Pembentangan Hutan Paya Bakau

13
HUTAN DAN KEGUNAAN PREMILA ANNAMALAI Isi Kandungan 1.Pendahuluan 2.Kegunaan Hutan Habitat Flora dan Fauna Pembekal makanan Pembekal ubat-ubatan Pembekal bahan mentah Tempat rekreasi Sumber penyelidikan Pertanian,penternakan dan petempatan Sumber pendapatan Mengawal pencemaran udara dan edaran gas Aktiviti pembangunan Mengawal banjir,hakisan tanah dan tanah runtuh Memerangkap nutrien,sedimen dan bahan-bahan toksik Pengimbang kitaran air Pengawal iklim 3.Kesimpulan 4.Rujukan Pendahuluan Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Manusia juga adalah sebahagian

Transcript of Pembentangan Hutan Paya Bakau

Page 1: Pembentangan Hutan Paya Bakau

HUTAN DAN KEGUNAAN

PREMILA ANNAMALAI

Isi Kandungan

1.Pendahuluan

2.Kegunaan Hutan

Habitat Flora dan Fauna Pembekal makanan Pembekal ubat-ubatan Pembekal bahan mentah Tempat rekreasi Sumber penyelidikan Pertanian,penternakan dan petempatan Sumber pendapatan Mengawal pencemaran udara dan edaran gas Aktiviti pembangunan Mengawal banjir,hakisan tanah dan tanah runtuh Memerangkap nutrien,sedimen dan bahan-bahan toksik Pengimbang kitaran air Pengawal iklim

3.Kesimpulan

4.Rujukan

Pendahuluan

Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Manusia juga adalah sebahagian daripada ekosistem yang kompleks ini. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2% daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan. Hutan ini banyak terdapat di Sabah dan

Page 2: Pembentangan Hutan Paya Bakau

Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak (14.4%) dan Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia adalah hutan hujan tropika. Disamping itu terdapat juga hutan-hutan lain seperti hutan bakau. Hutan merupakan satu sumber alam yang amat penting kepada kehidupan manusia. Sebenarnya hutan banyak menyumbangkan kebaikan kepada manusia malah mereka tidak akan hidup sempurna tanpa wujudnya hutan. Ini kerana hutan mempunyai kepentingan yang tersendiri.

Kegunaan Hutan

Habitat flora dan fauna

Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar. Selain daripada hutan hujan tropika,hutan bakau juga merupakan satu ekosistem yang dinamik dan didiami oleh pelbagai jenis haiwan.Struktur akar di atas tanah dan pneumatofor yang ada pada pokok bakau memberi perlindungan pada ikan, udang dan ketam. Struktur ini juga menyediakan sub-strata untuk siput, tiram dan teritip.

Pembekal makanan

Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh haiwan.Tetapi kebanyakannya hanya didapati pada pokok-pokok yang tinggi. Kebanyakan haiwan ini mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan makanan mereka. Umpamanya, burung toucan dan burung enggang menggunakan paruhnya yang panjang untuk mendapatkan

Page 3: Pembentangan Hutan Paya Bakau

buah-buahan yang terdapat pada ranting yang kecil. ‘Humming Bird’ sejenis burung kecil berupaya mengimbangkan badan di udara sewaktu menghisap madu daripada bunga dengan menggunakan paruhnya yang panjang.

Hutan bakau juga tidak berkecuali dalam hal ini. Tumbuh-tumbuhan renek yang terdapat di hutan bakau boleh digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. Kambing dan lembu menggemarinya kerana keadaan daunnya yang bergaram. Daging dari Moluska yang dijumpai di hutan bakau sepertiTelescopium telescopium digunakan sebagai umpan menangkap ikan. Selain daripada haiwan, hutan bakau juga menghasilkan makanan kepada manusia. Daun, pucuk, buah-buahan dan biji benih adalah antara bahan-bahan yang digunakan oleh manusia yang diambil dari hutan bakau. Contohnya, pucuk daun pokok bakau (Rhizhopora sp.) boleh dimakan sebagai sayur, sementara kekacang boleh dimakan. Buah daripada pokok perapat (Sonneratia sp.)digunakan dalam pembuatan bahan minuman, sementara bahagian sap pokok nipah (Nypa fruticans) digunakan dalam penghasilan cuka dan nira.

