PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti...

23
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK IKATAN KIMIA KBSM TINGKATAN 4 TITY MARWANI BINTI MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti...

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN

KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK

IKATAN KIMIA KBSM TINGKATAN 4

TITY MARWANI BINTI MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

TAJUK : PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN LOGIK – MATEMATIK BAGI TAJUK KIMIA KBSM TINGKATAN 4 ♦

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

NAMA : TITY MARWANI BINTI MOHAMED (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 921, LORONG HILIR HUSM, DR ZAIDATUN BINTI TASIR 16150, KOTA BHARU, Nama Penyelia KELANTAN. Tarikh : 12 MAC 2004 Tarikh : 12 MAC 2004

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : …………................................

Nama Penyelia : DR. ZAIDATUN BINTI TASIR

Tarikh : 10 MAC 2004

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

i

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN

KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK BAGI TAJUK

IKATAN KIMIA KBSM TINGKATAN 4

TITY MARWANI BINTI MOHAMED

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………................................

Nama Penulis : TITY MARWANI BINTI MOHAMED

Tarikh : 10 MAC 2004

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

iii

Ku abadikan untuk……..

Allahyarham Mohamed Bin. Husin, abah…..

Harapan dan cita abah telah tertunai sudah

Doa abah yang tak pernah jemu, dikabulkan Allah

Semoga roh abah dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T

Zawiyah Bt. Mustaffa, mama…..

Doa dan kasih sayang mama yang tiada bertepi

Menguatkan semangat dan azam anakmu ini

Menggapai manis kejayaan

Tity Nora, kakakku,

Kamal Syakier dan Tity Nazleen, adik-adikku…..

Kata-kata peransang yang kalian luahkan

Jasa, pengorbanan dan kasih sayang

Tak terbalas sepanjang zaman

Walau intan yang ditaburkan

Teman…..

Kau yang sentiasa memberi peransang

Menghiburkan di kala kekusutanku di perantauan

Gelak tawa, senda gurau dalam kenangan

Semoga perpisahan di hujungnya pertemuan dan kemanisan

Tuhanku…..

Dalam pendakian yang teramat sukar

Ke menara nostalgia ini

Terlalu banyak yang Kau anugerahkan

Terlalu sedikit yang dapat ku balas

Terima kasih semua.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Di kesempatan

ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada

penyelia Projek Sarjana Muda ini, Dr. Zaidatun Binti Tasir yang telah banyak memberi

dorongan, pandangan dan tunjuk ajar disepanjang tempoh penyeliaan projek ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ibu saya dan ahli keluarga yang tidak

pernah jemu memberi sokongan padu dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada

saya selama ini.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan dan rakan-

rakan PSM yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada saya. Segala jasa dan

bantuan kalian tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat,

samada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini.

Wassalam.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

v

ABSTRAK

Terdapat pelbagai model pembelajaran yang boleh dijadikan panduan untuk

guru-guru atau perekabentuk perisian dalam merekabentuk dan membangunkan sesuatu

perisian pendidikan atau perisian pengajaran berbantukan komputer (PBK). Salah satu

daripada model pembelajaran yang boleh diaplikasikan ialah teori kecerdasan pelbagai

oleh Howard Gardner (1983). Dengan itu, perisian multimedia ini dibangunkan

berasaskan salah satu daripada 8 kecerdasan dalam teori tersebut iaitu kecerdasan Logik-

matematik. Perisian Multimedia bertajuk Ikatan Kimia ini dibina khusus untuk para

pelajar tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Kimia di sekolah menengah atas. Ia

merangkumi 4 subtopik iaitu Pembentukan Sebatian, Ikatan Ion, Ikatan Kovalen dan

Sifat Sebatian. Perisian ini juga menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa

perantaraan. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Bahasa Pengaturcaraan

Macromedia Authorware sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian

lain seperti Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D 3.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0,

