Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

19
TAJUK : ETNIK BANJAR DI KAMPUNG BANJAR, TELUK INTAN, PERAK. aimanmukhar©

Transcript of Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

Page 1: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

TAJUK : ETNIK BANJAR DI

KAMPUNG BANJAR,

TELUK INTAN, PERAK.

aimanmukhar©

Page 2: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

1) Untuk mengkaji asal-usul kemunculan kaum banjar.

2) Untuk mengkaji ciri-ciri kaum Banjar.

3) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh

kaum Banjar.

4) Untuk mengkaji tentang seni bina rumah kaum ini.

5) Untuk mengupas tentang makanan tradisional

Kaum Banjar.

OBJEKTIF KAJIAN

aimanmukhar©

Page 3: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

SKOP KAJIAN

Saya mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Banjar yang

sudah wujud di negeri

ini sebelum zaman kemerdekaan lagi dan negeri Perak

merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang merupakan

kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.

aimanmukhar©

Page 4: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

PERMASALAHAN KAJIAN

Saya akan mengupas mengenai asal usul Etnik

Banjar.Selain itu,mengupas tentang keunikan budaya

yang diamalkan oleh kaum Banjar. Selain itu,saya ingin

mengkaji dan mengupas bahasa dan seni bina/rumah

yang digunakan oleh kaum ini. Akhir sekali,saya akan

mengkaji tentang makanan tradisional Banjar.

aimanmukhar©

Page 5: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

KAEDAH KAJIAN

a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu

ramah beberapa orang tempatan yang mengetahui tentang asal

usul kumpulan minoriti Banjar di kampung Banjar Teluk Intan.

b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian

yang didiami oleh kaum Banjar di Kampung Banjar, Teluk Intan,

Perak.

c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya

aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana ia merupakan salah

satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.

d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa

karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil

kajian saya.

aimanmukhar©

Page 6: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

aimanmukhar©

PENGENALAN

SEJARAH MASYARAKAT BANJAR

Masyarakat Banjar berasal dari Kalimantan,

Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito.

Masyarakat ini terbahagi kepada beberapa puak iaitu

Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah

Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan

Martaputra dari

daerah Martaputra .

Penempatan terawal masyarakat ini Malaysia adalah di batu

pahat, Johor.

Page 7: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

aimanmukhar©

Mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu merupakan petani-petani yang

mahir dalam penanaman padi, melukis,menjadi tukang permata,membuat

peralatan dari besi seperti peralatan pertanian dan senjata.

Antara faktor yang mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu

adalah :

perdagangan

kemiskinan

tanah mereka sering diancam binatang buas

kemelaratan dibawah pemerintahan penjajah

belanda.

PENGENALAN

Page 8: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

aimanmukhar©

Mereka menganut agama islam dan mengamalkan gaya hidup yang sederhana.

Perkembangan pendidikan yang wujud dalam masyarakat Banjar hanyalah di

suatu ketika dahulu adalah seperti kelas membaca al-quran dan mempelajari

tentang hal ehwal syariat Agama Islam di sekolah rakyat mahupun madrasah-

madrasah.

Bagi mereka yang berkemampuan,mereka akan menghantar anak mereka untuk

belajar di sekolah-sekolah arab atau pondok dan ada juga yang menghantar anak

mereka ke Mekah.

Jumlah yang menghantar anak mereka ke sekolah Melayu dan Inggeris amat

kurang sekali kerana meraka beranggapan bahawa matapelajaran yang diajar

adalah semata-semata untuk duniawi sahaja dan khuatir anak-anak mereka akan

terpengruh dengan dakyah kristian.

AGAMA

Page 9: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

Asal Usul KemunculanKaum Banjar

Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari

Kalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali

dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah itu yang terletak di

bahagian tenggara Borneo.

Kebanyakan kaum banjar di Kampung Banjar, Teluk Intan, Perak adalah

datangnya dari daerah Banjar Masin yang sehingga kini berkembang di

seluruh negara.

Tahun 1780 Tahun 1862 Tahun 1905

Migrasi Kaum Banjar

1 2 3

aimanmukhar©

Page 10: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

Kebanyakan penduduk bajar mengamalkan gaya hidup yang sederhana.

Tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan

Lebih gemar berkerja secara sendiri seperti bidang pertanian dan nelayan

Mempunyai sifat berani dan panas baran

Pantang dicabar dan tidak asing daripada menggunakan senjata seperti lading,parang

panjang atau badik ketika berlaku pergaduhan.

Gaya Hidup Kaum Banjar

aimanmukhar©

Page 11: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

Pada masa kini, Hanya golongan berumur

sahaja atau lebih dikenali dengan golongan tua

yang masih menggunakan bahasa banjar sebagai

bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian.

hampir 80% remaja yang sempat ditemu

ramah tidak tahu berbahasa banjar dengan baik

malah ada yang langsung tidak pandai untuk

berbahasa banjar.