Pembekal ubat-ubatan

Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir. Bahagian batang Avicennia alba danAvicennia officinalis (api-api kulat) juga diketahui boleh mengubati beberapa jenis penyakit. Minyak yang diekstrak dari biji benih pokok-pokok bakau seperti pokok nyireh (Xylocarpus sp.) boleh digunakan sebagai bahan perubatan , bahan bakar dan juga ramuan minyak rambut.

Pembekal bahan mentah

Page 4: Pembentangan Hutan Paya Bakau

Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu.

Tempat Rekreasi

Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi. Contohnya Taman Negara di Pahang. Air terjun dan sungai yang jernih di kawasan hutan amatlah indah, ia dapat memberi ketenangan dan kegembiraan kepada orang ramai yang ingin berkhemah. Keadaan unik, nyaman dan indah di persekitaran hutan bakau juga merupakan satu pilihan yang baik bagi mereka yang ingin menghilangkan ketegangan. Keindahan rangkaian lorong-lorong di hutan bakau yang merangkumi sungai utama dan anak-anak sungai serta pelbagai jenis hidupan liar merupakan objek yang menarik bagi peminat fotografi, pemerhati burung atau sesiapa sahaja yang ingin berehat dan menghargai keindahan bumi Malaysia.

Sumber penyelidikan

Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai. Hutan adalah makmal semulajadi kepada semua pihak. Hutan dapat mengajar kita serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang botani, zoologi, kimia, geografi, perubatan dan bidang-bidang kajian yang lebih khusus. Hutan memberikan pelbagai jenis maklumat yang berguna kepada manusia dalam mengenalpasti akan arah perkembangan ekosistem hutan berkenaan dan mengkaji asal kejadian serta

Page 5: Pembentangan Hutan Paya Bakau

perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu kawasan hutan. Memandangkan hutan bakau adalah satu ekosistem pinggir pantai dan muara sungai di kawasan tropika yang telah berkembang dari dahulu lagi, maka ianya boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk proses pembentukan dan perkembangan geografi serta ekologi pada masa dahulu dan juga sekarang. Contohnya, kajian keatas sampel tanah di hutan bakau boleh meningkatkan kefahaman seseorang mengenai jenis topografi, corak pemendapan, lingkupan pasang-surut dan juga perubahan aras laut bagi jangkamasa yang panjang. Maklumat-maklumat ini sangat berguna supaya generasi akan datang dapat memahami serta menilai hutan sebagai satu sumber yang penting untuk kehidupan manusia.

Pertanian, penternakan dan petempatan

Hutan juga diterokai untuk pelbagai kegunaan seperti pertanian, penternakan dan petempatan. Di Malaysia, didapati banyak kawasan hutan telah dibuka untuk dijadikan kawasan penanaman getah, kelapa sawit, koko ataupun jenis tanaman lain. Ini telah mewujudkan peluang pekerjaan dan mempelbagaikan tanaman pertanian. Penerokaan tanah-tanah baru yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan juga telah meningkat sejak awal tahun 1960-an lagi. Untuk tujuan ini didapati kira-kira 305 000 hektar tanah hutan telah dibuka secara purata setiap lima tahun antara tahun 1965-1980. Menurut Loparan Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990), hutan seluas 417 570 hektar telah dimajukan untuk tujuan pertanian disepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-4. Tugas pembukaan hutan ini dipikul oleh agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

 

Agensi-Agensi Kerajaan Luas (hektar)

JENGKA 121 500

KETENGAH 441 450

Page 6: Pembentangan Hutan Paya Bakau

DARA 1 012 500

KEJORA 303 750

KESEDAR 1 174 500

Jadual: Agensi-agensi yang terlibat dalam pembukaan hutan di Malaysia

FELDA dan FELCRA telah membuka kawasan seluas kira-kira 3 000 000 hektar hingga tahun 1990 bagi ditanami getah dan kelapa sawit.Disamping itu , para peneroka juga ditempatkan di kawasan tersebut.Sehingga kini hampir 100 000 keluarga telah ditempatkan di seluruh rancangan petempatan di seluruh negara. Beberapa negara Asia dan Amerika Utara turut meneroka hutan bagi aktiviti petanian, penternakan dan petempatan seperti di China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.

