Pembangunan Sosial Kajian Tinjauan

19
Pembangunan Sosial Dan Langkah-langkah Pembangunan Dalam Masyarakat Di Malaysia Sabjek LPP1133 Prof. Zaitun Binti Sidin Oleh Wahida Binti Ibrahim (MP131104) Fakulti Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia 0

description

Education

Transcript of Pembangunan Sosial Kajian Tinjauan

Pembangunan Sosial Dan Langkah-langkah Pembangunan Dalam Masyarakat Di Malaysia

Sabjek LPP1133Prof. Zaitun Binti SidinOlehWahida Binti Ibrahim (MP131104)Fakulti Pendidikan Pengurusan dan PentadbiranUniversiti Teknologi Malaysia

ABSTRAKPembangunan sosial merupakan satu proses pembangunan yang memberi penekanan kepada manusia dan sistem sosialnya. Ia dihubungkaitkan dengan pelbagai strategi, program dan aktiviti yang menekankan kepada pengisian nilai-nilai yang akan mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan dalam erti kata sebenar.Proses transformasi sosial, urbanisasi dan globalisasi telah memberi implikasi yang ketara kepada masyarakat semasa dan kebanyakan negara, kini sedang berusaha untuk mengimbangkan pembangunan sosial dan kemajuan ekonomi.Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya merasa bangga dengan pembangunan yang telah dicapai, terutama dalam bidang ekonomi. Pembangunan ekonomi negara ini telah meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan per kapita sehingga kini Malaysia menjadi sebuah contoh negara membangun yang disegani. Jelas proses pembangunan negara ini telah berjaya merapatkan jurang ketaksamaan sosial dan kemiskinan dalam negara. Sehingga kini, negara jelas mampu mengatasi masalah kemiskinan dengan begitu berkesan sekali.Walaubagaimanapun, pembangunan yang pesat kini secara langsung menuntut perubahan paradigma dikalangan rakyat Malaysia dan akhirnya menjadi titik penentu kualiti hidup sosial sesebuah masyarakat. Dengan ini satu kerangka langkah-langkah pembangunan sosial yang lebih terancang dan dengan pengawalan yang lebih baik dapat diterapkan di semua lapisan masyarakat Malaysia agar kesepaduan dan kemakmuran Negara terpelihara.

Definisi Pembangunan SosialSocial development is a process that results in the transformation of social structures to improve the capacity of a society in order to fulfill its objectives. It aims specifically in developing power to elevate expansion of human activity.Sosialialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala pembangunan membawa banyak maksud seperti pendapat ahli-ahli falsafah Tadaro (1977), Syed Husin Ali (1976), Seers (1979) dan laporan Suruhanjaya Selatan (1990) di bawah:1. Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2)

2. Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

3. Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat. Bahawa pencapaian yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas yang kukuh bagi memajukan atau membangunkan bidang-bidang lain seperti pelajaran, kemasyarakatan dan kebudayaan. Maka, pembangunan tidak boleh terbatas kepada hal-hal ekonomi sahaja. Sebaliknya, meliputi semua bidang kehidupan masyarakat. (Rahimah Aziz 1989: 3).

4. Seers (1979) pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ini biasanya mencirikan negara-negara Dunia Ketiga. Beliau berpendapat bahawa pembangunan bermaksud pengurangan pergantungan budaya kepada satu atau lebih kuasa besar dan ini dapat dilakukan misalnya, dengan meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan, memperuntukkan lebih banyak masa siaran televisyen untuk rancangan tempatan dan meningkatkan mutu pendidikan tempatan. (Rahimah Aziz 1989: 3).

