Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek...

download Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

of 7

Transcript of Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek...

  • 8/6/2019 Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

    1/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    1

    Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan Pembangunan

    Pelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

    Nur Izlin binti Azizuddin, Saadiah Binti Hussin

    UNIVERSITI KUALA LUMPUR

    Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)

    [email protected]

    [email protected]

    Abstrak

    Perkembangan sistem pendidikan kini dilihat seiring dengan kehendak untuk melahirkan pelajar-pelajar yang

    bertaraf dunia atau mempunyai world class. Justeru, bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan,

    mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan efektif dilihat merupakan antara salah satu prasyarat di dalam dunia

    pendidikan kini. Kemahiran berkomunikasi adalah merupakan salah satu daripada cabang kemahiran insaniah yang

    wajar diterapkan dalam diri setiap pelajar, terutama sekali kemahiran berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Ini

    adalah bagi memenuhi tuntutan dunia pekerjaan yang rata-ratanya memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran

    berkomunikasi terutamanya di dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar tempatan, terutamanya pelajar Melayu, dilihat

    masih tidak mahir untuk berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris walaupun mereka telah didedahkan dengan

    penggunaan bahasa ini sejak sekolah rendah lagi. Rata-rata syarikat korporat dan multinasional melahirkan rasa

    dukacita di atas permasalahan ini terutamanya semasa temuduga kerja di mana pada masa inilah graduan sepatutnya

    menonjolkan potensi diri mereka. Kebanyakan graduan hadir pada temuduga kerja dengan keputusan peperiksaan

    atau CGPA yang sangat cemerlang di samping mempunyai pengetahuan sedia ada yang mencakupi segala aspek dan

    kehendak yang diperlukan oleh industri pekerjaan yang dipohon. Namun, kesemua itu hilang saat mereka mula

    membuka mulut untuk menjawab soalan temuduga. Graduan-graduan tempatan gagal membuktikan yang

    pengetahuan mereka seiring dengan pembangunan diri mereka. Senario ini juga berlaku walaupun mereka perlu

    berbahasa Melayu, apatah lagi sekiranya mereka dikehendaki menggunakan bahasa Inggeris. Tumpuan kertas kerjaini adalah untuk membincangkan faktor-faktor yang menghalang pelajar-pelajar daripada menguasai salah satu

    daripada kemahiran insaniah ini. Di samping itu, perbincangan juga akan cuba untuk mengupas samada konsep

    modal insan ini dapat diaplikasikan ke dalam pembangunan pendidikan atau pelajar itu sendiri bagi membantu

    pelajar dalam menangani permasalahan ini. Kupasan hasil perbincangan ini diharap dapat membantu para pendidik

    dalam membantu pelajar-pelajar agar lebih bersedia dan mahir untuk bersaing dalam dunia realiti nanti .

    Keywords: kemahiran; berkomunikasi; bahasa Inggeris; insaniah

    1. Pendahuluan

    Kemahiran berkomunikasi adalah

    merupakan salah satu daripada kemahiran yang

    dititikberatkan di dalam pembelajaran. Tidak kirasamada ianya merupakan matapelajaran bahasa

    mahupun teknikal seperti kejuruteraan, perubatan,

    pengurusan ataupun sains, adakalanya guru-guru

    mahupun pensyarah terpaksa merayu, memaksa dan

    mengugut bagi memastikan pelajar-pelajar

    berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti berkomunikasi ini

    merangkumi aktiviti seperti menjawab mahupun

    bertanyakan soalan, melakukan pembentangan

    ataupun pengucapan umum, berdebat, memberikan

    pendapat ataupun hujah-hujah, dan sebagainya,

    Namun, aktiviti-aktiviti seperti ini umumnya

    mendapat sambutan yang dingin daripada pelajar-

    pelajar. Pelajar-pelajar dilihat suka mengambil sikap

    mendengar sahaja tanpa mengharapkan mereka

    perlu melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajarandan pengajaran. Hakikatnya, inilah realiti yang

    sedang berlaku di kalangan pelajar-pelajar di

    Malaysia terutamanya sekali pelajar-pelajar Melayu.

    Situasi-situasi seperti ini sering berlaku bukan sahaja

    di sekolah rendah mahupun menengah, namun senario

    ini acapkali juga berlaku apabila tibanya kelas di

    institusi pengajian tinggi awam, swasta, dan kolej-

    kolej juga.

