PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM...

22

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM...

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI
Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN

LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK)

MOHD NAZRI BIN MUSTAFA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2005/2006

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI
Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

iv

DEDIKASI

Tuhan Yang Maha Esa

Bersyukur kerana menganugerahkan kekuatan dan kesihatan kepada hamba Mu ini

dalam menjalankan kewajipan kepada Mu....

Ayahanda dan Bonda Tersayang

Misran Bin Mohd Ehsan dan Alijah Binti Samah

Doamu memberiku kekuatan dan kesejahteraan dalam menempuh ranjau sepanjang

perjalanan ini....

Adinda-Adinda Tersayang

Mohd Affendi, Nurol Aini dan Mohd Najib

Sesugguhnya kejayaan ini adalah anugerah Ilahi untuk kita syukuri bersama dan

sebagai pendorong kepada kalian semua untuk berusaha ke arah itu dan menikmatinya

di masa akan datang....

Pensyarah dan Teman-teman Seperjuangan

Terima kasih di atas pertolongan dan tunjuk ajar kalian sehingga diri ini mampu

mencapai kejayaan ini....

“Sesungguhnya ilmu pengetahuan adalah pelita hidup di dunia dan akhirat...”

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

v

PENGHARGAAN

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya menyiapkan

projek penulisan tesisi ini bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia tesis,

PM. Dr. Hj. Abdul Wahid Bin Mukhari atas bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan

yang telah beliau berikan sepanjang tempoh penulisan ini. Penghargaan ini juga

ditujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah membiayai pengajian

saya dan pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana telah memberi peluang kepada

saya untuk menerokai bidang yang amat berguna kepada masa depan saya.

Terima kasih juga kepada pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah dan

Perpustakaan Sultan Ismail kerana membekalkan sumber-sumber rujukan untuk kajian

saya. Sekalung budi sejambak bahasa diucapkan atas segala bantuan dan kerjasama yang

dihulurkan sepanjang perlaksanaan kajian ini. Akhir sekali ucapan terima kasih kepada

semua mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa kajian ini

dijalankan.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

vi

ABSTRAK

Projek ini bertujuan membangunkan sebuah Perisian Pengajaran Berbantukan

Komputer (PBK) untuk tajuk dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5

iaitu Lukisan Elektronik. Tujuan penghasilan perisian PBK ini adalah untuk membantu

meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik berkenaan dipelajari dan menambah

bilangan koleksi PBK di sekolah. Perisian PBK yang dihasilkan berdasarkan huraian

sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia. Pembangunan perisian ini adalah berdasarkan kepada Model Pembangunan

PBK yang dicadangkan oleh Jamalludin Harun, Baharudin Aris dan Zaidatun Tasir

melalui bukunya iaitu Reka Bentuk Perisian Multimedia yang diterbitkan pada tahun

2002. Pengujian awal dibuat di Sekolah Menengah Teknik Tanjung Putri, Johor Bahru

iaitu penilaian oleh pelajar dan guru untuk melihat sama ada objektifnya tercapai. Di

harap perisian ini dapat membantu dan meningkatkan kemudahan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi tajuk Lukisan Elektronik.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

vii

ABSTRACT

This project aims to develop Computer Assisted Teaching courseware for a topic

of the Form 5’s Engineering Drawing namely Electronic Drawing. The purpose of this

courseware is to help increase the understanding of the students in the topic beside to

increase the number of educational courseware in schools. This educational courseware

was created based on the KBSM Engineering Drawing syllabus. The process of creating

this courseware was based on the Computer Assisted Teaching Models that had been

explained by Jamalludin Harun, Baharudin Aris, Zaidatun Tasir in their book “Reka

Bentuk Perisian Multimedia” published in 2002. An initial evaluation in Sekolah

Menengah Teknik Tanjung Putri, Johor Bahru, several students and teachers to measure

to what extent the objective is achieve. It is hoped that this courseware will be able to

help enhance the teaching and learning process in the Engineering Drawing subject,

especially for the Electronic Drawing topic.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN i-iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 8

