Pembangunan Sahsiah Tugasan

download Pembangunan Sahsiah Tugasan

of 11

description

UPSI

Transcript of Pembangunan Sahsiah Tugasan

KKD 2063PEMBANGUNAN SAHSIAHGROUP: A24PENSYARAH :Cik Amelia Binti Mohd NoorNAMA DAN NO. MATRIK:NOR ATIPAH BT AHMAD(D20112055408)TUGASAN 2

Isi KandunganBilPerkaraMuka Surat1.0Pengenalan12.0Pembangunan Sahsiah13.0Empat Perkara Utama yang Cuba diterapkan Kepada Guru3.1 Kognitif43.2 Fizikal43.3 Rohani53.4 Sosial54.0Kesan Pembangunan Sahsiah Kepada Diri65.0Penutup9Bibiliografi10

1.0 PENGENALANPernahkah anda mendengar bahawa terdapat guru-guru yang menyalahgunakan kemudahan sekolah seperti komputer untuk tujuan peribadi? Ada juga guru-guru berpakaian selekeh, berambut panjang ataupun mempunyai sikap yang pemarah kepada para pelajarnya. Ini semua adalah berkaitan dengan sahsiah seseorang guru. Apakah maksud sahsiah yang sebenarnya? Sudah tentu ramai yang menyatakan sahsiah adalah perangai yang dimiliki oleh setiap individu.Seseorang individu boleh dinilai dari segi sahsiahnya berdasarkan penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Jika seseorang yang mempunyai sikap pemarah, pengotor, tidak suka bergaul dengan masyarakat atau perkara-perkara negatif, maka kita katakan bahawa dia mempunyai sahsiah yang tidak baik.Untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah yang baik sudah tentulah guru-guru yang tugasnya mendidik perlu mempunyai sahsiah yang baik. Adalah suatu perkara yang mustahil jika guru mempunyai sahsiah yang tidak baik dapat melahirkan murid-murid yang baik dari segi sahsiahnya. Kita lihat pepatah Melayu, Guru kencing berdiri, murid-murid kencing berlari. Ini bermakna jika guru tidak baik, maka sudah tentulah murid-muridnya lebih lagi.Oleh itu, sudah tentulah kita perlu melahirkan guru-guru yang baik sahsiahnya bagi menjamin masa hadapan masyarakat yang cemerlang dan gemilang. Peranan ini perlu dipikul oleh institusi-institusi yang mengeluarkan tenaga kerja berkaitan guru seperti Institut Pendidikan Guru dan pihak universiti. Pihak-pihak ini perlu merangka suatu modul atau kursus pembangunan sahsiah yang mantap dan berkualiti.

2.0 PEMBANGUNAN SAHSIAHSahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atauperibadi (Kamus Dewan, 2011). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia.Pembangunan sahsiah pula merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individuboleh dinilai sahsiahnya. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspekrohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni.Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir etal. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.Perubahan yang positif yang cuba diterapkan dalam diri bakal guru-guru adalah merangkumi kepada empat aspek yang utama iaitu :i. Kognitifii. Rohaniiii. Sosialiv. FizikalMenurut perspektif islam pula, ada lapan ciri-ciri yang digariskan dalam pembentukan sahsiah guru iaitu :i. Pembangunan akhlak kepada Tuhan.ii. Akhlak sesama insan.iii. Sosial.iv. Adab Kehidupan.v. Ibadat.vi. Jihad.vii. Ilmu.viii. Pengetahuan .

3.0 EMPAT PERKARA UTAMA YANG CUBA DITERAPKAN KEPADA GURU3.1 Aspek KognitifDalam aspek kognitif ada empat perkara yang perlu diterapkan kepada guru-guru iaitu pertama berfikir secara positif. Guru-guru haruslah dilatih agar sentiasa berfikiran atau berprasangka baik kepada sesuatu masalah. Ini adalah amat penting supaya potensi guru-guru tidak disekat.Kedua, ialah menangani stress. Guru-guru haruslah boleh menangani stress dengan bijak. Jika masalah stress tidak dapat di atasi sudah tentulah prestasi kerja guru akan terjejas.Perkara ketiga pula, ialah guru harus boleh mengurus keperluan kerjaya dengan baik. Kerja atau tugas yang diamanahnya kepada guru seharusnya dapat disusun dan diurus dengan baik. Ini memerlukan guru-guru ada kemahiran pengurusan masa.Akhir sekali, guru-guru perlulah dapat mengurus diri dan kehidupan sendiri agar dapat diterima oleh masyarakat sekeliling. Guru mesti pandai menonjolkan peribadi yang menarik dan berkeyakinan tinggi. Selalunya, masyarakat akan menaruh kepercayaan yang tinggi kepada guru jika penampilan guru adalah positif.