  • 8/6/2019 Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

    2/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    2

    Senario di atas adalah gambaran mengenai

    apa yang berlaku apabila tiba masanya untuk pelajar-

    pelajar melakukan aktiviti yang memerlukan mereka

    berkomunikasi di dalam pembelajaran. Masalah yang

    berterusan daripada pelajar-pelajar seperti ini

    seterusnya membawa kepada masalah yang lazimnya

    dihadapi oleh kebanyakan daripada mereka setelah

    mereka menjadi graduan lulusan universiti

    terutamanya sekali di Malaysia dan terutamanya oleh

    pelajar Melayu. Masalah utama yang sudah pasti akan

    dihadapi sudah pastinya adalah tidak mahir

    berkomunikasi. Kebanyakan daripada graduan-

    graduan gagal di dalam temuduga kerja yang dihadiri

    di syarikat-syarikat korporat dan multinasional

    gergasi di Malaysia yang sudah tentunya amat

    menitikberatkan kemahiran berkomunikasi ini sebagai

    salah satu kriteria untuk seseorang calon temuduga itu

    diterima sebagai pekerja . Walaupun setiap daripada

    calon temuduga, masing-masing mempunyai

    kelayakan yang mencukupi dari segi kemahiran,

    pengetahuan; dan keputusan peperiksaan semesterakhir yang menentukan kelas ijazah mereka juga

    adalah dari kelas pertama, namun mereka masih gagal

    untuk menunjukkan prestasi yang membanggakan dan

    mengagumkan apabila menghadiri temuduga kerja

    hanya kerana masalah tidak mahir berkomunikasi.

    Senario ini juga dilihat amat

    membimbangkan ditambah pula dengan situasi baru

    yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah iaitu

    penggunaan bahasa Inggeris di dalam matapelajaran

    Sains dan Matematik. Keperluan untuk mengajar

    matapelajaran-matapelajaran tersebut di dalam bahasa

    Inggeris dilihat amat penting bagi menyediakan

    pelajar-pelajar dengan dunia pekerjaan yang dilihatamat mengutamakan penggunaan dan kemahiran

    berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Keperluan

    untuk seseorang itu mempunyai kemahiran

    berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris terutamanya

    di dalam matapelajaran-matapelajaran teknikal juga

    adalah disebabkan oleh persaingan di dalam dunia

    pekerjaan berkaitan bidang itu sendiri. Graduan-

    graduan kita mempunyai kemahiran berkomunikasi

    yang lemah dan gagal bersaing walaupun

    pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknikal

    adalah sangat menyakinkan. Ternyata, mempunyai

    pengetahuan yang tinggi masih belum meninggalkan

    impak tentang betapa hebatnya graduan-graduan

    tempatan kita.

    Kemahiran berkomunikasi terutamanya di

    dalam bahasa Inggeris dilihat amat penting pada masa

    kini bagi membolehkan graduan-graduan di negara

    kita bersaing di peringkat global. Bahasa Inggeris

    mempunyai penggunaan yang amat meluas

    di seluruh dunia. Bagi mewujudkan persaingan dan

    menempatkan diri di peringkat antarabangsa dan

    global, pelajar-pelajar dan graduan-graduan di negara

    kita diihat perlu untuk mempunyai kemahiran

    berkomunikasi terutamanya di dalam bahasa Inggeris.

    Namun, apakah yang menyebabkan pelajar-

    pelajar di Malaysia, terutamanya pelajar Melayu,

    masih gagal untuk menguasai salah satu daripada

    kemahiran insaniah ini? Apakah faktor-faktor yang

    menghalang serta bagaimana dan apakah yang harus

    dilakukan bagi mengubah senario ini?

    2. Kemahiran Insaniah: Kemahiran

    Berkomunikasi

    Di dalam Modul Pembangunan Kemahiran

    Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi

    Malaysia (2006), kemahiran insaniah itu dinyatakan

    sebagai kemahiran generik yang mempunyai kaitan

    dengan kemahiran-kemahiran seperti kepimpinan,

    kerjasama berpasukan, komunikasi dan juga

    pembelajaran berterusan.

    Kemahiran berkomunikasi dilihat merupakansebagai salah satu elemen penting yang terdapat di

    bawah kemahiran insaniah ini. Menurut modul ini

    juga, kemahiran berkomunikasi adalah suatu

    kemahiran yang memerlukan seseorang itu

    berkomunikasi dengan berkesan sama ada di dalam

    bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris, di dalam

    konteks situasi yang berbeza dan juga dengan orang

    yang berbeza.

    Terdapat lapan jenis kemahiran

    berkomunikasi yang telah dinyatakan, iaitu:

    (i) Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuhkeyakinan, secara lisan dan bertulis.

    (ii) Kebolehan mengamalkan kemahiranmendengar yang aktif dan memberi

    maklumbalas.

