PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu...

22
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BERTAJUK TEOREM PITHAGORAS BAGI MATEMATIK TINGKATAN 2 GABRIEL CHIN VUI WEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu...

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) BERTAJUK TEOREM PITHAGORAS BAGI

MATEMATIK TINGKATAN 2

GABRIEL CHIN VUI WEN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BERTAJUK TEOREM PITHAGORAS BAGI MATEMATIK

TINGKATAN 2

GABRIEL CHIN VUI WEN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead
Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

iii

Untuk ibu dan bapa yang tercinta

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek

perisian ini, Encik Mohd Fadzli Bin Ali yang telah banyak memberikan dorongan

dan nasihat sehinggalah terhasilnya perisian ini..

Penghargaan istimewa turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang

turut memberikan idea dan nasihat dalam penghasilan perisian ini.

Penghargaan juga kepada ahli keluarga saya dan setiap individu yang tidak

berhenti-henti menghulurkan bantuan serta kerjasama.

Tanpa sokongan serta bantuan dari anda semua, Projek Sarjana Muda ini

tidak mungkin terhasil sepertimana yang ada sekarang

Sekian, terima kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

v

ABSTRAK

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Teorem

Pithagoras ini dibangunkan untuk mengatasi proses pengajaran dan pembelajaran

yang selama ini masih berjalan dengan kaedah tradisional di mana setiap sukatan

akan dihabiskan lebih bergantung kepada penggunaan buku teks sebagai sumber

utama. Permasalahan matematik yang tidak dapat dijelaskan secara teks sahaja dapat

digambarkan dengan menggunakan elemen multimedia iaitu secara grafik, animasi,

video atau audio menerusi PBK yang dibangunkan. PBK ini dibangunkan

berdasarkan model Hanafin dan Peck serta berdasarkan teori pembelajaran

behaviorisme and konstruktivisme. Pendedahan terhadap penggunaan perisian

multimedia ini memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar tentang konsep

Teorem Pithagoras disamping elemen-elemen multimedia yang pelbagai ini dapat

meningkatkan lagi daya ingatan murid dan secara tidak langsung dapat menarik

minat dan perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui

aktiviti-aktiviti dan interaktiviti yang disediakan. PBK ini dibangunkan dengan

menggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu

perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead Photoshop 10, Ulead

Video Studio 9, Sony Sound Forge 8, Cool Speech 5 dan Microsoft Agent.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

vi

ABSTRACT

This Computer Aided Learning (CAL) courseware entitled “Pythagoras

Theorem” is developed in supplementing the traditional method used in learning and

teaching practices. Mathematics problems which can not be explained in words is

normally elaborated by multimedia elements such as by graphic, animation, video or

sound through the developed courseware. This learning courseware is built based on

Hanafin and Peck model while the learning theory is based on behaviorism and

constructivism. The impact of using this CAL software will result in more

understanding about Pythagoras Theorem among the students. Multimedia elements

in the courseware will also help students to boost their thinking skills as well as their

interests and attention in the process of learning and teaching via the activities and

interactivity provided. This Computer Aided Learning courseware is developed using

Macromedia Authorware 6.5, the authoring sofware with the aids of Macromedia

Flash MX, Ulead Photoshop 10, Ulead Video Studio 9, Sony Sound Forge 8, Cool

Speech 5 and Microsoft Agents.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Projek 5