Adobe Premiere 5.5 dan Macromedia Flash MX. Diharapkan, perisian ini dapat

membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

vi

ABSTRACT

There are many learning style models that can be referred by teachers or

instructional designers in designing and developing any educational software or

computer assisted instruction (CAI) software. One of the learning style models that can

be used is the multiple intelligence (MI) theory by Howard Gardner (1983). Therefore

this multimedia software is designed based on one of 8 intelligences in the theory, that

is Logical-mathematical intelligence. This multimedia software entitled “Chemistry

Bonding” is specifically build for form four students taking the Chemistry subject in

upper secondary school. It covers 4 subtopics of Compound Formation, Ionic Bonding,

Covalent Bonding and Compound Properties. It is also used Bahasa Malaysia as a

medium of instruction. This software has been developed by using the Authoring

Macromedia Authorware 6.0 as the main software, supported by other software such as

Adobe Photoshop 6.0, Ulead COOL 3D 3.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Adobe

Premiere 5.5 and Macromedia Flash MX. Hoping that this software will make teaching

and learning process more effectively.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGESAHAN FAKULTI

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk dan Pendekatan 8

1.6 Skop dan Batasan Projek 10

1.7 Kepentingan Projek 10

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

viii

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Perisian 12

1.8.2 Multimedia 12

1.8.3 Kecerdasan 13

1.8.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 14

1.8.5 Kecerdasan Logik-Matematik 14

1.8.6 Sekolah Bestari 15

1.8 Penutup 15

BAB II SOROTAN PENULISAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Sejarah Perkembangan PBK 17

2.3 Penggunaan PBK di bawah tajuk Kimia 18

2.4 Keberkesanan PBK dalam Proses P&P 20

2.5 Strategi Pengajaran dalam PBK 23

2.5.1 Latih Tubi 23

2.5.2 Tutorial 24

2.5.3 Simulasi 24

2.5.4 Permainan Pendidikan 24

2.6 Teori-teori Pembelajaran dan aplikasinya dalam 25

rekabentuk perisian PBK

2.6.1 Teori Behaviorisme 25

2.6.2 Teori Kognitivisme 26

2.6.3 Teori Konstruktivisme 27

2.6.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 28

2.7 Proses Pembangunan Perisian Multimedia 29

2.7.1 Fasa Analisis Keperluan 29

2.7.2 Fasa Rekabentuk 30

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

ix

2.7.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 30

2.7.4 Fasa Penilaian 30

2.8 Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai di dalam 31

Perisian PBK

2.9 Keberkesanan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam P&P 33

2.10 Penutup 34

BAB III REKA BENTUK PERISIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Model Reka Bentuk Perisian yang digunakan 36

