PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha...

23
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN PERSPEKTIF) MOHD AFFENDI BIN MUSTAFA MAC 2004

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha...

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN PERSPEKTIF)

MOHD AFFENDI BIN MUSTAFA

MAC 2004

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN PERSPEKTIF)

MOHD AFFENDI BIN MUSTAFA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu
Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

iv

DEDIKASI

Teristimewa untuk…

Tuhan Yang Maha Esa

Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu ini

dalam menjalankan kewajipan kepada Mu.

Ayahbonda Tercinta

Misran Bin Mohd Ehsan dan Alijah Bte Samah

Doa, pengorbanan dan jasa kalian tidak dapat dinilai dan dibayar hingga ke akhir

hayat, moga Allah merahmati dan memberkati kalian.

Adinda-Adinda Tersayang

Mohd Nazri, Nurol Aini, dan Mohd Najib

Kalian merupakan penyeri hidup ku. Semoga kalian akan terus berusaha untuk

mencapai matlamat hidup dan berbakti kepada ayahbonda kita.

Pensyarah dan Rakan-Rakan Seperjuangan

Terima kasih di atas pertolongan dan tunjuk ajar kalian sehingga diri ini mampu

mencapai kejayaan ini.

“Terima Kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang kalian berikan.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama”.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad s.aw.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi dengan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini

dapat disiapkan dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya rakamkan kepada Prof. Madya Dr. Abdul

Wahid Bin Mukhari selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk

ajar, nasihat dan bantuan sepanjang kajian ini dijalankan.

Terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah

membiayai pengajian saya dan pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana telah

memberi peluang kepada saya untuk menerokai bidang yang amat berguna kepada masa

depan pengajaran saya.

Tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar,

rakan-rakan dan pihak Perpustakan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Sultan Ismail

kerana membekalkan sumber-sumber rujukan untuk kajian saya. Penghargaan ini juga

adalah untuk mereka yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa

kajian ini dilakukan.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

vi

ABSTRAK

Projek ini bertujuan membangunkan sebuah Perisian Multimedia Pengajaran

Berbantukan Komputer untuk tajuk kecil dalam pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Tingkatan 5 iaitu Lukisan Perspektif . Perisian Multimedia Pengajaran Berbantukan

yang dihasilkan adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Tingkatan 4 dan 5 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun

2000. Pembangunan perisian ini adalah berdasarkan Model Pembangunan PBK yang

dicadangkan oleh Baharudin Aris, Rio Sumarni, dan Manimegalai Subramaniam melalui

bukunya iaitu Reka Bentuk Perisian Multimedia yang diterbitkan pada tahun 2002. Teori

pembelajaran 9 peringkat oleh Robert Gagne telah diaplikasikan kepada rekabentuk

perisian ini. Pengujian dibuat dalam dua peringkat iaitu pengujian keserasian perisian

untuk dilancarkan dalam sebarang spesifikasi komputer dan pernilaian secara formatif

iaitu penilaian berterusan sepanjang projek dijalankan.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

vii

ABSTRACT

The purpose of this project was to develop an educational multimedia software in

Engineering Drawings for the topic of Perspective. The content of this software was

based on the syllabus of year the 2000. The development of the software was guided by

an educational software model development by Dr. Baharudin , Dr Rio Sumarni and

Manimegalai in their book “Rekabentuk Perisian Multimedia” published in year 2002.

The theory of learning by Robert Gagne was applied to this software. The evaluation of

this software was devided to two stages. The first step was to test the compatiblity of the

software using any computer with the minimum requirement. The second step was

formative evaluation that was done in several stages of software development.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii-iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

