PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK...

25
PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK...

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT)

UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4.**Sila tandakan (√ )

Disahkan oleh

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

_________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 490 KG CIK ZAINAL, P.M. DR. ZAIDATUN BT TASIR TAMBAHAN 1, 31200 CHEMOR, Nama penyelia PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: MEI 2009 Tarikh: MEI 2009 .

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

ii  

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ........................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZAIDATUN BINTI TASIR

Tarikh : 3 April 2009

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

iii  

PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT)

UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

iv  

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................................

Nama Penulis : SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT

Tarikh : 3 April 2009

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

v  

Teristimewa buat....

Ayahanda dan bonda tercinta; Haji Md Saat bin Neemat & Hjh Fatimah binti Nong,

adik beradik yang kusayangi; Esah, Hanizah, Mohd Razali, dan Intan Rafizah;

galakan, dorongan dan iringan doa yang berpanjangan sangat dihargai dan

sentiasa berada dalam ingatan.

Untuk PM Dr. Zaidatun binti Tasir;

Sekalung penghargaan di atas segala jasa dan bantuan yang dicurahkan tanpa

mengenal erti jemu dan penat lelah.

Untuk rakan seperjuangan yang dikasihi dan dihormati;

Terima kasih atas segala bantuan, pandangan dan galakan yang diberikan.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

vi  

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya maka dapat saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dikesempatan ini, ingin saya mengucapkan sekalung penghargaan yang tidak terhingga

kepada pensyarah pembimbing, Prof Madya dr Zaidatun binti Tasirkerana jasa dan

tunjuk ajar yang diberikan sepanjang proses menyiapkan PSM ini.

Tidak lupa juga kepada kedua-du insan yang disayangi, ibu bapa saya yang sentiasa

mengiringi setiap lngkah saya dengan doa yang berterusan tanpa mengenal erti jemu.

Walaupun bonda dan ayahanda berada jauh di mata, namun doa dan harapan kalian tetap

dijadikan panduan dan semangat sepanjang pengajian di UTM.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama

memberi idea dan pandangan bernas sepanjang proses pembangunan projek ini.

Akhir kata, ribuan penghargaan kepada pihak yang terlibat secar langsung dan yang

tidak langsung dalam peyemurnaan projek PSM ini.

Sekian.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

vii  

ABSTRAK

Sememangnya diketahui umum bahawa Matematik merupakan mata pelajaran

yang berteraskan kepada bahasanya yang tersendiri. Pembelajaran Matematik peringkat

Menengah Atas (tingkatan empat dan lima) banyak melibatkan istilah Matematik dan

rumus atau formula tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Sejajar dengan

pengeksploitasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan,

pembangunan perisian kamus Matematik dinamik (M-Addict) ini bertujuan

memudahkan pelajar Menengah Atas untuk mencapai maklumat berkenaan istilah dan

formula Matematik. Bagi menghasilkan interaksi yang lebih mesra pengguna, perisian

ini mengintegrasikan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi,

hypermedia, dan interaktiviti. Proses pembangunan perisian ini melalui tiga fasa utama

dalam model Hannafin dan Peck iaitu Analisa Keperluan (Needs Assessment), Reka

bentuk (Design), dan Pembangunan dan Perlaksanaan (Develop/Implementation). Selain

dibangun menggunakan dua perisian utama iaitu Microsoft Visual Basic 6.0 dan

Microsoft Access 2007, ianya juga menggunakan beberapa perisian sokongan seperti

Adobe Photoshop CS3 dan lain-lain. M-Addict mengandungi lebih daripada 300 formula

Matematik Tingkatan Empat dan Lima. Berbanding dengan pencarian maklumat secara

tradisional seperti mencari maklumat dalam sesebuah buku rujukan yang tebal,

penggunaan perisian Kamus Matematik ini menawarkan jangkauan masa capaian yang

jauh lebih cepat. Justeru, pembangunan perisian kamus Matematik dinamik ini

diharapkan dapat membantu mempelbagaikan alternatif bahan sokongan pembelajaran

kendiri sekaligus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses capaian sumber

rujukan.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

viii  

ABSTRACT

Mathematics is already known as a subject that is based on its own language.

