PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Matematik Tingkatan Empat 3.2.1.2 Pengguna...

24
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MATEMATIK TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK LINES AND PLANES IN 3-DIMENSIONS NURULSYAHIDA BT AMDAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · Matematik Tingkatan Empat 3.2.1.2 Pengguna...

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) MATEMATIK TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK

LINES AND PLANES IN 3-DIMENSIONS

NURULSYAHIDA BT AMDAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) MATEMATIK TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK LINES AND PLANES IN 3-DIMENSIONS

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya NURULSYAHIDA BT AMDAM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 497, JALAN TANJUNG 12, ENCIK JUHAZREN BIN JUNAIDI TAMAN TANUNG CHAT, Nama Penyelia 15300, KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008

 

 

 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : ENCIK JUHAZREN BIN JUNAIDI

Tarikh : 30 APRIL 2008

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) MATEMATIK TINGKATAN EMPAT BAGI TAJUK LINES AND PLANES

IN 3-DIMENSIONS

NURULSYAHIDA BT AMDAM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

ii

“Saya akui kerja ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NURULSYAHIDA BT AMDAM

Tarikh : 30 APRIL2008

iv

Teristimewa...

Buat ayahanda, bonda, abang-abang, dan insan tercinta;

Amdam bin Hassan

Rasiah binti Abdul Karim

Amri bin Amdam

Feisal bin Amdam

Mohd. Hafiez bin Mohd Nafiah

Buat penyelia yang banyak membantu :

Encik Juhazren bin Junaidi

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan;

Ayuni Farhana binti Ab. Kadir

Noor Hidayah binti Mohd Romli

Noor Liza binti Ismail

Nur Farhana binti Mohd Hama

Nurul Shimaa binti Othaman

Siti Sumaziana binti Che Ali Mohamed

Wan Nor Syahida binti Wan Hussin

Juga sahabat-sahabat lain yang dikasihi ...

Pengorbanan, sokongan dan dorongan kalian amat ku hargai...

iv

PENGHARGAAN

AlhamduliLlah...Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat ALlah s.w.t

kerana dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang-Nya saya telah dapat

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Juga selawat dan salam buat Rasul

junjungan, Muhammad s.a.w, para sahabat, tabi’ tabi’in, mujahid dan mujahidah

yang tetap teguh memperjuangkan agama Islam yang tercinta.

Sekalung penghargaan buat pensyarah pembimbing; Encik Juhazren bin

Junaidi di atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang saya menyiapkan projek

ini. Jasamu dikenang selamanya.

Tidak lupa juga ayahanda, bonda, abang-abang, dan insan tercinta yang

banyak menghulurkan sokongan, dorongan, kasih sayang, doa, dan segala-galanya

dari dulu hingga kini dan insyaAllah selama-lamanya.

Buat sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu mendengar keluh-kesah serta

memberi dorongan kepada diri ini, terima kasih yang tidak terhingga. Juga buat

sahabat-sahabat seperjuangan, ukhuwah kita ibarat bunga yang mekar, harum

mewangi sepanjang zaman.

Seterusnya buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak, hanya ALLAH s.w.t yang layak membalas jasa dan budi kalian.

v

ABSTRAK

Projek ini dilaksanakan untuk menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Empat bagi topik Lines and Planes

in 3-Dimensions. Isi kandungan perisian PBK ini merangkumi sub topik Angle Between

Lines and Planes dan Angle Between Two Planes. Teori behaviorisme digunakan dalam

penyampaian isi pelajaran bagi topik ini. Dengan menggunakan teori ini pengguna akan

lebih menguasai dan memahami konseop Lines and planes in 3-Dimensions. Teori ini

membantu pelajar dalam membina pengetahuan dan konsep baru yang berkaitan dengan

isi pelajaran yang dikemukakan. Strategi pengajaran yang digunakan dalam perisian

PBK ini ialah latihan dan permainan. Ia bertujuan memudahkan pemahaman dan

menarik minat pelajar. Persekitaran yang aktif dan interaktif juga disediakan dalam

perisian PBK ini bagi mewujudkan suasana ingin belajar. Proses pembangunan perisian

