PEMBATALAN - km.anm.gov.my Artikel/Tatacara Pengurusan Stor... ·...
Transcript of PEMBATALAN - km.anm.gov.my Artikel/Tatacara Pengurusan Stor... ·...
PEMBATALAN
Peraturan berkaitan pengurusan stor yang terkandung
dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan
Stor (PP-TPS), Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP)
Bil. 12 Tahun 1995 dan yang lain jika ada adalah
dibatalkan
PEMAKAIAN
Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa
masing-masing, Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua
Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan.
KANDUNGAN TPS
TPS
BAB A
PENERIMAAN
BAB F
KESELAMATAN/
KEBERSIHAN
PENDAHULUAN
BAB B
MEREKOD STOK
BAB G
PELUPUSAN
BAB H
KEHILANGAN &
HAPUS KIRA
BAB C
PENYIMPANAN
BAB D
PENGELUARAN BAB E
PEMERIKSAAN
PENDAHULUAN
TPS ialah tatacara bagi menguruskan Stor Kerajaan
meliputi:
Bab A : Penerimaan
Bab B : Merekod Stok
Bab C : Penyimpanan
Bab D : Pengeluaran
Bab E : Pemeriksaan
Bab F : Keselamatan dan Kebersihan
Bab G : Pelupusan
Bab H : Kehilangan Dan Hapus Kira
DEFINISI STOR
Tempat untuk melaksanakan penerimaan,
perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan,
pengendalian dan pengeluaran stok.
DEFINISI STOK
Stok bermaksud barang-barang belum guna
dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau
penyelenggaraan termasuk;
Bekalan Pejabat/Ubat-Ubatan/Alat Ganti/
Keselamatan/Makmal/Bengkel/Dapur/
Sukan/Pertanian/Latihan/Penyiaran/
Domestik/Dokumen atau Buku Yang
Dikawal dan sebagainya
KATEGORI STOR
STOR
PUSAT
STOR
UTAMA
STOR
UNIT
STOR PUSAT
Stor yang menyedia, mengurus dan membekal
barang kepada pelanggan melalui rangkaian stor
peringkat negeri/daerah/bahagian/cawangan/unit.
Antara contoh Stor Pusat adalah Depoh Bekalan
Pusat Kementerian Pertahanan dan Stor Material
Spesifik (SMS) PDRM.
STOR UTAMA
Stor yang menyedia, mengurus dan membekal
barang untuk keperluan pelanggan-pelanggan peringkat
negeri/daerah/bahagian/cawangan dan agensi.
Antara contoh Stor Utama adalah Stor Jabatan Kerja Raya
Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan
Bomba dan Penyelamat, Hospital dan Stor Utama Bekalan
Pajabat Kementerian/Jabatan.
STOR UNIT
Stor yang menyimpan dan membekal barang untuk
keperluan jangka pendek atau guna terus bagi tujuan
operasi dan penyelenggaraan kepada pelanggan akhir.
Antara contoh Stor Unit adalah stor pejabat,
cawangan, bahagian, bengkel, wad, makmal,
dapur, dispensari, domestik, sekolah dan
unit-unit kecil lain seumpamanya.