Pembangunan wilayah

52
PEMBANGUNAN WILAYAH DI MALAYSIA Dr Khairul Hisyam Kamarudin

Transcript of Pembangunan wilayah

Page 1: Pembangunan wilayah

PEMBANGUNAN WILAYAH DI MALAYSIA

Dr Khairul Hisyam Kamarudin

Page 2: Pembangunan wilayah

Perhatian: Nota kuliah ini adalah berpandukan artikel bertajuk “Overview of Regional Development in Malaysia” oleh Prof. Dr. Ibrahim Ngah

Copyright © 2013 Ibrahim Ngah

Diterjemah dan diolah bagi tujuan akademik dan pembelajaran oleh Dr. Khairul Hisyam Kamarudin Disember 2013

Page 3: Pembangunan wilayah

Pembangunan wilayah merupakan salah satu strategi yang digunapakai kerajaan di dalam menangani isu ketidakseimbangan pembangunan (uneven development) di Malaysia sejak dari tahun 1970an lagi.

Nota ini membincangkan kisah kejayaan dan kegagalan dua (2) pendekatan iaitu: 1) Pembangunan tanah baharu (frontier

development) dan pembangunan in-situ sejak ianya diperkenalkan sekitar 1970an.

2) Prospek strategi pembangunan semasa berpandukan idea koridor-koridor ekonomi.

Page 4: Pembangunan wilayah
Page 5: Pembangunan wilayah

Prof. Ibrahim mengetengahkan idea bahawa gejala ketidak seimbangan pembangunan (uneven development) merupakan suatu proses yang perlu dan hasilan daripada sistem kapitalis.

Keterbatasan kegiatan ekonomi di kawasan luar bandar bukan sahaja disebabkan oleh kekangan struktural yang berakar umbi dari sejarah panjang, malah berpunca daripada struktur sistem kapitalis yang menghadkan pertumbuhan aktiviti ekonomi di wilayah luar bandar.

Mengambilkira pergerakan pantas globalisasi dan peningkatan persaingan di antara wilayah dalam sesebuah negara, pembangunan wilayah seharusnya memfokus kepada strategi keterangkuman (inclusiveness) berbanding mengekalkan keseimbangan spatial.

Page 6: Pembangunan wilayah

Strategi ini perlu mengambil kesempatan potensi di wilayah pusat (core regions) dan memastikan keterangkuman lebih luas untuk pihak tempatan melalui pemerkasaan local capacity dan memperelok linkages ke kawasan pinggir dan sekitar (periphery).

“Uneven development” istilah bagi mengupas proses dan outcome of economic progress in developing countries.

Morgan dan Sayer (1988) menggunakan istilah ini not only to describe uneven spatial development but also the uneven process of development in economic power and capital accumulation.

Page 7: Pembangunan wilayah

Ianya ditunjukkan menerusi ketakseimbangan sosial a systematic product of previous capitalist development and the fundamental premise of future capitalism (Smith, 1984).

Page 8: Pembangunan wilayah

Apabila Malaysia memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1957, telah wujud ketidakseimbangan agihan pembangunan di antara wilayah di dalam Malaysia.

Page 9: Pembangunan wilayah

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 1985 menunjukkan negeri PANTAI BARAT, Selangor, Penang dan Kuala Lumpur muncul sebagai negeri yang paling maju dengan KDNK per kapita lebih tinggi berbanding purata Semenanjung Malaysia.

Sebaliknya, tiga negeri termiskin iaitu Kelantan, Kedah dan Perlis menunjukkan KDNK per kapita kurang dari purata nasional 19% purata penduduk namun hanya mewakili 10% KDNK.

Kesemua negeri termiskin majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

Pola berbeza di dalam kemajuan ekonomi antara negeri maju dan miskin dapat diperhati pada Rajah 1.

Page 10: Pembangunan wilayah
Page 11: Pembangunan wilayah

Diperhatikan negeri maju memiliki KDNK lebih tinggi dalam sektor kedua (secondary sectors) dan rendah dalam sektor pertama (primary sectors).

