Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini...

12

Transcript of Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini...

Page 1: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.
Page 2: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.
Page 3: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan pada hari Jumaat, 6

November 2020 yang lalu memberikan nafas baru terhadap ekonomi negara selepas

berhadapan dengan impak penularan pandemik Covid-19. Tema “Teguh Kita,

Menang Bersama” memberikan mesej yang jelas mengenai keprihatinan Kerajaan

untuk membimbing rakyat bersama-sama keluar daripada kemelut penyakit Covid-

19 yang masih berleluasa dalam negara.

Fasa yang paling penting adalah fasa untuk bangkit semula memperkasa ekonomi

rakyat dan negara yang terkesan teruk. Kita telah berada pada fasa strategi R ke-5

daripada strategi 6R (Resolve, Resilence, Restart, Recovery, Revitalize, Reform).

Ketika ini kita telah memasuki fasa Revitalize (Memperkasa) yang menjadi tunjang

dan asas kepada penggubalan Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 masih mengekalkan tiga teras penting; rakyat, perniagaan dan

ekonomi yang menjadi fokus sepanjang pakej rangsangan ekonomi diperkenalkan

beberapa bulan yang lalu. Hal yang demikian menjadikan Belanjawan 2021 adalah

salah satu pakej survival yang lebih bersasar kepada rakyat dan negara bagi

setahun akan datang.

Penulisan ini akan melihat daripada dua perspektif. Pertama, meneliti tinjauan

prospek ekonomi semasa dan unjuran pada masa akan datang termasuklah dengan

melihat kepada daya ketahanan fiskal yang diunjurkan pada tahun 2021. Kedua,

penulisan ini juga memberikan fokus kepada tumpuan umum program-program dan

inisiatif yang termaktub dalam pembentangan Belanjawan 2021.

Tinjauan Ekonomi Negara

Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung

terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya. Keluaran Dalam Kasar

Negara (KDNK) negara diunjurkan kepada -4.5 peratus bagi tahun 2020. Tabung

Kewangan Dunia (IMF) serta Bank Dunia masing-masing mengunjurkan KDNK

negara yang lebih rendah iaitu masing-masing -6.0 peratus dan -4.9 peratus.

Walau bagaimanapun, kedudukan unjuran KDNK negara ini sebenarnya telah

mengalami lonjakan daripada fasa penguncupan KDNK pada suku kedua tahun

2020 yang lalu. Data daripada Bank Negara Malaysia menunjukkan kedudukan

KDNK negara suku kedua yang lalu berada pada paras -17.0 peratus. Dapatan

tersebut bukan sahaja menunjukkan ekonomi negara sedang mengalami kejatuhan,

bahkan penggunaan swasta atau perbelanjaaan rakyat juga menunjukkan trend

yang membimbangkan.

Page 4: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Kementerian Kewangan mengunjurkan KDNK negara bangkit semula bagi tahun

2021. KDNK pada tahun 2021 dijangka mencapai 6.5 hingga 7.5 peratus disokong

oleh sumbangan daripada sektor pembinaan 13.9 peratus, perkhidmatan dan

pembuatan masing-masing 7.0 peratus manakala sektor pertanian pula dijangka

menyumbang sebanyak 4.7 peratus.

Dasar Pengembangan Fiskal dan Unjuran Defisit

Berhadapan dengan prospek kelembapan ekonomi global yang tidak menentu,

Kerajaan mengambil langkah mengekalkan dasar pengembangan fiskal

(expansionary fiscal). Perbelanjaan keseluruhan tahun 2021 merangkumi

perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan dan suatu kumpulan wang

amanah bagi mengurus serta menyelaras berkaitan Covid-19 iaitu Kumpulan Wang

Covid-19 mencecah RM322.5 bilion.

Dasar pengembangan fiskal ini mendorong Kerajaan berbelanja besar bagi

memastikan counter cyclical terhadap kemerosotan ekonomi semasa. Ia juga

bertujuan bagi meningkatkan permintaan agregat (aggregate demand),

mengukuhkan semula kuasa beli rakyat selain mengatasi masalah pengangguran

disebabkan oleh kemerosotan ekonomi yang berlaku.

Perbelanjaan mengurus berjumlah RM236.5 bilion dan hasil Kerajaan masih

berupaya untuk menampung keseluruhan perbelanjaan mengurus namun dengan

lebihan (surplus) yang semakin tipis iaitu RM360 juta. Perbelanjaan pembangunan

pula berjumlah RM69 bilion akan dibayai daripada baki Akaun Semasa serta

terimaan pinjaman oleh Kerajaan.