PBK ini mengambil model Rekabentuk Instruksi Bersistem model Hannafin dan Peck

sebagai panduan. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

Macromedia Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian

lain seperti Macromedia Flash Profesional 8, Adobe Photoshop 7.0 dan Sound Forge

6.0. Diharapkan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran

matematik bagi topik Lines and Planes in 3-Dimensions dengan baik.

vi

ABSTRACT

This project was carried out to develop a Computer Based Learning (CBL)

software for Mathematics Form Four in learning about Lines and Planes in

3-Dimensions. This software focused on the sub topics Angle Between Lines and

Planes and Angle Between Two Planes. The Behaviorism theory was use to deliver

the content together with the application of Mastery Learning to deliver the contents

and also exercise. This CBL uses exercise and game as the teaching strategies. The

purposes of these strategies were to enhance students’ understanding and to attract

them. Active and interactive environments were provided in the software for the

students to be active in their learning. Hannafin and Peck Instructional Design Model

was use as a guide to develop this software. This CBL was develop by using

Makromedia Authorware 7.0 and supported by other software such as Macromedia

Flash MX, Adobe Photoshop 7.0 and Sound Forge 6.0. Hopefully, the software could

help the students to master the concept of Lines and Planes in 3-Dimensions and

develop the skill to solve problems in this topic.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

1

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN PENSYARAH

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Kepentingan Projek

1.5.3 Pelajar

1.5.3 Pensyarah

1.5.3 Universiti

1.6 Skop Projek

1.7 Batasan Projek

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

1

3

6

6

7

7

8

8

8

9

viii

2

1.8 Definisi dan Istilah

1.8.1 Teknologi

1.8.3 Multimedia

1.8.3 Pembelajaran berbantukan

komputer (PBK)

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Pendidikan Melalui Multimedia

2.3 Kepentingan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) Melalui Pengajaran Dan

Pembelajaran

2.3.1 Kelebihan Pembelajaran

Berbantukan Komputer

(PBK) Melalui Pengajaran

Dan Pembelajaran

2.3.2 Kelemahan Pembelajaran

Berbantukan Komputer

(PBK) Melalui Pengajaran

Dan Pembelajaran

2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Berbantukan Komputer

2.5 Teori Behaviorisme Dalam Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK)

2.6 Pendekatan Pembelajaran Masteri Dalam

Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK)

2.7 Strategi Pengajaran Dalam Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK)

2.7.1 Latih Tubi

9

9

9

10

11

12

14

15

17

19

21

22

23

ix

3

2.7.2 Permainan

2.8 Proses Pembangunan PBK

2.9 Model Hannafin dan Peck

2.9.1 Fasa Analisa Keperluan

2.9.2 Fasa Reka bentuk

2.9.3 Fasa Pembangunan dan

Perlaksanaan

REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Model Reka bentuk Perisian yang

Digunakan

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

3.2.1.1 Kesukaran Dalam

Pembelajaran Topik

Lines and Planes in

3-Dimensions

Matematik Tingkatan

Empat

3.2.1.2 Pengguna Sasaran

3.2.1.3 Pemilihan Tajuk dan

Skop

3.2.1.4 Penentuan Matlamat

Pembangunan Perisian

3.2.1.5 Pengumpulan Sumber

Bahan

3.2.2 Fasa Reka bentuk

3.2.2.1 Pembentukan Objektif

24

24

25

26

26

26

27

28

29

30

30

30

31

31

31

32

32

x

4

3.2.2.2 Teori Pembelajaran

3.2.2.3 Pendekatan

Pembelajaran

3.2.2.4 Pembinaan Carta Alir

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan

Perlaksanaan

3.2.3.1 Perisian yang

Digunakan

3.2.3.2 Spesifikasi Perkakasan

yang Digunakan

Pembangun

3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan

3.3 Penutup

REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Komponen Utama Yang Terdapat