1.4 Objektif Perisian 6

1.5 Kepentingan Projek 6

1.6 Skop Projek 7

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

viii

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 8

2.1 Multimedia 9

2.1.1 Definisi 10

2.1.2 Jenis Media Dalam Multimedia 10

2.1.2.1 Teks 11

2.1.2.2 Grafik 11

2.1.2.3 Audio 11

2.1.2.4 Video 12

2.1.2.5 Animasi 12

2.1.2.6 Hiperteks 12

2.1.2.7 Hipermedia 13

2.1.2.8 Multimedia Interaktiviti 13

2.2 Multimedia Dalam Pendidikan 13

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 15

2.3.1 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer 15

2.3.2 Klasifikasi PBK 17

2.3.3 Kelebihan PBK 18

2.3.4 Kelemahan PBK 20

2.3.5 Ciri Reka Bentuk Skrin PBK Yang Baik 22

2.4 Teori Pembelajaran 25

2.4.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 25

2.4.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 26

2.5 Penutup 27

3 REKA BENTUK PERISIAN

3.0 Pengenalan 28

3.1 Fasa Analisis Keperluan 29

3.1.1 Pemilihan Tajuk Perisian 30

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

ix

3.1.2 Kumpulan Sasaran 30

3.1.3 Pembahagian Isi Pelajaran 31

3.1.4 Pemilihan Perkakasan 31

3.1.5 Pemilihan Perisian Yang Digunakan 32

3.1.5.1 Macromedia Authorware 6.5 33

3.1.5.2 Macromedia FlashMX 2004 34

3.1.5.3 Ulead PhotoImpact 10 35

3.1.5.4 Ulead VideoStudio 9 36

3.1.5.5 Sony Sound Forge 8 36

3.1.5.6 Cool Speech 5 36

3.2 Fasa Reka Bentuk 37

3.2.1 Menentukan Cara Pelaksanaan 37

3.2.1.1 Corak 38

3.2.1.2 Pendekatan 38

3.2.2 Aplikasi Teori Pengajaran & Pembelajaran 38

Dalam Reka Bentuk Perisian Multimedia

3.3 Fasa Pembangunan Dan Pelaksanaan 41

3.3.1 Carta Alir 43

3.4 Fasa Pengujian Dan Penilaian 44

3.5 Penutup 44

4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.0 Pengenalan 45

4.1 Pakej Perisian 46

4.2 Perisian Yang Dibina 48

4.2.1 Menu Login 49

4.2.2 Menu Pemilihan Ejen 50

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

x

4.2.3 Menu Pemilihan Muzik Latar 51

4.2.4 Menu Utama 53

4.2.5 Menu Kandungan Pelajaran 54

4.2.6 Isi Kandungan Pelajaran 55

4.2.7 Glosari 58

4.2.8 Journal 58

4.2.9 Skrin Pencarian 59

4.2.10 Menu Ujian 60

4.2.11 Menu Galeri Multimedia 62

4.2.12 Menu Email Dan Laman Web Pembangun 63

Perisian

4.2.13 Menu Bantuan 64

4.2.14 Menu Klik Kanan 64

4.2.15 Menu Keluar 66

4.3 Penutup 66

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 67

5.1 Rumusan 68

5.1.1 Kebaikan Perisian 70

5.1.2 Kelemahan Perisian 71

5.1.3 Masalah Yang Dihadapi 72

5.2 Rumusan 73

5.3 Cadangan 74

5.5 Penutup 75

RUJUKAN 77

LAMPIRAN 79

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model rekabentuk instruksi bersistem Hanaffin dan Peck 29

4.1 Skrin Autorun Menu 46

4.2 Paparan Menu Login 50

4.3 Paparan Pemilihan Ejen 51

4.4 Paparan Pemilihan Muzik Latar 52

4.5 Paparan Menu Utama 54

4.6 Paparan Menu Kandungan Pelajaran 55

4.7 Paparan Isi Pelajaran 56

4.8 Contoh paparan aktiviti (Pembuktian TeoremPithagoras) 57

4.9 Paparan Penilaian Pelajaran 57

4.10 Paparan Glosari 58

4.11 Paparan Jurnal 59

4.12 Paparan Skrin Pencarian 60

4.13 Paparan Penilaian Pantas 61

4.14 Paparan Menu Galeri Multimedia 62

4.15 Menu Email Dan Laman Web Pembangun Perisian 63

4.16 Paparan Menu Bantuan 64

4.17 Paparan Menu Klik Kanan 65

4.18 Paparan Menu Keluar 66

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

xii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir Utama 79

B Carta Alir Nota 80

C Carta Alir Ujian 81

D Carta Alir Galleri Multimedia 82

E Carta Alir Emel Dan Laman Web Serta Carta Alir Bantuan 83

F Ulasan Dari Pakar Multimedia 84

G Ulasan Dari Pakar Kandungan 85

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Apa itu matematik ? Terdapat pelbagai bahasa yang mengambarkan

matematik iaitu MANTENIEN (Yunani) yang bermaksud belajar, MEOHA

(Sunskrit) yang memberi erti kecerdikan dan dalam bahasa Arab dikenali sebagai

Hisab dan lama kelamaan ia dikenali sebagai matematik dalam bahasa Melayu.

Mengikut takrif matematik semasa, matematik ialah satu bidang sains yang

merangkumi bentuk, simbol dan juga beberapa konsep yang berkaitan. Ia kemudian

dibahagi kepada beberapa cabangan seperti algebra, analisis dan geometri.

Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, falsafah pendidikan negara

dan falsafah pendidikan matematik memainkan peranan yang penting. Dalam

falsafah pendidikan matematik perkembangan yang utama ialah perubahan daripada

pandangan “prescriptive (atau normative)” kepada “descriptive (atau naturalistic)”

terhadap matematik. Andaian persepsi “prescriptive” ialah pengetahuan matematik

ialah objektif, tetap tidak berubah dan ketetapan ini telah menjadi asas kepada semua

pengetahuan dan rasional manusia dan objek matematik seperti nombor, set,

geometri dan sebagainya wujud dalam pemikiran manusia secara objektif atau

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

2

mutlak sebagai kebenaran yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Kelemahan kurikulum

yang dibina berasaskan falsafah matematik ini adalah tidak fleksibel, berasaskan

objektif tingkah laku dan menekankan cara pembelajaran melalui hafalan.