ADAT RESAM(Bahasa Kaum Banjar)

Beberapa perkataan banjar:

1. mengepai = melihat

2. kulaan = saudara

3. ayo am brataan = ayuh kita kesana

ADAT RESAM(Bahasa Kaum Banjar)

aimanmukhar©

Page 12: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

Pada asasnya, Rumah Banjar adalah rumah tradisional suku

kaum Banjar

Antara ciri-ciri rumahnya:-

1. mempunyai lambang

2. mempunyai penekanan pada atap

3. hiasan

4. dekoratif

Mula berkembang sebelum tahun 1871 sehingga tahun 1935.

Bubungan Tinggi merupakan antara jenis rumah banjar yg

paling dikenali dan merupakan identiti rumah adat suku Banjar

ADAT RESAM(Seni Bina/Rumah)

• Jenis rumah yang bernilai paling tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi

(Untuk Raja)

• 1. Rumah Gajah Baliku 2. Rumah Palimasan/Rumah Gajah

• 3. Rumah Balai Bini 4. Rumah Tadah Alas

• 5. Rumah Gajah Manyusu 6. Rumah Balai Laki

• 7. Rumah Palimbangan Rumah 8. Cacak Burung/Rumah Anjung Surung

• 9. Rumah Lanting 10. Rumah Joglo Gudang

• 11. Rumah Bangun Gudang

aimanmukhar©

ADAT RESAM(Seni Bina/Rumah)

Page 13: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

aimanmukhar©

kuih kelapun yang mana jika dilihat dalam masyarakat melayu ianya

kelihatan seperti kuih jemput-jemput.

juga kuih kekulih, tepung torak, wadih kepeng (pipih) yang menjadi

tradisi orang Banjar ketika aktiviti gotong-royong menanam padi

dilakukan.

kuih cucuk bengol iaitu cekodok

serabi (apam) yang dihidangkan kepada mereka yang membawa

mayat ke kubur

“wadi” dimana ikan dan garam di peram dalam tempayan.

Makanan Dan KuihTradisional

Page 14: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

aimanmukhar©

SUMBER EKONOMI

Sumber ekonomi asas penduduk adalah bertani(menanam padi) dan

menangkap ikan.

Mereka juga melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih moden seperti

industri pelancongan, pembuatan makanan, bengkel membuat kereta dan

motosikal dan sebagainya yang di lakukan di sekitar perkampungan

tersebut

Mereka juga mampu melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti

tempatan setanding dengan bangsa lain dan keluar menjadi seorang yang

mampu mengubah aktiviti ekonomi tradisional kepada suatu yang lebih

maju kehadapan seperti seorang ahli perniagaan, guru dan sebagainya.

Page 15: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

aimanmukhar©

BUDAYA

mengamalkan budaya seperti makan menggunakan

tangan, budaya meminta izin dan banyak lagi

budaya menghormati tetamu jelas dilihat di kalangan

masyarakat Banjar.

Tetamu yang datang di layan dengan hidangan-hidangan

makanan sebagai tanda menghormati dan meraikan

kedatangan mereka.

Page 16: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

aimanmukhar©

ADAT RESAM

Antara adat resam yang diamalkan oleh masyarakat

banjar adalah berkenaan adat PUKONG.

Pukong ini adalah cara yang unik untuk

menidurkan bayi antara 1-5 bulan.

Terdapat juga adat seperti „marhaban keliling budak iaitu adat

untuk meraikan kehadiran orang baru.

masyarakat Banjar juga mempunyai pantang larang yang mana dalam

bahasa mereka disebut „pemalek‟. Antaranya:-

1. tidak boleh duduk di atas bantal kerana takut pelakunya akan berbisul.

2. melarang masyarakat mereka membawa kanak-kanak pergi berjalan-

jalan di waktu petang atau senja. Hal ini kerana, takut kanak-kanak

tersebut akan mendapat gangguan daripada benda halus.

Page 17: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

1. Identiti masyarakat Banjar ini masih lagi boleh dilihat namun semakin

hilang ditelan zaman yang mengarah ke arah kemodenan pesat pada hari

ini terutama sekali dalam penggunaan bahasa banjar itu sendiri di

kalangan remaja-remaja.

2. Terdapat juga mereka yang masih kuat pegangan adat serta amalan

tradisional dan kelompok-kelompok ini dipelopori oleh golongan-

golongan tua yang berumur 50 tahun keatas.

3. Mempunyai keunikannya tersendiri yang mana mampu menonjolkan

ciri-ciri kebanjaran itu sendiri dalam membuat perbandingan dengan

masyarakat ataupun suku kaum lain yang terdapat di Malaysia ini.

4. Masyarakat yang boleh setanding dengan masyarakat lain dalam segala

aspek mahupun dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sebagainya

walaupun jika dilihat pada sejarah masyarakat ini berasal dari mereka

yang biasa-biasa sahaja.

KESIMPULAN

aimanmukhar©

Page 18: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

LAMPIRAN

aimanmukhar©

1 2 3

4

1. Rumah tradisional kaum banjar

2. Makanan Tradisional masyarakat

Banjar, wadai kepeng.

3. kuih kalakatar yang dimasak

secara bakar atau kukus

4. kuih balongan ahyam

Page 19: Pembentangan Sejarah Kaum Banjar

-SEKIAN TERIMA KASIH-