1.6 Skop Projek 9

1.7 Definasi Istilah 9

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

ix

1.7.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9

1.7.2 Membangunkan Perisian 10

1.7.3 Teknologi 10

1.7.4 Multimedia 10

1.7.5 Lukisan Kejuruteraan 11

1.7.6 Lukisan Elektronik 11

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 13

2.3 Multimedia 15

2.3.1 Definisi Multimedia 15

2.3.2 Elemen Multimedia 16

2.3.2.1 Teks 16

2.3.2.2 Grafik 17

2.3.2.3 Animasi 17

2.3.2.4 Video 18

2.3.2.5 Audio 19

2.4 Isi Pelajaran Lukisan Elektronik 21

2.5 Teori Pembelajaran 21

2.5.1 Teori Behaviorisme 23

2.5.2 Teori Konstruktivisme 24

2.5.3 Teori Kognitif 25

2.6 Kelebihan Multimedia Dalam Pendidikan 26

2.6.1 Interaktif dan Merangsang

2.6.2 Komunikasi Maklumat yang Efektif 26

2.6.3 Pengekalan Informasi yang Berkesan 27

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

x

2.6.4 Memudahkan dan Mempercepatkan Proses 27

Pengajaran dan Pembelajaran

2.6.5 Membolehkan Pelajar Belajar Mengikut 27

Kehendak Sendiri

2.6.6 Pembelajaran Kendiri 28

2.6.7 Keseronokkan Menggunakan Komputer 28

Multimedia

BAB 3 METODOLOGI PERISIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Proses Utama Perisian 30

3.3 Model Pengajaran dan Pembelajaran 30

3.4 Proses Pembangunan Perisian 31

3.4.1 Analisis 32

3.4.2 Rekabentuk 33

3.4.2.1 Pembentukan Objektif 33

3.4.2.2 Pembentukan Kandungan Pelajaran di 34

Dalam Perisian

3.4.2.3 Pemilihan Strategi 35

3.4.2.4 Kesesuaian Sistem Multimedia 36

3.4.3 Pembangunan 36

3.4.3.1 Macromedia Authorware 36

3.4.3.2 Macromedia Flash 37

3.4.3.3 Adobe Photoshop 37

3.4.3.4 Sonic Foundry Sound Forge 38

3.4.3.5 Circuit Maker 38

3.4.3.6 Penyediaan Papan Cerita 39

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

xi

(Story Board)

3.4.3.7 Carta Alir Reka Bentuk Perisian 39

3.4.3.8 Carta Aliran Keseluruhan 40

3.4.4 Perlaksanaan 43

3.4.5 Penilaian 43

BAB 4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pendahuluan 45

4.2 Pempekajan Perisian 46

4.3 Kandungan Perisian PBK 47

4.4 Analisis Data 53

4.5 Perolehan Data Penilaian 54

4.6 Penutup 62

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 63

5.2 Dapatan Penilaian Awal 64

5.2.1 Kelebihan Perisian PBK 64

5.2.2 Kelemahan Perisian PBK 64

5.3 Cadangan Pembaikan Perisian PBK 65

5.4 Perbincangan 66

5.4.1 Faktor Kekurangan Kepakaran dan Kemahiran 66

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

xii

5.4.2 Faktor Masa 66

5.4.3 Faktor Kos 67

5.4.4 Faktor Perkakasan 67

5.4.5 Faktor Mereka Bentuk Skrip 68

5.5 Cadangan Umum Membina Perisian Multimedia 68

5.6 Kesimpulan 69

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 75

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta aliran model lima peringkat ADDIE 31