Pada tahun 80’ an, subjek matematik KBSM diperkenalkan untuk

mengimbangi antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran asas matematik.

Penyelesaian masalah diberi penekanan berdasarkan kepada anggapan bahawa

memperolehi kebolehan menyelesaikan masalah adalah merupakan tujuan

mempelajari matematik. Kantowski (1977), menyatakan bahawa masalah akan

wujud apabila pelajar menghadapi soalan matematik yang tidak dapat dijawab dalam

masa yang singkat atau tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan maklumat-

maklumat yang ada ketika itu.

Penyelesaian masalah merupakan cabang pembelajaran bermakna dari

mazhab kognitif. Ianya merupakan tahap pembelajaran yang tertinggi (tahap

pemikiran yang tinggi). Antara kepentingan penyelesaian masalah ini boleh dilihat

dari segi melatih tahap pemikiran individu yang lebih tinggi, pelajar menjadi lebih

aktif, menggalakkan aktiviti menyiasat, membina idea dan meneroka masalah secara

individu. Antara proses kognitif yang terlibat ialah proses pemahaman atau

mewakili masalah, proses penyelesaian dan proses penilaian.

Dalam penyelesaian masalah matematik terdapat banyak model yang

digunakan tetapi yang menjadi tumpuan dalam pendidikan ialah model Polya kerana

ianya lebih mudah untuk diikuti dan juga selaras dengan keperluan kurikulum

matematik sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. George Polya

dalam bukunya “How to solve it” memberi tumpuan teknik menyelesaikan masalah

yang membabitkan empat fasa utama iaitu memahami masalah, merancang/

membentuk rancangan penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak

semula.

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

3

Penyelesaian masalah dalam matematik adalah lebih baik diajar melalui

perisian komputer (Kaasboll, 1998). Mengikut kajian yang dijalankan oleh Kulik

dan Kulik banyak kelebihan jika komputer digunakan dalam pengajaran antaranya

ialah pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih, memahami sesuatu konsep

dengan lebih cepat dan pelajar akan mempunyai sifat yang positif terhadap

matapelajaran yang diajar dengan menggunakan komputer.

1.1 Latar Belakang Masalah

Perisian Multimedia yang dibina ini bertajuk Teorem Pithagoras, merupakan

bab tingkatan 2. Tajuk ini merangkumi pengenalpastian sisi hipotenus untuk satu

segitiga bersudut tegak, mencari sisi sebuah segitiga dengan menggunakan rumus

Pithagoras dan penyelesaian masalah melibatkan Teorem Pithagoras. Bab ini

merupakan asas kepada bab trigonometri (matematik tingkatan 3), garis dan satah

dalam tiga matra (matematik moden tingkatan 4) dan penyelesaian segitiga

(matematik tambahan tingkatan 4). Jadi adalah keperluan bagi pelajar untuk

melengkapkan dan memahirkan diri mereka dengan bab ini sebelum beralih kepada

bab yang seterusnya.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam bab ini boleh dilihat berdasarkan

laporan prestasi PMR dan SPM tahun 2003. Dalam PMR tahun 2003, soalan 9

kertas 2 Matematik, ramai pelajar yang tidak boleh mencari sisi dengan

menggunakan Teorem Pithagoras. Sebilangan calon tidak mencuba langsung soalan

tersebut (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003). Dalam peperiksaan SPM 2003,

soalan 4 kertas 2 Matematik Moden, pelajar tidak dapat menguasai penggunaan

Teorem Pithagoras yang betul dan pretasi keseluruhannya bagi pelajar yang

menjawab soalan tersebut adalah lemah (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003).

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

4

Saranan yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia kepada para

guru berdasarkan laporan prestasi PMR 2003 ialah mempelbagaikan kaedah

Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang menyeronokkan seperti mengguna

perisian komputer. Banyak pelajar yang salah konsep dan dengan itu melakukan

kesilapan dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar sering mengalami kesalahfahaman

yang bersifat konseptual (conceptual misunderstanding) ataupun dikatakan sebagai

‘salah pengkonsepsian’ (misconception). Pembentukan konsep yang berlaku di

dalam fikiran pelajar adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh gurunya.

Pembentukan konsep di dalam fikiran pelajar juga adalah satu proses yang lambat

dan kompleks (Bakar, 1995). Oleh itu diharapkan dengan penggunaan perisian

komputer yang bersesuaian sebagai PBK, salah pengkonsepsian dapat di atasi dan

seterusnya memberi kefahaman konsep yang betul.