ix

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Perisian 5

1.5 Kepentingan Perisian 5

1.6 Skop Perisian 6

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 7

1.7.2 Perisian 7

1.7.3 Multimedia 7

1.7.4 Lukisan Perspektif 8

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10

2.2.1 Teks 11

2.2.2 Grafik 12

2.2.3 Animasi 12

2.2.4 Video 13

2.2.5 Audio 13

2.3 Isi Pelajaran Lukisan Perspektif 14

2.4 Aplikasi Teori-Teori Pembelajaran Dalam

Pengajaran Berbantu Komputer

2.4.1 Teori Behaviourisme 15

2.4.2 Teori Konstruktivisme 15

2.4.3 Teori Kognitivisme 16

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

x

2.5 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan

Komputer

2.5.1 Interaktif Dan Merangsang 17

2.5.2 Menarik Dan Menyeronokan 18

2.5.3 Maklum Balas Serta-Merta 18

2.5.4 Mudah Alih 18

2.5.5 Pengajaran Individu 18

2.5.6 Pengekalan Informasi Yang Berkesan 19

2.5.7 Keseronokan Menggunakan Komputer 19

2.6 Kelemahan Pembelajaran Berbantukan

Komputer

2.6.1 Bergantung Kepada Sistem Main

Balik Komputer 19

2.6.2 Masa Pembangunan Perisian 20

2.6.3 Kepakaran Tinggi 20

2.6.4 Kos Membangunkan PBK 21

2.6.5 Kepintaran Perisian 21

2.6.6 Terlalu menyeronokkan 21

2.7 Perisian-Perisian Dalam Pengajaran Berbantukan Komputer

2.7.1 Macromedia Authourware 22

2.7.2 Adobe Photoshop 22

2.7.3 Sonic Foundry Sound Forge 23

2.7.4 Ulead Cool 3D 23

2.7.5 VCD Cutter 24

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

xi

BAB III REKA BENTUK PERISIAN PBK

3.1 Pengenalan 25

3.2 Proses Pembangunan Perisian

3.2.1 Proses Analisis 26

3.2.1.1 Kumpulan Sasaran

(Pengguna Perisian) 26

3.2.1.2 Pengetahuan Sedia Ada 27

3.2.1.3 Persekitaran Pembelajaran 27

3.2.1.4 Tingkah Laku Yang Diharapkan 28

3.2.1.5 Matlamat Pengajaran 28

3.2.2 Proses Merekabentuk

3.2.2.1 Pembentukan objektif untuk

pengajaran 28

3.2.2.2 Pembinaan Item Untuk Ujian 29

3.2.2.3 Pemilihan Strategi Pengajaran 30

3.2.3 Proses Pembangunan Perisian 30

3.2.3.1 Pembinaan Carta Alir 30

3.2.3.2 Pembinaan Papan Cerita 36

3.2.4 Perlaksanaan 37

3.2.5 Penilaian 37

3.3 Aplikasi Teori Pengajaran Dalam Rekabentuk

Perisian mengikut Robert Gagne (1972)

3.3.1 Mendapatkan Perhatian 38

3.3.2 Memberitahu Objektif 39

3.3.3 Mengaitkan Pembelajaran Lampau 39

3.3.4 Persembahan Rangsangan 39

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

xii

3.3.5 Membekalkan Panduan Kepada

Pelajar 39

3.3.6 Penyoalan Terhadap Pemahaman

Konsep 40

3.3.7 Pemberian Maklum balas 40

3.3.8 Penilaian Pencapaian 40

3.3.9 Generalisasi 40

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Penghasilan Perisian 41

4.3 Pempakejan Perisian 42

4.4 Perbincangan Perisian 43

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Perbincangan Proses Pembangunan Perisian PBK

5.2.1 Kurang Kepakaran 50

5.2.2 Keperluan Masa 50

5.2.3 Saiz Storan Yang Besar 51

5.2.4 Pemilihan Isi Kandungan Matapelajaran 51

5.2.5 Masalah Perkakasan 51

5.2.6 Penilaian Perisian 52

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

xiii

5.3 Cadangan

5.3.1 Perisian PBK meliputi lebih banyak topik. 52

5.3.2 Lebih pendedahan kepada kepenggunaan

perisian 53

5.3.3 Bekerja secara berkumpulan 53

5.3.4 Meminimumkan saiz storan 54

5.3.5 Capaian ke internet 54

5.3.6 Kajian Lanjutan 54

5.4 Kesimpulan 55

BIBLIOGRAFI 57

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

xiv

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKASURAT

3.1 Huraian Carta Alir 32

3.2 Huraian Objektif Perisian. 33

3.3 Huraian Pengenalan 33

3.4 Huraian Set Induksi 34

3.5 Huraian Konsep Perspektif 34

3.6 Huraian Jenis Lukisan Perspektif dan Binaan. 35

3.7 Huraian Latihan 35

3.8 Huraian Panduan Penggunaan Perisian. 36

3.9 Papan Cerita PBK Lukisan Perspektif 36

4.1 Paparan Montaj 44

4.2 Paparan Pendaftaran 44

4.3 Paparan Panduan Penggunaan 45

4.4 Paparan “Menu Utama” 45

4.5 Paparan Kursor pada “Menu Utama” 45

4.6 Paparan “Objektif Perisian” 46

4.7 Paparan “Pengenalan” 46

4.8 Paparan “Set Induksi” 46

4.9 “Konsep Asas” 46

4.10 Paparan “Jenis-Jenis Lukisan Perspektif” 46

4.11 Paparan “Latihan” 46

4.12 Paparan “Kredit” 48

4.13 “Paparan Ke Windows”. 48

4.14 Penghargaan Terakhir. 48

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

xv

SENARAI SINGKATAN

2D - Dua Dimensi.