Peratusan populasi bandar di negeri maju juga lebih tinggi berbanding negeri yang miskin.

Tahap perkhidmatan juga berbeza kemudahan pengangkutan awam, kesihatan, agihan bekalan air, elektrik dan ICT.

Tahap kemiskinan wujud jurang yang besar. Contoh, pada tahun 1984, Kelantan mencatat kadar kemiskinan 39.2% berbanding Kuala Lumpur, hanya 4.9%.

Ketidakseimbangan root of political instability 13 Mei.

Page 12: Pembangunan wilayah
Page 13: Pembangunan wilayah

Pembangunan Wilayah Di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990), perancangan wilayah dijadikan salah satu strategi untuk mencapai matlamat menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan spatial. Empat (4) strategi telah diperkenal untuk memperbetul kelemahan ketidakimbangan pembangunan iaitu menerusi: 1. Pembangunan tanah baharu (new land/frontier regions)

2. Pembangunan petempatan desa sedia ada (in-situ)

3. Penyerakan aktiviti industri ke wilayah kurang membangun

4. Pewujudan pusat pertumbuhan baharu/bandar baharu di wilayah luar

bandar

Page 14: Pembangunan wilayah

Pembangunan pusat pertumbuhan baharu luar bandar di Malaysia adalah berpandukan strategi sumber tanah baharu (frontier resources) oleh John Friedman yang telah dibuat di Amerika Selatan sekitar 1960an.

Menurut Wong (1989), pengwujudan pusat pertumbuhan adalah sebagai cara untuk menyebarluas pembangunan dari kawasan metropolitan ke wilayah yang mundur/kurang membangun.

Idea yang sama telah lama mendapat perhatian pengkaji Barat. Penerapan konsep yang sama di Malaysia menerusi DEB waktu itu bertujuan untuk menggalakkan urbanisasi kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

Page 15: Pembangunan wilayah

Beberapa pihak berkuasa pembangunan wilayah (RDA – regional development agency) telah diwujudkan untuk melaksanakan strategi di kawasan sumber baru diteroka, kebanyakan di kawasan hutan dara (virgin forest) terletak di wilayah mundur Semenanjung seperti di Tenggara Pahang, Timur laut Johor, Kelantan Selatan dan tengah Terengganu.

Kebanyakan RDAs adalah berkait dengan penubuhan bandar-bandar baharu wilayah pada tahun 1970an, tidak lama selepas DEB dilancarkan.

Page 16: Pembangunan wilayah
Page 17: Pembangunan wilayah

Selain untuk mencapai 2 matlamat awal, RDAs juga berperanan untuk:

(1) menyeimbangkan kembali struktur ekonomi di antara

wilayah (pantai timur -barat, bandar-luar bandar)

(2) memperteguh sektor pertanian dan industri

(3) memandu arah baru pembangunan dan pertumbuhan ke wilayah mundur

(4) membandarkan wilayah pertanian desa dengan membangunkan bandar di wilayah luar bandar

Page 18: Pembangunan wilayah
Page 19: Pembangunan wilayah
Page 20: Pembangunan wilayah
Page 21: Pembangunan wilayah
Page 22: Pembangunan wilayah
Page 23: Pembangunan wilayah
Page 24: Pembangunan wilayah
Page 25: Pembangunan wilayah

Objektif membandarkan wilayah mundur juga didokong oleh proses menindustrialisasi dan mengkomersialisasi kawasan luar bandar. Pembentukan bandar baharu dibuat bagi mencapai tujuan: 1. Memperkenal persekitaran seperti di bandar,

kemudahan dan perkhidmatan untuk menambahbaik kegiatan pertanian dan fizikal luar bandar

2. Menggalakkan pembangunan komersil dan industri di luar bandar terutama kawasan yang dikhususkan sebagai ‘pusat pertumbuhan baharu’

3. Menggalakkan penglibatan aktif kaum Melayu di dalam aktiviti komersil dan industri.

Page 26: Pembangunan wilayah

Mewujudkan infrastruktur moden di luar bandar

Page 27: Pembangunan wilayah
Page 28: Pembangunan wilayah

Menggalakkan aktiviti perniagaan (Bukit Besi)

Page 29: Pembangunan wilayah

Penilaian pencapaian Strategi Pembangunan Wilayah di Era DEB (1970-1990) Kajian Prof Ibrahim mendapati matlamat pembukaan dan

pembangunan tanah baharu di wilayah luar bandar bagi membandarkan kaum melayu adalah tidak tercapai.

