Abdul Halim 2 , Mohd Shah Yunus 3 , Arfieen Mokhtar 4 Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak, 2010 1 [email protected] 2 [email protected] 3 [email protected] 4 [email protected] ABSTRAK - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mempunyai tujuh teras memberikan amanah dan tanggungjawab kepada warga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya golongan pensyarah dalam membina generasi masa depan negara. Justeru itu, golongan pensyarah mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Pensyarah juga perlu memahami, memberi komitmen dan serta mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab ini. Sehubungan dengan itu, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020. Oleh kerana Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) telah diserapkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan skim perkhidmatan yang baru iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (SPP bil.33/2007) mulai tahun 2008, maka secara automatik PSPTN turut menjadi tanggungjawab pensyarah-pensyarah di politeknik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPTM untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan. Dalam usaha ke arah ini, para pensyarah seharusnya memfokuskan kepada teras kedua PSPTN iaitu menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tugas utama. TERAS KEDUA PSPTN Di dalam bab 4 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menyatakan teras kedua PSPTN adalah penambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia memfokuskan kepada penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran, iaitu menambah baik kurikulum supaya ianya berkualiti, relevan dan dinamik mengikut keadaan semasa. Selain itu teras kedua PSPTN ini juga menekankan tentang pemantauan, penilaian kemajuan prestasi, kualiti kurikulum dan program pengajian secara berterusan dan berkala bagi memantapkan daya saing IPT. Pengiktirafan kepada IPT yang mencapai tahap penarafan kualiti tertinggi juga diberikan kepada IPT yang layak untuk memberikan perangsang kepada warga pensyarah meningkatkan kualiti kerja mereka. Proses pemantapan sistem penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan pelajar harus dilakukan secara berkala untuk meningkatkan pencapaian hasil pembelajaran. Di dalam teras kedua ini juga ada menekankan tentang penyediaan satu mekanisme untuk mencapai sasaran 100,000 penduduk negara mempunyai kelayakan PhD atau setaraf. TANGGUNGJAWAB PENSYARAH DALAM MEMBINA GENERASI MASA DEPAN Tugas dan tanggungjawab pensyarah dalam usaha membangunkan modal insan adalah amat bersesuaian dengan ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia. Menurut Mok (2003), melalui ikrar Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia, pensyarah dan pendidik perlu menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing generasi masa depan ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dab berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui ikrar ini, golongan pensyarah dan pendidik mempunyai tanggungjawab secara langsung terhadap empat golongan iaitu pelajar, ibu bapa pelajar, masyarakat dan negara, serta rakan sejawat dan profesion masing-masing. Pensyarah melalui KPTM perlu menyediakan generasi masa depan negara dengan seluas-luas peluang bagi

description

ABSTRAK - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mempunyai tujuh teras memberikan amanah dan tanggungjawab kepada warga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya golongan pensyarah dalam membina generasi masa depan negara. Justeru itu, golongan pensyarah mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Pensyarah juga perlu memahami, memberi komitmen dan serta mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab ini. Sehubungan dengan itu, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020. Oleh kerana Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) telah diserapkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dengan skim perkhidmatan yang baru iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (SPP bil.33/2007) mulai tahun 2008, maka secara automatik PSPTN turut menjadi tanggungjawab pensyarah-pensyarah di politeknik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPTM untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan. Dalam usaha ke arah ini, para pensyarah seharusnya memfokuskan kepada teras kedua PSPTN iaitu menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tugas utama.

Transcript of Pembangunan modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran

Page 1: Pembangunan modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran

______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

MELALUI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN Ermizam Edni1, Muhammad Nazri Abdul Halim2,

Mohd Shah Yunus3, Arfieen Mokhtar4 Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak, 2010