Pengenalan Pembangunan Sosial adalah pendekatan pembangunan yang bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan manusia secara sempurna, yakni memenuhi keperluan manusia yang terentang mulai dari keperluan fizikal sampai sosial.Secara kontekstual pembangunan sosial lebih berorientasi pada prinsip keadilan sosial dan keseimbangan pertumbuhan ekonomi. Beberapa program yang menjadi pusat perhatian pembangunan sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, pekerjaan, perumahan, dan pembasmian kemiskinan.Pembangunan Negara tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya jika terdapat ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial. Di samping itu, tahap kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur hanya berdasarkan pembangunan fizikal dan kejayaan material semata-mata. Sebaliknya aspek kualitatif seperti kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan intelektual dan keutuhan budaya juga perlu diambilkira dan diberi perhatian yang wajar. Dengan itu, walaupun kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pembangunan Malaysia supaya seiring dengan negara maju yang lain, namun kerajaan tetap mewujudkan pembangunan yang mapan, bersepadu dan holistik. Huraian seterusnya menerangkan tiga strategi teori Midgley, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Sosial Negara sebagai langkah-langkah pembangunan sosial yang boleh diaplikasikan di Malaysia. A. Teori Midgley Menurut Midgley, pembangunan sosial mempunyai tiga strategi besar iaitu:1. Pembangunan sosial oleh individu, dikenali juga sebagai pendekatan individualis, di mana ideologi tersebut menekankan pada pentingnya kebebasan individu dalam memilih. Pendekatan individual ini tidak popular dalam pembangunan sosial. Pendekatan ini dipromosikan melalui peningkatan fungsi sosial individu dan hubungan interpersonal. Dalam strategi ini, individu-individu dalam masyarakat secara swadaya membentuk usaha pelayanan guna membudayakan masyarakat.2. Pembangunan sosial oleh komuniti dikenali juga sebagai pendekatan komuniti . Strategi ini percaya bahawa antara masyarakat dan komuniti mempunyai kemampuan yang saling berkaitan untuk memastikan keperluan asas mereka dipenuhi, masalah sosial mereka diatasi, dan peluang untuk maju tersedia. Untuk mencapai hal tersebut, masyarakat dan komuniti perlu saling bekerja sama melalui pembangunan komuniti tempatannya. 3. Pembangunan sosial oleh kerajaan dikenali pula sebagai pendekatan statik . Pendekatan statik dikelola oleh kumpulan sosialis. Kumpulan ini dibina dari persatuan masyarakat yang mempunyai sumber secara kolektif dan membahagi kuasa untuk membuat keputusan. Melalui strategi tersebut, pembangunan sosial dilakukan oleh lembaga -lembaga atau organisasi dalam pemerintahan. Di samping adanya penyertaan individu dan masyarakat, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan apakah dasar pembangunan sosial dilaksanakan dan apakah dasar sosial dan ekonomi diselaraskan.

Di Malaysia, masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan juga berbilang etnik dari negeri Sabah dan Sarawak iaitu seperti Bidayuh, Kadazan, Murut dan sebagainya. Pada pendapat saya, teori Midgley boleh diaplikasi dalam pembangunan sosial masyarakat Malaysia kerana Malaysia mengamalkan demokrasi dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan ideology Midgley iaitu menggunakan pendekatan komuniti dan pendekatan statik. Diantara ciri-ciri masyarakat di Malaysia adalah:

1.BerkelompokMasyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu lain. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain.

2.BerbudayaInteraksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya budaya makan dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

3.BerinteraksiSyarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya perhubungan, interaksi dan bekerjasama di antara anggota masyarakat. Perhubungan, interaksi dan bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.

4.Mengalami perubahanSesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. Perubahan tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden.

5.Mempunyai kepimpinanSetiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di pelbagai peringkat sama ada kepimpinan peringkat rendah, sederhana mahupun tinggi. Sebagai contoh bapa adalah pemimpin keluarga, penghulu adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin negara.

6. Mempunyai aturan sosialSetiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-undang. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat.B. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANDasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan diperakukan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Allahyarham Tun Abd. Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, sewaktu merasmikan kongres tersebut ada menyatakan:.nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara ini meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mutunya. Maka, sudah sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan itu hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Namun harus diingat, dalam mencari bentuk dan menentukan corak kebudayaan kebangsaan, kita tidak melupakan hakikat masyarakat yang berbilang bangsa. Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada cita-cita membentuk sebuah negara dengan rakyatnya daripada pelbagai kaum dan golongan dijalin dalm satu ikatan yang padu. Saya percaya selagi kita sedar dan insaf akan hakikat ini, kita tidak akan melencong daripada matlamat untuk mendirikan bangsa yang bersatu.Pembudayaan adalah salah satu langkah dalam pembangunan sosial di Malaysia. Sejak awal kemerdekaan lagi, tolak ansur telah wujud di antara kaum dengan adanya kotrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum dan termaktub dalam perlembagaan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang dirangka kerajaan pada tahun 1971 menjadi garis panduan dalam usaha membentuk kesepaduan kaum yang berbilang di Malaysia. Dasar-dasar kerajaan bukan bersifat ekonomi berjaya mengimbangi dasar-dasar kerajaan yang lain dalam memastikan pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Dalam masyarakat majmuk, budaya menjadi faktor pembentukan jati diri bangsa, negara dan sumber perpaduan kaum. Perbezaan kaum boleh mencetuskan polarisasi kaum yang akan mementingkan kaum masing-masing dan kerana itu pelaksanaan DKK dapat menyatupadukan rakyat negara ini.B. DASAR SOSIAL NEGARADasar Sosial Negara (DSN) telah dilancarkan kerajaan Malaysia pada tahun 2003 oleh YAB Dato Seri Abdullah bin Ahmad Badawi merupakan dasar payung yang merangkumi semua dasar, program dan aktiviti pembangunan sosial serta menjelaskan falsafah di sebalik pembangunan sosial di Malaysia. DSN adalah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insane bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap. Bagi merealisasikan perpaduan negara, nilai-nilai bersama dan prinsip-prinsip sejagat yang terdapat dalam Dasar Sosial Negara juga perlu dipertingkatkan dan dipertimbangkan sebagai salah satu langkah pembangunan sosial. Di antara nilai-nilai sejagat ini adalah :1. Menghormati hak asasi manusia2. Menentang pemerasan dan penindasan sesama manusia3. Cintakan keadilan4. Bencikan keganasan5. Berperikemanusiaan6. Menghormati pemimpin yang jujur serta cintakan keamanan dan perdamaian7. Sifat-sifat jujur, amanah, menghormati ibu bapa dan orang tua8. Sanggup berkorban untuk negara dan berjuang menegakkan kebenaran9. Bersih, cekap, rajin bekerja dan sebagainya.Dalam proses pembangunan negara, aspek agama perlu dititikberatkan. Di Malaysia, kebebasan beragama telah dimaktubkan dalam perlembagaan dan agama Islam telah dijadikan agama rasmi Persekutuan. Justeru itu, dalam kehidupan bermasyarakat dan berbudaya, ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama dipegang kuat serta diamalkan agar kesepaduan masyarakat dapat dicapai.