Selain itu, Kerajaan juga akan berbelanja sejumlah RM17 bilion bagi Kumpulan

Wang Covid-19 selaras dengan Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan

Kerajaan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 yang telah diluluskan di

Parlimen pada September 2020 yang lalu. Segala peruntukan yang terdapat dalam

akta ini akan terpakai selama 3 tahun sehingga tahun berakhir 31 Disember 2022.

Dalam akta tersebut, Kerajaan dibolehkan untuk membuat pinjaman tambahan

sehingga 5 peratus KDNK di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta

Pembiayaan Kerajaan 1983. Kerajaan juga telah menaikkan had siling hutang

Kerajaan Persekutuan yang dibenarkan oleh undang-undang daripada 55 peratus

KDNK kepada 60 peratus. Peningkatan ini memberikan lebih ruang fiskal (fiscal

space) kepada Kerajaan untuk melakukan sebarang intervensi berhadapan dengan

ketidaktentuan pandemik Covid-19.

Terimaan pinjaman tambahan berjumlah 5 peratus daripada KDNK tersebut akan

dimasukkan terus ke kumpulan wang amanah yang disebut sebagai Kumpulan

Page 5: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Wang Covid-19 dan akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan yang berkaitan dengan

mengatasi isu penularan Covid-19 di negara ini. Kerajaan telah memperuntukkan

RM38 bilion dalam Kumpulan Wang Covid-19 bagi tahun 2020 manakala bagi tahun

2021, jumlah tersebut dijangka berkurang kepada RM17 bilion sahaja.

Langkah pengembangan fiskal ini akan menyaksikan Kerajaan terus berhadapan

dengan defisit fiskal yang diunjurkan pada paras 5.4 peratus KDNK. Pada tahun

2020, defisit fiskal Kerajaan mencatatkan peningkatan sehingga 6.0 peratus KDNK.

Hal yang demikian disebabkan faktor pengurangan harga minyak global yang

berkurang kepada USD40 setong berbanding sasaran asal USD62 setong serta

dalam masa yang sama peningkatan perbelanjaan melalui penyaluran pakej-pakej

rangsangan ekonomi.

Keseluruhan suntikan fiskal bagi pakej rangsangan sehingga September 2020

adalah berjumlah RM55 bilion daripada jumlah keseluruhan RM305 bilion. Jumlah

bantuan keseluruhan pakej rangsangan tersebut adalah tertinggi berbanding ketika

negara berhadapan dengna krisis kewangan 1998/1999 serta krisis subprima

2008/2009.

Hasil Kerajaan pada tahun 2021 diunjurkan meningkat kepada RM236.9 bilion

berbanding RM227.3 bilion pada 2020. Peningkatan hasil ini didorong oleh faktor

peningkatan kutipan hasil cukai langsung cukai pendapatan syarikat (CITA) dan

Petroleum (PITA). Malah, kutipan hasil cukai tidak langsung melalui kutipan SST dan

duti eksais disebabkan jangkaan peningkatan jualan kenderaan bermotor juga akan

meningkatkan hasil Kerajaan.

Dividen Petronas diunjurkan berjumlah RM18 bilion serta Khazanah Nasional

Berhad pula berjumla RM1 bilion. Kerajaan juga dijangka akan mendapat jumlah

pembayaran royalti berjumlah RM4.3 bilion.

Daripada aspek hutang pula Kerajan masih mengekalkan disiplin fiskal yang jitu

meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi semasa. Terimaan pinjaman

Kerajaan sepenuhnya digunakan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan selain

membayar bond atau sukuk yang telah matang. Berdasarkan tahun 2020, pinjaman

keseluruhan Kerajaan adalah berjumlah RM181.4 bilion dengan RM87 bilion

digunakan bagi menampung perbelanjaan defisit, manakala baki RM94.7 bilion pula

digunakan bagi membayar hutang yang telah matang.

Hutang Kerajaan Persekutuan kekal terkawal iaitu pada RM874.3 bilion atau 60.7

peratus daripada KDNK. 96 peratus daripada hutang-hutang tersebut adalah

daripada institusi kewangan domestik justeru mengurangkan risiko pertukaran wang

asing dan ketidaktentuan ekonomi global. Pegangan hutang Kerajaan dimiliki oleh

institusi perbankan sebanyak 34.6 peratus, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Page 6: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

(KWSP) 26.9 peratus, syarikat insurans 4.3 peratus, Kumpulan Wang Persaraan

(Diperbadankan) 2.8 peratus dan lain-lain.

