Pembangunan Sahsiah

10
Pembangunan Sahsiah ISU PENYELEWENGAN MASA DALAM KALANGAN GURU DISEKOLAH. Antara isu sahsiah yang kurang diberi perhatian oleh pihak tertentu iaitu penyelewengan masa dalam kalangan guru disekolah. Isu ini menjadi isu sahsiah pilihan dalam kumpulan. Antara pandangan guru dan pelajar terhadap isu penyelewengan masa yang dilakukan oleh guru secara langsung mahupun secara tidak langsung iaitu: Guru masuk lewat ke kelas. Dewasa ini sering menjadi bualan tentang masalah yang melibatkan sahsiah guru yang kian hari semakin menggugat kredibiliti profesion perguruan Malaysia. Melihat kepada masalah penyelewengan masa dalam kalangan guru di sekolah ini ianya melibatkan pelbagai bentuk kesalahan yang dilakukan oleh guru yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagai contoh yang paling hampir masalah guru yang lewat hadir ke kelas. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana perkara ini terkandung dalam etika pengurusan masa yang terangkum dalam Pekeliling berkaitan Etika Profesion Perguruan (Pembangunan Sahsiah, 2011:209). Kod etika ini merangkumkan perkara yang perlu dipatuhi oleh guru seperti waktu hadir ke sekolah, waktu hadir ke kelas serta mengajar ikut jadual waktu yang ditetapkan. Semua ini termasuk dalam pengurusan masa dan ketetapan masa yang telah termaktub dalam Etika Profesion Perguruan. Masalah penyelewengan waktu dalam kalangan guru sering dapat dilihat melalui kelewatan guru masuk ke kelas, kelewatan guru datang ke sekolah dan sebagainya. Berdasarkan kajian sebelum ini, masalah berkaitan penggunaan masa guru ini sering dikaitkan dengan penggunaan masa guru ke arah aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya semasa berada dalam kawasan sekolah. Sebagai contoh dapat dilihat guru-guru yang bermasalah ini menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya mereka berada di dalam kelas tetapi digunakan untuk bersembang serta bergosip tentang perkara yang tidak sepatutnya menjadi bualan di sekolah. Sedangkan sesi pengajaran dan pembelajaran dibiarkan habis begitu sahaja. Dapat dilihat bahawa sahsiah yang dimiliki guru ini mencemarkan profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi di mata masyarakat. Dalam Pembangunan Sahsiah ada menyatakan bahawa seorang guru yang profesional harus mempunyai tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah,1998). Kenyataan ini jelas menegaskan bahawa guru sebagai role model kepada muridnya perlu

description

sahsiah

Transcript of Pembangunan Sahsiah

Page 1: Pembangunan Sahsiah

Pembangunan Sahsiah

ISU PENYELEWENGAN MASA DALAM KALANGAN GURU DISEKOLAH.

Antara isu sahsiah yang kurang diberi perhatian oleh pihak tertentu iaitu penyelewengan

masa dalam kalangan guru disekolah. Isu ini menjadi isu sahsiah pilihan dalam kumpulan.

Antara pandangan guru dan pelajar terhadap isu penyelewengan masa yang dilakukan oleh

guru secara langsung mahupun secara tidak langsung iaitu: 

Guru masuk lewat ke kelas.

Dewasa ini sering menjadi bualan tentang masalah yang melibatkan sahsiah guru yang kian

hari semakin menggugat kredibiliti profesion perguruan Malaysia. Melihat kepada masalah

penyelewengan masa dalam kalangan guru di sekolah ini ianya melibatkan pelbagai bentuk

kesalahan yang dilakukan oleh guru yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagai contoh yang

paling hampir masalah guru yang lewat hadir ke kelas.

            Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana perkara ini terkandung dalam etika

pengurusan masa yang terangkum dalam Pekeliling berkaitan Etika Profesion Perguruan

(Pembangunan Sahsiah, 2011:209). Kod etika ini merangkumkan perkara yang perlu

dipatuhi oleh guru seperti waktu hadir ke sekolah, waktu hadir ke kelas serta mengajar ikut

jadual waktu yang ditetapkan. Semua ini termasuk dalam pengurusan masa dan ketetapan

masa yang telah termaktub dalam Etika Profesion Perguruan. Masalah penyelewengan

waktu dalam kalangan guru sering dapat dilihat melalui kelewatan guru masuk ke kelas,

kelewatan guru datang ke sekolah dan sebagainya.

            Berdasarkan kajian sebelum ini, masalah berkaitan penggunaan masa guru ini sering

dikaitkan dengan penggunaan masa guru ke arah aktiviti yang tidak berfaedah

terutamanya  semasa berada dalam kawasan sekolah. Sebagai contoh dapat dilihat guru-

guru yang bermasalah ini menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran yang

sepatutnya mereka berada di dalam kelas tetapi digunakan untuk bersembang serta

bergosip tentang perkara yang tidak sepatutnya menjadi bualan di sekolah. Sedangkan sesi

pengajaran dan pembelajaran dibiarkan habis begitu sahaja. Dapat dilihat bahawa sahsiah

yang dimiliki guru ini mencemarkan profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi di

mata masyarakat.

 Dalam Pembangunan Sahsiah ada menyatakan bahawa seorang guru yang

profesional harus mempunyai tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan

dan pembentukan sahsiah (Robiah,1998). Kenyataan ini jelas menegaskan bahawa guru

sebagai role model kepada muridnya perlu membetulkan sahsiah terlebih dahulu. Sebagai

Page 2: Pembangunan Sahsiah

contoh seorang guru haruslah menunjukkan sikap menepati masa kepada muridnya bukan

sebagai seorang yang tidak menepati masa. Kerana perkembangan pelajar adalah melalui

pemerhatian keadaan sekeliling yang dijadikan ikutan oleh pelajar itu dan diaplikasikan

dalam kehidupan seharian.

            Menurut Yahya dan Zainuddin(2003) melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996

ada menjelaskan :

“Para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan

sahaja dari segi penyebaran ilmu, bahkan juga dalam pembangunan sahsiah anak didiknya.

Justeru itu guru perlu terlebih dahulu memiliki sahsiah atau personaliti yang unggul sebelum

berusaha untuk membentuk sahsiah para muridnya melalui proses pendidikan.”

Guru berniaga dalam kawasan sekolah.

Guru berniaga dalam kawasan sekolah semasa waktu persekolahan juga merupakan

masalah yang berkaitan dengan penyelewengan masa dalam kalangan guru di sekolah.

Sememangnya manusia tidak pernah puas dengan pencapaian yang di kecapi telah

membuatkan para guru ini melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan tetapi dalam konteks ini

perkara ini dilihat sangat menyimpang kerana perbuatan ini akan mengabaikan

tanggungjawab serta matlamat sebenar guru itu datang ke sekolah iaitu untuk mengajar.

            Melihat kepada perkara ini, guru perlulah bertanggungjawab dengan tugas yang telah

diamanahkan kepadanya untuk mendidik pelajar bukannya menjadi juru jual di sekolah.

Dalam buku Peperiksaan Penilaian tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Gurutulisan Mok

Soon Sang ada menekankan guru bertanggungjawab terhadap pekerjaannya, iaitu

akauntabiliti terhadap kurikulum yang telah ditugaskan untuk dilaksanakan olehnya malahan

juga guru juga perlu mendalami tugas yang ditetapkan oleh pihak sekolah terhadapnya.

Jelas dapat dilihat guru perlu bertugas sebagai pendidik bukannya sebagai juru jual di

sekolah. Bukan itu sahaja perkara ini juga ada terkandung dalam Etika Profesion Perguruan

iaitu guru tidak boleh melakukan kesalahan tata kelakuan seperti menguruskan perniagaan

dalam waktu pejabat ataupun waktu pengajaran dan pembelajaran. Kerana dapat ditafsirkan

seorang peniaga ini akan menjadikan keuntungan sebagai matlamat utamanya. Perkara ini

sama sekali telah memesongkan niat sebenar seorang guru hadir ke sekolah. Justeru itu

guru ini tidak lagi memberikan komitmen terhadap waktu yang sepatutnya digunakan untuk

mengajar tetapi telah disalah gunakan untuk berniaga.