Sumber Pendapatan

Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan. Asia Tenggara merupakan pengeluar utama kayu-kayan tropika dunia. Aktiviti pembalakan giat dijalankan di Malaysia, Indonesia, Negara Thai, Myanmar dan Filipina. Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Ini dapat dibuktikan oleh jadual berikut:

Tahun Hasil (m3) Pendapatan (RMJuta)

1980 27.9 2500.0

1990 40.0 4200.0

Page 7: Pembentangan Hutan Paya Bakau

Jadual: Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada tahun 1980 dan 1990.

Pada tahun 1991 kayu balak merupakan eksport ke-3 penting dan menghasilkan 7.2% daripada jumlah eksport negara. Malaysia mengeksport kayu balak dalam bentuk kayu gergaji, papan lapis dan venir. Negara-negara yang mengimport kayu balak dari Malaysia ialah United Kingdom, Singapura, Jepun dan lain-lain negara.

Selain itu pembalakan juga merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Kanada. Hampir 45% atau 3.9 juta km3 daripada jumlah keluasan Kanada masih diliputi hutan dan 2.4 juta km3 daripada merupakan hutan-hutan produktif iaitu hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan hutan campur hawa sederhana. Hutan pokok tirus menghasilkan kayu lembut seperti Balsam fir, Sprus, Hemlock dan Pain Putih. Kayu lembut ini digunakan untuk membuat palpa dan kertas. Hutan pokok daun luruh dan hutan pokok hawa sederhana menghasilkan kayu keras seperti Beech dan Maple yang digunakan dalam industri pembinaan. Kanada memperolehi pendapatan yang lumayan dalam kegiatan pembalakan.

Pembalakan juga dijalankan di kawasan hutan bakau. Kayu yang diperolehi dari hutan bakau digunakan untuk pembinaan rumah, perangkap ikan, rangka-rangka bangunan dan hasil kraftangan. Memandangkan kayu balak boleh tahan lama dalam air, ianya sesuai digunakan dalam pembuatan bot, alat-alat menangkap ikan dan juga pengayuh sampan. Kayu bakau terutamanya dari spesis Rhizophora dan Abicinnia merupakan bahan bakar utama untuk kegunaan di rumah dan juga kegiatan perindustrian. Kebiasaannya kayu bakau dipanaskan selama 30 hari untuk menghasilkan arang. Arang yang dihasilkan dari Rhizophora terkenal kerana mempunyai kualiti yang tinggi. Kayu dari pokok bakau mengandungi tanin yang tinggi dan secara semulajadi kayu-kayu ini terlindung dari serangan serangga. Kulit dari beberapa jenis spesis kayu bakau digunakan untuk penghasilan tanin dan bahan pelekat untuk pembuatan plastik. Tanin yang dihasilkan daripada Rhizophora dan Tengar ( Ceriops tagal ) digunakan untuk mencelip jaring dan kain layar bagi meningkatkan

Page 8: Pembentangan Hutan Paya Bakau

ketahanannya. Kajian yang dijalankan di Hutan Simpan Paya Bakau Matang, Perak telah membuktikan bahawa setiap satu hektar pokok bakau yang diuruskan dengan baik dan mempunyai pusingan tebangan selama 30 tahun dapat menghasilkan pulangan ekonomi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan hutan darat.

Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas

Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Gas oksigen adalah penting untuk sistem penafasan manusia, sementara gas karbon dioksida pula dalam jumlah yang banyak boleh membunuh kehidupan manusia. Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam proses membuat makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan. Ada kajian yang menunjukan bahawa sehektar hutan berkemampuan untuk menyerap semua gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh 29 buah kereta.Oleh itu, pohon-pohon adalah penting sebagai alat untuk mengurangkan kadar pencemaran udara yang terjadi pada setiap hari.