Dalam Perisian Lines and Planes in 3-

Dimensions Matematik Tingkatan

Empat

4.2.1 Permulaan Perisian

4.2.2 Menu Utama Perisian

4.2.3 Bahagian Nota

4.2.3.1 Angle Between Lines and

Planes

4.2.3.2 Angle Between Two

Planes

4.2.4 Bahagian Latihan

4.2.5 Bahagian Permainan

32

32

34

36

37

39

40

41

42

42

43

46

47

48

49

51

54

xi

5

4.2.5.1 Activity 1

4.2.5.2 Activity 2

4.2.6 Kemudahan Lain Dalam Perisian

4.3 Ciri-ciri Multimedia Dalam Perisian

4.3.1 Teks

4.3.2 Grafik

4.3.3 Animasi

4.3.4 Audio

4.4 Pempakejan, Pengurusan Fail, dan

Penyebaran Perisian

4.5 Penutup

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Kelebihan Perisian

5.4 Kelemahan Perisian

5.5 Masalah-masalah Yang Dihadapi

Semasa Pembangunan Perisian

5.5.1 Masalah Kekurangan Contoh

Perisian PBK

5.5.2 Masalah Dalam

Mengaplikasikan Teori.

5.6 Cadangan

5.7 Penutup

RUJUKAN

55

56

47

61

61

62

62

63

63

64

65

65

67

67

68

69

70

70

71

73

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1

3.2

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4. 7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

Model Reka bentukHannafin dan Peck

Carta Alir Perisian PBK

Paparan Montaj

Paparan Log in

Paparan Welcome

Paparan Learning Objectives

Paparan Menu Utama

Paparan Nota

Paparan Nota bagi tajuk Angle Between

Lines and Planes

Paparan Nota bagi tajuk Angle Between

Lines and Planes

Paparan arahan dalam bahagian Exercise

Paparan pilihan bahagian soalan dalam

Exercise

Paparan Soalan 1 Part A

Paparan Part A bagi Question 1

Paparan Pilihan Activity

Paparan Activity 1

Paparan Activity 2

Paparan Exit

Paparan kedudukan butang Exit

Paparan Respon Betul

29

35

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

58

59

xiii

4.19

4.20

4.21

Paparan Respon Salah

Paparan User Guide

Paparan Glossary

59

60

61

xiv

SENARAI SINGKATAN

CD-R - Compact Disk – Recordable

CD-ROM - Compact Disk – Read Only Memory

CD-RW - Compact Disk – Rewritable

CPU - Central Processing Unit

DVD - Digital Versatile Disk

ICT - Information, Communication and Technology

ISO - International Standards Organisation

MSC - Multimedia Super Corridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

RAM - Random Access Memory

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia kini telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu negara membangun

yang maju di rantau Asia Tenggara. Pengiktirafan seperti ini merupakan satu tilik

tolak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 sebaris

dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika, Jepun dan German. Dalam

usaha mencapai hasrat wawasan 2020, pembangunan dalam bidang pendidikan mesti

diberi tumpuan utama sebagai salah satu strategi menggerakkan Malaysia dalam

mencapai status negara maju dan stabil dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Keperluan untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat

penting supaya dapat melahirkan lebih ramai para cerdik pandai dan cendiakawan

yang pakar dalam bidang akademik

Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara maju dan salah satunya adalah penyediaan MSC

(Multimedia Super Coridor). Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat yang

penting kepada Malaysia untuk meningkatkan seterusnya menjadikan taraf ekonomi

negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan

perdagangan antarabangsa dan pentadbiran bersifat lebih bersistematik dan efisyen.

Projek Sekolah Bestari adalah salah satu aplikasi perdana koridor Raya Multimedia

(MSC) yang akan bertanggungjawab untuk menyediakan generasi baru yang mampu

mengharungi cabaran dunia

2

Dengan sebab ini, Program Sekolah Bestari dilaksanakan di mana sekolah-

sekolah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan yang canggih seperti komputer

multimedia yang dapat membantu para guru mewujudkan satu proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik. Penggunaan BBM dan aplikasi

multimedia dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan institusi

pendidikan tinggi yang lain menjadi semakin giat (Baharuddin, Manimegalai dan Rio

Sumarni., 2002). Menurut Kulik dan Kulik (1989) penggunaan komputer dalam

pendidikan adalah satu teknologi yang dinamik dan akan menjadi sistem

penyampaian yang dominan dalam 25 tahun akan datang. Kulik dan Kulik (1989)

turut mengatakan komputer dilihat mempunyai potensi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kepelbagaian media akan memberi manfaat kepada setiap individu

yang mempunyai kekuatan, kelemahan dan latar belakang yang berlainan berpeluang

berinteraksi dengan media untuk mendapat ilmu pengetahuan dan maklumat.