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

ABSTRAK - Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN) yang mempunyai tujuh teras

memberikan amanah dan tanggungjawab kepada

warga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

terutamanya golongan pensyarah dalam membina

generasi masa depan negara. Justeru itu, golongan

pensyarah mempunyai tanggungjawab yang amat

besar dalam membangunkan modal insan yang

bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan

beretika tinggi selain daripada melahirkan modal

insan yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Pensyarah juga perlu memahami, memberi

komitmen dan serta mempunyai iltizam yang tinggi

dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab

ini. Sehubungan dengan itu, pembangunan modal

insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat

meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke

arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan

berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan

keperluan negara pada 2020. Oleh kerana Jabatan

Pengajian Politeknik (JPP) telah diserapkan di

bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

(KPTM) dengan skim perkhidmatan yang baru iaitu

Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian

Tinggi (SPP bil.33/2007) mulai tahun 2008, maka

secara automatik PSPTN turut menjadi

tanggungjawab pensyarah-pensyarah di politeknik

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPTM untuk

mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan.

Dalam usaha ke arah ini, para pensyarah seharusnya

memfokuskan kepada teras kedua PSPTN iaitu

menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran

yang menjadi tugas utama.

TERAS KEDUA PSPTN

Di dalam bab 4 Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara menyatakan teras kedua PSPTN adalah

penambah baik kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Ia memfokuskan kepada

penambahbaikan kualiti pengajaran dan

pembelajaran, iaitu menambah baik kurikulum

supaya ianya berkualiti, relevan dan dinamik

mengikut keadaan semasa. Selain itu teras kedua

PSPTN ini juga menekankan tentang pemantauan,

penilaian kemajuan prestasi, kualiti kurikulum dan

program pengajian secara berterusan dan berkala

bagi memantapkan daya saing IPT.

Pengiktirafan kepada IPT yang mencapai tahap

penarafan kualiti tertinggi juga diberikan kepada

IPT yang layak untuk memberikan perangsang

kepada warga pensyarah meningkatkan kualiti

kerja mereka. Proses pemantapan sistem penilaian

pembelajaran dan perkhidmatan sokongan pelajar

harus dilakukan secara berkala untuk meningkatkan

pencapaian hasil pembelajaran. Di dalam teras

kedua ini juga ada menekankan tentang penyediaan

satu mekanisme untuk mencapai sasaran 100,000

penduduk negara mempunyai kelayakan PhD atau

setaraf.

TANGGUNGJAWAB PENSYARAH DALAM

MEMBINA GENERASI MASA DEPAN

Tugas dan tanggungjawab pensyarah dalam usaha

membangunkan modal insan adalah amat

bersesuaian dengan ikrar Integriti Perkhidmatan

Awam Malaysia. Menurut Mok (2003), melalui

ikrar Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia,

pensyarah dan pendidik perlu menyedari betapa

besarnya tanggungjawab membimbing generasi

masa depan ke arah pembentukan warganegara

yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dab

berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya

usaha menuju kearah kebenaran dan ke arah

pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang

percaya kepada demokrasi, kebebasan

perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui ikrar ini, golongan pensyarah dan pendidik

mempunyai tanggungjawab secara langsung

terhadap empat golongan iaitu pelajar, ibu bapa

pelajar, masyarakat dan negara, serta rakan sejawat

dan profesion masing-masing. Pensyarah melalui

KPTM perlu menyediakan generasi masa depan

negara dengan seluas-luas peluang bagi

Page 2: Pembangunan modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran

______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak

memperkembangkan potensi diri pelajar tindakan-

tindakan berikut boleh diambilkira:

a. Mempunyai pengetahuan yang lebih luas dan

terkini.

Untuk memastikan pelajar mendapat ilmu

pengetahuan yang lebih luas dan terkini, pensyarah

perlulah terlebih dahulu mempunyai pelbagai ilmu

dan kemahiran terutama dalam kursus yang diajar

dan penguasaan teknologi komputer. Pensyarah

perlu sentiasa mendahului pelajarnya dalam

menimba ilmu pengetahuan. Pelajar juga perlu

dipupuk dengan budaya cintakan ilmu pengetahuan

supaya mereka dapat membudayakan pembelajaran

sepanjang hayat (teras ke-enam PSPTN).

b. Politeknik Penyayang

Konsep “Politeknik Penyayang” menekankan

kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan

kemesraan di antara pensyarah dengan pelajar,

pelajar dengan pelajar serta antara warga politeknik

dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi di

kalangan semua pihak terutamanya bagi tujuan

proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak

sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh pelajar

dapat dihindar dan dibendung (Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 8 / 2001).

