Pembentangan Sirah

8
OLEH : MUHAMAD IQBAL SYAFAAT BIN MOHD AMIN. PENSYARAH : DR. MOHD HAIRUDIN BIN AMIN HUBUNGAN DIPLOMATIK KHULAFA' AR-RASYIDIN

description

ppt

Transcript of Pembentangan Sirah

OLEH : MUHAMAD IQBAL SYAFAAT BIN MOHD AMIN.

PENSYARAH : DR. MOHD HAIRUDIN BIN AMIN

HUBUNGAN DIPLOMATIK KHULAFA' AR-RASYIDIN

PENGENALANSemasa hayat Rasulullah s.a.w., baginda tidak

meninggalkan pesanan atau wasiat orang yang bakal menggantikannya atau bagaimana cara hendak memilih penggantinya sebagai ketua negara.

Baginda Cuma meninggalkan segala urusan mesti diselesaikan melalui cara bermusyawarah. ( شورى األمر.(بينهم

Setelah bermusyawarah dan dipersetujui oleh jemaah muslim, Saidina Abu Bakar As-siddiq dilantik menjadi ketua negara.

Setelah itu, Khalifah Umar Al-khattab menjadi pemimpin islam yang kedua. Seterusnya Khalifah Usman Bin Affan diikuti dengan Saidina Ali Bin Abi Talib.

SAIDINA ABU BAKARSetelah dilantik menjadi pemipin, beliau terus

menggerakkan tentera pimpinan Usamah Bin Zaid ke Ghassan untuk memerangi tentera bersekutu Ghassan. Tentera islam berjaya setelah berperang selama 40 hari.

Beliau melantik Khalid Bin Said untuk mengembangkan islam di daerah tersebut.

Namun yang demikian, seruannya itu menimbulkan kemarahan Hercules yang menyebabbkan Khalid Bin Said terancam.

Saidina Abu Bakar telah menyusun tentera islam kepada empat kumpulan dan dihantar ke Hims, Palestin, Damsyik dan Jordan. Kesemuannya berjumlah 24000 orang.

Kemudian, Saidina Abu Bakar melantik Khalid Al-walid menjadi pemimpin umumnya.

Mengenai perluasan kuasa di Parsi pula, Saidina Abu Bakar mengutus Khalid Al-Walid untuk menghadapi Hurmuz wakil Parsi dengan menghantar surat.

Surat tersebut mengemukakan tiga pilihan, sama ada memeluk islam, membayar jizyah atau berperang. Hurmuz memilih untuk berperang.

Berlakulah pertempuran “Zatis Salasil” .Tentera Rom telah mengikat diri mereka

sesama sendiri dengan rantai agar tidak dapat melarikan diri.

Akhirnya tentera Parsi tewas juga di tangan tentera islam.

SAIDINA UMAR AL-KHATTABPada zaman Saidina Umar pula hubungan diplomatik dan

perluasan kuasa tertumpu kepada jajahan Rom serta wilayah Parsi.

Kekalahan di Damsyik menyebabkan Hercules mengumpul semula kekuatan sehingga membentuk kumpulan berjumlah 1.5 juta orang tentera dan diserahkan kepada Jabalah Ibnu Aiham.

Maka berlakulah peperangan Yarmuk yang amat sengit pada 636 Masihi.

Kemudiannya tentera islam terpecah kepada dua, sebahagian menuju ke utara di bawah pimpinan Abu Ubaidah dan Khalid dan sebahagian lagi menuju ke selatan yang di ketuai oleh Shurahbil dan Amru Ibn Ass.

Kedua-dua kumpulan tentera islam itu dapat menawan beberapa kawasan kecuali Baitul Maqdis.

Akhirnya mereka akur dan bersetuju untuk berdamai dengan syarat khalifah Umar sendiri yang datang ke Baitul Maqdis untuk menandatangani perjanjian perdamaian tersebut.

Kemudian amru berangkat ke Qisariyah lalu mara pula ke mesir. Kemudian tentera islam terus ke Farma.

Selama sebulan tentera islam mengepung Farma akhirnya mereka mengalah.

Kemudian beliau mara ke Bulbais dengan menghadapi tentera Rom pimpinan Artibun.

Kemudian dalam pertempuran Ummu Dunain tentera islam menghadapi tentera Rom pimpinan Theodore yang berjumlah 20,000 orang.

Kemenangan dipihak tentera islam. Tetapi sebahagian daripada mereka dapat melarikan diri ke Babylon. Selama tujuh bulan tentera islam mengepung kota tersebut barulah Muqauqis(gabenor Rom di Mesir) memilih perdamaian dengan membayar pajak.

SAIDINA USMAN AFFANPada zaman khalifah usman bin affan , beliau banyak

melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara bagi menyebarkan agama islam.

Antara wilayah baru yang berjaya ditakluki ialah seperti Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi.

Perluasan wilayah ini telah menyebabkan islam dapat disebarkan dengan meluas, secara tidak langsung dapat melaksanakan hubungan diplomatik dengan negara-negara tersebut.

Apabila ramai orang yang memeluk islam mereka menghadapi masalah dalam mempelajari al-quran.

Maka saidina usman telah mengumpulkan al-quran dalam satu naskah yang rasmi untuk digunakan oleh semua umat islam di dunia.

SAIDINA ALI BIN ABI TALIBPada zaman saidina ali perluasan kuasa dan hubungan

diplomatik kurang dijalankan kerana pada waktu itu masyarakat islam sendiri sedang menghadapi pergolakan.

Namun yang demikian, beliau cuba untuk membina semula sistem pentadbiran seperti zaman rasulullah, saidina abu bakar dan saidina al-khattab.

Akan tetapi, usaha itu mendapat rintangan daripada pihak yang bersimpati dengan kematian saidina usman bin affan yang menuduh saidina ali turut terlibat dalam peristiwa pembunuhan itu.

Disebabkan adanya golongan yang keras menentang sikapnya itu seperti muawiyah bin abu sufyan dan pembantunya amru bin al-aas maka berlaku pertelingkahan antara du kumpulan ini

Akhirnya perbalahan panjang itu menyaksikan saidina ali dibunuh oleh pengikut golongan khawarij.