PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai...

33
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) TAJUK PASTRI LAPIS, BERDASARKAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN TAHUN 1 PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP). SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai...

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) TAJUK PASTRI LAPIS, BERDASARKAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN

MAKANAN DAN PEMAKANAN TAHUN 1 PROGRAM SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP).

SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

PSZ 19: 16 (Pind. 1/ 97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN:

JUDUL:

Saya

mengaku memTeknologi Ma

1. Tesis ada2. Perpustak

sahaja.3. Perpustak

tinggi.4. **Sila tan

_________(TANDAT

Alamat tetapLot 2716, JaKayu Ara P82010 PontiJohor Darul

Tarikh: 24 A

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER(PBK) TAJUK PASTRI LAPIS BERDASARKAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN

MAKANAN DAN PEMAKANAN TAHUN 1 PROGRAM SARJANA MUDATEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

SESI PENGAJIAN: 2005/2009

SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN(HURUF BESAR)

benarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universitilaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

lah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.aan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

aan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

dakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_______________ __________________________ANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

:lan Kolam Air, CIK SARIMAH BINTI ISMAIL,

asong,, Nama Penyeliaan,Takzim.

* Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan saya berpendapat karya iniadalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) TAJUK PASTRI LAPIS, BERDASARKAN KURSUS ASAS

PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN TAHUN 1 PROGRAM

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yangtiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penulis : SITI HASMAH BINTI ABDUL HUSSAIN

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

iii

DEDIKASI

Sekalung Penghargaan ku titipkan,

Buat Ayah dan Ibu tercinta,

Atas segala jasa dan pengorbanan yang tak putus dicurahkan,

Pembakar semangat setiap masa

Demi mencapai cita-cita yang diimpikan.

Sekuntum Kasih

Buat keluarga yang tersayang.

Pendorong diwaktu aku lemah,

Terima kasih atas ketulusan yang telah diberikan.

Buat guru-guru dan warga pensyarah yang amat disanjungi

Pengorbanan dan jasa kalian tidak ternilai

Mendidik aku menjadi insan berguna

Buat sahabat seperjuangan yang dihargai,

Terima kasih atas segenap perkongsian ilmu dan cerita

Perjuangan kita masih jauh dihadapan

Moga kalian beroleh kejayaan di penghujungnya

Juga buat seluruh warga Fakulti Pendidikan UTM

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah segala kesyukuran diucapkan kepada Allah Subhanahu Wataala

serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wassalam kerana dengan limpah rahmat serta keredhaan dan keberkatannya sahajalah

saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan ilmiah ini.

Jutaan terima kasih kepada penyelia dan pembimbing saya iaitu Cik Sarimah

Binti Ismail yang telah memberikan saya ilmu, tunjuk ajar serta kekuatan dalam

menyempurnakan kajian ini sebaik yang mungkin. Sesungguhnya, tanpa dorongan,

sokongan, nasihat dan teguran dari beliau, belum tentu saya dapat menyempurnakan

penulisan ini dengan sebaiknya. Penghargaan juga diberikan kepada Penasihat

Multimedia, Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Mohd Sidek yang telah memberikan

sedikit sebanyak input dan bantuan dalam pembangunan perisian ini. Penghargaan juga

diberikan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga serta rakan-rakan seperjuangan 4

SPH yang juga membantu dalam menyiapkan penulisan ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih diberikan kepada adik-adik 1 SPH sesi

2008/2009 yang membantu dalam penilaian perisian yang dibangunkan serta semua

warga universiti dan mereka yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak dalam

menyiapkan penulisan ini.

Sekian , wassalam.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

v

ABSTRAK

Dalam bidang pendidikan, penggunaan perisian multimedia telah mula

diperkenalkan di peringat sekolah sehingga ke pusat pengajian tinggi. Penggunaan

perisian multimedia ini merupakan salah satu alternatif yang boleh digunapakai dalam

menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar. Ia juga menggunakan konsep

pembelajaran kendiri yang membolehkan pelajar mengulangkaji pelajaran mengikut

masa yang dikehendaki. Sejak kebelakangan ini banyak pihak termasuk guru-guru

sekolah bahkan Kementerian Pendidikan Malaysia juga sering mengalu-alukan

penggunaan teknologi multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah.