3D - Tiga Dimensi.

ABM - Alat Bantu Mengajar.

AVI - Video for Windows.

BMP - Bitmap.

CAI - Computer Aided Instruction.

CAL - Computer Aided Learning.

CAT - Computer Assisted Testing.

CBI - Computer Based Instruction.

CBL - Computer Based Learning .

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia.

MB - Megabait.

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer.

PSM - Projek Sarjana Muda.

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional.

P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

RAM - Random Acess Memory ( Memori Capaian Rawak).

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Latarbelakang penggunaan komputer dalam pendidikan kembali kepada

penyelidikan yang telah dilakukan terhadap mesin pengajaran terprogram (programmed

instruction and teaching machine). Kaedah pengajaran terprogram adalah berasaskan

teori behaviourime dan beberapa kajian telah dilaksanakan terhadapnya bagi

menentukan keberkesananya. Beberapa dapatan kajian yang berkaitan mendapati

bahawa pengajaran terprogram hanya dianggap sebagai salah satu alat bantuan mengajar

guru dan tidak memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar. Ia dianggap

sebagai sesuatu yang membosankan dan terlalu simplistik.

Walaubagaimanapun, beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Dreyfus (1990)

dan Haveli (1991), penggunaan latihtubi matematik pada tahun 1960 an telah

membuktikan bahawa komputer mampu menjadikan alat yang berkesan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Kajian yang dilakukan ini

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

2

mendapati bahawa pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik meningkat dan

mereka menunjukkan keseronokan belajar matematik menggunakan komputer.

Walaupun faktor kos yang tinggi menjadi halangan, tetapi ianya telah menyediakan

landasan bagi usaha selanjutnya mengenai penggunaan komputer dalam pendidikan

hingga ke hari ini.

Melalui sistem pendidikan tradisional, proses (P&P) melibatkan dua entiti sahaja

iaitu guru dan murid. Ia hanya melibatkan komunikasi satu hala sahaja di mana guru

menyampaikan isi pelajaran di hadapan kelas dan pelajar mencatat isi penting dalam

buku pelajaran. Ia banyak menggunakan konsep hafalan berbanding merangsang proses

berfikir pelajar. ( Baharudin; Noraffandy ; Jamaludin dan Zaidatun, 2000 ).

Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) memudahkan proses pencerapan

maklumat oleh pelajar kerana teks yang panjang disingkatkan menjadi isi-isi penting.

Selain itu, langkah-langkah untuk membuat sesuatu lukisan atau isi pelajaran boleh

disampaikan melalui bentuk grafik, video, animasi ataupun audio. Contoh isi pelajaran

yang menggunakan aplikasi multimedia dan simulasi pelajar ialah pembedahan katak

yang boleh dirujuk dari laman web, http://www.frogcuts.com. Penggunaan perisian PBK

dapat mengurangkan beban guru dari aspek pengurusan dan pengajaran. Ini kerana

proses (P&P) dapat dibuat secara berseorangan ataupun guru mengajar pelajar kepada

kumpulan-kumpulan kecil. Secara amnya, penggunaan perisian PBK dapat memberikan

kemudahan kepada pelajar seperti:

Mempelajari sesuatu perkara dengan lebih cepat

Memudahkan proses mengingati kembali maklumat yang telah dipelajari

dengan lebih banyak.

Mendedahkan pelajar kepada teknologi.