3.3 Pemilihan Perisian yang digunakan untuk hasilkan PBK 39

3.4 Perkakasan Perisian Multimedia 42

3.5 Carta Alir Perisian 43

3.6 Objektif Pelajaran 44

3.7 Isi Kandungan Perisian 44

3.8 Pengaplikasian Pendekatan Kecerdasan Logik-Matematik 45

dalam PBK

3.9 Penutup 46

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Cara Penggunaan Perisian 48

4.3 Struktur asas dan kandungan perisian 49

4.4 Permulaan perisian 50

4.5 Menu Utama 54

4.5.1 Pembentukan Sebatian 55

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

x

4.5.2 Ikatan Ion 55

4.5.3 Ikatan Kovalen 57

4.5.4 Sifat Sebatian 59

4.5.5 Peta Konsep 60

4.5.6 Uji Minda 61

4.5.7 Keluar dari Perisian 64

4.6 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian 66

4.6.1 Teks 66

4.6.2 Grafik 66

4.6.3 Animasi 67

4.6.4 Audio 67

4.7 Penutup 68

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 69

CADANGAN 5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan Perisian 69

5.3 Masalah yang dihadapi dan Kelemahan Perisian 71

yang dibina

5.3.1 Kekurangan Masa 71

5.3.2 Kekurangan Kepakaran 72

5.3.3 Masalah Pelancaran Perisian pada Komputer Lain 72

5.3.4 Subtopik yang Terhad 73

5.4 Cadangan 74

5.5 Kesimpulan 75

5.6 Penutup 77

BIBILIOGRAFI 78 LAMPIRAN 81

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Model Reka bentuk ADDIE 36

3.2 Carta Alir Perisian 43

4.1 Animasi Countdown 50

4.2 Logo “mempersembahkan” 51

4.3 Persembahan Tajuk Perisian 51

4.4 Daftar Pengguna 52

4.5 Butiran Pengguna 52

4.6 Status Penggunaan Perisian 53

4.7 Objektif Pembelajaran 53

4.8 Menu Utama 54

4.9 Isi Pelajaran Pembentukan Sebatian 55

4.10 Menu Ikatan Ion 56

4.11 Aplikasi Soal jawab 56

4.12 Simulasi Pembentukan Ikatan Ion 57

4.13 Menu Ikatan Kovalen 58

4.14 Aplikasi Perbandingan Maklumat 58

4.15 Menu Sifat Sebatian 59

4.16 Simulasi Sifat Sebatian Kovalen 59

4.17 Isi Pelajaran Perbezaan Sifat Sebatian Ion dan Kovalen 60

4.18 Aplikasi Penemuan Sendiri dalam Peta Konsep 61

4.19 Menu Soalan Uji Minda 61

4.20 Respon Positif bagi jawapan betul 62

4.21 Respon Negatif bagi jawapan salah 62

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

xii

4.22 Paparan Markah bagi Soalan Objektif 63

4.23 Soalan Padanan 63

4.24 Pengesahan Keluar 64

4.25 Penghargaan 65

4.26 Paparan terakhir 65

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Carta Alir Perisian 81

B Isi Kandungan Pelajaran Ikatan Kimia KBSM 82

Tingkatan 4

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, era perkembangan teknologi maklumat, IT (Information

Technology) telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan dengan membawa kita ke

suatu dunia yang serba kompleks. Dalam era ini, penggunaan teknologi komputer

khususnya teknologi multimedia juga sedikit sebanyak memberi impak secara langsung

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Hasilnya,

pengajaran yang selama ini hanya berorientasikan sukatan dan berbentuk satu hala kini

semakin berubah kepada pengajaran yang berorientasikan pembelajaran kendiri.

Perkembangan positif ini dilihat sebagai kemampuan negara untuk mengorak langkah ke

hadapan seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Peranan komputer yang dianggap penting dan diperlukan dalam pendidikan masa

kini adalah selaras dan sejajar dengan matlamat dan tujuan kerajaan Malaysia untuk

menggembleng sepenuhnya teknologi terkini. Di samping itu juga untuk

memperkembangkan lagi infrastruktur Multimedia Super Corridor (MSC) yang wujud

ketika ini bagi mencetuskan pengaturan kedudukan yang membolehkan ‘teknologi’

digunakan dalam pendidikan (Abd. Rahman, 1999).

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

2

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya

usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap positif terhadap perkembangan

teknologi. Dengan menggunakan teknologi terkini, budaya persekolahan diubah

daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran,

kreatif dan penyayang (KPM, 1997). Sebagai contoh, pelaksanaan Sekolah Bestari yang

merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi Projek MSC (Koridor Raya Multimedia )

sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan, dan perlaksanaan Koridor Raya

Multimedia. Hal ini ternyata telah membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi

komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem

pendidikan (KPM, 1997).

