PEMBENTANGAN PROJEK

10
PEMBENTANGAN PROJEK

description

PEMBENTANGAN PROJEK. LATAR BELAKANG. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of PEMBENTANGAN PROJEK

Page 1: PEMBENTANGAN PROJEK

PEMBENTANGAN PROJEK

Page 2: PEMBENTANGAN PROJEK

LATAR BELAKANG

• Program Sukarelawan Siswa ke Sabah (3S) Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 adalah satu program berdurasi 10 hari yang mana seramai 80 orang mahasiswa/ i penghuni Kolej Keris Mas akan memulakan khidmat komuniti bersama golongan sasar yang pertama iaitu pelajar sekolah menengah Tingkatan 5 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu dan berbakti di Kampung Pengalat Besar, Papar bersama komuniti kampung.

Page 3: PEMBENTANGAN PROJEK

• Tujuan utama program ini dilaksanakana adalah memberi peluang mahasiswa menempuh cabaran yang besar iaitu menyelami budaya masyarakat Sabah dan merasai sendiri denyut nadi rakyat yang dahagakan perhatian dan bantuan yang seharusnya.

• Mahasiswa kena memainkan peranan selaku orang terpelajar membantu pelajar dan masyarakat kampung melihat dan merancang masa depan yang lebih baik di samping sentiasa menjadi siswa yang prihatin dan cakna dengan isu setempat. Sentuhan yang diberikan oleh mahasiswa ini diharapkan mampu merubah mereka ke arah yang lebih positif serta diharapkan tidak terhenti di sini sahaja malah boleh berkekalan dan memberi impak yang baik.

OBJEKTIF

Page 4: PEMBENTANGAN PROJEK

AKTIVITIProgram Kem Jejak Universiti ini dapat mewujudkan kenalan baru antara saya dan pelajar Tingkatan 5.

Melalui aktiviti seperti ini, saya dapat menguruskan segala maklumat tentang biodata pelajar dengan begitu efisien dan sistematik seiring dengan HHHC3901 (Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat)

Tugasan yang diarahkan untuk dilaksanakan dapat mengajar kami erti kerja berpasukan di samping dapat mempelajari ilmu baru seperti tuntutan HHHC3901 dalam teknik mencampukan warna semasa mewarnakan kain rentang.

Page 5: PEMBENTANGAN PROJEK

Saya

Saya (bertanda kuning) sebelum menaiki kapal terbang ke Sabah

Page 6: PEMBENTANGAN PROJEK

Ilya (memegang beg) setibanya di MRSM. Pelajar telah pon menunggu kedatangan kami di dalam dewan.

Page 7: PEMBENTANGAN PROJEK

Ilya (tudung coklat) bersama ahli kumpulan dalam menyiapkan kain rentang

Page 8: PEMBENTANGAN PROJEK

Program anak angkat pula, dapat memberikan pengalam baru untuk tinggal di perkampungan Sabah selama hampir 5 hari.

Saya belajar budaya dan cara percakapn orang Sabah yang berbeza mengikut kaum masing-masing bertepatan dengan HP pembelajaran sepanjang hayat.

Saya juga belajar cara memasang umpan untuk perangkap ketam dan merasai sendiri pengalaman turun ke kawasan paya bakau dalam sekitar jam 3 pagi. Aktiviti seperti ini sangat berkait rapat dengan HHHC3901 pembelajaran sepanjang hayat.

Saya berpeluang untuk melawat Rumah Terbalik di Tuaran Sabah. Dekorasi rumah tersebut sangat menarik dan unik kerana pengalaman seperti ini tidak terdapat di Semenanjung Malaysia sangat bersesuaian dengan HP yang saya pilih.

Page 9: PEMBENTANGAN PROJEK

Ilya (duduk) bersama peserta dan keluarga angkat di dewan serbaguna

Page 10: PEMBENTANGAN PROJEK

Ilya (baris ketiga paling tepi) semasa majlis penutupan Pogram Anak Angkat