            Waktu yang diperuntukkan oleh pihak atasan kepada guru perlu dimanfaatkan

kepada perlakuan yang boleh meningkatkan prestasi kurikulum mahupun kokurikulum

pelajar sekali gus meningkatkan prestasi sekolah. Justeru itu guru memberikan sepenuh

Page 3: Pembangunan Sahsiah

masa dan kudratnya dengan menggunakan masa yang ada dengan perkara yang membantu

pelajar untuk maju dalam hidup bukannya menjalankan perniagaan yang hanya

menguntungkan diri sendiri tanpa menghiraukan matlamat guru datang ke sekolah iaitu

untuk mendidik.

Malahan guru juga boleh menggunakan masa yang ada untuk bertindak sebagai ejen

kepada hubungan sekolah dengan ibu bapa. Perkara ini penting kerana penglibatan guru

sebagai orang tengah kepada pelajar dengan ibu bapa dapat memberikan tanggapan yang

positif terhadap profesion perguruan di sesebuah sekolah itu. Perkara ini berlaku kerana

guru akan lebih hampir dengan ibu bapa dan sekali gus mudah bagi guru untuk mendalami

masalah yang dihadapi oleh pelajar yang saling berhubung kait dengan prestasi pelajar

tersebut.

Guru berbual di kantin dan keluar sekolah sewaktu P&P.

Bukan itu sahaja guru yang bermasalah ini juga sering duduk di kantin sekolah untuk

bersembang perihal yang tidak penting sedangkan sesi pengajaran dan pembelajaran

dibiarkan habis begitu sahaja. Tidak kurang juga terdapat segelintir guru yang keluar masuk

dari kawasan sekolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

            Menurut Etika Profesion Perguruan yang telah ditetapkan, seorang guru itu tidak

boleh bertingkah laku dengan tingkah laku yang mencemarkan profesion perguruan. Hal ini

demikian kerana guru yang menghabiskan banyak masa berbual di kantin menyebabkan

kegagalan pihak guru ini untuk mengawal pelajarnya kerana guru ini tidak berada hampir

dengan pelajarnya kerana sibuk berbual perkara yang tidak menyumbangkan peningkatan

prestasi pelajar serta sekolahnya. Malahan akan timbul masalah yang lebih besar lagi jika

guru yang sepatutnya berada di dalam kelas didapati keluar dari kawasan sekolah untuk

melepak dan sebagainya. Masyarakat sekeliling akan mula menimbulkan persoalan tentang

kredibiliti seorang guru yang membuang masa sedangkan waktu itu sepatutnya guru itu

berada di sekolah. Perkara ini sudah semestinya akan menjatuhkan martabat serta

pandangan masyarakat yang menyaksikan perlakuan guru yang tidak bertanggungjawab ini.

Seperti sedia maklum Kod Etika Profesion Perguruan ini dibentuk adalah bertujuan untuk

menjunjung tinggi martabat profesion perguruan. Menurut tulisan R. Hermawan (1979)

dalam buku Profesi Perguruan ada menekankan bahawa:

“...kod etika ini dicipta supaya dapat menjaga pandangan dan kesan daripada pihak luar atau

masyarakat, supaya masyarakat ini tidak memandang rendah atau remeh terhadap

profesion perguruan ini.”

Page 4: Pembangunan Sahsiah

            Jelas dapat dilihat melalui petikan ini profesion perguruan ini adalah satu bidang

yang sangat disanjung tinggi martabatnya. Tetapi apakah pandangan serta tanggapan orang

ramai serta masyarakat jika melihat guru tidak berada di sekolah pada waktu yang

sepatutnya. Perkara seperti ini sudah pastinya akan mengakibatkan tanggapan orang ramai

serta masyarakat terhadap tingginya martabat bidang perguruan ini akan tercemar dan

menurun.