3.2 Huraian carta alir 40

3.3 Carta aliran operasi pengenalan 41

3.4 Carta aliran operasi jenis-jenis litar 41

3.5 Carta aliran operasi simbol piawai 41

3.6 Carta aliran operasi aplikasi 42

3.7 Carta aliran operasi latihan 42

4.1 Paparan montaj 1 47

4.2 Paparan montaj 2 47

4.3 Paparan pendaftaran 1 47

4.4 Paparan pendaftaran 2 47

4.5 Paparan menu utama 48

4.6 Paparan set induksi 48

4.7 Paparan objektif perisian 48

4.8 Paparan pengenalan 49

4.9 Paparan jenis lukisan 1 49

4.10 Paparan jenis lukisan 2 49

4.11 Paparan jenis lukisan 3 49

4.12 Paparan jenis lukisan 4 49

4.13 Paparan jenis lukisan 5 49

4.14 Paparan simbol 1 50

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

xiv

4.15 Paparan simbol 2 50

4.16 Paparan aplikasi 1 50

4.17 Paparan apliksai 2 50

4.18 Paparan latihan 1 51

4.19 Paparan latihan 2 51

4.20 Paparan kredit 1 51

4.21 Paparan kredit 2 51

4.22 Paparan keluar 52

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

xv

SENARAI SINGKATAN

P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

ABM - Alat Bantu Mengajar

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPSS - Statistical Package For Social Science

2D - Dua Dimensi

3D - Tiga Dimensi

LK - Lukisan Kejuruteraan

CD - Compact Disk

IT - Information Technology

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan masa kini memerlukan para pendidik membuat anjakan

paradigma dari segi penyampaiannya di dalam bilik darjah. Keperluan ini

berdasarkan beberapa ciri-ciri pendidikan yang menjadi tunjang kepada dasar

pendidikan negara seperti pembelajaran berfokuskan pelajar, pembelajaran

berbantukan teknologi dan pembelajaran berdaya fikir. Seiring dengan

perkembangan ini maka terbentuknya beberapa strategi pengajaan dan pembelajaran

berkisar dari aspek pedagogi dan psikologi seperti pembelajaran secara kontekstual,

pembelajaran secara kooperatif, pembelajaran penguasaan serta perintegrasian

pemikiran secara kritis dan kreatif serta dimensi kecerdasan pelbagai dalam proses

pembelajaran. Perkembangan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran

bermakna (meaningful learning) serta berkesan (effective learning).

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

2

Perkembangan sains dan teknologi telah membuka satu lagi pintu eksploitasi

untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Komputer yang pada asalnya dicipta

bagi membantu ahli-ahli sains dan teknologi dalam kerja-kerja teknik dan

kejuruteraan telah menjadi satu alat keperluan. Perkhidmatan telekomunikasi digital

dan pengkomputeran yang diwujudkan hasil daripada pembangunan dua hala begitu

efektif tidak kira mesej tersebut dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau animasi.

Bahang penggunaan komputer dalam pendidikan secara meluas di bilik darjah

semakin dirasakan. Dengan kepekaan dan keprihatinan pihak kerajaan dalam

memajukan tahap pendidikan. Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dipercayai

boleh memenuhi aspirasi Negara serta rakyat yang mahu pendidikan berkualiti.

Seiring dengan itu, perkembangan dunia pendidikan juga berlalu begitu

pantas sekali. semakin hari ada sahaja teknologi-teknologi baru yang dapat

memantapkan teknik pengajaran yang berkesan. Dalam pengajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM), bahan dan aktiviti diutamakan. Pada masa yang sama, menyarankan agar

proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Pemerolehan

pengetahuan dibuat dengan pembelajaran melalui pengalaman yang melibatkan

pelajar secara aktif.

Menurut (Wyatt, 1984), komputer banyak digunakan di negara-negara maju

dalam membantu pembelajaran dan pengajaran. Ianya membolehkan guru merekod

maklumat diri pelajar dan memudahkan guru untuk menyampaikan sesuatu isi

pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah. Ini membuatkan ianya amat sesuai

digunakan di sekolah-sekolah.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

3

Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) di sekolah-sekolah di Malaysia mula

berkembang dengan penubuhan sekolah-sekolah bestari yang menggunakan

komputer sebagai media terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping

itu, komputer juga menyediakan pelajar untuk hidup dalam masyarakat di mana

komputer digunakan untuk mencegah buta huruf dan meningkatkan pengetahuan

tentang dunia luar (Langhore,1989).