Learning Mathematics at upper secondary level (form four and form five) involves lots

of mathematical terms and specific formulae that need to be mastered by students. In

conjunction with the use of Information and Communication Technology (ICT), the

development of this dynamic Mathematics dictionary (M-Addict) seems to be one of the

fast and easy ways to help students to access information related to Mathematics

definitions and formulae. To create more user-friendly interaction, this software

integrated several multimedia elements such as text, graphics, animation, hypermedia,

and interactivity. The development process went through three main phases based on

Hannafin and Peck model, which were Needs Assessment, Design, and Development

and Implementation. The development process of M-Addict involved the use of two

main software, which were Microsoft Visual Basic 6.0 and Microsoft Access 2007, and

also several other supported software such as Adobe Photoshop CS3 and etc. M-Addict

consists of more than 300 mathematical formulae for form four and form five. The use

of this Mathematics dictionary will offer information searching and accessing time better

and faster than a traditional material such as a thick reference book. Thus, it is hoped

that the development of this dynamic Mathematics dictionary will vary the self-directed

learning supported resources and then enhance the efficiency and effectiveness of

accessing process of resources.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

ix  

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Skop / Batasan Kajian 7

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

x  

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Definisi Istilah Operasional 9

1.7.1 Kamus 10

1.7.2 Matematik 10

1.7.3 Perisian 10

1.7.4 Dinamik 11

1.8 Penutup 10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Perkembangan Teknologi dalam Pendidikan 12

2.3 Elemen Multimedia dalam Pendidikan 14

2.3.1 Teks 15

2.3.2 Grafik 16

2.3.3 Animasi 17

2.3.4 Audio 18

2.3.5 Video 19

2.3.6 Interaktiviti 19

2.3.7 Hypermedia 20

2.3.8 Hyperteks 21

2.4 Kajian Keberkesanan Multimedia dalam 22

Pendidikan

2.5 Kajian-kajian Berkaitan Pembangunan Kamus 23

2.6 Kamus Multimedia 24

2.6.1 e-Kamus 5.02 24

2.6.2 BESTA MD-831 25

2.6.3 Kamus University 26

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

xi  

2.7 Perisian Sokongan bagi Pembangunan Kamus 26

Digital

2.8 Penutup 28

BAB II REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Model Reka Bentuk Berinstruksi yang Digunakan 30