Dengan itu pembinaan suatu PBK yang menggunakan teknologi komputer

akan dapat menjimatkan masa dan tenaga guru. Ini memandangkan guru hanya

menjadi fasilatator dan segala penerangan dan tunjuk cara akan dilakukan oleh

perisian. Dengan itu guru mempunyai lebih masa untuk memberi perhatian

terutamanya kepada pelajar yang lemah. Di samping itu, strategi penyelesaian

masalah dapat diajar dengan berkesan menggunakan teknologi komputer. Dengan

bantuan gambarajah dan elemen multimedia lain pelajar dapat membina “modeling

of problem solving” dalam minda mereka.

Dengan itu pembinaan perisian yang dapat memenuhi citarasa dan keperluan

guru amat diperlukan. Di samping itu segala nilai-nilai pendidikan yang penting

dalam pengajaran dan pembelajaran harus ditekankan agar perisian yang dibina dapat

dimanfaatkan oleh guru dan seterusnya mendapat kefahaman pelajar.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

5

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam tajuk yang berkaitan dengan Pithagoras pelajar-pelajar harus diberikan

contoh-contoh geometri yang konkrit seperti yang disarankan oleh Piaget agar

mereka dapat memanipulasikan objek-objek tersebut dan seterusnya menghubungkan

konsep-konsep abstrak yang baru dengan objek-objek konkrit tersebut.

Menyampaikan sesuatu tajuk yang berkaitan dengan geometri bukanlah

sesuatu perkara yang mudah. Ini kerana tajuk ini memerlukan penghayatan dan

imaginasi serta pengajaran pembelajaran secara konkrit agar pelajar dapat membina

skema dan konsep yang betul dalam fikiran mereka. Kesalahfahaman konsep harus

diberi perhatian dan menekankan lebih banyak soalan penyelesaian masalah seperti

yang ditekankan oleh kurikulum KBSM.

Berdasarkan kepada permasalahan ini, pembangun perisian ingin membina

sebuah perisian PBK bagi tajuk Pithagoras Tingkatan 2.

1.3 Objektif Projek

Objektif projek PBK ini ialah untuk:

a) Membina sebuah perisian multimedia pendidikan matematik yang interaktif

dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berfungsi

sebagai PBK bagi tajuk Teorem Pithagoras.

b) menambahkan bilangan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

mengenai tajuk “Theorem Pithagoras” dalam Matematik Tingkatan 2.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

6

1.4 Objektif Perisian

Objektif perisian PBK ini ialah untuk:

a) Membantu pelajar membina kefahaman konsep Teorem Pithagoras yang betul.

b) Dapat memberi pengukuhan konsep kepada pelajar tentang Teorem Pithagoras

dan aplikasinya.

c) Meningkatkan motivasi pelajar dan menarik perhatian pelajar untuk mempelajari

tajuk-tajuk dalam Teorem Pithagoras dengan menggunakan elemen-elemen

multimedia yang dibangunkan.

1.5 Kepentingan Projek

Salah satu sebab perisian PBK ini dibangunkan adalah untuk mengatasi

proses pengajaran dan pembelajaran yang selama ini masih berjalan dengan kaedah

tradisional di mana setiap sukatan akan dihabiskan lebih bergantung kepada

penggunaan buku teks sebagai sumber utama.

Disamping itu kerajaan telah menyarankan penggunaan multimedia dalam

pendidikan selaras dengan perkembangan masa kini. Permasalahan matematik yang

tidak dapat dijelaskan secara teks sahaja dapat digambarkan secara grafik, animasi,

video atau audio menerusi PBK yang disediakan. Dengan penggunaan elemen

multimedia, guru dapat mengajar dengan berkesan dan dapat memberi kefahaman

yang lebih kepada pelajar tentang konsep Teorem Pithagoras. Selain daripada itu

penggunaan elemen-elemen multimedia yang pelbagai ini dapat meningkatkan lagi

daya ingatan murid dan secara tidak langsung dapat menarik minat dan perhatian

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Rao, 1991).

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filemenggunakan perisian pengarangan iaitu Macromedia Authorware 6.5 dibantu perisian sampingan seperti Macromedia Flash MX, Ulead

7

1.6 Skop Projek

Projek ini adalah merangkumi kandungan topik Teorem Pithagoras dalam

sukatan pelajaran matematik KBSM Tingkatan Dua. Isi kandungan yang diliputi

merangkumi subtajuk seperti

a) Relationship between the lengths of sides of a Right-angled Triangle.

b) Solving problems using the Pythagoras’ Theorem

Bahan-bahan tambahan yang berkaitan telah dimuatkan untuk

memperkayakan lagi pengetahuan pelajar. Walaupun perisian ini dihasilkan untuk

pembelajaran kendiri, namun sekiranya ia digunakan dalam kelas, pengawasan dan

bantuan guru diperlukan terutamanya untuk memastikan objektif pembelajaran

tercapai dan juga untuk menerapkan unsur-unsur nilai murni dan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif (KBKK) kepada pelajar.