PBK memudahkan proses pencerapan maklumat oleh pelajar kerana teks

yang panjang disingkatkan menjadi isi-isi penting. Selain itu, langkah-langkah untuk

menyampaikan isi pelajaran boleh dipersembahkan melalui bentuk grafik, video,

animasi ataupun audio. Penggunaan perisian PBK dapat mengurangkan beban guru

dari aspek pengurusan dan pengajaran. Ini kerana proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dibuat secara berseorangan ataupun guru mengajar pelajar

kepada kumpulan-kumpulan kecil. (Yusof Hashim, 1997) menyatakan, terdapat

enam kelebihan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran:

Kaedah ini dapat memenuhi kebolehan dan keperluan pembelajaran individu.

Pelajar boleh belajar mengikut kadar kecepatan proses pembelajaran masing-

masing dan justeru itu dapat menyelamatkan masa pembelajaran

(Kearsley,1983, Toh Seong Chong, 1991) dalam (Yusof Hashim, 1997)

berbanding dengan pengajaran secara biasa di dalam bilik darjah.

Tindak balas serta merta dan secara peribadi memberi kesan peneguhan yang

sangat positif.

Komputer dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalan pengajaran.

Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat dan sabar semasa

menggunakan program menjadikan ianya sesuai untuk pelajar terutamanya

bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih

tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.

Komputer dapat menyediakan pembelajaran yang konsisten dan terjamin. Ia

tidak tertakluk kepada kesediaan guru, masa dan lokasi pengajaran itu

berlaku.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

4

Ternyatalah komputer merupakan alat yang berpotensi dalam penyediaan

rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menjalinkan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan nilai dengan teknik-teknik penyampaian tertentu. Ini diikuti dengan

penggunaan bahan dan aktiviti terancang, suatu suasana pembelajaran yang lebih

bermakna dan berkesan dapat diwujudkan. Lantaran itu, PBK yang dibangunkan di

peringkat sekolah tidak meninggalkan aspek pengajaran dan pembelajaran, teori

pengajaran dan pembelajaran seperti behaviorisme, kognitifisme, konstruktivisme

dan pemprosesan maklumat tetap diterapkan. Kesemua teori ini disepadukan agar

ianya menghasilkan perisian PBK yang dapat membantu pelajar memahami isi

pelajaran dengan lebih berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Lukisan Kejuruteraan (LK) merupakan satu matapelajaran wajib yang

ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang beraliran teknikal di semua

sekolah menengah teknik dan elektif dalam kumpulan teknologi dan vokasional.

Namun pada masa sekarang, matapelajaran ini juga ada ditawarkan di beberapa buah

sekolah menengah akademik biasa di seluruh Malaysia. Matapelajaran lukisan

kejuruteraan ini sangat penting kepada para pelajar kerana ianya bertujuan untuk

melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teknikal memandangkan LK yang

berperanan sebagai bahasa kejuruteraan atau bahasa grafik yang digunakan sebagi

media penghubung utama di dalam bidang kejuruteraan (Mohd Ramzan Mainal,

Badri Abd Ghani dan Yahya Samian, 1998).

Pada amnya, isi kandungan pelajaran yang melibatkan lukisan kejuruteraan

memerlukan kefahaman konsep-konsep yang jelas dan teori-teori yang kukuh.

Umpamanya bagi lukisan elektronik ianya memerlukan pelajar untuk memahami

konsep dan teori pembinaan simbol sesuatu komponen elektronik. Oleh yang

demikian, cara yang paling berkesan ialah menunjukkan kepada para pelajar akan

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

5

komponen sebenar di samping menerangkan simbol komponen elektronik dan

fungsinya di dalam litar elektronik. Ini akan mengakibatkan berlakunya pembaziran

masa dalam usaha menyediakan komponen sebenar berkenaan di dalam bengkel

lukisan kejuruteraan.