    (iii) Kebolehan membuat pembentangansecara jelas dengan penuh keyakinan

    dan bersesuaian dengan tahap

    pendengar.

    (iv) Kebolehan menggunakan teknologidalam pembentangan.

    (v) Kebolehan berunding dan mencapaipersetujuan.

    (vi) Kebolehan berkomunikasi denganpeserta komunikasi yang mempunyai

    budaya berlainan.

    (vii) Kebolehan mengembangkan kemahirankomunikasi perseorangan.

    (viii) Kebolehan menggunakan kemahiranbukan lisan.

    ___________________________________________

    Rajah 1: Lapan Kemahiran Berkomunikasi, Modul

    Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk

    Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, 2006.

  • 8/6/2019 Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

    3/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    3

    Jika dilihat kepada kemahiran-kemahiran

    yang dinyatakan di atas, maka jelaslah bahawa

    kemahiran berkomunikasi ini adalah merupakan satu

    aspek yang amat penting di dalam kehidupan

    manusia. Ini adalah kerana, melalui komunikasilah

    kita dapat menguruskan hidup dan mengembangkan

    lagi potensi individu. Di samping itu, melalui

    berkomunikasi juga kita dapat meluaskan

    pengetahuan melalui perkongsian ilmu, pencurahan

    idea, luahan pendapat, persetujuan dan tidak

    persetujuan dan sebagainya.

    Situasi ini amat bertepatan dengan keadaan

    lulusan graduan kita yang didapati mempunyai

    kemahiran-kemahiran yang kurang di dalam jenis

    kemahiran komunikasi yang disenaraikan ini. Rata-

    rata graduan atau pelajar kita dilihat masih lemah dan

    tidak menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran

    yang diperlukan di dalam berkomunikasi.

    Kemahiran-kemahiran yang telah

    disenaraikan ini juga adalah bertepatan dengankehendak pasaran kerja yang sangat teliti dan

    mempunyai kemahiran berkomunikasi adalah

    merupakan salah satu aspek yang penting untuk

    seseorang graduan itu menempatkan diri di dalam

    pasaran pekerjaan yang kompetitif, dan dalam

    konteks di Malaysia, kemahiran berkomunikasi di

    dalam bahasa Inggeris amatlah diberi keutamaan.

    3. Faktor-Faktor Penghalang Pelajar

    Menguasai Kemahiran Berkomunikasi

    Permasalahan kemahiran berkomunikasiterutamanya di dalam bahasa Inggeris sudah

    berulangkali ditimbulkan dan ianya menjadi lebih

    membimbangkan apabila matapelajaran Sains dan

    Matematik mengaplikasikan penggunaan bahasa ini.

    Kerajaan mengambil keputusan sedemikian bagi

    memastikan pelajar-pelajar Malaysia mampu

    bersaing di mata dunia, iaitu dengan menyediakan

    pelajar-pelajar supaya mampu untuk berkomunikasi

    dengan pesaing-pesaing pembangunan yang lain.

    Sungguhpun begitu, perkara ini mula

    membimbangkan bukan sahaja pada pelajar itu

    sendiri namun guru-guru yang terlibat dan juga

    ibubapa yang risaukan sedikit sebanyak ia akan

    menganggu prestasi pelajar-pelajar ini. Namun, tidak

    boleh kita nafikan bahawa pelajar-pelajar kita amat

    lemah di dalam aspek berkomunikasi. Terdapat

    beberapa faktor-faktor yang dilihat menjadi

    penghalang kepada kepada pelajar-pelajar kita untuk

    mahir berkomunikasi.

    3.1 FobiaSindrom fobia atau boleh kita katakan trauma

    seringkali melanda pelajar-pelajar kita apabila tiba

    masa aktiviti yang memerlukan mereka

    berkomunikasi terutamanya di dalam bahasa Inggeris

    dan sudah tentu sekali untuk pelajar-pelajar lemah.

    Bagi pelajar-pelajar seperti ini, situasi yang

    memerlukan mereka berkomunikasi ini amatlah

    menyukarkan dan mereka sebolah-bolehnya

    mengelak daripada terlibat daripada aktiviti

    berkomunikasi ini walaupun akan dibantu oleh guru-

    guru mahupun pensyarah serta rakan-rakan mereka

    yang lain. Melakukan aktiviti seperti berkomunikasi

    ini amatlah menakutkan kepada pelajar-pelajar hanya

    kerana mereka merasakan ianya adalah sesuatu yang

    tidak relevan di dalam konsep pembelajaran. Pelajar-

    pelajar selama ini menganggap peranan mereka di

    dalam kelas hanyalah sebagai tidak lebih daripada

    seorang pendengar tatkala guru atau pensyarah

    mereka berbicara. Keperluan untuk merekaberkomunikasi dilihat tidak perlu dan mungkin ini