Kesemua prospek ekonomi semasa dan akan datang ini merupakan batu asas

kepada penggubalan sebuah belanjawan. Satu-satu belanjawan yang dirangka

mesti diteliti berdasarkan kedudukan ekonomi serta unjuran yang perlu diletakkan

pada masa akan datang bagi memastikan suatu pengagihan ekonomi yang realistik.

Kerangka Strategik Belanjawan 2021

‘Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kejahatan yang tersusun’.

Bagi menjayakan tiga matlamat yang telah digariskan, beberapa strategi telah

disusun di dalam Belanjawan 2021 meliputi pelbagai aspek dan golongan sasaran

tertentu.

Matlamat 1: Kesejahteraan Rakyat

Di dalam matlamat kesejahteraan rakyat, terdapat lima strategi berkesan yang

dirancang. Pertama adalah langkah Kerajaan dalam menangani COVID-19. Melalui

strategi ini, sejumlah RM 4 billion telah diperuntukkan dalam usaha memperoleh

vaksin dan membendung gelombang COVID-19.

Berdasarkan statistik yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM), seramai 1.23 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas (29.2

peratus) mengalami masalah kesihatan mental. Jumlah ini dianggarkan meningkat

pada tahun ini berikutan pandemik COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) yang telah mengakibatkan kehilangan pekerjaan, kekurangan

pendapatan serta komitmen hutang yang menekan. Justeru, sejumlah RM 24 juta

diperuntukkan dalam menangani situasi kesihatan mental ini.

Strategi kedua meliputi bantuan kepada golongan rentan iaitu golongan yang mudah

terjejas dari sudut pendapatan dan pekerjaan terutamanya di dalam fasa pandemik.

Lebih tepat lagi golongan ini dikategorikan sebagai golongan B40 iaitu

berpendapatan RM 4,400 dan ke bawah (DOSM, 2020), Orang Kelainan Upaya

(OKU) serta warga emas. Antaranya ialah inisiatif Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

yang diberikan mengikut kategori tertentu dengan keseluruhannya berjumlah RM 6.5

billion, subsidi dan bantuan khusus tertentu (RM 28 billion), program Jaringan

Prihatin yang memberikan akses internet secara percuma (RM 1.5 billion) dan Elaun

Mencari Pekerjaan (RM 150 juta).

Strategi ketiga pula adalah berkaitan perlindungan pekerjaan untuk rakyat. Strategi

ini adalah usaha memastikan rakyat tetap mempunyai pekerjaan dalam suasana

Page 7: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

pandemik yang masih belum pulih sepenuhnya. Inisiatif di bawah strategi ini

kebanyakannya adalah kesinambungan dari empat Pakej Rangsangan Ekonomi

(PRE) yang pernah dilaksanakan sebelum ini dan telah memberikan kesan yang

baik. Antaranya ialah Program Jana Kerja yang berjumlah RM 3.7 billion, Program

Subsidi Upah bersasar (RM 1.5 billion) serta program reskilling dan upskilling (RM

1.0 billion).

Menariknya, strategi keempat adalah manfaat yang diperolehi hampir keseluruhan

kelompok demografi di Malaysia iaitu Orang Asli, penduduk luar bandar, golongan

belia, para atlit, dan peruntukan khusus bagi pembangunan komuniti Cina, India dan

kaum minoriti. Selain itu, apa yang menjadi kelegaan bagi majoriti rakyat Malaysia

yang beragama Islam adalah peruntukan sebanyak RM 1.4 billion yang diberikan

bagi pembangunan dan pengukuhan Islam di Malaysia.

Strategi terakhir melibatkan jaminan kesejahteraan rakyat melalui peruntukan dalam

aspek keselamatan di dalam dan luar negeri, pendidikan berkualiti bermula dari

kanak-kanak sehingga pelajar di peringkat pengajian tinggi dan kemudahan akses

internet melalui perkhidmatan jalur lebar.

Matlamat 2 : Kelangsungan Perniagaan

Sektor perniagaan melalui Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah

menyumbang hampir 97 peratus kepada kegiatan ekonomi di dalam negara yang

sudah pastinya memberikan sumbangan besar kepada KDNK. Justeru, tidak hairan

mengapa sektor ini menjadi tumpuan Kerajaan sejak PRE pertama iaitu Pakej

Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sehingga di dalam Belanjawan

2021.