Mengajar Lukisan Elektronik bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih

lagi bagi guru yang bukan daripada bidang elektronik tetapi perlu mengajar mata

pelajaran tersebut kepada pelajar mereka. Ini kerana lukisan elektronik merangkumi

beberapa aspek penting yang perlu difahami oleh guru sebelum menyampaikannya

kepada pelajar. Antara aspek yang sangat penting di dalam lukisan elektronik ialah

simbol komponen elektronik, lukisan litar skematik dan lukisan pendawaian. Para

guru semestinya perlu mengetahui setiap jenis simbol bagi setiap jenis komponen

elektronik. Malah, guru yang mengajar matapelajaran ini juga perlu tahu tentang

cara-cara meletakkan simbol komponen elektronik di dalam litar skematik kerana

sesetengah komponen elektronik mempunyai kekutuban. Perkara ini sangat penting

bagi menjamin ilmu yang disampaikan oleh guru adalah betul dan tidak

memesongkan kefahaman pelajar yang mempelajari matapelajaran tersebut.

Bagi mengatasi masalah tersebut guru akan menggunakan carta atau gambar

yang statik di mana ianya kurang berkesan terhadap pembelajaran di dalam bilik

darjah. Dengan menggunakan kaedah ini, keseluruhan pelajar tidak semestinya

dapat menerimanya dan secara tidak langsung ianya akan menjejaskan minat pelajar

untuk memberikan perhatian dan tumpuan terhadap topik yang diajar. Ini disokong

oleh (Okey,1985) yang menyatakan bahawa pelajar akan hilang minat terhadap

pembelajaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pengajaran tidak

menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan yang tidak bersesuaian,

persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pembelajaran

yang statik. Apabila guru memperkenalkan sesuatu konsep yang berbeza dengan

kerangka altenatif palajar, pelajar akan menghadapi kesukaran untuk

mengasimilasikan maklumat baru dan menjadi terkeliru.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN ... PERISIAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TAJUK KECIL DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 5 (LUKISAN ELEKTRONIK) MOHD NAZRI

6

Menurut Baharuddin, Manimegalai Subramaniam dan Rio Surmani

Shariffudin (2001), Penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) yang canggih atau

berbentuk elektronik kurang mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan

guru-guru di sekolah. Ini kerana, kebanyakkan guru-guru ini berpendapat bahawa

penghasilan sesebuah perisian multimedia (ABM) memerlukan masa, tenaga dan kos

yang sangat tinggi. Oleh itu, mereka ini lebih cenderung menjalankan akitiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran ala

tradisional iaitu penggunaan papan tulis dengan kapur (Chalk and Talk), carta atau

poster dan sebagainya.

Melalui sistem pendidikan tradisional, proses pengajaran dan pembelajaran

melibatkan dua entiti sahaja iaitu guru dan murid. Ia hanya melibatkan komunikasi

satu hala sahaja di mana guru menyampaikan isi pelajaran di hadapan kelas dan

pelajar mencatat isi penting dalam buku pelajaran. Ia banyak menggunakan konsep

hafalan berbanding merangsang proses berfikir pelajar. (Baharudin Aris; Noraffandy

Yahaya; Jamaludin Hj. Harun ; Zaidatun Nasir, 2000).

Namun, Moldstad (1974) dalam Yusof Hashim (1997) berpendapat jika

media digunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru,kapur dan tutur) akan

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Media dan teknologi pembelajaran banyak mempengaruhi corak pendidikan

di seluruh dunia. Kini perkembangan dan program komputer telah mula merubah

senario pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Adalah dijangkakan dengan

kewujudan Pengajaran Berbantu Komputer (PBK) yang baru ini, ianya dapat

memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah. Peranan guru pada peringkat ini adalah berfungsi sebagai pemudah cara di

antara media dan proses di dalam pengajaran dan pembelajaran.