Contoh: Pelan induk pembangunan DARA mencadangkan pembangunan 36 bandar baharu namun 9 daripadanya dibatalkan kerana kekurangan dana, kelewatan pembinaan dan isu sosial dan politik.

Pun begitu, ada objektif lain tercapai iaitu:

1. Meningkatkan taraf hidup golongan miskin yang berhijrah ke tanah rancangan baharu seperti di skim-skim FELDA.

Page 30: Pembangunan wilayah

Kegagalan membangunkan bandar baharu adalah disebabkan jumlah penduduk yang rendah.

Contoh: di kawasan DARA, satu bandar, Bandar Tun Razak mempunyai populasi berjumlah 22,000 orang, namun lain-lain petempatan hanyalah sekitar 5,000 orang menyukarkan naik taraf status kepada bandar dibuat.

Ditambah pula limpahan aktiviti industri dari wilayah maju ke kawasan sekitar (yang juga semakin maju) menjadikan idea untuk berhijrah ke bandar baharu di luar bandar tidak menarik.

Usaha mewujudkan bandar baharu di DARA terperangkap di dalam pusingan ganas iaitu:

Page 31: Pembangunan wilayah

Penduduk kurang

Tiada sebab bina

infrastruktur

Tiada infrastruktur

dan kemudahan

Tidak menarik untuk orang

berhijrah

Page 32: Pembangunan wilayah

Aktiviti perniagaan di bandar baharu juga tidak berkembang maju, sekalipun ada juga yang berjaya.

Aktiviti perniagaan berkait dengan saiz bandar dan kestabilan pendapatan penduduknya.

Peneroka FELDA yang mengusahakan ladang dilihat lebih stabil (income) berbanding petempatan yang dikelilingi ladang swasta dan kehadiran buruh luar (pekerja kontrak) juga tidak menggalakkan perkembangan aktiviti perniagaan.

Page 33: Pembangunan wilayah

Kajian oleh Wong (1989) terhadap DARA dan KESEDAR mendapati wilayah baharu yang bergantung kepada getah dan sawit hanya memberikan sedikit nilai tambah kepada wilayah kedua komoditi tersebut sangat bergantung kepada harga pasaran dan menyedia keperluan kepada bandar besar yang maju (hasil untuk eksport ke luar wilayah).

Beliau juga mendapati DARA dan KESEDAR tidak meningkatkan sasaran membandarkan kaum Melayu mahupun menyeimbangkan pembangunan antara wilayah.

Page 34: Pembangunan wilayah

Begitu juga dengan pencapaian KETENGAH, yang disifatkan Coguill (1985) sebagai lembab. 6 buah bandar baharu di dalam wilayah KETENGAH mempunyai populasi 30,789. Namun hanya satu bandar sahaja memiliki populasi lebih 10,000 orang.

Coguill menggariskan faktor halangan adalah: 1. Kesan oleh pembangunan kompleks petroleum di

Paka dan Chukai (di wilayah pesisir pantai) menarik pekerja pertanian dari KETENGAH.

2. Limpahan pertumbuhan aktiviti industri petroleum di Paka merangsang pertumbuhan ekonomi berhampiran pesisir pantai.

Page 35: Pembangunan wilayah

Coguill menggariskan faktor halangan adalah: 3. Kekurangan tenaga buruh untuk menyokong sektor

pertanian berkait faktor 1 dan 2 di atas.

4. Kegagalan bandar baharu menarik peluang pekerjaan sektor kedua (secondary – services) disebabkan kekurangan infrastruktur.

5. Hak pendudukan tanah (land tanure) di estet perladangan yang kurang menarik berbanding skim tanah FELDA.

Page 36: Pembangunan wilayah

Cuma, taraf hidup peneroka Melayu di tanah rancangan FELDA telah meningkat baik semenjak berpindah.