dalam Pembangunan Perisian

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 31

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 32

3.2.2.1 Pengumpulan Maklumat 32

Pangkalan Data

3.2.2.2 Reka Bentuk Skrin 33

3.2.2.3 Reka Bentuk Gaya Peneokaan 33

3.2.3 Fasa Pembangunan 34

3.3 Carta Aliran Perisian 35

3.4 Reka Bentuk Aplikasi yang Dibangunkan 37

3.4.1 Reka Bentuk Informasi 38

3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 38

3.4.3 Reka Bentuk Antaramuka / Visual 39

3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan 40

Perisian

3.5.1 Microsoft Visual Basic 6.0 41

3.5.2 Microsoft Office Access 2007 42

3.5.3 Adobe Photoshop CS3 42

3.5.4 Adobe Flash CS3 Professional 43

3.5.5 Audacity 1.2.4 44

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

xii  

3.6 Penyebaran Perisian / Aplikasi yang Dihasilkan 44

3.7 Penutup 46

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 47

4.2 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 47

4.3 Hasil Reka Bentuk Perisian 49

4.3.1 Antaramuka Pembukaan (Splash Interface) 50

4.3.2 Paparan Kata Laluan 50

4.3.3 Antaramuka Utama 51

4.3.4 Paparan Pemilihan Tahap Matematik 52

4.3.5 Antaramuka Persembahan Maklumat 52

4.3.6 Paparan Penerangan Definisi, Formula, 55

dan Contoh

4.4 Penerapan Strategi Pembelajaran Akses Kendiri 57

4.5 Reka Bentuk Interaktiviti 60

4.6 Kemudahan Lain Dalam Perisian 62

4.7 Penutup 65

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan 66

5.3 Masalah yang Dihadapi Semasa Proses 69

Pembangunan Perisian

5.3.1 Aras Kepakaran yang Rendah 70

5.3.2 Kekurangan Pengetahuan dan Pengalaman 71

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

xiii  

5.3.3 Kekurangan Tenaga Pakar 71

5.3.4 Kekangan Masa 72

5.3.5 Kekangan Idea 72

5.4 Kelebihan dan Keistimewaan Perisian 73

5.4.1 Definisi – Formula – Contoh 73

5.4.2 Kemudahan Memanipulasi Data 74

5.4.3 Sistem Keselamatan Data 74

5.4.4 Kestabilan Kod Aturcara 75

5.4.5 Mesra Pengguna 75

5.4.6 Penerapan Elemen Interaktiviti 76

5.5 Kelemahan Perisian 77

5.5.1 Ketiadaan Kemudahan Kotak Carian 77

5.5.2 Masa Pemuatan Program yang Lama 78

(Loading Time)

5.5.3 Kesukaran Memasukkan Formula 79

(Poor Editing Tools)

5.5.4 Kekurangan Pengintegrasian Elemen 79

Animasi

5.5.5 Penilaian Perisian yang tidak Menyeluruh 80

5.6 Komen Terhadap Perisian 80

5.7 Kesimpulan 83

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.9 Penutup 85

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

xiv  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbandingan Had Saiz Data Bagi 27

Beberapa Perisian Pangkalan Data

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

xv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model Hannafin & Peck 30

3.2 Ringkasan Elemen Penerokaan Perisian 34

3.3 Susun Atur Antaramuka Perisian 37

3.4 Susun Atur Visual Perisian 40

4.1 Antaramuka Pembukaan Perisian Kamus 50

Matematik Dinamik (M-Addict)

4.2 Paparan Pengisian Kata Laluan 51

4.3 Antaramuka Utama Perisian 51

4.4 Paparan Pemilihan Tahap Matematik (Form) 52

4.5 Antaramuka Persembahan Maklumat 53

4.6 Urutan (layout) dan Konsep Visual 54

4.7 Antaramuka Persembahan Maklumat Lengkap 55

4.8 Urutan scrolling Definisi-Formula-Contoh 56

4.9 Antaramuka Penyuntingan 57

4.10 Antaramuka Penambahan 58

Istilah – Formula – Contoh

4.11 Antaramuka Penambahan Aras Matematik 59

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

xvi  

4.12 Antaramuka Penambahan Subtopik 59

4.13 Butang Pautan Utama 60

4.14 Mesej Pemberitahuan Terhadap Pengemaskinian 61

Pangkalan Data

4.15 Mesej Meminta Kepastian Pengguna Sebelum 61

Memhapus Data

4.16 Tiga Mekanisma Capaian Kepada Penerangan 62

Istilah-Formula-Contoh

4.17 Paparan Penerangan yang dibuka Serentak. 63

(Penerangan istilah ‘substended’, ‘angle of elevation’,

dan ‘semi-circle’)

4.18 Penetapan Kata Laluan Baru 64

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

xvii  

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN SEBUTAN PENUH

ICT Information and Communication Technology

PSM Projek Sarjana Muda

M-Addict Perisian Kamus Matematik Dinamik versi 1.1

VB Visual Basic

MB Megabait

GB Gigabait

RAM Random Access Memory

CD-ROM Compact Disk – Read Only Memory

CD-R Compact Disk - Recordable

CD-RW Compact Disk - Rewrittable

DVD Digital Versatile Disk

DBP Dewan Bahasa dan Pustaka

ID Identitiy Details

Key ASCII American Standard Code for Information Interchange

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

mantik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat

Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar

pemikiran. Antara lain dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa Matematik telah

lama terbukti sebagai salah satu penyelesai masalah manusia dan komputer sendiri

adalah hasil daripada keajaiban Matematik itu (Khairusy Syakirin, 2007). Cabaran

dalam dunia teknologi kini memerlukan penguasaan dalam bidang Matematik dengan

lebih mendalam yang tidak mengira keturunan, bangsa, agama, mahupun mana-mana

kelompok masyarakat. Setiap unit masyarakat dunia tidak boleh lari dari mempelajari

asas Matematik.

