Pembangunan vs Persekitraan

42
PEMBANGUNAN VS PERSEKITRAAN ADAKAH JALAN TENGAH?

description

Pembangunan vs Persekitraan

Transcript of Pembangunan vs Persekitraan

Pembangunan vs persekitraan adakah jalan tengah?

PEMBANGUNAN VS PERSEKITRAAN ADAKAH JALAN TENGAH?

1Maksud Pembangunan dan Persekitaran

Mengikut Brundtland Report 1987 : Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)

Pembangunan mampan

Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995)

a)AlamSekitarPembangunan yang benar-benar mengambilkira akibat kegiatan manusiaterhadap alam sekitar dan kesihatan.b)KesaksamaanSosialPembangunan yang menyumbangkan kepada pemerolehan dankawalansumber yang wajar.c)EkonomiManusiaPembangunansosialdan ekonomi yangmembantu masyarakatmemenuhikeperluan asas.CIRI-CIRI PEMBANGUNAN MAPANd)MasaHadapanMemastikan keputusan yang diambil tidak menjejaskan kepentingan generasimasa depan.e) PenyertaanProses yang membolehkan seluruh masyarakat terlibatf) Tindakan Tempatan Memberi Impak Global:Pembangunan tempatan yang menyumbang kepada resolusi isu global

INDUSTRI DAN PERINDUSTRIAN

PertanianPerkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut environment membawa maksud:-

TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Empat tonggak DasarTeknologiHijau

Contoh-Contoh Pelan Pembangunan di Malaysia

PEMBANGUNAN WILAYAH ISKANDAR MALAYSIA

Pembangunan Iskandar Malaysia dilancarkan pada 30 Julai 2006.Pembangunan yang mengambil masa sehingga tahun 2025 ini meliputi kawasan selatan Johor dan memerlukan kos sebanyak RM 47 billion dan terbahagi kepada 5 zon ekonomi iaitu :-

Objektif utama rancangan pembangunan ini ialah menjana pertumbuhanekonomi wilayah Selatan Johor dan mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus untuk tempoh lima tahun yang pertama. Pembangunan Iskandar Malaysia merangkumi tiga lokasi utama iaitu :-

Berdasarkan pelan pembangunan Iskandar Malaysia, kerajaan telah menumpukan ekonomi yang pelbagai.

Contohnya :-Bidang elektrik dan elektronikPetrokimia dan oleokimia Pemprosesan makanan dan pertanian Perkhidmatan logistik Pelancongan Perubatan dan kesihatan, pendidikan,KewanganKesan Pembangunan Wilayah Iskandar Projek WPI telah menyebabkan pencemaran air di sepanjang sungai Skudai, Sungai Skudai, Sungai Tebrau dan Sungai Sengget.

Antara bahan buangan yang menyebabkan berlakunya pencemaran air di sungai-sungai tersebut ialah pembuangan sampah sarap dan air kumbahan.

Pembuangan bahan kimia menambahkan lagi masalah pencemaran air.Kesemua bahan kimia ini telah menukarkan sifat kimia air dan amat berbahaya untuk diminum atau digunakan oleh manusia serta hidupan akuatik.

Kesan Negatif Pembangunan Wilayah Iskandar Terhadap Alam Sekitar Pencemaran

Pencemaran udara juga berlaku kesan rancangan WPI. Keadaan ini berikutan pelepasan gas pembakaran bahan industri dan enjin bermotor. Contonya, gas sulfur dioksida, nitrogen diosida, karbon monoksida dan sebagainya.Pelepasan gas sangat berbahaya kepada masyarakat kerana boleh menyebabkan hujan asid. Hujan asid bolehmembunuh tumbuh-tumbuhan dan hidupan akuatik di samping menghakis pakaian,kertas, dan bahan binaan bangunanWILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER)

Latar BelakangECER pula merangkumi negeri :-Luas kesemua kawasan wilayah ini ialah66.736 km persegi iaitu kira-kira 51 peratus kawasan Semenanjung Malaysia. Kesan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECER) Terhadap AlamSekitar Kaya dengan sumber alam yang menarik untuk aktiviti pelancongan. Contoh :- Pantai :- Pulau-pulau

Menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur, kawasan-kawasan baru ini telah mula diterokai dan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan pemuliharaan alam sekitar.

Sebagai contoh, di Kelantan kerajaan telahmengenal pasti Gua Musang, Dabong dan Lembangan Sungai Nenggiri untuk dijadikanpusat eko-pelancongan sementara di Pahang pula Pantai Sepat dan Kuala Pahang.

Selaras dengan fokus pelan induk ECER, telah wujudnya pembangunan infrastruktur terutamanya di pulau-pulau.Contoh :-

bekalan airelektrik sistem pembentungan di sekitar gugusan Mersing dipertingkatkanKemudahan jalan rayaPertanian

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Perlombongan

Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar. Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid.

Operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting.

Perspektif pembangunan holisik perlu menjadi kerangka dalam memahami falsafah pembangunan.

Ini bagi membolehkan pembangunan yang dirancang untuk dapat memenuhi keperluan diri dan fitrah manusia, sesuai dengan habitatnya dan untuk dapat memberikan kesejahteraan dan kedamaian kepada kehidupan manusia.

RumusanMenghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita.

Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

TERIMA KASIH