KESIMPULANPenggubalan dan pelaksanaan DKK dan DSN perlu di negara ini kerana negara Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian, pelaksanaannya rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat dan meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian. Perpaduan kaum di Malaysia boleh dieratkan dengan pelbagai cara mengikut teori Midgley, maka untuk menjadikannya lebih berkesan, semua masyarakat dari pelbagai kaum perlu sama-sama menjayakan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan. Langkah-langkah tegas yang telah dihuraikan seperti di atas mestilah dijalankan secara menyeluruh di Malaysia agar masyarakatnya yang terdiri dari pelbagai kaum sanggup melibatkan diri mereka secara serius dalam usaha ini dan menjauhkan diri mereka dari mengeksploitasi simbol-simbol perpaduan untuk tujuan politik mereka. Sebagai warganegara Malaysia, kita bertanggungjawab untuk mewujudkan perpaduan di mana asas perpaduan telah disediakan oleh kerajaan. Rakyat perlu saling bertolak ansur dan toleransi yang diamalkan oleh pelbagai kaum di negara ini menunjukkan kita bersedia menerima bangsa dan budaya lain sebagai satu budaya yang sama iaitu budaya Malaysia. Dalam konteks Malaysia, asimilasi budaya pelbagai kaum telah, sedang dan akan terus berlaku. Rakyat harus mempunyai sifat bersih, cekap dan amanah. Hal ini menyebabkan titik pertemuan antara kaum semakin luas. Titik pertemuan yang menjadi nilai hidup bersama, yakni budaya masyarakat yang menginginkan kebaikan. Jadi, titik pertemuan adalah kunci untuk mencapai matlamat terpenting negara, iaitu penyatuan melalui keperibadian kebangsaan yang jitu.

RUJUKAN1. http://www.ask.com/question/what-is-the-definition-of-social-development2. http://www.4-h.org/About-4-H/Research/4-H-Common-Measures-Reference-Table.dwn3. (Inggeris)Migley, James.1995.Social Development: The Developmental Perspective in Social Welfare.London: Sage Publications Ltd.Page.25-314. (Inggeris)Suharto, Edi.2010.Analisis Dasar Awam.Bandung: Alfabeta.5. ^Bahri, efri S."Alternatif Strategi Pembangunan Sosial untuk Indonesia", diterbitkan oleh suarapembaca.detik.com pada Selasa, 18/08/2009.6. (Inggeris)Migley, James.1995.Social Development: The Developmental Perspective in Social Welfare.London: Sage Publications Ltd.Page 1-107. Adi, Isbandi Rukminto.2008.Campur tangan Komuniti: Pembangunan Masyarakat Sebagai Upaya Pemberdayaan Masyarakat.Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.Hal.50-66.8. (Inggeris)Migley, James.1995.Social Development: The Developmental Perspective in Social Welfare.London: Sage Publications Ltd.Page.103-1049. Pembangunan-sosial-dalam-rmk-9-analisis-awal (2009)10. Pembangunan-sosial-rmk-8 (2010)11. Mohd. Razali Agus.;Fashbir Noor Sidin. Kuala Lumpur : Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakuti Sastera dan Sains, Universiti Malaya, 1998.12. Noor Rohana Mansor. BBM 3202: Bahasa, Budaya dan Masyarakat. Penerbit UMT (2008)13. Ibrahim Mamat. Pembangunan Sumber Manusia. Penerbit UMT (2010)4