Teknologi multimedia dalam pendidikan merupakan satu keperluan dalam era

teknologi maklumat. Ia dianggap sebagai “ edutaiment” (education entertainment) dan

“infotaiment” (information entertainment). Selain itu, multimedia juga merupakan

teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio,

teks, grafik dan animasi (Baharuddin Aris, et.al, 2001). Pengaplikasian teknologi

multimedia bukan sahaja boleh menjadikan proses pendidikan satu pengalaman yang

menarik dan menyeronokkan malah, ia juga dapat membantu pelajar memahami sesuatu

konsep pengajaran dengan cepat dan mudah. Selain itu, melalui penggunaan multimedia

dan Internet, pelajar diberi peluang untuk belajar sendiri mengikut kemampuan masing-

masing di samping dapat menambahkan maklumat dan pengetahuan yang sedia ada.

Jika dibandingkan dengan pengajaran tradisional, penggunaan multimedia lebih

berperanan sebagai rangsangan kepada proses pengajaran pada masa kini bagi menjana

minda dan pengetahuan pelajar. Melaluinya, pengajaran boleh berubah menjadi

panduan atau mentor dengan maklumbalas secara interaktif daripada hanya berfungsi

sebagai pembekal maklumat asas dan pemahaman sahaja. Dengan adanya teknologi

multimedia, ia berkemungkinan mencipta sekolah vitual dan sekolah global bagi aplikasi

jarak jauh.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

3

Penggunaan komputer khususnya teknologi multimedia dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain kini sudah menjadi

perkara biasa, malah penggunaannya juga semakin giat dilaksanakan. Guru dan pelajar

mula dilatih untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran. Dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran,

komputer sebenarnya berperanan sebagai tutor atau guru, sedangkan dalam proses

pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar, penerang dan

pemudah cara. Kini semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam

pengajaran berbantukan komputer (Abd. Rahman, 1999).

Pembinaan Perisian pengajaran untuk matapelajaran tertentu terutamanya

matapelajaran Sains seperti Kimia contohnya merupakan salah satu bentuk

pengaplikasian pengajaran berbantukan komputer yang semakin mula mengisi ruang

dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pembinaan Perisian Multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bersesuaian kerana ciri – ciri

teknologi multimedia yang interaktif, menarik, menyeronokkan, memberikan maklum

balas serta- merta dan membolehkan pengajaran dilakukan berulang kali ini dipercayai

dapat memperkembang dan memperkayakan lagi mata pelajaran yang diajar. Malah ia

juga dapat memperbaiki kualiti sesuatu pengajaran.(Baharuddin Aris, et.al, 2001)

1.2 Latar Belakang Masalah

Keperluan kepada sains dan teknologi amat dititikberatkan dalam mencapai

keperluan dalam sistem pendidikan negara. Penguasaan kepada kemajuan sains dan

teknologi memerlukan asas yang kukuh sejak dari awal lagi sama ada di peringkat

sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat lebih tinggi lagi. Penekanan terhadap

matapelajaran Sains telah diberi perhatian dan pelbagai rancangan jangka pendek serta

jangka panjang telah dan akan dirangka bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Namun

begitu masih ramai pelajar yang menganggap matapelajaran Sains adalah satu

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

4

matapelajaran yang sukar, sangat kompleks, rumit dan sukar difahami (Selikin Siasis,

1995). Kimia merupakan salah satu pelajaran Sains yang tidak terkecuali dari tanggapan

negatif tersebut.

Matapelajaran Kimia di lihat sebagai satu cabang ilmu sains yang mengkaji

bahan yang terdapat dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan ini

apabila berinteraksi antara satu sama lain. Ilmu Kimia juga merangkumi bidang yang

amat luas, daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam sesuatu bahan hingga bagaimana

bahan ini bertindak balas menghasilkan bahan baru. (Buni Sunade, et.al, 2001)

Matapelajaran Kimia boleh dianggap sebagai satu matapelajaran yang penting

kerana ianya berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Tanpa disedari atau sebaliknya,

bahan kimia digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita. Pakaian sutera

atau kapas mahupun jaket nilon yang kita pakai semuanya dibuat daripada bahan kimia.