Kenyataan Cuepacs di dalam akhbar Utusan

Sarawak bertarikh 17 Disember 2009, yang

meminta semua Ketua jabatan bersikap adil kepada

semua kakitangan jabatannya menyokong konsep

penyayang dan prihatin dalam persekitaran pejabat.

Golongan pendidik juga sepatutnya menjadi contoh

dan tauladan kepada para pelajar dalam penampilan

diri dan imej semasa proses P&P. Ini bersesuaian

dengan arahan Surat Pekeliling “Profesional”

Kementerian Pelajaran Bil. 13/1969,bil. 7/2001 dan

bil. 6/1985.

c. Kerjasama dengan pihak luar

Kerjasama dengan pihak luar seperti melakukan

lawatan ke IPTA-IPTA dan juga syarikat swasta

dapat memberikan pendedahan kepada pelajar

tentang peluang-peluang pekerjaan (latihan

industri) dan bagi pensyarah pula dapat berkongsi

maklumat sesama pensyarah dari IPTA lain samada

di dalam mahupun di luar negara. Ini bersesuaian

dengan teras ke 5 PSPTN iaitu mempergiatkan

pengantarabangsaan. Program mentor mentee juga

boleh dijalankan bagi tujuan menyelia

perkembangan potensi diri pelajar pada setiap

semester

d. Persekitaran selamat

Pensyarah seiringan dengan pihak pengurusan

politeknik perlulah memberi keutamaan kepada

aspek keselamatan dalam sistem politeknik.

Pemeriksaan secara berkala terhadap sistem

pendawaian elektrik, bekalan gas, atau apa jua

sistem yang ada yang boleh mendatangkan bahaya

di kawasan politeknik. Hubungan yang baik perlu

ada di antara pihak politeknik dengan pihak

berkuasa seperti polis, bomba, Jabatan

Pengangkutan Jalan dan sebagainya bagi mengatasi

sebarang masalah yang timbul dengan berkesan.

Konsep politeknik selamat ini perlulah diwartakan

kepada pelajar politeknik berkenaan dan ia hanya

akan dapat dijayakan sepenuhnya dengan semua

warganya mengamalkan tingkahlaku yang boleh

menghindarkan bahaya kepada semua pihak.

e. Pendidikan keselamatan dan perlindungan

diri

Faktor keselamatan dan perlindungan diri pelajar

adalah amat penting. Pendidikan keselamatan

boleh dilakukan oleh pensyarah melalui aktiviti

kelab yang ditubuhkan di politeknik seperti kelab

pencegahan jenayah, pembimbing rakan sebaya,

dan badan-badan beruniform yang lain. Melalui

kelab dan persatuan ini, penyebaran maklumat

berkaitan dengan kemalangan atau jenayah boleh

disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh

pelajar-pelajar.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000

memperingatkan kepada semua warga pensyarah

supaya mengambil langkah-langkah yang positif

dalam usaha memastikan politeknik sentiasa

selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang

tidak diingini seperti pelajar diugut, diculik,

diperkosa, atau penglibatan dengan dadah, serta

perlakuan ala-gengster dan menceburkan diri dalam

kegiatan gangster atau “Triad Society”.

f. Melengkapkan Diri Pelajar Dengan Pelbagai

Kemahiran

Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di

politeknik dapat melengkapkan diri mereka dengan

pelbagai kemahiran. Antaranya seperti pasukan

beruniform dan kelab serta persatuan yang

ditubuhkan di politeknik berkenaan. Selain itu juga,

melalui matapelajaran teknik dan vokasional, kerja-

kerja amali di bengkel dan teori dapat

diseimbangkan. Pihak pengurusan politeknik perlu

menyediakan kemudahan, peralatan dan

infrastruktur yang selengkap mungkin bagi tujuan

ini.

Page 3: Pembangunan modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran

______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak

KESIMPULAN

Jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu

bergantung sepenuhnya kepada kualiti yang ada

pada sumber manusianya. Justeru, agenda

pembangunan sumber manusia perlu diutamakan

dalam proses pembangunan sesebuah negara. Ia

adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap

kemajuan atau kemunduran sesuatu bangsa itu.