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu kaedah pembelajaran yang

boleh diketengahkan penggunaannya. Oleh itu, objektif projek ini ialah untuk membina

sebuah perisian PBK bertajuk “Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Tajuk Pastri Lapis, berdasarkan kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan tahun

satu Program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)” Proses

pembinaan perisian PBK ini mengambil model ADDIE yang mengandungi proses

analisis keperluan, reka bentuk perisian, pembangunan perisian, pelaksanaan dan

penilaian serta pengujian. Di dalamnya juga terdapat panduan pembinaannya di samping

beberapa teori pendidikan. Proses pembinaannya merangkumi perisian Authorware 7.1,

perisian SwishMax serta perisian tambahan lain. Perisian ini membolehkan seorang

belajar tanpa bimbingan pengajar mengikut masa dan tempat yang sesuai dengan

kehendak mereka sendiri. Adalah diharapkan perisian ini dapat digunakan sebagai satu

alat pembelajaran kendiri serta meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam kursus

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan khususnya dalam topik Pastri Lapis. Antara

kandungan yang terdapat dalam perisian ini termasuk Pengenalan Pastri, Langkah

menyediakan pastri lapis, video penyediaan pastri dan uji minda.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

vi

ABSTRACT

In the field of education, the use of multimedia software has been introduced

from primary school up to higher level as an alternative in conveying the subject matters

to students. It uses a self-learning concept allows students to do revision for the subject

matters at their own time and pace. Lately, societies including teachers and even

Ministry of Education have encouraged the use of multimedia technology in the process

of teaching and learning in classroom. Computer Aided Learning (CAL) is one of the

learning methods which could be implemented. Therefore, the objective of this project is

to create CAL software for the of Basic Food Preparation and Nutrition, titled

“Computer Base Learning Software Development (CBL) Puff Pastry based on subject

syllabus “Basic Food Preparation and Nutrition year one, course Bachelor of

Technology with Education (Living Skills)”. This CAL software was built base on

ADDIE models which includes need-analysis process; software design, development

and testing; implementation and evaluation. It also includes guides on its development

and some education theories. Several programming engines have been used in this

project mainly Authorware 7.1 and SwishMax. This CAL software would enable

students to self learn without the presence of instructor at their own time. We hope that

this software would be beneficial in assisting students to improve their understanding

thus improving their achievement in the course Basic Food Preparation and Nutrition.

The content of this CBL included Introduction of Pastry, Step to do the puff pastry,

Video preparation of Puff Pastry and evaluation

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI` iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvii

PETUNJUK CARTA ALIR xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

viii

BAHAGIAN SATUPENGENALAN

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif PBK 10

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Objektif Perisian 11

1.7 Skop Perisian 12

1.8 Kepentingan Perisian 13

1.9 Definisi Istilah 13

1.9.1 Perisian 14

1.9.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 14

1.9.3 Komputer 14

1.9.4 Pastri 15

1.9.5 Kepintaran Buatan 15

1.9.6 Multimedia 15

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

ix

BAHAGIAN DUASOOTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Pengenalan Kepada PBK 17