3.2 Aspek FizikalGuru perlu menjadi contoh kepada masyarakat dan murid-muridnya. Setiap inci pergerakan guru akan diperhatikan oleh murid-muridnya. Kadang-kala ada daripada kalangan murid-murid akan mengajuk atau meniru cara bercakap, cara berjalan, cara menulis akan guru-guru yang dianggap idola. Oleh itu, guru haruslah belajar menunjukkan ciri-ciri fizikal yang menggambarkan keyakinan dan postur yang betul. Pergerakan yang kemas dan betul akan menggambarkan tahap keyakinan guru.Penampilan kendiri dan pengurusan kendiri dalam aspek fizikal serta mempamerkan tingkah laku yang positif perlu diterapkan kepada bakal-bakal guru. Tanpa aspek ini, sudah tentulah murid-murid akan melihat peribadi guru yang lemah dan tidak menarik.

3.3 Aspek RohaniDi dalam aspek ini, ada tiga elemen yang penting iaitu hubungan dengan Tuhan, Kejiwaan yang kental dan Konsep kendiri yang mantap. Di negara ini, hubungan dengan Tuhan adalah merupakan Rukunegara yang pertama. Guru yang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Penciptanya sudah tentulah mudah melakukan sesuatu kesalahan. Ketua jabatan tidak dapat menjaga atau mengawasi sepanjang masa tugas guru-guru. Guru yang takut kepada Tuhan akan cuba menjalankan tanggung jawabnya sebaik mungkin.Jiwa yang kental lahir daripada hubungan yang baik dengan Tuhannya. Manusia yang percaya bahawa setiap kejadian adalah ditentukan oleh Tuhannya sudah tentulah dapat menerima kejayaan mahupun kegagalannya dengan baik. Mereka tidak mudah berputus asa dengan dengan setiap kegagalan semasa mendidik anak-anak muridnya.Konsep kendiri pula ialah bagaimana seseorang guru itu menilai diri mereka sendiri atau cara dia menganggap tentang dirinya sama ada positif atau negatif. Manusia yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mempunyai sifat-sifat baik hati, pemurah, memuji orang lain, mudah berkawan, peramah dan lain-lain lagi yang positif.

3.4 Aspek SosialAspek Sosial merangkumi kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi serta penerimaan terhadap orang lain. Guru merupakan kerjaya yang memerlukan hubungan interaksi dengan pelanggannya. Pelanggannya adalah murid-murid itu sendiri dan juga ibu bapa atau penjaga. Komunikasi yang baik menyebabkan murid-murid mudah memahami apa yang disampaikan oleh gurunya. Setiap masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan baik dengan ibu bapa atau penjaga jika komunikasi yang baik digunakan. Guru juga perlu menggunakan komunikasi yang baik dengan rakan-rakan sekerjanya dan dengan pihak pentadbir.Bakal-bakal guru juga perlu diterapkan dengan kebolehan sosial yang baik. Guru yang pandai bergaul dengan masyarakat sudah tentulah dapat membina hubungan yang baik dengan orang lain. Medium sukan dan agama perlu digunakan oleh guru-guru agar mudah diterima oleh orang lain. Kita lihat, realitinya guru yang selalu bersukan akan mudah dikenali dan disukai oleh masyarakat setempat.Sebagai kesimpulannya, jika bakal guru mempunyai empat aspek ini secara positif, sudah tentulah akan melahirkan seorang guru yang cemerlang baik di dalam tugasnya mahu pun di dalam kehidupan peribadinya. Kegagalan menerapkan sifat-sifat positif dalam keempat-empat aspek ini boleh menghakiskan kepercayaan masyarakat kepada kerjaya guru. Kita pernah mendengar ada guru-guru yang merogol anak muridnya, ada juga yang mendenda muridnya sehingga menyebabkan kematian dan banyak lagi isu-isu yang menjadi tumpuan masyarakat. Justeru itu, adalah penting pembangunan sahsiah perlu menumpukan kepada empat aspek tersebut.

