Pembentangan Misa Melayu

download Pembentangan Misa Melayu

of 27

description

selamat membaca

Transcript of Pembentangan Misa Melayu

Misa Melayu

Misa Melayu

Sebuah karya pensejarahan Melayu yang terkenal selepas Sulalatus Salatin ialah Misa Melayumeriwayatkan sejarah negeri Perak dari sejak zaman awal hinggalah ke kurun kelapan belashasil karya seorang sejarawan istana kurun kelapan belas itu, iaitu Raja ChulanMisa Melayu adalah sebuah sejarah atau lebih tepat lagi, babad diraja Perak dari sejak awal hinggalah zaman pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah dengan tumpuan terhadap Sultan Muzaffar Shah dan sultan Iskandar Dzulkarnain. Oleh itu Sultan-sultan Perak yang memerintah Perak pada peringkat awal dan selepas kedua orang sultan tersebut disebut secara ringkas sahaja.

Al-Marhom Jalilullah

Marhum Besar yang digelar Sultan Mahmud

Sultan Alauddin Riayat Shah

Kuala Kangsar Raja Inu Sultan Muzaffar Shah

Negeri Perak yang telah terbahagi kepada dua itu akhirnya berjaya disatukan semula atas usaha dan kebijaksanaan Raja Iskandar iaitu putera sulong Sultan Muhamad Shah

Dalam zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah juga negeri Perak membuat hubungan dengan Belanda. Melalui hubungan tersebut Belanda telah berjaya memonopoli pasaran bijih timah yang dibawa keluar melalui sungai Perak. Mereka membelinya dengan harga $30.000 sebahara dan Sultan akan menerima cukai sebanyak $2.00 bagi setiap bahara. Bagi menjaga kepentingannya pihak Belanda telah mendirikan sebuah benteng ataupun loji perniagaannya di Pengkalan Halban, Tanjong Putus. Sedikit sebanyaknya, dengan kegiatan perniagaan bijih timah itu telah membawa kemakmuran kepada negeri Perak pada ketika itu. Dalam zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah itu juga telah berlaku satu percubaan pemberontakan terhadap baginda yang diketuai oleh Raja Alam. Raja Alam telah membuat pakatan dengan beberapa orang Bugis tempatan bagi melaksanakan serangan. Sultan Muzaffar Shah telah mendapat tahu tentang rancangan Raja Alam itu dan hal ini telah menyebabkan Raja Alam menyerang Pulau Tiga. Serang tiada beberapa lama Raja Alam sekali lagi cuba melancarkan pemberontakan terhadap Sultan Muzaffar tetapi dengan bantuan pihak Belanda, Raja Alam telah berjaya ditangkap dan dibuang ke Melaka.

Raja Iskandar yang telah membantu Sultan Muzaffar Shah dalam pemerintahan baginda; misalnya tatkala menentang serangan dari Sultan Berkabat iaitu seorang raja Minangkabau bersama-sama dua orang putera Raja Bugis iaitu Daeng Matkah dan Daeng Menchelak. Serangan ini telah dapat dipatahkan. Selepas kemangkatan ayahanda Raja Iskandar iaitu Sultan Muhammad Shah, Sultan Mudzafar telah mengahwinkan puterinya, Raja Budak Rasul dengan Raja Iskandar iaitu Raja muda. Kedua-duanya telah bertunang sebelum itu. Dilaksanakan adat istiadat seperti meminang, adat bertindik bagi puteri baginda dan seterusnya upacara perkahwinan yang meriah yang berlangsung selama empat puluh hari empat puluh malam.Selepas kemangkatan Sultan Mudzafar pada H. 1167-M. 1756, Raja Muda Iskandar telah ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah Khalifat ur-Rahman.