Pun begitu, keuntungan tersebut hanya terbatas kepada peneroka generasi pertama memandangkan amat kurang sekali aktiviti bukan berbentuk pertanian lain diwujudkan (untuk generasi kedua) di kawasan rancangan petempatan.

Industri juga turut muncul di wilayah baharu, namun hanya mempunyai perkaitan yang minima dengan petempatan sedia ada tidak bergantung kepada input bahan dan perkhidmatan dari bandar baharu.

Page 37: Pembangunan wilayah

Malah, impak yang dijana oleh industri ini lebih terarah kepada memenuhi keperluan bandar metropolitan besar di luar wilayah (hasil turut dieksport ke luar wilayah ia beroperasi).

Para pekerja estet juga tidak menghuni bandar baharu seperti mana dijangkakan kerana status bukan penduduk tetap tidak membenarkan mereka membeli unit rumah yang dibina di bandar baharu tersebut.

Tahun 1990an, kerajaan telah membubarkan RDAs selari dengan anjakan paradigma yang menjurus ke arah peranan swasta di dalam memacu pertumbuhan (dasar penswastaan).

Page 38: Pembangunan wilayah

Pembangunan in-situ Program pembangunan tanah secara in-situ pula

menampakkan beberapa hasil yang positif terutama di dalam peningkatan hasilan padi dan pendapatan petani, peluang pekerjaan baik di dalam mahupun luar ladang dan penurunan insiden kemiskinan di kawasan Program Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP).

Pun begitu, program ini lebih memberi manfaat kepada tuan tanah yang kaya (kerana miliki tanah dalam saiz yang besar dan ekonomikal untuk diusahakan secara skala komersil).

Page 39: Pembangunan wilayah

Pembangunan in-situ Bagi petani tidak bertanah (ini merangkumi

majoriti petani luar bandar) tidak begitu merasai kesan dan masih dibelenggu kemiskinan.

Faktor lain adalah sikap pasif golongan tani dan lambat menerima teknologi dan subsidi yang ditawarkan kerajaan.

Ini menjadikan petani lebih senang mengambil langkah menarik diri daripada mengusahakan tanaman padi membantutkan perkembangan projek IADP.

Page 40: Pembangunan wilayah

Pembangunan Projek Mega di Wilayah Tengah Apabila DEB ditamatkan pada 1990, kerajaan telah melancarkan Second Outline Perspective Plan (OPP2) dikenali sebagai Polisi Pembangunan Baharu (NDP) (1991-2000) dengan fokus kepada 4 dimensi: 1. Mengalih fokus daripada strategi anti-kemiskinan kepada

penghapusan miskin tegar (hardcore poor)

2. Fokus terhadap pertumbuhan rancak dan pekerjaan aktiviti perniagaan dan komuniti industri bumiputera

3. Bergantung lebih kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan wilayah

4. Fokus kepada pembangunan sumber manusia

Page 41: Pembangunan wilayah

Berbeza dengan DEB, NDP lebih fokus kepada pembangunan di konurbasi Kuala Lumpur termasuklah negeri Selangor.

Kaedah ini diharap dapat menjana limpahan pembangunan ke wilayah berjiran seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Perak.

Hasilnya masih sama iaitu migrasi semakin tertumpu ke negeri yang maju (KL, JB dan Penang).

Bandar yang pesat berkembang telah terperangkap dengan isu kesesakan jalan raya, banjir kilat, pencemaran, kekurangan infrastruktur, permintaan tinggi air bersih dan pengurusan sisa.

Page 42: Pembangunan wilayah
Page 43: Pembangunan wilayah

Pembentukan Koridor Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor pertumbuhan ekonomi wilayah ditubuhkan di

dalam RMK-9 fokus ke arah meningkatkan taraf kehidupan dan mewujudkan keseimbangan pembangunan sosio-ekonomi rentas wilayah dan negeri.