Impak perkembangan dunia Teknologi Maklumat bukan sahaja dirasai dalam

bidang industri, malahan dunia pendidikan juga mendapat banyak faedah daripadanya. 

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

 

Kaedah dan pendekatan pengajaran juga sentiasa dimantapkan mengikut peredaran dan

keperluan zaman. Teknologi multimedia merupakan lanjutan daripada teknologi

maklumat tradisi yang dahulunya hanya berasaskan teks semata-mata kepada suatu

sistem penyampaian dan perkongsian maklumat yang lebih bersifat dinamik dan

menarik (Jamalludin dan Zaidatun, 2005). Ini menunjukkan peranan Sains dan

Teknologi sentiasa dialu-alukan dalam membangunkan dunia pendidikan supaya seiring

dengan kehendak dan kepentingan semasa.

Penggunaan kamus elektronik sebagai medium pembelajaran kini mula menepati

kehendak dan keperluan pengguna yang inginkan pembaharuan berasaskan Sains dan

Teknologi (Berita Harian, 5 April 2008). Justeru, pembangunan perisian Kamus

Matematik adalah merupakan salah satu alternatif baru untuk membantu mempermudah

dan meningkatkan kemahiran Matematik pelajar sekolah khususnya pelajar di peringkat

Menengah. Banyak perisian seumpama ini sebenarnya telah lama dibangunkan namun

keluarannya kurang akibat kadar penggunaan dan penerimaan daripada pelajar yang

agak rendah. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran masyarakat yang dipengaruhi

perkembangan teknologi (Mohamed Pitchay, 2007) menyebabkan aplikasi kamus

berasaskan komputer (computer-based dictionary) banyak dibangunkan bak cendawan

tumbuh selepas hujan. Selain menepati keperluan pembaharuan dan permintaan semasai,

perisian kamus diperkembangkan skopnya daripada terjemahan bahasa kepada bentuk

terjemahan yang lebih meluas. Kamus yang dibahagikan mengikut mata pelajaran

seperti kamus Matematik, kamus Kimia, kamus Ekonomi, dan sebagainya ini dapat

mempermudahkan kumpulan pengguna mencapai maklumat tertentu dalam masa yang

singkat untuk tujuan pengiraan, rujukan, ataupun hafalan.

Antara organisasi lain yang menjadi rujukan pembangunan Kamus Matematik ini

adalah berdasarkan kejayaan kamus Besta MD 831 edaran Syarikat Amiux (M) Sdn Bhd

(Amiux). Kamus elektronik yang didatangkan khas dengan pangkalan kosa kata Oxford,

International English Language Testing System (IELTS), Test of English as a Foreign

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

 

Language (TOEFL) dan Graduate Record Examination (GRE) ini bertujuan membantu

kumpulan pengguna mendalami bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain. Selain itu,

kewujudan sebilangan perisian-perisian e-kamus seperti Kamus University, e-Kamus

5.01, Oxford Pocket Dictionary juga turut menjadi rujukan asas idea pembangunan

Kamus Matematik ini.

Perisian kamus kebiasaannya melibatkan pautan data dalam jumlah yang banyak

dan pelbagai seperti teks, warna, gambar, dan lain-lain. Penyimpanan maklumat dalam

kuantiti yang besar juga selalunya menyumbangkan peratusan yang tinggi untuk

berlakunya konflik antara data. Saiz fail yang besar juga akan menimbulkan masalah-

masalah seperti peningkatan masa yang diambil semasa proses installasi dan capaian

data. Oleh itu, penggunaan sistem pangkalan data memainkan peranan penting dalam

urusan penyimpanan data secara sistematik. Pengurusan suatu pangkalan data yang baik

dan efisyen mampu meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data,

pengintegrasian dan perkongsian data, dan sekaligus mengurangkan penyelenggaraan

program (Jamaluddin dan Zaidatun).