    adalah disebabkan mereka tidak mahu dilihat sebagai

    tunjuk pandai dan mereka dilihat lebih rela untuk

    bertanya dengan rakan-rakan sekelas atau sekuliah

    mengenai apa yang mereka tidak fahami. Adakalanya,

    terdapat juga pelajar-pelajar masa kini yang dilihat

    amat berat mulut dan jarang dilihat berkomunikasi

    dengan pensyarah, guru mahupun rakan sekelas

    mereka sendiri. Mereka tidak mahu mengambil

    peluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan

    sekelas mahupun guru atau pensyarah mereka

    walaupun sedar aktiviti-aktiviti seumpama ini

    adakalanya dinilai dengan pemarkahan. Situasi sepertiini dilihat normal di dalam mana-mana kelas

    pembelajaran hari ini. Pelajar-pelajar dilihat lebih

    selesa mengambil penglibatan pasif di dalam aktiviti

    pembelajaran mereka. Situasi ini dilihat

    membimbangkan kerana bagaimanakah situasi ini

    akan berubah apabila bahasa Inggeris digunakan di

    dalam matapelajaran bahasa Inggeris dan Matematik.

    Sudah tentu ianya akan menimbulkan lagi kerumitan

    terutamanya penglibatan pelajar-pelajar di dalam

    aktiviti kelas.

    3.2 Rasa Rendah DiriKebanyakan pelajar Melayu akan

    mempunyai rasa malu untuk berkomunikasi

    terutamanya yang menglibatkan penggunaan bahasa

    Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris ialah bahasa

    orang kaya atau bahasa orang putih. Sekiranya

    dilihat secara umum, rata-rata pelajar bukan Melayu

    seperti Cina dan India

    dan juga kaum Bumiputra seperti dari Sabah dan

    Sarawak, mereka boleh dan mahir berbahasa Inggeris

  • 8/6/2019 Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

    4/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    4

    sesama mereka. Ini mungkin disebabkan gaya hidup

    mereka dan juga cara mereka dibesarkan di dalam

    keluarga masing-masing. Bahasa Inggeris rata-ratanya

    bukan merupakan satu bahasa yang asing di kalangan

    mereka yang bukan Melayu. Malahan bahasa Inggeris

    dilihat penggunaannya merangkumi kepada perbualan

    biasa di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan

    sebaya hinggalah kepada bahasa pertuturan di sekolah

    mahupun di kampus. Di kalangan kebanyakan

    pelajar-pelajar Melayu, mereka menjadi malu dan

    juga mempunyai rasa takut diejek rakan-rakan

    Melayu mereka yang lain sekiranya mereka cuba

    untuk bertutur menggunakan bahasa Inggeris. Namun

    begitu, pelajar-pelajar juga dilihat lemah dalam

    berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia yang

    telah digunakan hampir setiap hari. Ini adalah kerana,

    pelajar kita juga dilihat malu mencuba terutamanya

    apabila mereka diperlukan untuk memberi pendapat

    walaupun mereka dikehendaki menggunakan bahasa

    yang mereka selalu gunakan. Apabila mereka

    mempunyai rasa malu, mulalah timbul perasaankurang minat ingin mencuba dan seterusnya

    keinginan itu akan berkubur begitu sahaja.

    3.3 Kurang Minat MembacaArus pembangunan teknologi zaman ini yang

    semakin rancak dan merangkumi pelbagai

    penggunaan teknologi yang canggih termasuk

    penggunaan internet, PlayStation, chatting, telefon

    bimbit yang serba canggih, 3G dan lain-lain

    menyebabkan rata-rata anak-anak muda atau pelajar

    kurang minat membaca, walhal kegiatan membaca ituboleh dilakukan melalui penggunaan teknologi itu

    sendiri. Bagi mereka, membaca menuntut masa yang

    lebih yang boleh dimanfaatkan dengan perkara-

    perkara lain. Kebanyakan orang berfikir membaca itu

    haruslah dengan mempunyai senaskhah buku di atas

    tangan. Namun, mereka tidak tahu yang mereka

    melakukan aktiviti membaca itu tanpa disedari.

    Duduk di dalam LRT sambil membaca tulisan di

    papan jalan, membaca teks pesanan ringkas,

    membaca majalah hiburan kesukaan mereka, adalah

    juga dikira sebagai membaca. Kurangnya minat

    membaca juga adalah merupakan salah satu faktor

    mengapa pelajar-pelajar kita kurang mahir untuk

    berkomunikasi terutamanya di dalam bahasa Inggeris.