2.3 Perkembangan (PBK) di Malaysia 20

2.4 Jenis-jenis PBK 21

2.4.1 Latih Tubi 21

2.4.2 Tutorial 22

2.4.3 Permainan Pendidikan 23

2.4.4 Simulasi 23

2.4.5 Penyelesaian Masalah 24

2.5 Teori Pembelajaran 25

2.5.1 Teori Tingkah Laku 26

2.5.2 Teori Konstruktivisme 29

2.5.3 Teori Kognitivisme 31

2.5.4 Teori Andragogi 31

2.5.5 Teori Minimal 32

2.6 Strategi PBK dan Contoh Aplikasinya 33

2.6.1 Penerangan tertumpu 34

2.6.2 Penglibatan aktif 34

2.6.3 Eksposisi atau ‘Direct Instruction’ 35

2.6.4 Tugasan yang pelbagai dan konsisten 36

2.6.5 Pembelajaran Koperatif 37

2.6.6 Pembelajaran Kendiri 38

2.6.7 Masteri 38

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

x

2.6.8 Analisis 39

2.6.9 Strategi Pemetaan Konsep 40

2.6.10 Perbincangan 40

2.6.11 Melalui Rujukan Terancang 41

2.7 Kelebihan PBK 41

2.7.1 Menarik dan Menyeronokkan 42

2.7.2 Maklum balas serta merta 42

2.7.3 Mudah Alih 42

2.7.4 Pengajaran Individu dan Berulang kali 43

2.7.5 Interaktif 43

2.7.6 Melibatkan Penggunaan Lebih dari Satu

Deria 43

2.8 Kekurangan PBK 44

2.8.1 Tertakluk kepada Kemudahan

Perkakasan dan Perisian 44

2.8.2 Masa Pembangunan Tinggi 44

2.8.3 Kepakaran Tinggi 45

2.8.4 Kos Tinggi 45

2.8.5 Terlalu Menyeronokkan 46

2.9 Multimedia 46

2.9.1 Teks 47

2.9.2 Grafik 47

2.9.3 Audio 47

2.9.4 Video 48

2.9.5 Animasi 48

2.9.6 Hiperteks 49

2.9.7 Hipermedia 49

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xi

BAHAGIAN TIGAREKA BENTUK PERISIAN

BAB III REKA BENTUK PERISIAN 50

3.1 Pendahuluan 50

3.2 Perancangan Reka Bentuk 50

3.2.1 Analisis 52

3.2.2 Reka Bentuk 52

3.2.3 Pembangunan 52

3.2.4 Pelaksanaan 53

3.2.5 Penilaian 53

3.3 Cara Pelaksanaan 54

3.4 Pembinaan Carta Alir 54

3.5 Perkakasan dan Perisian Yang Digunakan 56

3.5.1 Perkakasan Yang Digunakan 56

3.5.2 Perisian Yang Digunakan 57

3.5.2.1 Teks 58

3.5.2.2 Grafik 58

3.5.2.3 Audio 59

3.5.2.4 Video 59

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xii

BAHAGIAN EMPAT

PEMBANGUNAN PERISIAN

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 60

4.1 Pendahuluan 60

4.2 Kandungan Perisian 60

4.2.1 Tajuk Perisian 61

4.2.2 Pendaftaran Pengguna 62

4.2.3 Intro Perisian 63

4.2.4 Menu Utama 64

4.2.5 Pelajaran 65

4.2.5.1 Pengenalan 66

4.2.5.2 Fungsi Pastri 67

4.2.5.3 Jenis-jenis Pastri 67

4.2.5.4 Bahan 68

4.2.5.5 Penyediaan 69

4.2.5.6 Peringatan 72

4.2.6 Galeri 73

4.2.7 Uji Minda 76

4.2.7.1 Soalan Objektif 76

4.2.7.2 Soalan Subjektif 78

4.2.8 Maklumat Perisian 80

4.2.8.1 Objektif Pembelajaran 81

4.2.8.2 Penghargaan 82

4.2.8.3 Panduan Penggunaan 84

4.2.8.4 Matlamat Perisian 84

4.2.8.5 Pembangun Perisian 85

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xiii

4.2.9 Keluar Ke Windows 86

4.3 Pempakejan Perisian 87

4.4 Penilaian Perisian 88

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 96

5.1 Pengenalan 96

5.2 Perbincangan 96

5.2.1 Penguasaan Yang Menyeluruh Terhadap

Proses Pembangunan Perisian PBK 97

5.2.2 Instrumen dan Elemen-elemen dalam

Pembangunan Perisian 98

5.3 Kekuatan Perisian yang Dibina 99

5.4 Kelemahan Perisian yang Dibina 100

5.5 Cadangan 101

5.5.1 Pembangunan Perisian Menggunakan Dwi Tulisan 101

5.5.2 Pembangunan Perisian Dihasilkan Dalam tajuk

Pembelajaran yang Pelbagai 102

5.5.3 Pendedahan Lebih Meluas Kepada Guru Dalam

Pembangunan PBK 102

5.5.4 Sumber Rujukan Pembangunan Perisian 103

5.5.5 Pembangunan Projek Dilakukan Secara

Berkumpulan 103

5.6 Kesimpulan 103

BIBLIOGRAFI 106LAMPIRAN 109

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Edaran Soal Selidik Latar Belakang Masalah 5

