Pembelian Baju Sukan

2
Letterhead sekolah Semua ibu /bapa/penjaga murid SK Asajaya Ulu Tuan PEMBELIAN BAJU SUKAN PELAJAR MENGIKUT RUMAH SUKAN TAHUN 2015 Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa hasil perbincangan pihak pentadbir sekolah bersama guru-guru dalam Mesyuarat Awal Tahun pada 02 Januari 2015 dan Mesyuarat Kokurikulm 2 pada 14 Januari 2015 telah memutuskan bahawa semua pelajar perlu membeli baju sukan (mengikut rumah sukan) untuk kegunaan sebarang aktiviti melibatkan Pendidikan Jasmani, aktiviti- aktiviti Kokurikulum dan Sukan Dwitahunan dalam tahun-tahun semasa dan tahun akan datang. 3. Pembelian ini dirasakan perlu memandangkan ramai pelajar tidak memiliki baju sukan dan baju sukan yang sedia ada telah usang dan rosak. Pembelian terakhir baju sukan pelajar adalah pada tahun 2009. 4. Harga sehelai baju yang ditetapkan adalah RM16.00 sepasang (beserta logo dan perkataan Pendidikan Jasmani SK Asajaya Ulu dibelakang baju). Bayaran boleh dibuat bermula pada 20 Januari 2015 dan tarikh akhir pembayaran adalah pada 20 Februari 2015 bagi memudahkan tempahan. 5. Kerjasama tuan di dalam perkara ini adalah sangat-sangat diharapkan. Sekian, terima kasih.

description

BAJU

Transcript of Pembelian Baju Sukan

Page 1: Pembelian Baju Sukan

Letterhead sekolah

Semua ibu /bapa/penjaga murid

SK Asajaya Ulu

Tuan

PEMBELIAN BAJU SUKAN PELAJAR MENGIKUT RUMAH SUKAN TAHUN 2015

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa hasil perbincangan pihak pentadbir sekolah bersama guru-guru dalam Mesyuarat Awal Tahun pada 02 Januari 2015 dan Mesyuarat Kokurikulm 2 pada 14 Januari 2015 telah memutuskan bahawa semua pelajar perlu membeli baju sukan (mengikut rumah sukan) untuk kegunaan sebarang aktiviti melibatkan Pendidikan Jasmani, aktiviti-aktiviti Kokurikulum dan Sukan Dwitahunan dalam tahun-tahun semasa dan tahun akan datang.

3. Pembelian ini dirasakan perlu memandangkan ramai pelajar tidak memiliki baju sukan dan baju sukan yang sedia ada telah usang dan rosak. Pembelian terakhir baju sukan pelajar adalah pada tahun 2009.

4. Harga sehelai baju yang ditetapkan adalah RM16.00 sepasang (beserta logo dan perkataan Pendidikan Jasmani SK Asajaya Ulu dibelakang baju). Bayaran boleh dibuat bermula pada 20 Januari 2015 dan tarikh akhir pembayaran adalah pada 20 Februari 2015 bagi memudahkan tempahan.

5. Kerjasama tuan di dalam perkara ini adalah sangat-sangat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(SAHAT BIN YAKUP)Guru Besar SK Asajaya Ulu

Page 2: Pembelian Baju Sukan

Sk : Fail Timbul KK