Perlu difahami bahawa perniagaan yang dimaksudkan bukan sahaja perniagaan

melibatkan barangan, bahkan juga perniagaan perkhidmatan kerana sumbangan

kedua-dua barangan dan perkhidmatan adalah hampir sekata iaitu 50-50 (DOSM,

2020). Strategi pertama di dalam matlamat ini adalah memacu pelaburan melalui

pembangunan sektor maritim dan logistik, infrastruktur pelancongan serta

perkhidmatan pengangkutan awam yang berjumlah RM 3.7 billion. Strategi ini juga

menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan sains, teknologi

dan kajian penyakit berjangkit yang diberikan peruntukan sebanyak RM 500 juta.

Strategi kedua pula memberikan fokus kepada pengukuhan sektor tumpuan yang

memberikan pulangan yang signifikan kepada negara. Antaranya ialah

memperkukuh sektor pertanian melalui variasi dan kepelbagaian projek seperti

pertanian organik, kebun komuniti dan program ladang e-satelit. Selain itu, dengan

hasil sektor komoditi dan perladangan yang memberangsangkan ketika wabak

COVID-19 masih berlaku dan hubungan baik dengan rakan dagangan

Page 8: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

antarabangsa, sektor tersebut telah diperuntukkan sebanyak RM 729.39 juta, iaitu

peningkatan sebanyak 8.84 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai persediaan menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0, Kerajaan

memberikan fokus melalui strategi ketiga iaitu keutamaan automasi dan pendigitalan

dengan peruntukan sebanyak RM 1 billion bagi menyokong aktiviti automasi dan

modenisasi industri di Malaysia.

Strategi terakhir di dalam matlamat kedua ini adalah peruntukan khusus bagi

individu, persatuan dan syarikat yang menjalankan perniagaan. Inisiatif yang

disediakan adalah berbentuk kemudahan kepada akses pembiayaan yang menelan

belanja hampir RM 13 billion seperti jaminan perniagaan, pinjaman mudah untuk

PKS dan PKS mikro serta pembiayaan mikro kredit.

Matlamat 3 : Ketahanan Ekonomi

Dalam mencapai matlamat ketiga Belanjawan 2021, Kerajaan telah menetapkan

lima strategi. Pertamanya adalah mekanisma belanjawan pengembangan dengan

peruntukan kepada projek infrastruktur pengangkutan yang berjumlah RM15 billion,

beberapa projek baharu (RM3.8 billion) dan pembangunan di lima Koridor Wilayah

Pembangunan Ekonomi (RM780 juta).

Strategi kedua melibatkan agenda pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-

12 (RMK-12) yang memberikan fokus kepada pelaburan dan pembangunan

beberapa projek berimpak tinggi seperti pembangunan Kwasa Damansara (RM50

billion), pembangunan infrastruktur di negeri Sabah dan Sarawak yang masing-

masing berjumlah RM5.1 billion dan RM4.5 billion.

Bagi melaksanakan strategi ketiga, iaitu memperkasakan peranan syarikat berkaitan

kerajaan (GLC) dan masyarakat sivil, Kerajaan akan menjalankan kerjasama

dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial dalam agenda

pembangunan negara melalui konsep geran padanan berjumlah RM100 juta dan

akan diagihkan untuk tiga tujuan, iaitu: i) Penjanaan pendapatan dan pekerjaan

(RM50 juta), ii) Isu sosial (RM30 juta) dan, iii) Pemeliharaan alam sekitar (RM20

juta).

Selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals,

SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), strategi keempat di dalam

matlamat ketiga ini menekankan berkenaan usaha Kerajaan dalam memastikan

jaminan kelestarian sumber. Antaranya ialah pemberian berdasarkan pemberian

berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup

(TAHAP) kepada semua kerajaan negeri berjumlah RM400 juta, pemulihan sungai

(RM50 juta) dan penguatkuasaan pemantauan kualiti alam sekitar (RM40 juta).

Page 9: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Strategi terakhir adalah pemerkasaan dalam penyampaian perkhidmatan awam

dengan beberapa inisiatif seperti pembinaan UTC di beberapa bandar utama bagi

memudahkan urusan rakyat, peruntukan sebanyak RM14 juta untuk menaik taraf

kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi serta menjaga kebajikan penjawat

awam dan pesara kerajaan yang tidak berpencen.

Belanjawan 2021 Dari Helicopter View

Berikut adalah perbandingan keutamaan yang disusun di dalam Belanjawan 2020

dan 2021:

2020 (RM bilion) 2021 (RM bilion)

Hasil 227.3 236.9

Perbelanjaan Mengurus 226.7 236.5

Perbelanjaan Membangun 49.0 69.0

Kumpulan Wang Covid-19 38.0 17.0

Di dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, amat wajar

Kerajaan memperuntukkan sebanyak 5.3 peratus dari keseluruhan Belanjawan 2021

khusus membendung wabak ini.