Strategi ini melibatkan pembangunan pusat-pusat pertumbuhan dan koridor pertumbuhan rentas sempadan negeri, pemodenan dan kepelbagaian asas ekonomi di negeri kurang maju dan merapatkan jurang perbezaan digital di antara bandar-desa.

Page 44: Pembangunan wilayah
Page 45: Pembangunan wilayah
Page 46: Pembangunan wilayah

Pencapaian Koridor Pembangunan Nilai pelaburan yang komited untuk setiap koridor

adalah menyakinkan, tetapi nilai pelaburan sebenar adalah masih jauh daripada jangkaan dan banyak masih di dalam proses.

Daripada 5 koridor, Iskandar Malaysia dilihat jauh mendahului yang lain dijangka, kerana dekat dengan singapura, pembangunan tertumpu sekitar Nusajaya dan dekat kawasan pusat pertumbuhan sedia ada.

Wilayah lain dikira masih terkebelakang dengan SDC hanya mencapai nilai pelaburan RM11b, sedangkan ia merangkumi seluruh negeri Sabah

Page 47: Pembangunan wilayah
Page 48: Pembangunan wilayah

Faktor penyumbang: Kawasan yang dirangkumi oleh koridor wilayah adalah

terlalu luas dengan sektor fokus pula terlalu banyak. Sesetengah sektor yang difokus juga adalah sektor biasa yang wujud di lain-lain wilayah. Memandangkan wujud kekangan sumberjaya, adalah mustahil untuk melaksanakan pembangunan ke seluruh wilayah.

Kekurangan fokus spatial kerana terlalu luas kawasan yang dirangkumi oleh sesebuah koridor wilayah.

Di dalam wilayah-pun, tumpuan pembangunan lebih menumpu kepada pusat bandar sedia ada seperti JB, Kuantan, Penang. Wilayah luar bandar tidak akan mendapat limpahan keuntungan daripada pembangunan tersebut.

Page 49: Pembangunan wilayah

Faktor penyumbang: Pembangunan dipacu swasta menghadkan skop

penglibatan kerajaan bagi memastikan keadilan agihan keuntungan pembangunan.

Perbezaan politik di antara negeri dan kerajaan persekutuan dan di antara negeri berjiran menjadikan koordinasi sukar kes Penang, Kedah, Kelantan, Terengganu.

Batasan sumber bagi kerajaan untuk melabur di kesemua limat koridor

Page 50: Pembangunan wilayah

Faktor penyumbang: Kesediaan modal insan untuk menyokong

pembangunan ekonomi termasuklah kemahiran, prosefional dan pekerja tidak mahir. Di Iskandar, ramai pekerja asing diambil di hampir kesemua sektor ekonominya.

Terdapat wilayah kekurangan infrastruktur asas bagi menyokong pertumbuhan. Infra dan kemudahan yang sedia ada pula sudah mencapai tahap tepu dan tidak mampu menampung permintaan baharu.

Wilayah luar bandar menyediakan sumber (bahan mentah) tetapi ia hanya menguntungkan pusat pertumbuhan dan bandar besar dalam wilayah tersebut.

Page 51: Pembangunan wilayah

Kesimpulan Pembangunan ekonomi di Malaysia tidak teragih

secara sama rata.

Aktiviti industri dan komersil cenderung untuk tertumpu di sesetengah wilayah, penerusan daripada era kolonial Selangor, KL dan Penang.

Strategi pembangunan wilayah yang diperkenal di era DEB bertujuan menggalakkan kegiatan komersil dan industri supaya bertumbuh di wilayah yang kurang maju serta memimpin penglibatan Bumiputera di dalam ekonomi.

Page 52: Pembangunan wilayah

Kesimpulan Pemerhatian terhadap pencapaian beberapa program

pembangunan tanah baharu menunjukkan wujudnya kegagalan bandar baharu untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi.

Pembangunan koridor mengikut konsep linear. Ia membentuk pembangunan kompak dan berterusan menurut corak linear. Bergantung kepada laluan pengangkutan. Khidmat sistem pengangkutan lebih cekap. Mengurangkan kos penyediaan infra.

Wilayah luar bandar promote sumber setempat berorientasi ekonomi seperti CBRT dan OVOP