            Malahan perlakuan guru ini juga akan mengundang masalah lain yang lebih berat

seperti murid ponteng dan sebagainya. Dapat dilihat pelajar yang ingin belajar akan mula

bosan dengan sikap guru yang sering tidak masuk ke kelas dan akhirnya menyebabkan

pelajar bergiat dengan gejala ponteng. Menurut Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam keratan

akhbar Utusan Malaysia (2001, Mac 23) bertajuk Guru antara punca murid ponteng berkata,

pihak sekolah tidak boleh menyalahkan murid semata-mata, kerana tidak mustahil

kegagalan guru mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik turut menjadi punca

pelajar ponteng sekolah. Melihat daripada ucapan ini dapat disimpulkan guru menjadi punca

kepada pelajar ponteng kerana tidak berjaya menarik minat pelajar untuk belajar sedangkan

guru itu sendiri tidak masuk ke kelas kerana sibuk melepak di kantin dan berada di luar

sekolah semasa waktu P&P sepatutnya berlangsung. Malahan kemerosotan prestasi pelajar

juga boleh dikaitkan dengan perkara ini kerana menurut Muller et. Al. (2001) dalam buku

Pembangunan Sahsiah ada menyelitkan guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri keperibadian

yang merosot menunjukkan perkaitan dengan kemerosotan pencapaian pelajar.

            Sungguh malang rasanya jika terdapat guru yang sering melakukan penyelewengan

masa dalam menjalankan tugas sebagai pendidik kerana kesediaan guru itu untuk

berkhidmat tidak melambangkan ketinggian martabat profesion perguruan. Bukan itu sahaja,

guru tersebut juga susah untuk memberikan komitmen dalam menjalankan tugas sebagai

seorang pendidik anak bangsa yang seharusnya mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai

yang tinggi di dalam diri agar profesionalisme dan kredibiliti mereka sebagai warga pendidik

dapat dikekalkan dan dimantapkan.

PERKAITAN TINGKAH LAKU GURU DENGAN NILAI BITARA

Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang

telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya dengan ‘mencuri tulang´

atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal

akademik.

Page 5: Pembangunan Sahsiah

 Integriti 

 

Dalam nilai bitara, integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi

mendukung prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ianya merupakan satu kesatuan

yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan.  

Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten, misalnya amalan

belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita sebagai umat Islam di mana sesungguhnya

setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah ibadah

jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Intai keredaan Tuhan setiap masa. Ini juga

termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan

yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga membawa maksud membuat

segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. Sebagai  guru, personaliti Bitara

memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang. Dalam

membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat ciri guru yang berkesan

iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Oleh itu guru perlulah adil dalam

menjalankan tugas dan perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan serta tidak mencuri

tulang terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai integriti amat penting di tanam dalam jiwa

guru-guru. Integriti juga adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendorong

prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisme. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak

boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah

suatu pemilikan kualiti yang konsisten.

   Profesional

Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan

kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap

kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion

anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah

menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi

pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara

berterusan. Tahukah kita bahawa hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap

pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya,

pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak.

Nilai profesional mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu beretika, iltizam,

cinta ilmu dan kompeten. Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi.

Page 6: Pembangunan Sahsiah

Berdasarkan konteks sini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai

rakan sekerja dan murid-murid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah

murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka. Bersikap

iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi.

Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan

dilaksanakan dengan terperinci dan teliti.

Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa

mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung

minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkan sebagai

bukan selalu dan sebahagian daripada tugas guru untuk menyampaikan ilmu kepada murid-

murid anda. Pastikan juga potensi diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri sebagai

contoh dan teladan kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid. Guru kini dikehendaki

menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan haruslah

dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya dua wacana ilmu

setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang

digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, kita dapat

melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri.

Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu

membaca dan mencari sendiri. Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan

tugasan yang berkualiti dan cekap dalam jangka masa yang ditetapkan. Guru juga harus

mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan

pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik dan

diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

 Guru juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja

dan murid-murid. Tidak semestinya sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan

rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan pembelajaran anda adalah bersifat

kontemporari dan sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan memperkemas diri anda

dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda. 

           Nilai Semangat Berpasukan.

Seangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di

bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan

menggunakan kaedah tertentu.

 Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap

buruk atau fitnah di belakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam

Page 7: Pembangunan Sahsiah

membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap

mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah

rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Guru juga perlu mengingati setiap

kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Terdapat empat ciri guru

yang berkesan untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-

menghormati.

Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah

secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat

dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam

meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga

dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan

akademik. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas, sebagai seorang guru yang

mempunyai matlamat yang jelas boleh membantu murid-murid yang kurang pengalaman

untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih berpengalaman.

   

   CARA MENINGKATKAN SAHSIAH GURU DENGAN MENGAITKAN TEORI REALITIDAN

TEORI TERAPI

Untuk membantu masalah sahsiah guru dan membentuk semula sikap guru di sekolah, teori

pilihan (choice theory) dan terapi realiti (reality therapy) boleh digunakan oleh guru dalam

membentuk kembali sahsiah diri. Menurut Glasser dan Ahmad Jazimin (2010), teori pilihan

menekankan tingkah laku individu berasal daripada dunia dalaman atau quality world. Dunia

luaran mempengaruhi individu dalam membuat pilihan untuk dirinya. Lima keperluan asas

dunia dalaman ialah keperluan asas, keperluan untuk disayangi dan menyayangi, keinginan

untuk dihargai, inginkan kebebasan, kegembiraan, dan ingin terus hidup.

Terapi realiti pula ialah kaedah kaunseling dan psikoterapi yang boleh digunakan

untuk membantu guru berdasarkan strategi akronim RWDEP. R merujuk

kepadarelationship iaitu mewujudkan perhubungan erat , W merujuk kepada wants, needs

and perception iaitu tentang kehendak, keperluan, dan persepsi. D pula merujuk

kepada doing and direction iaitu meneroka tingkah laku secara keseluruhan yang

merangkumi aspek tingkah laku, pemikiran, perasaan, dan fisiologi. E pula merujuk

kepada evaluation iaitu membantu menilai tingkah laku. Yang terakhir ialah P iaitu planning

and commitment iaitu plan bertindak dan komitmen dalam membuat perubahan tingkah laku.

Teori kaunseling yang boleh digunakan untuk membantu dan membentuk semula

sahsiah guru ialah teori terapi realiti. Hubungan antara teori pilihan dan terapi realiti ialah

Page 8: Pembangunan Sahsiah

teori pilihan membincangkan cara manusia itu sendiri bertingkah laku, terapi realiti pula

digunakan untuk member kaunseling dan membantu orang lain. Terapi ini adalah satu cara

di mana seseorang perlu memahami tingkah laku dan membuat keputusan yang tepat dalam

hidupnya. Guru boleh memberikan tumpuan dalam tingkah lakunya berdasarkan terapi

realiti. Tingkah laku yang dipilih oleh guru perlu sesuai dengan dirinya sendiri. Dalam terapi

realiti mempunyai suatu proses. Proses ini merujuk kepada prosedur WDEP.

Akronim WDEP adalah akronim yang digunakan sebagai suatu strategi dalam terapi

realiti ini. Ia boleh digunakan untuk membantu dirinya sendiri dan untuk membantu orang

lain. Akronim W merujuk kepada wants, needs and perception (kehendak, keperluan,

persepsi,). D merujuk kepada direction and doing (terarah dan lakukan) manakala E pula

sebagai evaluation iaitu penilaian dan yang terakhir sekali ialah P yang merujuk

kepadaplanning and commitment iaitu pelan bertindak dan komitmen (Wubbolding dan

Brickell.,1999).