    Bagi memahirkan diri di dalam berkomunikasi

    terutamanya di dalam bahasa Inggeris, pembacaan

    adalah merupakan salah satu kemestian kerana

    melalui pembacaanlah seseorang itu mampu untuk

    menambahkan maklumat dan pengetahuan dan

    melalui pembacaan jugalah seseorang itu boleh

    menambahkan lagi penguasaan tatabahasa dan juga

    kosakata bukan sahaja di dalam

    bahasa Inggeris malahan apa-apa jua bahasa yang

    dipelajari dan seterusnya dapat membantu dalam

    memantapkan lagi kemahiran berkomunikasi

    seseorang individu itu.

    3.4 Bahan Bacaan yang Tidak SesuaiPerspektif ini harus dijelaskan kepada masyarakat.

    Membaca tidak semestinya hanya untuk bahan-bahan

    bacaan berat dan akademik. Namun, untuk menjadi

    pembaca yang baik, mereka seharusnya memilih

    bahan bacaan yang baik dan yang boleh membantu

    mereka dalam meningkatkan penguasaan mereka di

    dalan sesuatu bahasa. Tidak semua bahan bacaan

    ringan itu tidak bagus. Justeru itu, pemilihan bahan

    bacaan yang bagus amatlah penting. Namun, satu lagi

    senario yang kita hadapi ialah mengenai bahan bacaan

    yang tidak mementingkan konsep penulisan itu

    sendiri dan menganggap ianya sebagai hiburan

    semata-mata. Penggunaan bahasa rojak, ejaan yangbercampur-aduk dan tidak betul (terutamanya ejaan

    bahasa Inggeris) akan membantutkan lagi penguasaan

    dan pemahaman mereka terhadap sesuatu bahasa.

    Kadangkala, seseorang individu itu akan terbawa-

    bawa ejaan salah itu di dalam kehidupan seharian

    mereka. Ini boleh mengurangkan lagi tahap

    penguasaan mereka di dalam sesuatu bahasa dan

    seterusnya akan membantutkan lagi penguasaan

    mereka di dalam aspek berkomunikasi. Namun,

    pelajar-pelajar masa kini dilihat amat cenderung

    untuk memilih bahan bacaan yang tidak sesuai. Bahan

    bacaan yang tidak sesuai tidak akan dapat membantu,

    malahan mereka lebih cenderung untukmelakukannya dengan cara yang salah dan seterusnya

    tidak akan dapat membantu pelajar-pelajar mahir di

    dalam berkomunikasi. Pelajar-pelajar seharusnya

    perlu tahu untuk memilih bahan bacaan yang dapat

    membantu mereka untuk meningkatkan lagi

    kemahiran berkomunikasi dan bukannya yang

    menghalang mereka. Selain daripada itu, pelajar-

    pelajar masa kini dilihat kurang berminat untuk

    membaca bahan bacaan yang akan dapat membantu

    merangsang pengetahuan dan seterusnya akan

    membantu mereka untuk berkomunikasi yang lebih

    baik. Remaja-remaja khususnya lebih cenderung

    untuk mengetahui hal perihal artis kegemaran mereka

    daripada mengetahui perkembangan situasi politik

    masa kini, perkembangan dunia dan isu-isu global.

    Pendapat mereka, masa remaja adalah masa untuk

    berhibur dan isu-isu semasa adalah lebih sesuai untuk

    golongan yang lebih dewasa. Mempunyai

    pengetahuan mengenai keadaan hal-ehwal semasa dan

    isu-isu terkini adalah selari dengan keperluan dalam

    kemahiran berkomunikasi. Apabila seseorang pelajar

    itu mampu berkomunikasi dan membincangkan isu-

    isu terkini, ini akan dapat membantu menambahkan

  • 8/6/2019 Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

    5/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    5

    lagi karisma seseorang individu itu dan pelajar itu

    akan dilihat sebagai seseorang yang amat

    berpengetahuan bukan sahaja di dalam hal ehwal

    akademik tetapi juga keadaan semasa.