4.0 KESAN KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH KEPADA DIRIPembangunan sahsiah guru yang positif dalam aspek Kognitif, Rohani, Fizikal dan Sosial telah diterapkan dalam tiga teras utama negara iaitu :i. Wawasan 2020,ii. Falsafah Pendidikan Negara, daniii. Etika Guru.Tiga teras utama ini dan lapan faktor-faktor lain yang disebutkan di bawah ini juga telah diterapkan dengan unsur pembangunan sahsiah iaitu : i. Visiii. Misiiii. Bakaiv. Peraturan dan Etikav. Situasivi. Motivasivii. Individuviii. OrganisasiWawasan 2020 yang diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamed bermatlamat menjadikan negara Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Kemajuan yang dimpikan ialah kemajuan tanpa mengabaikan nilai-nilai moral dan agama.Dalam memenuhi cabaran Ketujuh Wawasan 2020, negara memerlukan generasi guru yang berwibawa, mengawal sahsiah dan moral murid. Keberkesanan peranan guru pada masa ini akan mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020 dan sekaligus menentukan pencapaian matlamat wawasan negara. Peranan yang guru boleh mainkan antaranya adalah melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara kemanusiaan, wujudkan budaya sayang menyayangi, bekhudi, yakni berusaha bukan hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk kesempurnaan kumpulan, menggilap potensi, sahsiah, pengetahuan dan kemahiran murid, menghapuskan ciri negatif warisan keluarga murid, guru adalah mursyid, zuhud, amanah dan bersih peribadi daripada sebarang kejelekan serta guru perlu menguasai keilmuannya melalui penyelidikan yang berterusan. Jelaslah kepada kita bahawa setiap guru yang lahir selepas Tahun 1991, sahsiahnya telah dipengaruhi oleh Wawasan 2020 melalui Sistem Pendidikan KBSR dan KBSM. Guru-guru masa kini termasuk diri sendiri mempunyai sifat-sifat yang positif di dalam aspek yang empat yang telah dibincangkan di dalam tugasan ini.Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Jelaslah kepada kita FPK ini telah melahirkan insan-insan yang seimbang dalam keempat-empat aspek tersebut.Etika Perguruan meliputi :i. Tanggung jawab guru kepada pelajarii. Tanggung jawab guru kepada rakan sejawat dan profesion.iii. Tanggung jawab guru kepada masyarakat dan negaraSudah tentulah tanggung jawab yang telah digariskan oleh etika guru perlu dipatuhi oleh setiap guru-guru di Malaysia termasuklah diri saya sendiri. Contohnya adalah menjadi satu kesalahan jika guru-guru tidak menunaikan tanggung jawabnya kepada para pelajarnya seperti datang lewat ke sekolah sehingga gagal menunaikan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Kesimpulannya, secara tidak langsung etika perguruan ini telah menjadi panduan kepada setiap guru dan akhirnya akan membentuk sahsiah guru-guru.Selain daripada tiga teras utama ini, lapan faktor-faktor yang telah diutarakan juga akan membentuk sahsiah guru-guru contohnya visi dan misi organisasi yang telah digubal pada peringkat sekolah dan Pejabat Pelajaran Negeri akan menjadi panduan sampingan membentuk sahsiah guru-guru. Selalunya visi yang digubal di sekolah menjurus kepada kecemerlangan individu dalam segenap aspek. Kecemerlangan yang dituntut perlu ditunjukkan dahulu oleh guru-gurunya. Adalah suatu perkara yang janggal jika guru-guru tidak mempunyai sahsiah yang terpuji dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang. Frasa Guru Cemerlang, Pelajar Terbilang, adalah sesuai untuk menggambarkan betapa pentingnya guru-guru mempunyai sahsiah positif dan terpuji.

5.0 PENUTUPBerdasarkan apa yang telah dituliskan di sini, jelaslah kepada kita bahawa Kursus Pembangunan Sahsiah perlulah menerapkan empat aspek-aspek iaitu kognitif, rohani, sosial dan fizikal. Bagi guru-guru islam, aspek-aspek pembinaan akidah, aspek ibadah, aspek akhlak dan juga aspek penampilan diri mengikut syarak perlulah ditik beratkan. Jika aspek-aspek ini lebih berat kepada nilai-nilai negatif maka sudah tentulah apa yang diimpikan untuk menjadi negara maju mengikut acuan Malaysia pada tahun 2020 akan gagal. Apalah gunanya menjadi negara maju jika kita abaikan nilai-nilai murni dan akhlak yang terpuji. Lihat sahaja negara-negara maju di negara-negara barat. Kemajuan yang mereka capai tidak dapat kita sangkalkan lagi tetapi dari segi akhlak mereka telah melahirkan insan-insan yang rosak akhlaknya berdasarkan prinsip keagamaan mereka sendiri. Kita tidak mahu digelar masyarakat jahiliyah semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. Masyarakat yang maju dari semua segi tapi mundur dari segi agama dan akhlak.

BIBILIOGRAFIBukuAsnah Abd. Hamaid (1996), Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Pengurusan Pendidikan 05 (02).Rashidi Azizan & Abdullah Mohd. Noor (1994), Pendidikan Guru : Cabaran, Falsafah dan Strategi dalam Pembentukan Guru yang Unggul, Kajang : Masa Enterprise.Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan & Mohammed Aziz Shah Mohamed Arip (2011), Modul Pendidikan Jarak Jauh: Pembangunan Sahsiah, Tanjong Malim : UPSI.Tajul Ariffin Noordin & Noraini Dan (1992), Pendidikan dan Wawasan 2020, Kuala Lumpur : Arena Ulmu.

Laman Web50 tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) USM. (atas talian) http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

10