Selain itu, Kerajaan menaikkan peruntukan pembangunan sebanyak 2 peratus

berbanding tahun 2020 selari dengan keadaan ekonomi semasa negara yang

menghadapi kejatuhan sejak perlaksanaan PKP pada Mac 2020 yang lalu. Ia juga

berikutan anggaran KDNK negara yang merosot pada tahun ini berbanding tahun

sebelumnya.

Sektor sosial mendahului sektor lain dengan hampir separuh daripada perbelanjaan

mengurus diperuntukkan bagi sektor ini. Secara terperincinya, sub-sektor yang

paling banyak menerima peruntukan adalah sub-sektor pelajaran dan latihan dengan

jumlah sebanyak RM59.1 bilion bersamaan 61 peratus dari peruntukan sektor sosial.

Sub-sektor kedua di dalam sektor sosial diperuntukkan kepada kesihatan dan

kependudukan (RM27.5 bilion, 28.4 peratus).

Kedua-dua jumlah ini bertepatan dengan jumlah secara keseluruhan yang

menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tiga kementerian yang tertinggi menerima

peruntukan dengan masing-masing adalah RM50.4 billion dan RM31.9 billion.

Bagi anggaran perbelanjaan membangun mengikut sektor seperti di dalam

Belanjawan 2021 adalah seperti berikut:

Page 10: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Perbelanjaan Membangun (RM bilion)/Bahagian

Ekonomi 38.9 54.7%

Sosial 18.4 25.9%

Keselamatan 7.9 11.0%

Pentadbiran 4.0 5.6%

Simpanan Luar Jangka 2.0 2.8%

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sektor ekonomi menerima peruntukan tertinggi di

dalam perbelanjaan membangun bagi merangsang pertumbuhan KDNK negara

dengan nilai yang melebihi separuh dari keseluruhan perbelanjaan, iaitu hampir RM

39 billion. Secara lebih terperinci, tiga sub-sektor tertinggi masih diperuntukkan

kepada sub-sektor pengangkutan, kewangan serta tenaga dan kemudahan awam.

Sub-sektor pengangkutan menerima kenaikan peruntukan sebanyak 23.3 peratus

dari RM12.2 billion (2020) kepada RM15.0 billion (2021). Menariknya, sub-sektor

menerima kenaikan secara drastik, iaitu sebanyak 80.3 peratus dari RM6.2 billion

(2020) kepada RM11.2 billion (2021). Namun begitu, walaupun sub-sektor tenaga

dan kemudahan awam menerima peningkatan peruntukan pada tahun 2020

berbanding 2019, namun bagi tahun 2021, sub-sektor ini menerima penurunan

peruntukan sebanyak 23.2 peratus dari RM4.3 billion (2020) kepada RM3.3 billion

(2021).

Penutup

Belanjawan 2021 adalah merupakan perbelanjaan yang paling tinggi dalam sejarah

berikutan negara secara khususnya dan dunia umumnya menghadapi cabaran

pandemik COVID-19 secara lebih serius. Justeru itu, belanjawan pada kali ini lebih

menumpukan kepada peruntukan untuk survival pasca COVID-19. Selain itu,

Belanjawan 2021 juga boleh dikategorikan sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi

(PRE) kelima akibat COVID-19 dalam tempoh lapan bulan selepas PRE pertama

diumumkan pada Mac 2020. Empat PRE sebelum ini adalah PRE Prihatin Rakyat

(PRIHATIN), Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana Tambahan, Pelan Jana

Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin

(KITA PRIHATIN) yang memberi suntikan fiskal melebihi RM55 billion.

Page 11: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.

Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Pandemik COVID-19 | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Kementerian Kewangan Malaysia. (t.t). Tinjauan Ekonomi 2021. Didapatkan dari

treasury.gov: https://www.treasury.gov.my/index.php/fiskal-ekonomi/tinjauan-

ekonomi-2021.html

Kementerian Kewangan Malaysia. (t.t). Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan

2021. Didapatkan dari treasury.gov:

https://www.treasury.gov.my/index.php/fiskal-ekonomi/tinjauan-fiskal-

2021.html

Department of Statistic Malaysia. (t.t). Didapatkan dari dosm:

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php

Page 12: Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan ......Penularan penyakit Covid-19 pada tahun ini telah memberikan kesan langsung terhadap ekonomi negara dan global secara umumnya.