Teganya konsep pembangunan modal insan dalam

Islam adalah proses untuk membentuk insan yang

baik dan berguna di dunia dan akhirat.

Sememangnya, inilah yang dijanjikan dalam

firman-Nya yang bermaksud:

“Sekiranya penduduk suatu negeri itu beriman dan

bertakwa, nescaya Kami akan membuka kepada

mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-

limpah berkatnya dari langit dan bumi.” (Surah al-

A’raf, ayat 96).

Agenda Transformasi Politeknik yang hangat

diperkatakan seharusnya menjadi pemangkin

kepada lonjakan berganda kepada sistem yang kita

dukungi bersama dan mula dirasai oleh setiap

warga politeknik. Ia merupakan satu perubahan

besar dalam empat puluh tahun sejarah penubuhan

politeknik. Bermula dengan inisiatif penarafan

politeknik yang dilaksanakan baru-baru ini dan

disusuli pula dengan pemilihan politeknik premier

menunjukan bahawa politeknik kita telah mencapai

tahap kualiti yang membanggakan.

Sistem pengajian tinggi yang sentiasa berubah dan

kompetitif menuntut supaya Institut Pengajian

Tinggi meningkatkan kualiti dengan menambah

baik kurikulum supaya sentiasa relevan dan

memenuhi kehendak pasaran.Walaupun pengajian

tinggi di Malaysia telah berkembang dengan pesat

dari segi jumlah institusi dan pembangunan

infrastruktur yang moden, namun kualiti

pembelajaran masih boleh dipertingkatkan supaya

setanding dengan institusi terkemuka di dunia.

Usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran perlu dilakukan secara bersungguh-

sungguh, melibatkan semua pihak berkepentingan

ke arah kecemerlangan pengajian tinggi. IPT yang

cemerlang akan melahirkan graduan yang

mempunyai keterampilan, berdaya saing dan

kebolehan pasaran di peringkat global. Menyedari

hakikat bahawa kualiti adalah senjata utama dalam

menghadapi persaingan, maka sistem pengajian

tinggi perlu menjadikan kualiti sebagai satu

budaya.

Menurut Portal Rasmi Jabatan Pengajian

Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi melalui

Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pelajaran

Malaysia) akan mengumumkan tiga buah

Politeknik yang terpilih sebagai politeknik premier

pada 25 Februari 2010. Berita ini juga ada

dimuatkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 16

Disember 2009. Secara umumnya melalui proses

Pengajaran dan Pembelajaran, pensyarah perlulah

memberi penekanan yang berkualiti kepada tiga

aspek utama iaitu ilmu, kemahiran dan penampilan

yang unggul bagi melahirkan modal insan yang

mempunyai kepimpinan yang utuh (Towering

Personality) sesuai dengan Falsafah Pendidikan

Negara

Page 4: Pembangunan modal insan melalui pengajaran dan pembelajaran

______________________Seminar Penyelidikan dan Inovas(SPIN 1/2010) Politeknik Kuching Sarawak

RUJUKAN

Mok Soon Sang, 2003. Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. m.s 231.

Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara cetakan pertama 2007. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

http://www.mohe.gov.my

Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, www.jppkk.gov.my

Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran Bil. 13/1969, Pakaian Guru-Guru Di Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985, Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik,

Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan

Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri

Dan Kementerian Pelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000, Menangani

Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 33 tahun 2007,Skim

Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 / 2001, Garis Panduan Pakaian

Guru Ketika Bertgas Di Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 2001, Pemantapan pengurusan

disiplin di sekolah

Al-quran Surah al-A’raf, ayat 96, Al-quran, tajwid dan

terjemahannya, Aiman Establishment.

Utusan Malaysia, 16 Disember 2009. Laman Pendidikan: Tiga

Politeknik Ditransformasi Menjadi Premier.

Utusan Sarawak, 17 Disember 2009. Cuepacs Minta Ketua

Jabatan Bersikap Adil Terhadap Pekerja. m.s 1.