     Suasana kaunseling perlu diwujudkan agar kepercayaan, penerimaan, dan proses dalam

membantu guru membentuk sahsiah dapat dijalankan dengan lancar dalam menggunakan

proses WDEP. Langkah-langkah dalam terapi realiti yang menggunakan strategi WDEP

ialah seperti berikut:

i.            Suasana perbincangan yang kondusif perlu diwujudkan.

Untuk membantu guru membentuk sahsiah mereka kembali individu yang bertanggungjawab

contohnya seperti pengetua perlu mewujudkan sesi perbincangan dalam suasana kondusif

iaitu perbualan, perbincangan dan perhubungan yang mesra, menunjukkan sikap empati,

focus pada isu yang dibincangkan, bertukar cerita dan boleh menggunakan sedikit humor.

Individu yang memberi kaunseling kepada guru berkenaan perlu mengelak dari berhujah

dalam jangka masa yang lama, mengkritik guru tersebut dan menuduh guru tersebut. Hal ini

akan menyebabkan suasana yang kondusif tidak akan berlaku.

ii.            Penerokaan terhadap kehendak, keperluan dan persepsi.

Penerapan dalam strategi realiti bermula pada peringkat W iaitu wants needs and

perception. Pada peringkat ini kaunselor akan meneroka kehendak, keperluan dan persepsi

guru tersebut berkenaan hidupnya. Harapan guru tersebut akan diteroka. Kaunselor akan

berkongsi dari segi sejauh manakah keperluan asas guru psikologi guru tersebut mengikut

terapi realiti. Contohnya keperluan untuk menyayangi dan disayangi, keperluan untuk

membuat pilihan dan keperluan untuk menghargai dan dihargai. Hal-hal yang sebegini dapat

Page 9: Pembangunan Sahsiah

melahirkan perasaan gembira dan ia dapat membuatkan guru itu berfikir sejauh manakah

kehidupan ini dapat diteruskan hasil daripada keperluan yang dapat dipenuhi. Hasil daripada

perbincangan yang diadakan oleh guru tersebut dan kaunselor, perasaan tanggungjawab

dalam diri untuk meneruskan pilihan akan datang. Hal ini dapat membantu guru dalam

membentuk matlamat dalam dirinya terutama dalam menguruskan masa dengan betul.

 ii.            Kaunselor meneroka arah tuju guru (doing and directio

Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa

hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan,

guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai

matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi agar

matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak kurang

pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa

yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai.

iv.            Membuat penilaian terhadap diri (Evaluation)

Setelah kaunselor memberikan maklumat tentang usaha yang akan dilakukan oleh guru

untuk membentuk sahsiahnya, maka penilaian spesifik akan dibuat terhadap perlakuan yang

akan dijalankan. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan

dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini Kaunselor bukan hanya

menilai tingkah laku tetapi ia juga melibatkan persepsi dan komitmen guru itu untuk berubah.

Penilaian itu perlulah dibuat secara berterusan. 

v.         Berbincang dengan guru tentang pilihan untuk membuat tindakan (planning

and commitment)

Yang terakhir sekali dalam penggunaan terapi ini ialah menggunakan konsep P iaitu plan

and action. Kaunselor boleh membantu guru membuat perancangan berasaskan persetujuan

untuk berubah kepada sahsiah yang lebih baik. Perancangan yang dirangka haruslah

mudah, boleh dicapai dan dapat diukur. Ia juga boleh mendorong diri guru untuk melibatkan

dirinya dalam perancangan tersebut. Perancangan tersebut juga perlu dikawal dan kaunselor

haruslah bertanggungjawab dengan perancangannya. Setiap perancangan yang dirancang

oleh kaunselor dan guru perlu konsisten. Pelan ini perlu dinilai dan disemak juga dengan

konsistennya. Guru itu perlulah memberikan komitmen terhadap segala perancangannya

terutama dalam menyelesaikan masalah penyelewengan masa yang berlaku dalam dirinya

sebelum ini.

Page 10: Pembangunan Sahsiah

Kaunselor perlu memberikan tumpuan kepada tingkah laku semasa dan tingkah laku yang

dipilih, ianya perlu sesuai dengan kehendak guru itu mengikut prosedur WDEP.