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras yang diajar daripada

Tahun 1 sehingga Tingkatan 5. Malahan Matematik juga menjadi suatu mata pelajaran

yang wajib diambil bagi kebanyakan lanjutan pelajaran. Perkara ini menjadikan hidup

seseorang pelajar sememangnya sudah sebati dengan konsep-konsep asas Matematik.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

 

Walaupun demikian, terdapat juga segelintir pelajar yang melihat Matematik

sebagai salah satu subjek yang sukar untuk dikuasai. Sebilangan daripada mereka

bertanggapan bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang susah sehingga

pembelajarannya menjadi suatu proses yang membosankan. Akibatnya, pelajar ini hilang

minat dan tumpuan dalam pembelajaran Matematik. Terdapat banyak faktor yang boleh

dikaji tentang mengapa pelajar sukar menguasai pembelajaran Matematik di sekolah dan

ianya termasuklah dari aspek individu pelajar, pendekatan pengajaran, psikologi

pengajaran, kurikulum, dan sebagainya.

Tambahan lagi, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diselaraskan

perlaksanaannya dalam Bahasa Inggeris oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai

2003 secara berperingkat-peringkat dari Tahun 1, Tingkatan 1, dan Tingkatan Enam

Rendah. Pengajaran dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya pula dilaksanakan selepas enam

tahun kemudian dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan Enam Atas. Menjadi suatu cabaran

bagi pelajar untuk menyesuaikan diri dalam peralihan medium penyampaian pengajaran

Matematik dari bahasa Ibunda kepada Bahasa Inggeris.

Lazimnya Matematik digambarkan dengan penggunaan dan perwakilan nombor

(Kelab Remaja Lestari, 2007). Realitinya, Matematik bukan sahaja berkisar kepada

nombor malahan ianya adalah suatu pembelajaran yang berasaskan kepada bahasanya

yang tersendiri. Menurut Mat Rofa Ismai (2006), Matematik adalah salah satu subjek

yang bukan sahaja melibatkan aritmetik dan geometri, tetapi juga melibatkan pergolakan

kefalsafahan. Ini menunjukkan pembelajaran Matematik memerlukan disiplinnya yang

tersendiri. Sebagaimana yang diketahui, semakin tinggi tahap pembelajaran Matematik,

maka semakin banyak konsep-konsep pengiraan, formula-formula, definisi rumus, dan

sebagainya. Oleh itu, kebanyakan pelajar perlu menghafal rumus atau formula-formula

Matematik dengan cara memperbanyakkan latihan dan rujukan.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

 

Pelajar selalunya mempunyai teknik-teknik tersendiri dalam menghafal rumus

dan formula-formula Matematik. Adakalanya seseorang pelajar memerlukan banyak

naskah buku-buku rujukan Matematik apabila hendak menyelesaikan masalah

Matematik. Buku-buku rujukan ini digunakan untuk mencari formula-formula yang

sesuai untuk diaplikasikan dalam penyelesaian suatu masalah Matematik. Cara sebegini

ternyata memerlukan ruang masa yang panjang hanya semata-mata untuk mencari rumus

dan formula-formula tertentu. Lebih malang apabila pelajar-pelajar sebegini mempunyai

perasaan yang cepat letih, bosan, dan akhirnya berputus asa sewaktu mencari rujukan.

Oleh itu, antara salah satu jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh

segelintir pelajar ini adalah dengan menghimpunkan kesemua maklumat sebagai senarai

semak atau bahan rujukan untuk pelajar-pelajar ini. Kebiasaannya, dalam menyelesaikan

masalah ini, pelajar kerap membuat nota-nota kecil yang berupa rumus Matematik yang

pelu dihafal. Malangnya, tidak semua pelajar mampu menyediakan nota-nota kecil ini

tambahan pula untuk penghasilannya melibatkan suatu proses penulisan yang rumit dan

memakan masa yang lama. Suatu sistem yang berupaya menghimpunkan kesemua data-

data formula ini seharusnya mampu menyelesaikan masalah dalam menyediakan capaian

rujukan yang pantas. Ini adalah merujuk kepada suatu mekanisme yang melibatkan

aplikasi komputer dengan pengintegrasian sistem pangkalan data.