Begitu juga dengan bahan makanan dan ubat-ubatan yang membekalkan tenaga dan

meningkatkan tahap kesihatan kita.

Walaupun kebanyakan isi pelajaran dalam subjek Kimia boleh dikaitkan dengan

kehidupan seharian kita, namun terdapat juga sesetengah isi pelajaran yang kurang

dikaitkan dengan aplikasi kehidupan seharian. Salah satu daripadanya ialah isi pelajaran

dalam tajuk Ikatan Kimia, bagi pelajar Tingkatan 4. Tajuk ‘Ikatan Kimia’ yang

merangkumi 4 subtopik seperti pembentukan sebatian, ikatan ion, ikatan kovalen dan

sifat sebatian ion dan sebatian kovalen ini kurang dikaitkan dalam kehidupan seharian

memandangkan isi pelajaran tersebut terlalu abstrak dan tidak nampak secara konkrit.

Hal ini menyebabkan kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai isi pelajaran ini secara

keseluruhannya, terutamanya bagi pelajar sains peringkat sederhana di sekolah atau di

peringkat pengajian tinggi (Zol Azlan Hamidin, 2000). Fenomena ini berlaku kerana

pelajar terpaksa menyediakan diri mereka dari segi mental (kognitif), fizikal

(psikomotor) dan bermain-main dengan sentimen dan emosi (afektif) yang tinggi bagi

membolehkan mereka ‘menempuh’ pelajaran sehingga tamat (Atan Long, 1982).

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

5

Menyedari akan kemampuan pelajar untuk mengikuti sesuatu pelajaran adalah

berbeza di antara satu sama lain disebabkan faktor fizikal, mental, sosial dan emosi ( Ee

Ah Meng ,1996), maka sumber atau alat bantu mengajar perlu dipelbagaikan bagi

disesuaikan mengikut kemampuan pelajar. Pembinaan Perisian pengajaran untuk

matapelajaran Kimia tingkatan 4 bagi tajuk ‘Ikatan Kimia’ merupakan salah satu

pengaplikasian pengajaran berbantukan komputer (PBK) yang boleh membantu pelajar

dalam memahami konsep dan menguasai isi pelajaran tersebut supaya dapat dilihat

dengan lebih konkrit.

Memandangkan isi pelajaran ikatan kimia berkaitan dengan Sains, maka penulis

memilih pendekatan kecerdasan logik-matematik sebagai satu pendekatan dalam

perisian multimedia ini. Kecerdasan logik-matematik merupakan salah satu daripada

lapan kecerdasan yang dicadangkan oleh Howard Gardner dalam teori kecerdasan

pelbagai (Multiple Intelligences). Pendekatan ini adalah bersesuaian kerana bagi

melahirkan saintis dan pelajar yang ‘celik sains’, kecerdasan logik yang tinggi

diperlukan. Atas kesedaran inilah, perisian multimedia ini dihasilkan bagi memenuhi

dan menepati keperluan isi pelajaran dalam tajuk Ikatan Kimia.

1.3 Penyataan Masalah

Kimia merupakan salah satu cabang matapelajaran Sains yang dianggap susah,

rumit dan sukar difahami oleh kebanyakan pelajar terutamanya pelajar aliran Sains

(Selikin Siasis, 1995). Sebagai matapelajaran yang dianggap susah oleh kebanyakan

pelajar, proses pembelajaran Kimia sering juga dianggap sebagai penghalang bagi

mereka menunjukkan prestasi dan pencapaian cemerlang secara keseluruhannya. Hal ini

mungkin disebabkan oleh prinsip, konsep dan data yang membentuk dan menerangkan

isi pelajaran kimia itu kebanyakannya berbentuk abstrak dan sukar untuk difahami.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

