PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

10
PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4 Pembelajaran rekorder tahun 4 (a) Minggu lepas saya telah membuat sesi pembelajaran rekorder tahun 4 di dalam kelas kepada murid-murid. Berpandukan buku pusat sumber pendidikan muzik, saya telah mengajar murid-murid tentang not B, A, G, C' dan D'. Disini saya sertakan gambar rajah not tersebut. Not B

description

PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

Transcript of PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

Page 1: PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4 Pembelajaran rekorder tahun 4 (a)

Minggu lepas saya telah membuat sesi pembelajaran rekorder tahun 4 di dalam kelas kepada murid-murid. Berpandukan buku pusat sumber pendidikan muzik, saya telah mengajar murid-murid tentang not B, A, G, C' dan D'. Disini saya sertakan gambar rajah not tersebut.

Not B

Not A

Page 3: PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4
Page 5: PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

Not D'

Di dalam latihan penjarian, terdapat dua jenis latihan. Pertama, latihan penjarian dengan tempo lambat, cepat dan sederhana. Manakala yang kedua, latihan penjarian dengan dinamik lembut (p) dan kuat (f). Latihan ini boleh dilihat seperti gambar rajah di bawah :

Page 6: PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

Dicatat oleh Aminah Tun Faizah di 11:53 PG 2 ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookLabel: muzik, rekorder, tahun 4

Sabtu, 27 Oktober 2012

REKORDER Harini ini, saya ingin memperkenalkan sedikit sebanyak tentang pengenalan Rekoder. 

REKORDER : adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bes.

Jenis-jenis Rekorder

STRUKTUR REKORDER : 

Page 7: PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

TEKNIK BERMAIN REKORDER : 

- Teknik asas sebelum bermain rekorder 

Postur :

-   Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.-   Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala    berlebihan atau membongkokkan badan.)

Cara Memegang Rekorder

-   Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.         a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian             pangkal.

Page 8: PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

         b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.         c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.

Penjarian

penjarian rekorder

a) Tangan Kiri : 

1. Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.2. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.3. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.4. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

b) Tangan Kanan :

1. Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.2. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.3. Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.4. Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.5. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.6. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.