1.2 Analisis Keperluan PBK Pastri Lapis 6

3.1 Simbol Carta Alir 55

4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 90

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 90

4.3 Penilaian Keselesaan Pengguna 91

4.4 Membantu Pelajar Memahami Pastri Lapis 91

4.5 Penilaian Kesesuaian Rekabentuk Antaramuka 92

4.6 Penilaian Kesesuaian Rekabentuk Interaksi 93

4.7 Penilaian Motivasi 93

4.8 Bahagian Yang Paling Diminati 94

4.9 Bahagian Yang Kurang Diminati 94

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model ADDIE 51

4.1 Paparan Muka Hadapan 61

4.2 Paparan Pendaftaran Pengguna 62

4.3 Paparan Aluan Pengguna 63

4.4 Paparan Intro 63

4.5 Paparan Menu Utama 64

4.6 Paparan Menu Pelajaran 65

4.7 Paparan Menu Pengenalan 66

4.8 Paparan Fungsi Pastri 67

4.9 Paparan Jenis-jenis Pastri 67

4.10 Paparan Bahan Asas Pastri 69

4.11 Paparan Penyediaan 70

4.12 Paparan Peringatan 72

4.13 Paparan Menu Galeri 73

4.14 Paparan Galeri Gambar 73

4.15 Paparan Galeri Video 74

4.16 Paparan Video Pastri Lapis 75

4.17 Paparan Galeri Video Ditamatkan 75

4.18 Paparan Uji Minda 76

4.19 Paparan Bahagian Objektif 77

4.20 Paparan Respon Jawapan Betul dan Jawapan Salah 78

4.21 Paparan Bahagian Subjektif 79

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xvi

4.22 Paparan Respon Masa Tamat Soalan Subjektif 80

4.23 Maklumat Perisian 81

4.24 Paparan Objektif Pembelajaran 82

4.25 Paparan Penghargaan 83

4.26 Paparan Panduan Penggunaan 84

4.27 Paparan Matlamat Perisian 85

4.28 Paparan Pembangun Perisian 86

4.29 Paparan Keluar 87

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xvii

SENARAI SINGKATAN

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

ABM - Alat Bantu Mengajar

CD - Compact Disc atau Cakera Padat

CAL - Computer Aided Learning atau PBK

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

FPN - Falsafah Pendidikan Nasional

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ICT - Information Communication Technology atau

Teknologi Informasi dan Komunikasi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xviii

PETUNJUK CARTA ALIR

1. Skrin Pengenalan

2. Pendaftaran Pengguna

3. Aluan Pengguna

4. Intro

5. Menu Utama

6. Pelajaran

7. Galeri

8. Uji Minda

9. Maklumat Perisian

10. Tajuk Pengenalan

11. Tajuk Kegunaan

12. Tajuk Jenis

13. Tajuk Bahan

14. Tajuk Penyediaan

15. Tajuk Peringatan

16. Galeri Gambar

17. Galeri Video Penyediaan Pastri Lapis

18. Paparan Soalan Objektif

19. Paparan Soalan Subjektif

20. Paparan Objektif Pembelajaran

21. Paparan Maklumat

22. Paparan Panduan

23. Paparan Penghargaan

24. Paparan Pembangun

25. Keluar Perisian

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir 106

B Soal Selidik Latar Belakang Masalah 107

C Borang Penilaian Perisian Multimedia (Pelajar) 111

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

20

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Multimedia merupakan teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi

dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd, 1995).