    3.5 Pengetahuan TatabahasaDi dalam kemahiran berkomunikasi terutamanya yang

    menggunakan bahasa Inggeris, terdapat satu lagi

    faktor yang dianggap amat besar iaitu melakukan

    kesalahan tatabahasa. Disebabkan mempunyai rasa

    takut untuk melakukan kesalahan di dalam

    menggunakan bahasa yang mereka tidak selesa

    gunakan, walaupun mereka berada di dalam kelas

    bahasa Inggeris sebagai contoh, mereka lebih selesa

    untuk berinteraksi dengan guru dan rakan sekelas

    menggunakan bahasa harian mereka. Rata-rata pelajar

    apabila ditanya apakah sebab mereka terlalu susah

    untuk menggunakan bahasa Inggeris di dalam kelas

    bahasa Inggeris mereka, alasan yang diberikan ialahmempunyai rasa takut melakukan kesalahan

    tatabahasa. Penggunaan tatabahasa yang betul itu

    sememangnya amat penting. Namun, apabila

    berkomunikasi secara lisan terutamanya, memahami

    maksud yang disampaikan lebih diutamakan daripada

    memerhatikan kesalahan tatabahasa yang dilakukan.

    Kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Melayu

    sangat bimbang kerana takut ditegur oleh pensyarah

    atau guru dan juga rakan-rakan yang menyedari

    kesalahan mereka. Apa yang penting ialah

    kesungguhan dan keberanian untuk mencuba. Pelajar-

    pelajar tidak mengetahui bahawa, native speaker of

    Englishjuga ada yang mendapat gred C atau F didalam ujian tatabahasa mereka. Namun, hanya kerana

    mereka menggunakan bahasa Inggeris di dalam

    kehidupan seharian mereka dan tambahan bahasa

    Inggeris adalah merupakan mother tongue mereka,

    dengan accentyang digunakan, kita juga tidak sedar

    yang mereka ada melakukan kesalahan tatabahasa di

    dalam komunikasi mereka.

    3.6 LoghatSatu lagi senario yang melanda ialah

    terutamanya bagi pelajar-pelajar yang datang dari

    Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia,

    terutamanya yang datang dari Terengganu, Kelantan,

    Kedah dan sebagainya. Ianya berkenaan dengan

    loghat yang mereka gunakan dan sedikit sebanyak

    menganggu kelancaran mereka dalam berkomunikasi

    menggunakan bahasa Inggeris. Mereka merasa malu

    apabila sering ditertawakan dan mereka merasa

    rendah diri apabila mereka diejek disebabkan oleh

    loghat mereka dicampur dengan bahasa Inggeris

    sebagi contoh. Keadaan seperti ini juga harus diubah.

    Sekiranya ini berterusan ianya juga akan memberikan

    kesan kepada individu-individu tersebut. Kita

    seharusnya memberikan mereka keyakinan untuk

    terus memantapkan lagi kemahiran berkomunikasi

    mereka. Kita tidak dapat mengelakkan perkara seperti

    penggunaan loghat ini kerana ianya sudah sebati

    dengan mereka sejak mereka lahir lagi. Apa yang

    boleh kita buat ialah membantu mereka supaya

    mereka dapat memperbaiki intonasi mereka dari masa

    ke semasa dan seterusnya memperbaiki cara

    berkomunikasi mereka.

    4. Aplikasi Konsep Modal Insan ke dalam

    Penguasaan Kemahiran Berbahasa

    Inggeris

    Pendidikan dilihat memainkan peranan yang

    penting kerana pendidikan dilihat merupakan sebagai

    satu saluran utama untuk menanamkan nilai-nilai

    positif bagi membantu dalam mempertingkatkanpembangunan sosial sesebuah negara. Pendidikan

    perlu menanamkan nilai-nilai positif selaras dengan

    matlamat Wawasan 2020 yang bertujuan untuk

    meningkatkan diri dan menjadikan Malaysia sebuah

    negara yang maju. Bagi mencapai perubahan dan

    kemajuan masyarakat Malaysia perlu mempunyai

    nilai-nilai positif. Ini seperti yang terdapat di dalam

    ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad;

    In another 25 years we will reach the year

    2020. In 25 years, we hope to become a developed

    nation. We want to become a developed nation not for

    material gain alone, but to uphold our dignity. Thereis no struggle more noble than upholding the dignity

    of ones community. We should equip ourselves well,

    prepare the groundwork, acquire good values and

    knowledge so that we can become a truly progressive

    community, comparable with others in whatever

    aspect. We want the Malays to be on par with all

    others in the world

    (Dipetik daripada:News Straits Times, 26 November,

    1988 Ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, 25

    November 1998 dalam Abd Rahim Abd Rashid,

    2001)

    Bagi memastikan seseorang pelajar itu

    membangun adalah melalui pendidikan yang

    diterimanya. Pendidikan yang diterima itu sudah

    semestinya bukan sahaja melalui ilmu yang diterima

    tetapi juga melalui penerapan kemahiran insaniah dan

    juga modal insan yang diaplikasikan ke dalam ilmu

    yang disampaikan. Pembangunan itu mempunyai

    perkaitan dengan pendidikan di mana mereka saling

    memerlukan di antara satu sama lain. Bagi menuju ke

    arah pembangunan, manusia itu sendiri (modal insan)

    adalah merupakan faktor paling utama kerana idea

  • 8/6/2019 Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

    6/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    6

    untuk pembangunan itu akan datang dari pemikiran

    manusia itu sendiri dan mereka yang

    mempraktikkannya untuk mencapai pembangunan.