Zaman pemerintah Sultan Iskandar ini telah diceritakan dengan panjang serta lebih terperinci jika dibandingkan dengan pemerintah raja-raja yang sebelum dan selepas baginda.Semasa pemerintahannya, Sultan Iskandar telah memerintahkan ibu negeri Perak dipindahkan dari Brahman Indera ke Chempaka Sari. Tetapi rancangan itu tergendala buat beberapa ketika kerana timbulnya persengketaan kecil di antara Perak dengan orang-orang Belanda, berpunca angkara seorang juru bahasa bernama Pir Muhammad. Raja Chulan menceritakan bagaimana kompeni Belanda di Betawi mengiringi tujuh buah kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang hampir mencetuskan perang di antara Perak dan Belanda.Akhirnya, rundingan serta perjanjian semula Perak dan Belanda menyebabkan Belanda berjaya memonopoli perdagangan timah di Perak dan membeli 500 bahara timah dari Perak.Selepas itu rancangan memindahkan ibu kota dari Brahman Indera ke Pulau Chempaka Sari telah dilaksanakan. Pulau Chempaka Sari kemudiannya ditukar namanya menjadi Pulau Ingera Sakti dan bandarnya dinama Bandar Makmur.Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar turut dikisahkan tentang temasya baginda menangkap (menuba) ikan di Sungai Budiman dan Sungai Timah yang digambarkan dengan meriah sekali. Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak di hulu Sungai Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting seperti Sungai Galah,Tanjung Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain.Peristiwa ini telah menunjukkan kekayaan bijih timah di Perak telah menyebabkan kawasan-kawasan berhampiran menjadi maju.

Ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, Raja Chulan telah menceritakan dalam Misa Melayu mengenai titah baginda Sultan agar sebuah masjid dibina di Pulau Indera Sakti yang belum mempunyai masjid bagi menyambut kedatangan Hari Raya Haji.Raja Chulan juga telah menceritakan tentang usaha gigih pembinaan masjid di Pulau Indera Sakti pada saat-saat hari raya haji menjelang tiba.Ketika permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah mengandung tujuh bulan, adat melenggang perut telah diadakan di Balai Panca Persada selama 40 hari 40 malam.Seluruh rakyat Perak termasuk masyarakat Cina, India dan Belanda datang mempersembahkan hadiah kepada Sultan.Pelbagai jenis pertunjukan permainan dari berbagai bangsa (Melayu, Cina, India) juga telah disembahkan.Selain itu, persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda Seri Indera dan Nakhoda Jumaat turut dipersembahkan dalam istiadat melenggang perut ini.Dimuatkan juga kisah baginda mendirikan sebuah mahligai tujuh tingkat yang dikatakan belum pernah lagi dibina oleh sultan-sultan sebelumnya. Mahligai itu telah digambarkan sebagai sebuah mahligai yang terlalu istimewa dengan kemuncaknya yang dibuat dari perak bertatah emas dan permata pudi manikam dan sebagainya. Daun-daun pudi yang digantung di Mahligai itu pula akan berbunyi seperti buluh perindu apabila ditiup angin dan bergermelapan jika dilihat dari jauh. Selepas itu diadakan upacara maulud pada 12 Raiulawal sempena meraikan siapnya mahligai itu dan juga perpindahan baginda sekeluarga ke situ. Mahligai itulah yang dianggap akan jadi ingatan kepada zuriat baginda pada masa yang akan datang. Raja Chulan turut menceritakan kedatangan utusan perdagangan Belanda dari Betawi yang diketuai oleh R.E.F. Lybroke. Tujuannya ialah membeli bijih timah. Tetapi mereka mahukan agar bijih timah tersebut dihantar ke lojinya di Tanjung Putus untuk ditimbangkan di situ. Sultan Iskandar tidak bersetuju sebaliknya baginda mahu supaya ianya dilakukan di Tanjung Bidor. Berikutan itu pihak Belanda cuba mengertak dengan menembak ke arah Shahbandar dan Menteri kononnya kerana mereka enggan menerima pelawaan kapitan Belanda untuk singgah ke kapal mereka. Kejadian itu telah menimbulkan kemurkaan Sultan Iskandar. Namun pihak Belanda kemudiannya memberi alasan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai niat untuk menembak Shahbandar dan Menteri sebaliknya hanya ingin menembak monyet. Mereka seterusnya memohon keampunan daripada Sultan. Berikutnya keadaan hubungan dua pihak menjadi tenang semula.