Kewujudan multimedia yang mengabungkan pelbagai bentuk media ini sedikit sebanyak

telah mempengaruhi serta memberi kesan terhadap kandungan dan kurikulum setiap

matapelajaran samada di sekolah mahupun institut pengajian tinggi. Tugas guru-guru

masa kini juga semakin mencabar, di mana pembelajaran secara konvensional

(berasaskan ‘talk and calk’) telah mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya

pembelajaran yang dilengkapkan dengan kemudahan komputer. Walau bagaimanapun

tugas dan tanggungjawab daripada pensyarah masih diperlukan sebagai perantara antara

pelajar dengan mata pelajaran”. (Harian Metro, Selasa, 3 Julai 2001: A5). Multimedia

berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang

menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep

dengan cepat dan mudah. (Brown & Bush (1992), Toh & Ng (1994), Rio & Kasiran

(1994), serta Baharuddin & Mohd (1995))

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

21

Kaedah konvensional terlalu bergantung kepada kehadiran tenaga pengajar serta

bahan-bahan rujukan lain untuk memahami setiap proses, langkah demi langkah.

Keadaan ini telah membataskan peningkatan tahap kefahaman pelajar. Dengan adanya

sistem pembangunan tutorial, selain dari dapat menarik minat belajar, ia juga dapat

membantu pelajar untuk belajar dengan cara kendiri pada bila-bila masa diperlukan

dalam keadaan sesi pembelajaran yang konsisten. Pelajar juga akan mengetahui prestasi

pembelajaran mereka dengan menjawab beberapa soalan sebagai menguji tahap

kefahaman mereka. (Mohd. Helmy Abd Wahab, Norlida Hassan, 2006)

Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik

Azis, 1989);

1. Pembelajaran tentang komputer, perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data

a) memproses data penyelidikan

b) memproses perkataan

3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

a) pengaturan murid

b) PBK

PPBK ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran

buatan untuk membantu seseorang belajar (Jamaluddin, 1989). Mikrokomputer

digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program

yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau

perisian melalui terminal (Nik Azis,1989).

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

22

Dalam PBK, komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses

pengajaran sebenar dalam kelas, guru berperanan sebagai pengajar, penerang dan

pemudahcara. Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam PBK (Abd.

Rahman, 1995). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial,

permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi (PPK, 1993; Jamaludin, 1989).

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan

manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd, 1995).

Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu

pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar

memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah (Brown & Bush, 1992; Toh & Ng,

1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995).

Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan.

Antaranya iaitu;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan

masing-masing.

2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep.

3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan

4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali

Menurut Zulkifli Mohamed (1996), komputer mula diperkenalkan di negara

Malaysia dalam tahun 1966 di Jabatan Hasil Dalam Negeri, Jabatan Akaun di Lembaga

Letrik Negara (LLN) dan jawatankuasa Pelabuhan Pulau Pinang. Di peringkat sekolah

(1983) pula, terdapat 70 buah sekolah dalam bandar yang mula menggunakan komputer.

Dalam masa kurang 3 tahun, menurut bancian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

(PPK) (1986), bilangan penggunaan komputer di sekolah meningkat melebihi tiga kali

ganda. Menurut jurnal Pendidikan Bistari dari laman Bahagian Teknologi Pendidikan

pula, statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

23

dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara

8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui

rangkaian SchoolNet.

Terdapat tiga peringkat pembelajaran berbantukan komputer (PBK) seperti mana

yang dinyatakan oleh Robert Taylor (1980) iaitu pertama pembelajaran mengenai

komputer itu sendiri iaitu literasi komputer. Kedua komputer digunakan sebagai

medium memproses dan menyimpan segala data dan maklumat atau disebut sebagai

tool. Ketiga komputer adalah sebagai perantara dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Dengan demikian maka pembelajaran di dalam kelas telah

mencapai ke arah suatu tahap peningkatan kualiti pengajaran dan ia dilakukan

berdasarkan kemampuan pelajar.