    Pemikiran dan idea ini sudah semestinya datang

    daripada pendidikan yang menjadi asas untuk proses

    pembangunan itu. Di samping itu, pembangunan juga

    memerlukan pendidikan, yang mana membawa ke

    arah tujuan yang sama.

    Secara umumnya, melalui persoalan

    mengenai permasalahan yang kita dapat lihat,

    penyelesaian sebenarnya ialah datang dari diri

    seseorang (Insan) itu sendiri. Insan yang

    dimaksudkan itu ialah tidak lain dan tidak bukan

    pelajar dan pendidik (Insan) itu sendiri yang dilihat

    merupakan kunci kepada penyelesaian masalah ini.

    Sebagaimana kita menekankan konsep modal insan

    itu penting di dalam pembangunan sesebuah negara,

    maka konsep modal insan itu juga dapat diaplikasikan

    ke dalam membantu pelajar-pelajar atau graduan-

    graduan di Malaysia, khususnya orang Melayu, bagi

    membantu mereka meningkatkan kemahiranberkomunikasi.

    4.1 Modal Insan: Peranan Individu(Pelajar)Secara kesimpulannya, apa yang diperlukan

    oleh pelajar-pelajar yang mempunyai faktor-faktor

    seperti yang telah disenaraikan adalah melalui

    beberapa cara seperti pendekatan psikologi, minat

    dan kesungguhan. Mereka juga harus mempunyai

    keyakinan diri yang tinggi. Mereka sekurang-

    kurangnya perlu menolak tepi rasa malu dan kurang

    keyakinan diri sekiranya ingin berjaya. Sebagicontoh, kita ambil situasi kemahiran berkomunikasi

    di dalam bahasa Inggeris itu sendiri. Bukan untuk

    menyatakan penggunaan tatabahasa yang betul itu

    tidak penting, setidak-tidaknya apabila mereka sudah

    bersedia dan mempunyai keyakinan yang tinggi pada

    diri sendiri, minat untuk menguasai bahasa Inggeris

    itu secara perlahan-lahan akan hadir. Proses

    pembelajaran itu sendiri bukan hanya mengambil

    masa sebulan, dua bulan, setahun dan sebagainya.

    Walaupun kita telah tamat pengajian di universiti,

    proses pembelajaran itu masih berterusan. Ini

    termasuklah kemahiran insaniah yang perlu dikuasai

    oleh setiap graduan kita. Apabila mereka sudah

    mempunyai keyakinan dan minat yang tinggi, mereka

    akan mempunyai lebih semangat, rajin dan rasa ingin

    tahu berkaitan bahasa yang mereka pelajari dan

    seterusnya menguasainya. Apabila semua ini telah

    timbul, dan apabila mereka sudah berkeyakinan untuk

    menggunakan kemahiran berkomunikasi, sudah pasti

    ianya akan digunakan pada bila-bila masa dan

    seterusnya membantu memperbaiki penguasaan

    bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu.

    4.2 Modal Insan: Peranan PendidikPara pendidik juga seharusnya tidak terlepas

    daripada tanggungjawab untuk sama-sama membantu

    pelajar-pelajar memantapkan lagi kemahiran insaniah

    ini. Peranan pendidik(insan) itu juga dilihat penting

    dan sama-sama dapat membantu meningkatkan lagi

    pembangunan seseorang pelajar itu.

    Para pendidik seharusnya menyediakan pelajar-

    pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang dapat

    merangsang kemahiran insaniah ini. Bukan sahaja

    guru-guru bukan bahasa yang harus bertindak aktif di

    dalam hal ini, namun guru-guru bahasa Melayu dan

    bahasa Inggeris terutamanya dilihat boleh sama-sama

    menyediakan aktiviti berkaitan yang boleh

    merangsang kemahiran berkomunikasi pelajar.

    Sebagai contoh, aktiviti role-play atau simulasi

    adalah merupakan salah satu aktiviti yang sangat

    sesuai untuk digunakan bagi merangsang pelajar-

    pelajar terutamanya dalam membantu kemahiranberkomunikasi mereka. Dan yang amat penting,

    aktiviti role play atau simulasi ini bukan sahaja

    boleh digunakan oleh guru-guru bahasa malahan

    guru-guru teknikal sebagai aktiviti kelas mereka.