Baginda Sultan Iskandar memerintah selama 14 tahun. Selepas itu, Baginda telah digantikan pula oleh Sultan Mahmud Shah. Tidaklah banyak peristiwa yang dicatatkan dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah ini. Antaranya ialah Raja Selangor datang mengadap dan diberi gelaran Sultan Salehuddin serta berkahwin dengan sepupu Sultan Mahmud Shah. Selepas kira-kira 8 tahun memerintah, baginda diganti oleh adindanya, Sultan Alauddin.

KonsepKonsep penulisan yang terkandung dalam Misa Melayu juga seakan-akan dengan Salalatus Salatin. Pengarang Misa Melayu iaitu Raja Chulan menghasilkan karya tersebut dengan rendah hati setelah menerima titah sultan pada zaman itu. Bagi menghasilkan karya yang terbaik, Raja Chulan turut menjalankan penyelidikan dan rujukan. Ia dapat dibuktikan dengan meneliti penggunaan klausa dalam karyanya misalnya seperti klausa tersebutlah perkataan, diceritakan oleh orang empunya cerita dan tersebutlah kisah. Penggunaan ini adalah kerana Raja chulan menghasilkan Misa Melayu ini berdasarkan cerita benar dan ia memerlukan pengalaman dan pengamatan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman tersebut.

Kekuatan kepengaranganNilai kepengarangan yang terdapat dalam Misa Melayu juga amat tinggi. Misa Melayu menggunakan tarikh yang tepat walaupun penggunaan tarikh bagi menyatakan peristiwa tidak banyak seperti karya-karya lain. Misa Melayu juga mengandungi ciri pensejarahan Islam dalam penulisannya. Ini dapat dilihat melalui penggunaan lafaz bismillah pada awal penulisannya. Selain itu, Misa Melayu juga menggunakan kata-kata lain yang menggambarkan unsur islam misalnya seperti dengan izin Allah. Penggunaan kata-kata yang berunsurkan islam ini mungkin disebabkan oleh pengetahuan pengarangnya hasil daripada pembacaan terhadap karya pensejarahan Melayu-Islam atau hasil daripada pendidikan Islam yang diterimanya.Motif pengarangKarya Misa Melayu ini ditulis kerana ingin menurut titah sultan pada zaman tersebut. Pengarangnya dengan rela hati menerima arahan untuk menghasilkan karya ini kerana beliau ingin menyebarkan tentang kegemilangan sesebuah zaman pemeritahan seseorang raja kepada generasi muda. Hal ini dapat dibuktikan dengan satu frasa dalam karya ini iaitu supaya bolehlah akan zaman kita disebut orang kelak.Nilai BudayaAdat meminang dan berkahwinMisa Melayu menonjolkan adat-adat yang dijalankan oleh golongan diraja adat meminang dan berkahwin dengan upacara yang penuh gilang gemilang.Hal ini menunjukkan bahawa adat meminang dan berkahwin yang dijalankan pada hari ini sudah bermula pada zaman dahulu lagi. Selain itu, adat ini juga tidak hanya melibatkan golongan tertentu sahaja. Perkahwinan berlaku tidak kira sama ada pasangan tersebut terdiri daripada golongan marhaen mahupun bangsawan. Misa Melayu lebih menonjolkan perkahwinan yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja.

Antaranya perkahwinan antara Raja Muda Iskandar puteri Sultan Muzaffar iaitu Raja Budak Rasul. Hal ini dapat dilihat dalam teks di bawah:

Sepeninggalan ayahandanya, Raja Muda (Raja Muda Iskandar) semakin hari semakin besar pengaruhnya dan sangat disayangi oleh rakyat. Dan Sultan Muzaffar Syah pula bercita-cita hendak menyatukan puterinya, Raja Budak Rasul dengan Raja Muda . Cita-cita ini dipersetujui oleh Raja Muda. Selepas diadakan istiadat meminang yang sangat meriah kemudian diikuti pula dengan istiadat bertindik puteri yang baharu bertunang itu, maka pada akhir tahun yang ketiga pertunangan itu, disatukanlah puteri Raja Budak Rasul dengan Raja Muda .(Misa Melayu) Istiadat Perarakan Raja BerangkatIstiadat perarakan raja berangkat bermaksud apabila seseorang raja ingin berlayar ataupun ingin ke negara luar atau pun mempunyai urusan di negeri lain maka istiadat berarak raja berangkat akan diadakan. Hal ini ingin menonjolkan taraf seseorang raja terhadap raja sebagai pemerintah yang perlu diberikan penghormatan dan taat setia yang tidak berbelah bagi. Hal ini jelas apabila Raja Muda berangkat segala kapal pun ditunda dan semua kelasi akan mengiringkan kenaikan baginda ke dalam kapal tersebut. Apabila raja tiba nakhoda kapal akan memasang bedil bagi menyambut kedatangan baginda. Selain itu, sesudah baginda ingin turun dari kapal maka sekali lagi akan dipasangkan meriam bagi menunjukkan keberangkatan baginda.Misa Melayu turut merakamkan aspek ini melalui teks di bawah.

Adapun Laksamana dan Syahbandar , setelah sampai kepada kapal itu, bersama-sama dengan Raja Mutabar Khan lalu naiklah ke atas kapal .Maka sangat dimuliakan oleh nakhoda kapal itu akan Laksamana dan Syahbandar. Setelah itu, dilayarkanlah kapal itu masuk ke Kuala Perak sampai ke dalam sungai. Maka keesokan harinya maka menghadaplah nakhoda itu kepada Raja Muda oleh Orang Kaya Laksamana dengan Syahbandar serta ia membawa persembahan mana kadarnya .Setelah nakhoda itu menghadap tuanku Raja Muda maka Raja Muda pun berangkatlah kembali.maka kapal itu pun ditunda oleh segala kelasi mengiringkan kenaikan baginda itu. Setelah sampai ke Kuala Bidor maka kapal itu pun berlabuhlah di pelabuhan kapal dahulu-dahulu. Setelah kapal itu berlabuh maka Raja Muda pun berangkatlah ke dalam kapal itu bermain-main diiringkan adinda baginda dan segala hulubalang pegawai. Maka oleh nakhoda itu pun dipasanglah segala bedil di dalam kapal itu akan menyambut baginda itu. Maka disambutnyalah dengan beberapa dengan beberapa takluk khidmatnya akan Raja Muda. Setelah sudah Raja Muda pun berangkatlah turun dari kapal itu. Maka oleh nakhoda itu pun dipasangnya pula meriam alamat baginda turun dari kapalnya. Setelah itu maka baginda pun berangkatlah naik ke Pulau Indera Sakti.(Misa Melayu) Istiadat KemangkatanKematian tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.Kematian turut menjadi peristiwa yang memberi erti yang cukup besar dalam kehidupan seseorang. Hal ini turut terjadi tidak kira sama ada seseorang itu mempunyai kedudukan atau tidak. Misa Melayu turut memperlihatkan peristiwa kematian turut berlaku dalam watak- wataknya.Istiadat kemangkatan dijalankan apabila berlaku seseorang raja atau kerabat diraja mangkat. Istiadat kemangkatan juga terdapat dalam Misa Melayu iaitu apabila mangkatnya Sultan Muhamad Syah.Contoh dapat dilihat melalui teks di bawah.... Maka kepada suatu hari, baginda itu pun geringlah terlalu sangat. Maka baginda pun kembalilah ke rahmatullah Taala. Setelah sudah baginda itu hilang, diperintahkan oleh anakanda baginda semua rakyat hadir berhimpun di Pulau Tiga. Setelah itu diperbuatlah dengan seperti adat istiadat raja-raja yang besar-besar mangkat. Maka sudah ditabalkan lalu diarak dengan seperti adatnya lalu ke makam baginda dan beberapa sedekah akan segala alim ulama dan fakir miskin di sepanjang jalan itu itu emas dan perak dihamburkan dengan selengkap alatnya dan beberapa pula sedekah akan orang yang sembahyang terlalu banyaknya . setelah sudah dikuburkan adinda baginda itu maka Sultan Muzaffar Syah pun kembalilah dengan percintaan baginda serta memberi takziah akan adinda baginda itu :tujuh hari baginda berhenti tiada nobat.(Misa Melayu)