PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

13
PEMBENTANGAN RPH PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV 3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Disediakan Oleh : Annisa Binti Suib IP3H - PSV

Transcript of PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

Page 1: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

PEMBENTANGAN RPH

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PSV 3105

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Disediakan Oleh : Annisa Binti Suib IP3H - PSV

Page 2: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

________________________

- ANYAMAN -

Page 3: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

TARIKH : 07 Mac 2011 MASA : 11.00 pagi – 12.00 t/hari TAHUN : Tahun Lima BIL. MURID : 36 orang BIDANG : Mengenal Kraf Tradisional KEGIATAN : Menghasilkan anyaman

dengan gabungan gambar yang berunsurkan Tahun Baru Cina.

TAJUK : Anyaman Tanglung

Gong Xi Fa Cai. KONSEP UTAMA : Mengenal dan menghasilkan

anyaman.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(RPH)

Page 4: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

OBJEKTIF :

Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

a) Implisit :- Menguasai kemahiran menganyam.- Untuk menghasilkan barang hiasan rumah.

b) Eksplisit :

- Menghasilkan anyaman tanglung untuk kegunaan yang lebih bermakna dengan gabungan unsur-unsur Tahun Baru Cina.

c) Estetika :- Menghargai hasil kerja tangan sendiri.- Menghargai kraf tradisional.- Menanamkan semangat menghormati dan menyayangi

budaya 1 Malaysia.

Page 5: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah melihat barang-barang yang dihasilkan daripada anyaman.

PERSEDIAAN MURID :

1) Kertas Warna

2) Gam

3) Kertas Lukisan

4) Gunting

5) Warna Pensil

6) Krayon

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :

1) Contoh anyaman

2) Contoh hiasan dinding yang disediakan oleh guru.

3) Skrin Putih dan LCD – video lagu tahun baru cina.

Page 6: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

KBKK : Murid dapat menjana idea dalam penghasilan anyaman dengan gabungan unsur-unsur

Tahun Baru Cina.

NILAI :

1) Memupuk sikap cermat, kemas dan berhati-hati.

2) Mengutamakan keselamatan ketika mengendalikan alatan tajam.

Page 7: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

PERKARA BUTIRAN KEGIATAN P&P CATATAN

Set Induksi(5 minit)

1. Murid melakukan senaman ringan dengan iringan muzik. Membuat beberapa pergerakan ringkas berpandukan guru :

- lompatan - menggerakkan tangan - menghayun tangan

2. Guru mengaitkan aktiviti-aktiviti menggerakkan tangan dengan aktiviti membuat anyaman.

•Skrin dan LCD – lagu Tahun Baru Cina.

Page 8: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

PERKARA BUTIRAN KEGIATAN P&P CATATAN

Perkembangan (40 minit)

Peringkat 1 :

1. Guru memberi penerangan tentang aktiviti seni yang hendak dijalankan dengan menunjukkan contoh.

Peringkat 2 :

2. Guru menunjukkan cara-cara membuat anyaman dengan gabungan unsur-unsur Tahun Baru Cina langkah demi langkah kepada murid.

2. Langkah-langkah menghasilkan anyaman adalah seperti berikut :

• Strategi pembelajaran - demontrasi.

Page 9: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

PERKARA BUTIRAN KEGIATAN P&P CATATAN

a) Melukis bentuk gambar tanglung di atas kertas lukisan yang diberikan.

b) Kemudian, di atas gambar tanglung yang telah dilukis, buat jalur untuk proses menganyam.

c) Seterusnya, hasilkan jalur kertas dengan menggunting garisan yang telah ditandakan pada kertas warna.

d) Mulakan membuat anyaman dengan cara menganyam jalur kertas warna pada gambar tanglung yang dihasilkan atas kertas lukisan.

e) Setelah selesai menganyam, buat kemasan terutamanya pada bahagian mematikan bahagian tepi anyaman.

Page 10: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

PERKARA BUTIR KEGIATAN P&P CATATAN

f) Kemudian, guntingkan gambar yang berunsurkan Tahun Baru Cina untuk dilekatkan di bahagian tengah anyaman.

g) Lekatkan guntingan gambar yang berunsurkan Tahun Baru Cina di atas anyaman yang telah dibuat dengan kemas.

h) Akhir sekali, buat kemasan terhadap hasil kerja yang telah siap dengan menambah sebarang ragam rias pada hasil karya yang telah siap.

Peringkat 3 :

1. Murid menjalankan aktiviti seni di bawah bimbingan guru dengan merujuk kepada contoh hiasan tahun baru cina yang ditampal di papan hitam.

2. Guru memberi peringatan supaya murid cermat menggunakan alatan tajam untuk mengelakkan kemalangan.

Page 11: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

PERKARA BUTIRAN KEGIATAN P&P CATATAN

Kemuncak (10 minit)

1. Murid membuat sesi apresiasi terhadap hasil karya sendiri dan rakan mereka. Guru memilih tiga karya terbaik, tiga karya sederhana dan tiga karya kurang baik untuk diberi kritikan membina supaya murid yang lemah dapat memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan mutu kerja mereka pada masa akan datang.

2. Murid yang menghasilkan karya yang baik akan diberi pujian dan cenderahati.

3. Sesi apresiasi ini akan dapat memupuk sikap bersaing secara sihat dalam kalanagan murid supaya mereka menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.

Belajar cara belajar dalam memberi kritikan dan komen.

* KBKK – membanding beza.

Page 12: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

PERKARA BUTIRAN KEGIATAN P&P

CATATAN

Penutup (5 minit)

1. Murid berbincang dengan guru tentang produk lain yang dapat dihasilkan dengan teknik anyaman.

2. Contoh jawapan daripada murid :

- tikar - bakul - beg / dompet

* KBKK –Menjana pemikiran dalam memberi idea / buah fikiran.

Page 13: PEMBENTANGAN RPH PSV 3105

SELAMATMENCUBA…!!!!