    Menurut Gaudart (2003), aktiviti seperti ini diihat

    dapat merangsang dan sekurang-kurangnya

    mempengaruhi pelajar untuk terlibat secara tidak

    langsung di dalam sesebuah aktiviti terutamanya

    aktiviti berkomunikasi itu.

    Selain daripada itu, kaedah pembelajaran

    berpusatkan pelajar juga dilihat dapat membantu

    pelajar sekiranya pendidik mahu membantu

    meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasiseseorang pelajar. Pelajar-pelajar harus diberi peluang

    untuk mengemudi corak pembelajaran mereka serta

    dibantu oleh guru mahupun pensyarah yang bertindak

    sebagai fasilitator di dalam kelas. Apabila

    pembelajaran berpusatkan pelajar digunapakai,

    pelajar-pelajar dilihat mempunyai peranan yang lebih

    besar berbanding guru dan seterusnya ini akan

    membantu mereka meningkatkan kemahiran

    berkomunikasi mereka. Sebagai contoh, pelajar-

    pelajar boleh diberikan projek yang memerlukan

    mereka bekerja secara berkumpulan dan berinteraksi

    sesama sendiri. Segala keputusan dan perancangan

    hendaklah dibuat sesama ahli kumpulan dan guru-

    guru mahupun pensyarah hanya akan bertindak

    sebagai penasihat sahaja. Aktiviti seumpama ini, akan

    dapat merangsang minat di samping menjadi tapak

    untuk pelajar melatih diri mereka sendiri di dalam

    berkomunikasi.

    Di samping itu, para pendidik juga dilihat

    sebagai salah satu sumber sokongan dalam memberi

    perangsang dan peringatan itu sendiri kepada pelajar-

    pelajar agar mereka sedar tentang betapa pentingnya

    mempunyai kemahiran seumpama ini demi masa

  • 8/6/2019 Pembangunan Pelajar Ke Arah Modal Insan Terbilang: Perkembangan PembangunanPelajar Dari Aspek Kemahiran Berkomunikasi

    7/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

    7

    hadapan mereka sendiri. Sokongan yang padu

    daripada warga pendidik dilihat amat penting bagi

    meningkatkan lagi mutu kemahiran berkomunikasi

    pelajar-pelajar itu nanti.

    4.3 Modal Insan: Peranan

    Sekolah/Kampus/Universiti

    Di samping pelajar atau guru mahupun

    pensyarah yang terlibat, pihak sekolah mahupun

    universiti/kolej wajar menyediakan ruang agar pelajar

    boleh berkomunikasi melalui aktiviti-aktiviti yang

    disediakan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan

    hendaklah berupaya untuk merangsang dan

    seterusnya membantu pelajar dalam meningkatkan

    kemahiran berkomunikasi mereka.Aktiviti-aktiviti

    seumpama ini boleh dilaksanakan melalui kelab

    ataupun persatuan pelajar ataupun melalu majlis

    perwakilan pelajar, asrama pelajar dan sebagainya.

    Kesimpulan

    Kemahiran berkomunikasi itu dilihat sebagai

    salah satu daripada kemahiran insaniah yang wajar

    dititikberatkan kepada setiap pelajar. Walaupun

    mempunyai pengetahuan yang cemerlang, namun

    sekiranya seseorang individu itu tidak berupaya untuk

    menyalurkannya melalui kemahiran berkomunikasi

    yang berkesan, sudah pasti ianya tidak akan

    memberikan apa-apa pulangan yang

    memberangsangkan. Kemahiran berkomunikasi ini

    juga dilihat amat penting kerana selain menyediakan

    pelajar-pelajar dengan peluang pekerjaan dan bagi

    memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan yang

    berkembang pesat, kemahiran berkomunikasi ini juga

    dilihat dapat membantu seseorang individu itu untuk

    meneruskan kehidupan seharian. Sekiranya kita

    bertindak dengan agresif pasti Malaysia akan menjadi

    sebuah negara yang dapat melahirkan generasi masa

    hadapan yang lebih mantap dan progresif.

    RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

    1. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah

    (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi

    Malaysia, Jabatan Pengurusan Institusi

    Pengajian Tinggi, Kementerian PengajianTinggi Malaysia, Penerbit Universiti Putra

    Malaysia, Serdang, 2006.

    2. Abd Rahim Abd Rashid, Nilai-Nilai Murni

    dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan

    dan Cabaran Alaf Baru, Utusan Publications

    & Distributors Sdn Bhd, 2001

    3. Gaudart, H. English Language Teaching

    Practices, Sasbadi-MELTA ELT Series,

    Sasbadi Sdn Bhd, 2003