Begitu juga dengan penggunaan komputer sebagai media pengajaran dan

pembelajaran yang selalunya disebut sebagai pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer (PPBK). Pelbagai kaedah pengajaran telah diuji dan

diamalkan dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah. Ada guru yang hanya

menggunakan satu atau dua kaedah pengajaran dengan alasan kaedah berkenaan

sesuai dengan isi pengajaran. Terdapat pula guru-guru yang mempelbagaikan kaedah

pengajaran, yang disesuaikan dengan objektif-objektif pengajaran, latar belakang

pelajar, bahan-bahan pengajaran sedia ada dan persekitaran yang ingin diwujudkan.

Namun, penggunaan komputer dalam PPBK mampu menyediakan pelbagai kaedah

pengajaran seperti tutorial, latih tubi, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah.

Untuk merealisasikan salah satu teori pedagogi dalam pendidikan iaitu guru

bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid, pengajaran pembelajaran

berpandukan komputer (PBK) telah dikenalpasti sebagai bahan yang dapat

membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan

pengetahuan dan pengalaman mereka dalam subjek yang mereka ikuti.

3

1.2 Latar belakang Masalah

Kajian terdahulu (Marzita, 2002) menunjukkan bahawa terdapat beberapa

faktor yang menyebabkan ramai di antara pelajar mempunyai kebimbangan

matematik yang tinggi. Kebimbangan ini boleh dikaitkan dengan persepsi mereka

terhadap mata pelajaran matematik itu sendiri. Contohnya, dari kajian Marzita

(2002), kebanyakan pelajar mempunyai persepsi bahawa matematik adalah sangat

abstrak dan sukar difahami. Ramai pelajar menyuarakan bahawa pertukaran dari

sekolah rendah ke sekolah menengah adalah titik permulaan kepada kebimbangan

matematik mereka. Mereka dapati bahawa pembelajaran matematik menjadi lebih

sukar kerana ianya lebih abstrak dan memerlukam mereka membuat penaakulan

yang lebih tinggi. Di peringkat inilah pendekatan yang lebih konstruktif diperlukan

dan harus diperkenalkan untuk membantu pelajar memahami pembelajaran dengan

lebih efektif.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah satu alternatif kaedah

yang dipilih kerana kelebihan komputer yang membolehkan animasi dan visualisasi

dilakukan yang mana buku teks, atau mana-mana buku latihan dan panduan tidak

dapat melakukannya. Banyak tajuk-tajuk di dalam silibus Matematik tingkatan 4

yang memerlukan visualisasi dalam tiga dimensi dan buku tidak dapat memenuhi

kehendak ini memandangkan ianya adalah dua dimensi.

PBK misalnya dalam subjek matematik berupaya untuk menarik dan

memfokuskan perhatian pelajar. Oleh itu, dengan penggunaan perisian pembelajaran

PBK ini, ia boleh menjadikan konsep yang kompleks lebih mudah untuk diterima

kerana melalui penggunaan ini, sesuatu konsep boleh digambarkan dengan pelbagai

cara yang berbeza. Perkara asas dalam pelajaran boleh ditekankan menggunakan

stimuli visual dan audio. Dengan itu persekitaran yang lebih menarik boleh

disediakan kepada pelajar dalam mempelajari konsep dalam pelbagai topik

matematik. Pelajar juga berpeluang untuk menguji intuisi mereka berkenaan sesuatu

4

konsep matematik yang sedang mereka pelajari. Pelajar boleh menentukan kecepatan

pembelajaran mengikut pemahaman dan kemahiran individu (Staley, 1995).

Walaupun banyak peralatan canggih direka dan dicipta bagi menyelesaikan

masalah matematik tetapi pada asasnya penyelesaian itu tidak dapat dilakukan

sekiranya prinsip matematik tidak diketahui. Perkembangan kaedah pengajaran yang

dikaitkan dengan revolusi multimedia telah mengubah cara komputer sebagai

penyampai maklumat kepada pelajar. Kebanyakan projek multimedia untuk

matematik dibina bagi mengatasi tiga masalah utama dalam mata pelajaran

matematik, iaitu tempoh pengekalan dalam ingatan pelajar, ketidakmampuan pelajar

untuk memindahkan dan mengaitkan ilmu dari satu disiplin kepada yang lain dan

kurang motivasi (Zulaikha dan Norita, 1996).

Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam

pendidikan matematik di sekolah. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak

bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian

masalah. Masalah matematik yang harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa

matematik amat memerlukan kefahaman yang kukuh terhadap struktur konsep yang

terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini menyebabkan kesukaran

pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Walau bagaimanapun, masalah dan

kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer. Penggunaan komputer

dalam pengajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi

tajuk yang diajar. Oleh itu seharusnya proses pengajaran matematik mengambil

peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Penggunaan komputer dalam

pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pembelajaran

matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu

tajuk dalam silibus matematik (Cochroft, 1986). Dalam pendidikan matematik,

komputer juga boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti seperti penghasilan

bahan kurikulum, latih tubi, tutorial, ulangkaji, pemulihan dan pengayaan, simulasi,

pengiraan dan alat bantu mengajar .

5

Kebanyakan perisian yang ada pada hari ini tidak mempunyai ciri tambahan

sepertimana yang diperlukan. Salah satu ciri-ciri tambahan yang diperlukan tersebut

adalah seperti perisian yang mampu membezakan input pelajar yang hampir sama

ataupun yang mempunyai maksud yang sama. PBK pada hari ini lebih tertumpu

kepada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Selain itu, perisian yang

dibangunkan kebanyakannya bersifat tradisi dan tidak berkualiti. Menurut Jamalludin

dan Zaidatun (2001), fungsi sesetengah perisian yang menyerupai buku teks hanya

membantu pelajar dari segi pemahaman serta perubahan tingkahlaku secara

berperingkat apabila berlakunya suatu proses pembelajaran.

Menurut Rio Sumarni (1996), PBK sewajarnya menerapkan teori

pembelajaran yang berupaya membantu pelajar berfikir dan melaksanakan proses

pembelajaran secara aktif. PBK juga sewajarnya mampu membimbing pelajar

meneroka, menyelesaikan masalah dan mempelajari sesuatu konsep dengan

berkesan. Kesemua ini hanya dapat dicapai sekiranya pembangunan sesuatu PBK

diasaskan kepada sesuatu teori yang sesuai. PBK ini juga perlu diaplikasikan untuk

membantu pelajar menguasai konsep.

Sesuatu perisian yang bermutu tinggi serta berkualiti agak sukar untuk

dihasilkan. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama

mengapa perisian yang bermutu tinggi sukar dihasilkan. Pembangunan sesebuah

perisian juga sering menumpukan kepada nilai komersial yang menyebabkan kualiti

hanya dinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti

nilai pengajaran dan pembelajaran serta perubahan tingkahlaku pelajar yang ingin

dicapai (Rao, 1991).

6

1.3 Pernyataan Masalah

Di dalam sistem pendidikan tradisi, walaupun ianya menjanjikan kejayaan

yang tidak boleh dipertikaikan, namun demikian ianya juga membawa bersamanya

pelbagai masalah dan kekangan. Salah satu daripadanya adalah pengajaran dan

pembelajaran lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta-fakta yang

diberikan oleh guru. Konsep sebegini menimbulkan masalah dalam mengingat fakta

yang banyak atau dalam memahami sesuatu konsep yang abstrak contohnya bagi

tajuk Lines and Planes in 3-Dimension dalam Matematik Tingkatan 4 yang mana ia

penvisualisasian memainkan peranan penting dalam memahami konsep matematik

ini. Kehadiran komputer serta teknologi moden di dalam bidang pendidikan ini

mampu membantu meringankan beban yang sedia ada. Penggunaan komputer

tertumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi

memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanafaat.

Penerapan teori behaviorisme dan pendekatan pembelajaran masteri turut disertakan

untuk menghasilkan perisian ini.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek ini adalah untuk :

1.4.1 membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bagi

tajuk Lines and Planes in 3-Dimensions Tingkatan Empat KBSM,

1.4.2 membangunkan perisian PBK bagi tajuk Lines and Planes in 3-

Dimensions Tingkatan Empat KBSM yang berasaskan teori

behaviorisme,

7

1.4.3 membangunkan perisian PBK bagi tajuk Lines and Planes in 3-

Dimensions Tingkatan Empat KBSM yang berasaskan pendekatan

pembelajaran masteri