Hal ini jelas menunjukkan negara Malaysia kini sudah ada titik-titik kemajuan

dalam penggunaan ICT secara meluas. Namun adalah diharapkan penggunaan komputer

yang meluas dalam bidang pendidikan pada masa sekarang menjadi penggerak bagi

merealisasikan impian negara dalam mewujudkan masyarakat berteknologi selari

dengan objektif Wawasan 2020 (Hairuddin Harun,1997).

1.2 Latar Belakang Masalah

Kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah wajar

dilaksanakan agar sistem pendidikan Malaysia mampu untuk menghasilkan pelajar yang

bermutu. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak

langsung dapat membantu pensyarah dalam mencapai objektif pengajaran. Dengan lain

Page 27: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

24

perkataan penggunaan komputer akan dapat memberikan kesan besar kepada bidang

pendidikan. Penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di universiti kini tidak

terhad kepada mata pelajaran berteraskan sains dan teknologi sahaja. Kini mata

pelajaran berteraskan kemahiran seperti matapelajaran Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan tahun satu kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

hidup) – SPH perlu turut diajar menggunakan teknologi PBK.

Menurut Mansur (1990) dalam kajian Ahmad Sukri (2003), pendidikan

berorientasikan pelajar atau pembelajaran pusatan pelajar adalah sangat dititik beratkan

dan diberi keutamaan dalam sistem pendidikan. Hasil kajian Chambers., 1983 pula telah

membuktikan bahawa, dalam sistem pengajaran berbantukan komputer, seseorang

pelajar dapat belajar dalam jangkamasa yang lebih pendek berbanding kaedah

pengajaran konvensional iaitu berasakan ‘talk and chalk’.

Pastri merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam sukatan matapelajaran

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan tahun satu kursus Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) - SPH. Proses penyediaan pastri memerlukan

kemahiran, kesabaran dan juga ketelitian bagi menjamin kualiti hasil yang baik. Dalam

menilai keperluan perisian PBK berkenaan tajuk Pasri Lapis, soal selidik bertajuk

Persepsi Pelajar terhadap kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan tahun 1

SPH bagi tajuk pastri lapis telah diedarkan kepada pelajar tahun 1 SPH. Berikut

merupakan laporan daripada kajian yang telah dijalankan:

Jadual 1.1: Edaran Soalan Selidik Latar Belakang Masalah

BORANG SOAL SELIDIK BILANGAN PELAJAR

Soal Selidik Edaran 143 Keping

Jumlah Dapat 110 Keping

Jumlah Tidak Dikembalikan 33 Keping

Page 28: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

25

Jadual 1.1 menunjukkan bilangan pelajar tahun satu SPH bagi tahun 2008 / 2009

iaitu seramai 143 orang pelajar. Kumpulan pelajar ini dijadikan sebagai responden bagi

mengkaji keperluan PBK Pastri Lapis di kalangan pelajar tahun satu SPH. Daripada soal

selidik yang telah diedarkan, sebanyak 110 responden telah mengembalikan soal selidik

yang diedarkan manakala baki sebanyak 33 responden dikenalpasti tidak

mengembalikan soal selidik yang diedarkan.

Jadual 1.2: Analisis Keperluan PBK Pastri Lapis

BIL ITEM YA TIDAK

1 Pengetahuan Sedia Ada 19 91

2 Persediaan Pelajar 64 46

3 Demonstrasi / Tunjuk Cara 74 36

4 Ingatan Jangka Panjang 52 58

5 Bahan Bantu Mengajar 93 17

Berdasarkan jadual di atas, item pengetahuan sedia ada menerangkan tentang

pengetahuan sedia ada pelajar berkenaan pastri lapis. Seramai 91 daripada 110

responden yang menjawab soal selidik menyatakan bahawa mereka kurang pengetahuan

berkenaan Pastri Lapis, belum pernah menyediakan pastri lapis dan tidak dapat

menggambarkan bentuk pastri lapis sebelum mereka menghadiri kelas amali Asas

Penyediaan Makanan dan Pemakanan.

