Pembentangan boba

84

Click here to load reader

description

 

Transcript of Pembentangan boba

  • 1. Tumbuh keduduk di tepi kandang Menjalar semalu di bawah tangga Dari jauh hamba bertandang Berkongsi ilmu sekadar yang ada

2. Bukan tandang sebarang tandang Tandang ingin datang merisik Bukan datang sebarang datang Amanah dijunjung kerja dikelek 3. Penggunaan boba dalam P & P adalah untuk kelas pemulihan khas/linus/pra sekolah/kelas peralihan 4. Nama : Maheran bt Jamaluddin Asal : Grik, Perak Status : Berkahwin (4 org anak) Pendidikan : Maktab Perguruan Pulau Pinang Institut Perguruan Darul Aman (KSPK) MPIK (Disleksia) MPIP (Bimbingan Sekolah Rendah) 5. Tugas: JU Pemulihan Negeri Perak/Daerah JU Program Gerak Gempur 2M JU ETEMS JU Program PeT 1 JU Kursus Penghasilan Bahan P&P JU Kebangsaan LINUS (Numerasi) JU Kem LINUS TEGAR Daerah Kuala Kangsar 2011 Ketua JU Daerah LMS (Kem LINUS Tegar 2011) 6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 1996 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010 Anugerah Guru Cemerlang Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) 2012 Anugerah Inovasi Hari Guru Peringkat Daerah LMS 2013 Anugerah Inovasi Hari Guru Peringkat Negeri (Emas) 2013 7. Sur ah yang di t ur unkan kepada RASULULLAH s.a.w. yang menyur uh bagi nda MEMBACA. RASULULLAH seor ang yang but a hur uf . Tapi di aj ar ol eh Ji br i l ber kal i - kal i , akhi r nya bagi nda bol eh membaca. 8. Hakcipta: Maheran binti Jamaluddin, Guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan Toh Johan, Trong, Perak. Penghargaan buat guru-guru Sekolah Kebangsaan Toh Johan atas sokongan anda. Tidak dilupa keluarga dan sahabat yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung 9. Pengenalan Objektif Umum Rasional Penghasilan BOBA Apa Itu BOBA? 10. Pada akhir tahun 2004, perancangan untuk membuat buku bacaan bagi murid pemulihan telah bermula. Memang terdapat banyak buku-buku di pasaran tetapi kemampuan murid memang terbatas. 11. Pada mulanya saya telah membuat buku CELIK BACAAN, MARI MEMBACA dan banyak lagi, tetapi kurang memuaskan hati lalu saya cuba lagi membuat skrip lain untuk menyediakan buku yang lebih konsisten dan berkesan penggunaannya dalam jangka masa panjang. 12. Berkat doa dan ilham yang dikurniakan Allah s.w.t. maka saya dapat membina modul bacaan yang mulanya diberi judul MARI MEMBACA CEPAT. 13. Setelah diadakan perbincangan dengan murid pemulihan sendiri, mereka memberi pendapat agar buku ini diberi tajuk BOBA (BOLEH BACA) kerana istilah ini sering digunakan apabila memeriksa kerja murid yang melibatkan aktiviti bacaan. 14. Setelah diharmonikan akhirnya buku ini telah disiapkan pada akhir tahun 2006 (Pra Bacaan hingga Siri 6). Disebabkan kekangan masa serta tugasan lain yang perlu diselesaikan, maka Siri 7 hanya dapat disiapkan pada bulan Julai 2007. 15. Murid pemulihan memerlukan sesuatu untuk menajamkan daya ingatan dan menarik minat mereka untuk terus membaca apatah lagi buku itu menjadi milik mereka secara individu. Seterusnya bacaan mereka turut direkodkan untuk memudahkan pemantauan dan tindakan susulan. 16. Buku BOBA yang mengandungi 8 siri ini telah saya jadikan modul P&P kerana ia mudah, murah, bersaiz kecil dan amat berkesan untuk program pemulihan/pra sekolah/LINUS/Kelas Peralihan. 17. Buku ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru pemulihan di seluruh negeri. Sehingga kini buku ini digunakan oleh sesetengah buah sekolah namun pada saya bukan keuntungan yang dicari tetapi berkongsi idea, memudahkan kerja dengan menghasilkan impak yang maksima. Berbaloi! 18. Hasil usaha saya akhirnya berbayar kerana pada 30 Mei 2007, seramai 10 orang murid pemulihan lulus dalam Ujian Pelepasan PeT1 Fasa 1. Jika diizinkan Allah, saya akan meneruskan usaha untuk membina buku kerja sebagai kesinambungan kemahiran yang telah diberi penekanan dalam buku BOBA. 19. Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan kemahiran asas 2M Memupuk sikap keyakinan diri serta positif terhadap pelajaran Membantu pihak sekolah mengurangkan bilangan murid buta 2M Memupuk minat membaca Mengembangkan bakat dan potensi diri murid pemulihan 20. Tahun 2003 merupakan tahun paling kritikal bagi kelas pemulihan khas SKToh Johan. Jumlah murid pemulihan bagi tahun 2 sahaja adalah seramai 30 orang kerana bermulanya pelaksanaan PISMP. Tindakan segera perlu dilakukan supaya bilangan murid buta 2M dapat dikecilkan Akhirnya BOBA dihasilkan dan dapat membantu guru dan murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi. 21. EDISI PERTAMA (HITAM PUTIH) EDISI KEDUA (WARNA WARNI) CETAK SENDIRI 22. Singkatan bagi perkataan Boleh Baca Ada 8 siri mengikut peringkat kemahiran Pra Bacaan huruf, suku kata kv, kvk, kvkk Siri 1 vkv, vkvk Siri 2 kvkv Siri 3 kvkvk Siri 4 kvkvkv, kvkvkvk Siri 5 kvkkv, kvkkvk Siri 6 ng, ny, kata pinjaman Siri 7 diftong, vokal berganding 23. Sudah boleh membaca dengan lancar. Penulisannya tidak begitu memuaskan. 24. Baru masuk sekolah pada tahun 4 bulan Mac 2011. Tidak kenal huruf. Hanya dalam masa 3 bulan guna BOBA sudah boleh membaca. 25. Kerap ponteng sekolah. Semua adik-beradik masuk kelas pemulihan. Ibu bapa tidak begitu prihatin dengan pelajaran anak-anak. Kini sudah boleh membaca ayat. 26. Datang dari Shah Alam Masuk kelas pemulihan SKTJ pada JUN 2011. Pd awalnya memang tidak kenal huruf. 2 bulan guna BOBA, kini sudah berpindah ke Shah Alam semula. Sudah boleh membaca buku Siri 4 27. Masuk Pemulihan SKTJ pada 2009 (Tahun 3). Masalah demam panas. Agak lambat tetapi sudah boleh membaca BOBA siri 4 28. Takut, kerap ponteng. 1 tahun tidak bersekolah. Masuk kelas pemulihan SKTJ pada bln 7, 2011. Sudah rajin ke sekolah. Setelah menguasai kemahairan membaca dan mengira, berpindah semula ke Alor Star pada Oktober 2012. 29. Murid dibekalkan dengan buku BOBA ikut aras murid. Guru hendaklah membimbing murid terlebih dahulu. 30. Kemudian murid membaca secara bersendirian. Ketika murid membaca, guru perlu dengar dan perhatikan betul-betul sebutan biar bertepatan dengan perkataan/ayat yang ditunjukkan 31. Jika murid sudah menguasai, guru tandakan pada setiap perkataan yang disebut dengan betul. Jika murid masih belum menguasai. guru tandakan dan teruskan bacaan ke perkataan atau ayat lain untuk elakkan murid daripada rasa stress. 32. Perkataan yang ditanda O tadi, murid hendaklah latih-tubi membacanya samada dengan bimbingan guru/waris /rakan sebaya. 33. Setelah diulang baca sekali lagi di hadapan guru, didapati murid boleh menguasainya tandakan dalam bulatan O tadi. 34. Murid yang telah menguasai buku yang dibaca, token/ganjara n hendaklah diberi sebagai galakan untuk murid meneruskan bacaan siri seterusnya. 35. Jika seseorang murid itu ada komitmen dan konsisten, dibantu oleh waris di rumah, dalam tempoh 2 bulan murid sudah boleh menguasai kemahiran membaca. 36. Bacaan murid hendaklah direkod/ dibukukan untuk tujuan rujukan dan pemantauan pihak pentadbir atau sesiapa yang berkenaan. 37. Contoh Rekod Bacaan 38. Buku ini juga memudahkan guru untuk membuat REKOD DIAGNOSTIK kerana BOBA dilengkapi dengan rentetan senarai kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pemulihan atau murid LINUS 39. Contoh Rekod Diagnostik 40. Hasil gabungan Rekod Bacaan dan Rekod Diagnostik, sudah cukup bagi guru-guru pemulihan/LINUS peroleh bonus masa/tenaga. 41. Murid pemulihan di kelas perdana boleh menggunakan buku ini untuk memperkukuh penguasaan kemahiran mereka. Work smart not work hard 42. REKOD UNTUK 6 TAHUN PENANDAAN REKOD Murid LINUS tahun 2 43. Murid Program PeT1 44. Rekod tahun 2, 2010 45. Rekod bacaan sejak tahun 2006 (Kelas 2) 46. Keputusan UPSR 2010 (Murid pemulihan) 47. Keputusan UPSR 2010 48. Menggunakan buku BOBA untuk murid Tahun 2 49. Buku BOBA sebagai bahan bacaan untuk memantapkan penguasaan bacaan anak-anaknya yang agak lemah membaca. 50. Menggunakan buku BOBA untuk anaknya dan anak murid di kelas Pendidikan Khas Integrasi. 51. Ingin belajar bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu Belajar Bahasa Melayu melalui bekas anak murid saya Sumaiyah bt M Tamizi. Menggunakan buku BOBA untuk pengukuhan. 52. BOBA digunakan untuk memantapkan bacaan 2 orang anaknya. 53. Mohd Aqil Irfan berumur 6 tahun sudah boleh membaca hingga BOBA siri 7 dalam masa 5 bulan 54. Menggunakan buku BOBA untuk kelas Pra Sekolah bagi sesi 2012 55. Taklimat penggunaan BOBA kepada guru LINUS dan Pra Sekolah di Terengganu 56. Taklimat penggunaan BOBA kepada guru LINUS dan Pra Sekolah di Terengganu 57. Mula! 58. Mula! 59. Mula! 60. Mula! 61. Belakang parang yang tumpul jika di asah setiap hari dengan tekun dan sabar pasti akan tajam berkilau tetapi parang yang tajam berkilau jika dibiarkan tanpa diasah akan berkarat dan tumpul juga.