Kewujudan kamus elektronik dan kamus online dapat mempercepatkan proses

rujukan pelajar berbanding kamus biasa atau buku-buku rujukan yang memerlukan

pelajar untuk mencari helaian tertentu. Dengan kemudahan kamus Matematik

berasaskan komputer ini juga membolehkan pelajar memberi tumpuan yang lebih

kepada latihan dan penyelesaian praktikal masalah Matematik sekaligus meningkatkan

kemahiran menjawab soalan Matematik. Disamping itu, pelajar juga tidak perlu untuk

menyalin semula makna istilah, formula, dan contoh-contoh tertentu dalam penyelesaian

Matematik untuk dijadikan suatu bahan rujukan pantas mereka. Kewujudan aplikasi

kamus seumpama ini dijangkakan dapat untuk menggantikan kaedah rujukan tradisional.

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

 

1.3 Pernyataan Masalah

Kepelbagaian konsep pengiraan dalam penyelesaian masalah Matematik turut

mempelbagaikan formula-formulanya yang juga semakin bertambah seiring dengan aras

atau tahap pembelajaran Matematik di sekolah. Pelajar perlu membiasakan diri mereka

untuk menggunakan kebanyakan daripada formula-formula ini dalam menyelesaikan

masalah-masalah Matematik. Ini bertujuan untuk mengekalkan maklumat mengenai

formula-formula ini dalam ingatan jangka masa panjang mereka.

Setiap pelajar mempunyai teknik atau cara-cara belajar yang tersendiri. Antara

teknik yang paling popular dalam mempelajari subjek Matematik di sekolah adalah

teknik hafalan. Adakalanya mereka ini sememangnya diwajibkan oleh guru-guru untuk

menghafal rumus-rumus tertentu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Teknik

hafalan ini memerlukan pelajar kerap bekerja dengan menggunakan formula-formula

yang hendak dihafal.

Buku-buku rujukan juga merupakan bahan ilmiah yang amat penting bagi

kehidupan seseorang pelajar selain dari buku-buku teks sekolah. Walau bagaimanapun,

tidak semua pelajar dapat menggunakan buku-buku rujukan mereka secara efektif dan

terancang. Masa yang panjang diambil oleh sesetengah pelajar bagi mencari sesuatu

maklumat berkenaan formula-formula Matematik tertentu melalui buku-buku rujukan.

Pengurusan masa pembelajaran yang tidak sekata ini sedikit sebanyak dapat mendorong

kepada terjejasnya pembahagian masa untuk mengulangkaji bagi subjek atau mata

pelajaran yang lain.

Oleh yang demikian, pembangunan kamus yang khusus menumpukan pada

formula dan istilah Matematik adalah amat penting dalam usaha membantu pelajar yang

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M … filePEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA . ... Perpustakaan dibenarkan

 

sukar menghafal rumus Matematik sekaligus meningkatkan motivasi pelajar terhadap

pembelajaran Matematik. Kewujudan data Matematik yang dihimpunkan pada satu

tempat ini juga dapat menjimatkan masa capaiannya.

1.4 Objektif Kajian

Amnya, projek ini bertujuan untuk memperkembangkan penggunaan Sains dan

Teknologi dalam bidang pendidikan. Berpandukan kepada kandungan Sukatan Pelajaran

Matematik bagi sekolah-sekolah menengah di Malaysia, projek ini diharapkan agar

dapat membantu pelajar dalam mencari rujukan-rujukan berkenaan dengan formula-

formula Matematik. Secara khususnya, objektif projek ini ialah untuk membangunkan

suatu kamus Matematik dinamik berasaskan komputer yang lebih interaktif dan

bermanfaat kepada pelajar Menengah Atas iaitu Tingkatan 4 dan tingkatan 5.