6

Pengajaran sesuatu konsep dalam pelajaran Kimia sebenarnya melibatkan

pergerakan pemeringkatan dua hala iaitu dari konkrit ke abstrak dan juga sebaliknya dari

abstrak ke konkrit. Pemeringkatan dari konkrit ke abstrak merupakan teknik

pembelajaran yang mudah berbanding sebaliknya (Zol Azlan Hamidin, 2000). Sebagai

contoh, pengajaran konsep elektrostatik dapat difahami dengan mudah apabila guru

menunjukkan secara nyata, secara konkrit dan realiti apa yang berlaku kepada cebisan

kertas apabila sebatang jalur ebonit digosokkan dengan kain lembut didekatkan kepada

cebisan kertas itu. Namun begitu, pengajaran tajuk Ikatan Kimia tidak semudah boleh

bergerak dari keadaan konkrit ke abstrak. Hal ini menyebabkan kebanyakan pelajar

sukar untuk memahami topik ini memandangkan ianya memerlukan kepada imaginasi

atau gambaran yang jelas.

Sehubungan dengan itu, penulis berhasrat menghasilkan satu perisian multimedia

menggunakan pendekatan kecerdasan logik- matematik bagi tajuk Ikatan Kimia dalam

matapelajaran kimia Tingkatan 4 bagi menyokong pembelajaran isi pelajaran tersebut.

Bagi memastikan penggunaan perisian multimedia yang dibina benar-benar mampu

menyokong proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Ikatan Kimia bagi menangani

secara adil tahap kemahiran, keperluan dan gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai,

penulis memilih pendekatan kecerdasan logik – matematik sebagai satu pendekatan

dalam perisian multimedia ini.

Pendekatan Kecerdasan logik-matematik merupakan salah satu pendekatan yang

dipilih daripada lapan kecerdasan yang dicadangkan oleh Howard Gardner dalam teori

kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligences) selain daripada kecerdasan verbal-

linguistik, ruang-visual, kinestatik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik.

Tajuk Ikatan Kimia yang dipilih ini merangkumi empat subtopik seperti pembentukan

sebatian, ikatan ion, ikatan kovalen dan sifat sebatian ion dan sebatian kovalen. Dengan

adanya perisian multimedia ini nanti, diharapkan pelajar akan dapat memahami dan

menguasai konsep yang abstrak dalam tajuk Ikatan Kimia dengan lebih konkrit dan

jelas.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileikatan kimia kbsm tingkatan 4 tity marwani binti mohamed universiti teknologi malaysia . ... 3.9 penutup 46 bab iv hasil reka bentuk perisian

7

1.4 Objektif Projek

Tujuan utama projek ini ialah mereka bentuk dan membina satu Perisian

Multimedia berasaskan Kecerdasan Logik- Matematik bagi tajuk Ikatan Kimia dalam

matapelajaran Kimia Tingkatan 4 dengan mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM). Diharapkan dengan terhasilnya perisian ini nanti akan

dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri isi pelajaran di bawah

tajuk Ikatan Kimia yang dimuatkan dalam perisian ini tanpa batasan di samping

membantu mereka mengukuhkan lagi pemahaman konsep dan pengetahuan sedia ada.

Antara tujuan lain perisian ini di bangunkan ialah :

a) Membantu pihak pendidik mencari cara pengajaran yang terbaik bagi

meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran dengan menyediakan pilihan

aktiviti terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

b) Melihat sejauh mana Sukatan Matapelajaran Kimia Tingkatan 4 KBSM yang

digunakan dalam tajuk Ikatan Kimia dapat disesuaikan dengan penggunaan

teknologi Multimedia dan tahap penerimaan umum terhadapnya.

c) Memperkukuhkan apa yang dipelajari di sekolah dengan menyediakan sumber

pembelajaran alternatif (Perisian PBK).

d) Memudahkan pemahaman pelajar berkenaan topik Ikatan Kimia iaitu sesuatu

konsep yang abstrak dapat diterangkan secara lebih jelas dengan bantuan

penggunaan elemen-elemen multimedia.