Item persediaan pelajar pula menunjukkan 64 daripada 110 responden kurang

bersedia untuk menjalani amali pastri lapis sebelum kelas amali bermula dan tidak dapat

membahagikan masa dengan baik sewaktu menjalani amali penyediaan pastri lapis. Bagi

item ketiga iaitu Demonstrasi atau tunjuk cara penyediaan pastri lapis, seramai 74

responden memerlukan pengulangan demonstrasi penyediaan pastri lapis bagi

Page 29: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

26

memudahkan mereka memahami teknik penyediaan yang betul terutamanya teknik

melipat kulit pastri lapis.

Item keempat iaitu ingatan jangka panjang pula menunjukkan bahawa seramai 52

orang responden tidak dapat mengingat sepenuhnya teknik melipat kulit pastri kerana

demonstrasi penyediaan pastri lapis hanya ditunjukkan sekali di dalam kelas amali

sebelum mereka menjalani amali penydiaan Pastri Lapis. Bagi item terakhir pula iaitu

Bahan Bantu Mengajar. Seramai 93 daripada 110 orang responden menyatakan bahawa

mereka kekurangan bahan bantu mengajar pastri lapis dan berminat untuk menggunakan

BBM tambahan berkenaan pastri lapis sekiranya ada disediakan.

Bagi memastikan pelajar dapat menguasai sepenuhnya proses penyediaan pastri

lapis dan juga memahami bab pastri lapis secara keseluruhannya, mereka perlulah

didedahkan dengan beberapa bahan tambahan pendidikan seperti PBK berkenaan tajuk

pastri dan video yang memaparkan demonstrasi penyediaan pastri lapis bagi

memudahkan mereka mengulangkaji dan mencuba sendiri penyediaan pastri lapis. Ini

kerana tidak semua pelajar dapat mempraktikkan amali dengan sempurna dan baik

dengan hanya melihat sekali sahaja tunjukcara amali tersebut sebelum kelas bermula.

Kesannya, mereka tidak dapat mengingat proses yang telah dipelajarai untuk

diaplikasikan dalam amali yang dijalankan di rumah mahupun apabila mereka

ditempatkan di sekolah kelak kerana dalam membantu ingatan jangka panjang, proses

pengulangan berterusan perlulah dilakukan oleh pelajar.

Dalam kelas amali penyediaan pastri lapis, pelajar hanya dapat melihat sekali

sahaja demonstrasi penyediaan pastri lapis dan perlu terus menjalani amali penyediaan

pastri lapis tersebut sepertimana demonstrasi yang telah dijalankan. Tidak semua pelajar

dapat mengulang kembali demonstrai yang dibuat dengan sempurna akibat ketiadaan

bahan yang disediakan untuk memudahkan pelajar mengulang kembali ingatan mereka

Page 30: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

27

terhadap proses penyediaan pastri tersebut. Menurut Gage (1988) pelajar membuat

hipotesis mengenai keadaan persekitarannya melalui pengalamannya sendiri hasil

daripada interaksi dengan persekitaran. Sekiranya pemerhatian yang dibuat hanya sekali

sahaja terhadap demonstrasi yang dijalankan, maka pelajar tersebut tidak mampu

membina pengalamannya sendiri. Dengan lain perkataan sekiranya pelajar itu hanya

mempelajari tentang teori pastri lapis di dalam kelas serta hanya sekali melihat

demonstrasi penyediaan pastri lapis tersebut tanpa ada susulan praktikal, maka

kemahiran tersebut tidak akan wujud.

Dunia pendidikan adalah suatu bidang yang sentiasa mengalami perubahan

selaras dengan pembangunan sesebuah negara. Kursus Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan banyak melibatkan teori sebagai asas kefahaman di samping amali terhadap

teori juga diajar untuk memantapkan pengetahuan dan kefahaman. Namun yang

demikian, sekiranya subjek ini diajar dengan kaedah ini (perisian PBK) semata-mata,

maka ianya tidak akan mencapai matlamat dan objektif pelajaran. Oleh itu, perisian

PBK yang akan diaplikasikan ke atas subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

hanyalah sebagai pengukuhan dan pemantapan kendiri kepada pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Daripada analisis keperluan PBK yang telah dibuat ke atas pelajar-pelajar tahun

satu SPH, keputusan kajian tersebut telah merangsang minat pembangun perisian untuk

membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertujuan

untuk membantu pelajar supaya lebih memahami isi pembelajaran. Hasil daripada

pembangunan perisian PBK ini sedikit sebanyak akan dapat membantu pensyarah dalam

meningkatkan kefahaman pelajar serta mempelbagaikan teknik pengajaran terutamanya

Page 31: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

28

pensyarah kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam usaha memantapkan

lagi kaedah pengajaran daripada kaedah konvensional kepada kaedah terkini yang lebih

canggih supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik dan menarik.