Aktiviti pembangunan

Selain daripada aktiviti pertanian, hutan juga diterokai untuk aktiviti pembangunan. Hutan diterokai untuk membina kawasan perumahan, mewujudkan bandar-bandar ke pinggir pantai, membina lebuhraya dan sebagainya. Bandar Baru Bangi dan Bandar Baru Wangsa Maju adalah bandar-bandar yang diwujudkan atas hutan yang diterokai. Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Timur-Barat banyak melibatkan kawasan hutan yang diterangkan.

Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh

Page 9: Pembentangan Hutan Paya Bakau

Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh. Air terutamanya air laut, di dalam edaran akan naik ke udara setelah dipanaskan oleh cahaya matahari. Air yang di dalam bentuk wap ini akan mencurahkan hujan apabila pergerakannya dihalang oleh tanah tinggi. Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh.

Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik

Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik. Dalam hal ini hutan bakau memainkan peranan yang penting. Hutan bakau menyimpan, mengumpul dan mengitar semula bahan-bahan nutrien sejajar dengan pasang surutnya air. Disamping itu, pokok bakau boleh mengeluarkan bahan-bahan toksil melalui proses penapisan semulajadi. Bahan-bahan nutrien digunakan oleh pokok bakau untuk membina tisu-tisu semasa ia membesar. Keadaan persekitaran pokok bakau dapat menukarkan nutrien-nutrien ini kepada bahan organik yang kompleks. Nutrien yang berlebihan akan dikeluarkan daripada air dan ini mempertingkatkan kualiti air yang mengaliri kawasan hutan bakau dan memasuki kawasan laut. Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik. Pokok bakau memerangkap sedimen-sedimen ini melaui akar-akarnya terutama pada masa berlakunya ombak. Akar-akar ini memerangkap sedimen dan memendapkannya. Dengan itu, jumlah sedimen yang meninggalkan kawasan hutan bakau adalah berkurangan jika dibandingkan dengan sedimen yang memasuki kawasan ini. Disamping itu juga bahan-bahan toksik seperti racun perosak dan sisa buangan domestik serta

Page 10: Pembentangan Hutan Paya Bakau

perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada sedimen yang mendap, turut terperangkap.

Pengimbang kitaran air

Hutan juga bertindak sebagai pengimbang kitaran air di atmosfera. Hutan dapat mengawal keseimbangan kitaran air di atmosfera daripada menyerap atau tersejat dengan cepat. Lapisan hutan yang padat mengekalkan air hujan yang turun dalam masa yang lama. Hutan yang tebal di kawasan tropika dapat mengekalkan kelembapan yang tinggi sepanjang masa. Oleh itu dapat dikatakan bahawa hutan terutamanya hutan hujan tropika dapat sangat diperlukan agar kitaran air di atmosfera seimbangan dan kekal. Inilah sebabnya kita dapati bahawa kawasan-kawasan tadahan air terdapat di persekitaran yang dilitupi oleh hutan. Laporan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa hutan hujan tropika mengawal dan mengatur air di suatu lembangan saliran yang luas sehingga dapat membantu hampir 1 billion petani di seluruh dunia.

Pengawal iklim

Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan yang terdapat di sesuatu kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan. Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan. Dengan cara ini, hutan sentiasa mempunyai iklim mikronya tersendiri dan fauna yang cantik, menarik serta unik. Disamping itu, hutan juga dapat mengawal jumlah karpasan. Dengan ini jumlah hujan yang turun di sesuatu kawasan secara tidak langsung dipengaruhi ole sifat-sifat hutan di kawasan tersebut.

Kesimpulan

Daripada apa yang telah dibincangkan di atas maka kita dapati bahawa hutan merupakan satu sumber alam yang amat penting bagi kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, sumber ini telah dieksploitasikan dengan sewenang-

Page 11: Pembentangan Hutan Paya Bakau

wenangnya sehinnga manusia menghadapi masalah kepupusan sumber hutan. Sejajar itu, langkah-langkah pemeliharaan yang sewajarnya perlu diambil untuk menjamin peranannya yang berterusan di bumi kita.