Mempelbagaikan dan memudahkan kaedah pembelajaran.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

3

Dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (PTV) khasnya, penggunaan

teknologi multimedia masih belum digunakan secara meluas berbanding matapelajaran

lain seperti sains dan matematik. Bagi pengajaran lukisan teknik pula, kaedah yang biasa

di gunakan adalah linear iaitu pengajaran guru menggunakan kaedah-kaedah biasa

seperti tunjukcara, perbincangan dan kaedah berkumpulan. Kaedah-kaedah ini

menunjukkan sesuatu langkah untuk melukis sesuatu lukisan. Sekiranya terdapat

segelintir pelajar yang tercicir, guru terpaksa menerangkan kembali sesuatu langkah dan

ini akan menyukarkan tugas guru dan pengajaran pelajar-pelajar yang lain. Oleh yang

demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan institut-institut

pengajian awam yang ada di Malaysia membangunkan perisian-perisian PBK yang

menepati citarasa pendidikan Malaysia dan tidak bergantung kepada perisian-perisian

PBK yang dihasilkan oleh negara maju semata-mata. (Baharuddin; Rio Sumarni;

Manimegalai, 2002).

1.2 Latar Belakang Masalah

Lukisan Kejuruteraan merupakan pelajaran yang diajarkan kepada semua pelajar

tingkatan 4 dan 5 di sekolah-sekolah teknik. Namun matapelajaran ini juga telah

ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah harian biasa. Bagi sesebuah

sekolah teknik, ia telah dilengkapi dengan bilik lukisan yang lengkap dengan peralatan

melukis seperti meja lukis, sesiku T dan alat-alat melukis yang lain tetapi sebaliknya di

sekolah menengah harian kerana peruntukan yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk

melengkapkan sesebuah sekolah dengan bilik lukisan yang lengkap. Ini akan

menyukarkan pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

4

Penggunaan kaedah sedia ada sekarang untuk mengajar topik lukisan perspektif

kurang sesuai kerana penggunaan kapur tulis sukar untuk membezakan jenis-jenis

garisan. Penggunaan papan putih dapat mengatasi sedikit masalah ini namun ia tetap

tidak dapat mengelakkan masalah lain seperti:

Pelajar tidak nampak dengan jelas konsep perspektif ( Baharudin; Noraffandy;

Jamaludin; Zaidatun, 2000 ).

Alat Bantu Mengajar (ABM) sedia ada tidak dapat menggambarkan konsep

perspektif.

Kejituan lukisan guru adalah rendah kerana penggunaan jangka lukis pada papan

tulis adalah kurang sesuai.

Proses P&P juga menjadi lambat kerana guru terpaksa melukis dan menerangkan

sesuatu langkah kerja kepada pelajar. Jika terdapat keciciran diantara pelajar, guru

terpaksa mengulangi langkah melukis sesuatu lukisan.

Oleh itu, pembangunan perisian PBK ini diharap dapat mengatasi masalah-

masalah di atas disamping menambahkan bilangan perisian untuk matapelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah perisian PBK Lukisan Kejuruteraan

Subtopik Lukisan Perspektif untuk kegunaan guru-guru yang mengajar matapelajaran

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

5

Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah

(KBSM).

1.4 Objektif Perisian

Objektif utama projek ini adalah menghasilkan satu perisian multimedia yang

bertajuk PBK lukisan perspektif dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan

Lima. Setelah pengguna selesai menggunakan PBK lukisan perspektif ini, mereka akan

dapat:

1.4.1 Menerangkan konsep-konsep lukisan perspektif.

1.4.2 Menyatakan elemen-elemen dalam lukisan perspektif.

1.4.3 Melukis lukisan perspektif satu titik.

1.4.4 Melukis lukisan perspektif dua titik.

1.5 Kepentingan Perisian

Menambahkan bilangan perisian PBK yang interaktif dalam matapelajaran

Lukisan Kejuruteraan.

Membantu guru memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran dan dapat

menilai pencapaian murid.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN … fileiv DEDIKASI Teristimewa untuk… Tuhan Yang Maha Esa Terima Kasih kerana menganugerahkani kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu

6

Mendorong pelajar mengulangkaji dan belajar secara kendiri walaupun tanpa

bantuan guru.

Menambahkan minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Lukisan

Perspektif.

Menjadikan proses P&P tidak linear iaitu langkah-langkah melukis lukisan

perspektif yang sukar dapat ditunjukkan berulang-ulang kali dengan mudah.

Menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang menarik dan memudahkan

pemahaman pelajar.

1.6 Skop Perisian

Perisian ini dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran lukisan kejuruteraan

tingkatan lima Lukisan Perspektif yang dibekalkan oleh KPM. Ia melibatkan konsep-

konsep seperti :

Titik stesen

Garis penglihatan

Satah gambar

Garis ufuk

Titik lenyap

Garis bumi

Garis tinggi

Lukisan Perspektif 1 Titik