Kaedah konvensional memberi tumpuan kepada aspek membuat generalisasi dan

menguji teori serta menjelaskan prinsip. Selain itu, diharapkan agar penggunaan perisian

komputer ini dapat memudahkan para pelajar untuk lebih memahami konsep pastri lapis

yang disampaikan oleh pensyarah serta dapat mengekalkannya dalam ingatan untuk satu

jangka masa yang lebih panjang.

Pembangunan perisian ini memberi tumpuan kepada tajuk Pastri Lapis bagi

kursus Asas Makanan dan Pemakanan tahun satu SPH. Tajuk ini sesuai dipelajari

dengan menggunakan perisian PBK kerana melalui perisian ini, selain dapat memahami

konsep-konsep penting berkenaan pastri, pelbagai teknik dan turutan penyediaan pastri

dari awal penyediaan hingga pastri dihidangkan dapat diperhatikan dengan lebih jelas

dan dapat dilihat terus melalui skrin komputer. Cara ini akan dapat menimbulkan minat

para pelajar untuk mencuba sendiri penyediaan pastri sepertimana yang telah dilihat

dalam perisian PBK ini. Secara tidak langsung, ia membantu para pelajar memperoleh

sendiri konsep-konsep sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

Sehubungan dengan itu, pembangun (perisian) ingin membina dan merekabentuk

sebuah perisian mengikut teknologi terkini dengan gabungan sukatan pelajaran bagi

kusus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dan asas pedagogi pendidikan

menerusi beberapa penulisan tokoh pendidikan tempatan dan antarabangsa. Antara

lainnya juga perisian ini dapat membimbing pelajar ke arah pembelajaran kendiri dan

belajar mengikut kemampuan dan kreativiti masing-masing. Berdasarkan kepada

masalah dan situasi yang dinyatakan sebelum ini, pembangun terdorong untuk mengkaji

dan membangunkan perisian yang berkaitan dengan:

Page 32: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

29

“Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Tajuk

Pastri Lapis, Berdasarkan Sukatan Pelajaran Asas Penyediaan Makanan Dan

Pemakanan Tahun 1 Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”

1.4 Objektif PBK

Pembinaan perisian PBK dilaksanakan bertujuan untuk mencapai beberapa

objektif iaitu:

1.4.1 mempelbagaikan bahan pembelajaran pelajar.

1.4.2 mempelbagaikan teknik pembelajaran pelajar dengan menggunakan kaedah

PBK.

1.4.3 memberi pengukuhan kepada pelajar melalui PBK yang disediakan.

1.5 Objektif Kajian

Pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ini adalah

bertujuan untuk:

Page 33: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta

30

1.5.1 Membangunkan Perisian PBK berkenaan tajuk Pastri Lapis yang

mengndungi:

a) pengenalan pastri.

b) jenis-jenis pastri

c) fungsi-fungsi pastri

d) bahan-bahan asas penyediaan pastri.

e) aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan semasa penyediaan

pastri.

f) video teknik penyediaan pastri lapis

g) laihan pengukuhan berkenaan pastri secara umumnya dan pastri lapis

secara khususnya.

h) gambar-gambar pastri lapis, pastri kelopak dan pastri choux.

1.5.2 Menilai keberkesanan perisian yang dibangunkan melalui aspek:

a. keselesaan Penggunaan

b. membantu mempelajari Pastri Lapis

c. kesesuaian Rekabentuk Antaramuka

d. kesesuaian Rekabentuk Interaksi

e. motivasi